Anda di halaman 1dari 1

PediaSure 10+ | Me…

PediaSure 10+
Teens aged 10-17 years old have one
last chance to catch up on growth!
Watch how 38 key growth nutrients in Learn More
PediaSure 10+ come together to help
your teen reach their optimum height

AGAMA › Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Bacaan Doa Akhir Tahun


Dan Awal Tahun Hijrah

Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita


semua. Muharram adalah bulan pertama dalam
Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023
bersamaan dengan 1 Muharram 1445H adalah
pada hari Rabu, 19 Julai 2023 yang merupakan
hari cuti umum. Sempena dengan kedatangan
Tahun baru Islam 1445 Hijrah atau Awal
Muharram, berikut dikongsikan Bacaan Doa
Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai
panduan buat umat Islam semua. Tema
sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah
“Perpaduan Teras Malaysia Madani”, tahun
lepas “Keluarga Malaysia Pemangkin
Kemakmuran “, dan tahun-tahun sebelumnya
adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
dan “Ummah Rabbani Negara Harmoni”.

-10% -49% -10%

-40% -86% -60%

-75% -66% -25% -24%

Buy Luxury Clothings Online


Shopee

Doa di awal dan akhir tahun merupakan


sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan
oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia
bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak
berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika.
Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga
padanya doa di awal dan akhir tahun.
Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu
diampunkan dan amalan kita diterima. Jua
berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu
melawan syaitan, nafsu yang menyeru
kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat
sebanyak mungkin.

Isi Kandungan

1. Awal Muharram

2. Bacaan Doa Beserta Maksud

3. Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

4. Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah

Awal Muharram
Amalan yang biasa dilakukan sewaktu
menyanbut ketibaan bulan Muharram adalah
membaca doa seperti yang dikongsikan di
bawah. Selain itu, di antara kemulian bulan-
bulan haram ini termasuk bulan Muharram
adalah disunatkan berpuasa. Daripada Abu
Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata:
Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal
selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang
lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?

Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas


solat yang telah difardhukan ialah solat pada
pertengahan malam dan sebaik-baik puasa
selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada
bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith
diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-
Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah.

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat


Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10
Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau
dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud
sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang
tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa
pada 9 Muharram sebagai mukhalafah
(membezakan) di antara kaum Yahudi yang
turut berpuasa pada 10 Muharram.

ADVERTISEMENT

PRICE DROP

-69%

Bacaan Doa Beserta Maksud


Berikut dikongsikan bacaan doa sempena
kedatangan tahun baru Islam 1445 Hijrah.

1. Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada


akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang
Selasa, 18 Julai 2023)

2. Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas


maghrib pada malam satu Muharram (Waktu
Maghrib Selasa, 18 Julai 2023)

NOTA : Berdasarkan kepada Kalendar Islam,


pertukaran tahun hijrah adalah bermula selepas
masuknya waktu Maghrib

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah


Ianya dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan


berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah
pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat
jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah
ampunkan dosanya setahun”

DOAAKHIRTAHUNHIJRAH
(DIBACA3KALI)

U T
T
Lis

MAKSUD DOA (BAHASA MELAYU)

Dengan nama Allah yang Maha


Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan
pentadbir seluruh alam, Selawat
dan salam ke atas penghulu kami
Nabi Muhammad berserta
keluarga dan sahabat-sahabat
baginda.
Ya Allah! Apa yang telah kami
lakukan pada tahun ini dari
perkara-perkara yang Engkau
larang dan kami belum bertaubat
daripadanya padahal Engkau tidak
meredhainya dan kami telah
melupakannya sedang Engkau
pula tidak melupakannya dan
Engkau berlemah lembut kepada
kami sedang Engkau berkuasa
mengazab kami malah memberi
kami peluang supaya kami
bertaubat selepas kami
menceburkan diri melakukan
maksiat kepada-Mu.
Oleh yang demikian kami
memohon keampunan-Mu, maka
ampunkanlah kami. Dan apa-apa
yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini dari perkara-
perkara yang Engkau redhai dan
Engkau telah menjanjikan
ganjaran pahala kerananya, maka
kami memohon kepada-Mu Ya
Allah, Tuhan yang Maha Mulia,
yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan semoga Engkau
menerimanya (amal bakti) yang
telah kami lakukan dan Engkau
tidak menghampakan harapan
kami, wahai Tuhan yang Maha
Mulia.

ADVERTISEMENT

RM 21 RM 10 RM 36

RM 12 RM 490 RM 15

Selawat dan salam ke atas


penghulu kami Nabi Muhammad
berserta keluarga dan sahabat-
sahabatnya. Dan segala pujian itu
bagi Allah Tuhan pentadbir
seluruh alam.

VIDEO BACAAN DOA

Doa Akhir Tahun - SQ.wmv

Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah


Sementara itu, Doa permulaan bulan tahun
baharu dibaca 3 kali selepas maghrib pada
malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca
doa ini, Syaitan berkata :-

Free Shipping Across Malaysia


Shopee

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan


pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah
Syaitan”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

ADVERTISEMENT

MAKSUD DOA AWAL TAHUN


HIJRAH (BAHASA MELAYU)

Dengan nama Allah yang Maha


Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan
pentadbir seluruh alam, Selawat
dan salam ke atas penghulu kami
Nabi Muhammad berserta
keluarga dan sahabat-sahabat
baginda.
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang
kekal untuk selama-lamanya sedia
ada lagi tiada permulaan.
Kelebihan-Mu Maha Agung dan
kemurahan-Mu amat melimpah
yang sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru ke atas
kami, kami mohon kepada-Mu
perlindungan pada tahun ini
daripada syaitan yang direjam dan
konco-konconya serta bala
tenteranya, kami juga memohon
kepada-Mu pertolongan
mengalahkan runtunan nafsu yang
mendorong ke arah kejahatan,
dan kami memohon kepada-Mu
kerja-kerja yang boleh
mendampingkan diri kami kepada-
Mu, wahai Tuhan yang
mempunyai kebesaran dan
kemuliaan.
Selawat dan salam ke atas
penghulu kami Nabi Muhammad
berserta keluarga dan sahabat-
sahabatnya. Dan segala pujian itu
bagi Allah Tuhan pentadbir
seluruh alam.

VIDEO BACAAN DOA AWAL TAHUN


HIJRAH

SUMBER : Facebook Masjid Wilayah


Persekutuan, Kuala Lumpur

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Salam Maal


Hijrah 1445H. Semoga perkongsian Bacaan
Doa di atas bermanfaat buat semua.

Related : penting bagi umat islam, kerana


melimpahkan rahmat, semoga Allah, beserta
keluarga dan sahabatnya, maha pemurah, ya
Allah, ba da, 1 muharram, muharram atau maal
hijrah hijrah merupakan suatu hari, Allah swt,
pujian bagi, Allah, tuhan, awal muharram atau
maal 1 muharam madinah pada tahun 622, 10
agustus 2021, engkau janjikan, 1 muharram
1443, menyambut tahun baru islam 2021 1443
h

Tinggalkan Komen

Name *

Email *

Website

Post Comment

Artikel Popular

SAPS Ibu Bapa 2023 Semakan Keputusan


Peperiksaan Pelajar Online

Permohonan UPU Online 2023 / 2024 UA


Politeknik ILKA

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES


Online & SMS (Check Saman)

APDM KPM Online Login Sistem Aplikasi


Pangkalan Data Murid

Kalendar 2023 Cuti Umum Malaysia & Cuti


Sekolah/ Perayaan

Jadual Gaji 2023 Kakitangan Awam Kerajaan

ABOUT US
Portal Perkongsian Informasi Terkini Permohonan
: Semakan Keputusan Pendidikan Online

KATEGORI

Pilih Kategori

SEARCH

Search …

Penafian Dasar Privasi Hubungi

© 2023 permohonan.my - All Rights Reserved.

Bible Verses Delivered to Your Inbox Each


Day OPEN

Anda mungkin juga menyukai