Anda di halaman 1dari 2

_______________________________________________________________

Ruj.Kami :SMKIJC.600-4/1/32(61)
Tarikh : 11 Ogos 2022

Pengurus,
Oriental Food Industries Sdn Bhd.,
65, Jalan Usaha 7,
Ayer Keroh Industrial Estate Melaka,
75450 Melaka.

Tuan,

Memohon Sumbangan Untuk Karnival Persatuan Bahasa Cina Melaka, Kali Ke-18

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persatuan Bahasa Cina, SMK Infant Jesus Convent, SMK Tinggi St David, SMK
Rahmat, SMK Selandar, SMK Durian Tunggal, SMK Gajah Berang, SMK Tun Haji Abdul
Malek, SMK Hang Kasturi, SMK Gafar Baba, SMK Sultan Mansor Shah, SMK Canossa
Convent dan SMJK Pulau Sebang akan mengadakan Karnival Persatuan Bahasa Cina,
kali ke-18 pada ketepatan yang berikut:
Tarikh : 24 SEPTEMBER 2022( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Dewan dan bilik darjah SMK Infant Jesus Convent,
141, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

3. Dalam karnival tersebut, Pertandingan “Xiangsheng” (Seni Pertuturan Humor),


Pertandingan Melafaz Karya Sastera Cina, Pertandingan Merekacipta Gambar
“Mingju”(Kata Hikmah), Pertandingan Kuiz Pengetahuan Bahasa Cina, Pertandingan
“Saya Pemberita”, Pertandingan Kuiz Puisi Klasik Bahasa Cina, Pertandingan Syarahan
Secara Spontan, Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Fotografi dan Pertandingan
Ulasan Buku, Antara Sekolah-sekolah Negeri Melaka akandiadakan.

4. Tujuan pihak kami menganjurkan pertandingan tersebut adalah untuk memupuk


perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum melalui aktiviti Persatuan Bahasa Cina
serta memupuk minat pelajar serta melatih pelajar supaya dapat berucap di khalayak
ramai dengan menggunakan sebutan baku Bahasa Cina.
5. Diharap pihak tuan dapat memberi serba sedikit sumbangan untuk menjayakan
aktiviti tersebut. Anggaran para peserta, para hakim, mahupun ahli jawatankuasa
penganjur adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Jumlah
1 Peserta 10 pertandingan 750orang
2 Ahli Jawatankuasa & Guru Pengiring (11 sekolah) 250orang
3 Para Hakim untuk 10 jenis pertandingan & pihak 100 orang
pentadbir 11 buah sekolah penganjur

6. Pihak kami akan menyediakan satu sudut untuk pihak tuan membuat
promosi produk. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Terlebih dahulu, kami ucapkan ribuan
terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengarah Bahasa Cina,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pn Tang Ai Ling (No. Tel : 012-6914957).

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________
(PARAMASIVAM A/L RAMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent,
merangkap
Pengerusi,
Karnival Persatuan Bahasa Cina Kali Ke–18

s.k.: 1. Penolong Pengarah Bahasa Cina, Unit Bahasa, Jabatan Pelajaran Melaka.
2. Semua sekolah penganjur bersama
3. Fail sekolah.

Anda mungkin juga menyukai