Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah :
Kod Sekolah :

1. Nama Guru
PANDUAN PENGURUSAN
2. Judul MENANGANI BULI DI SEKOLAH 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah dihasilkan sebagai satu garis panduan
kepada pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu buli. Penerbitan buku ini diharapkan dapat
membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam mengendalikan gejala buli dalam
kalangan murid dengan lebih berkesan. Bab pertama buku ini memaparkan pengenalan secara
terperinci berkaitan buli termasuklah takrifan buli, implikasi, jenis dan faktor-faktor buli.
Seterusnya , bab kedua buku ini menghuraikan dengan terperinci pengurusan sekolah berkaitan
buli termasuklah menggariskan peranan pengurusan sekolah. Bab ketiga pula memaparkan
dengan jelas berkaitan aktiviti-aktiviti menangani buli. Cadangan aktiviti-aktiviti ini termasuklah
aktiviti di sekolah rendah dan menengah. Bab keempat merupakan carta aliran dan instrumen
penilaian aktiviti menangani buli di sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku panduan ini telah memberi ilmu yang sangat meluas dan berguna dalam isu menangani kes
buli yang semakin berleluasa di dalam sekolah. Cara menangani dan jenis-jenis buli juga
diterangkan dengan jelas supaya dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Terdapat banyak
pengetahuan dan pengajaran seperti memperincikan dan sentiasa menambahbaik sistem disiplin
dan pengurusan murid di sekolah. Buku ini juga dapat memberi ingatan dan ilmu dimana kes buli
bukan sahaj melibatkan pihak sekolah, tetapi juga persekitaran dan pergaulan murid itu sendiri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat sesuai diaplikasikan di sekolah lebih-lebih lagi di dalam kelas PPKI. Ini kerana kes
buli melibatkan murid PPKI sangatlah membimbangkan kerana murid Pendidikan Khas mudah
dibuli oleh murid aliran perdana.Buku ini juga menunjukkan cara menangani kes buli dengan lebih
efektif dan berkesan tanpa meninggalkan kesan buruk pada mental dan emosi murid terbabit. Ia
amat berguna pada guru ,staf sokongan,orang sekeliling mahupun ibu bapa murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai