Anda di halaman 1dari 7

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira semasa peringkat

menanam pisang:

1.Iklim dan tanah:


Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh
ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu
optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan
memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan
kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk
pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang
12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap
pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan
asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka.
Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok
bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan
mengakibatkan kelecuran pada buah. Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan
pokok. Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta
merendahkan mutu hasil buah. Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang
terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.

2.Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-
Sulur Dara – Akar akar sudah terbentuk
Sulur Pedang – Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
Sulur Payung – Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.

3.Sistem Penanaman:
 Tanaman Tunggal
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak
tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x
3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
 Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian
sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama.
Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar
dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-
buahan yang bersesuaian.
4. Cara penanaman:
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas
dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m
x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.
5.Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit
yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa
digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter
daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan
kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai
bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya
untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh
dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang
tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi
membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila
60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih
satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya
dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100
cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan
dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua.
Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok
iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah
ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang
berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
6.Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak
dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah
atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan
kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran
pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.

7.Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian
hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat
persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan
memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3
bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain
dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi
sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara
pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada
aras tanah.

8.Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari
peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang
ditentukan diantara barisan tanaman pisang.

9.Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok
pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung
buah yang berat.

10.Pembungkusan Tandan Pisang:


Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan
pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan
daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa
penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah
dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada
penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang.
Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat
ditentukan semasa penebangan.
11.Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya
mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip
lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan
selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi
mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah.
Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar
buah tidak terhempas di tanah.
Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang
Pisang seluas 65 ekar di Johor.
.
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya
dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat
ynag maksimum.
.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis
kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutp rapat
sehingga hujung pisang.
.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk
mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi
mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
.
8. Pembajaan:
a. Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

.
9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun
serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah
juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk
meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga
sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
.
10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik
hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh
pokok hingga pokok menjadi putih.
.
11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
CARA MENANAM PISANG BERANGAN
.
Maklumat ini diperolehi daripada seorang pengurus ladang pisang yang menjaga
Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor. Katanya setiap pokok pisang hanya dikekalkan
dengan 8 daun sahaja. Jika lebih 8 perlulah di cantas supaya buah pisang mendapat
makanan secukupnya.

Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang
bersama jantung. Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dan berat yang
maksimum.

Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis
kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup dengan
rapat sehingga hujung pisang.

Apabila jantung pisang keluar, bilangan daun hanya dikekalkan sebanyak 6 helai
sahaja. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja
bagi mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur dan sihat.

Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja. Apabila
jantung telah keluar, hentikan pembajaan pada pokok bagi mengelakkan buah pisang
yang mengkal atau keras dan kualiti pisang jatuh.

Dari segi pembajaan, letakkan baja penggalak akar atau hormon akar dalam lubang
sebelum menanam benih pisang. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur NPK 15:15:15
yang boleh di beli di kedai pertanian atau nurseri buah-buahan. Setelah pokok pisang
masuk umur ke 6-7 bulan, tabur dengan baja penggalak buah 12:12:17:2. Kadar baja
hanya segenggam atau 250gram bagi setiap pokok.

Bahagian merumput pula, gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. ELAKKAN gunakan
racun serap. Pokok tidak perlu ditajak atau di cangkul untuk merumput, cukup
memadai hanya meracun sahaja.

Tanah juga tidak perlu digemburkan di sekeliling pokok bagi mengelakkan pokok
tumbang. Untuk meracun, sukatan bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan
bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan yang
maksimum dan berkesan.

Benda terakhir yang anda perlu utamakan ialah kawalan penyakit. Jika daun pisang
berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat
serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi
putih hasil dari semburan racun tadi. Lakukan semburan beberapa kali sehingga
penyakit hilang. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah kering atau layu.

Anda mungkin juga menyukai