Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN BAB 4 MENGENALI TAMADUN

1. Nyatakan maksud tamadun dalam bahasa Inggeris

F1 Tamadun disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju.

F2 Tahap pembangunan tersebut merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan
kebolehan manusia atau organisasi

2. Nyatakan maksud tamadun dalam bahasa Arab

F1 Mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

F2 Istilah lain yang sama ertinya ialah hadharah dan hadari. Hadharah bermaksud kawasan daerah, bandar, kota,
kampung dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam.

F3 Hadari pula bermaksud tanah atau rumah yang didiami masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.

3. Apakah persamaan antara maksud tamadun dalam bahasa Inggeris dan Arab?

F1 Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kompleks.

4. Apakah bidang yang boleh dicapai oleh masyarakat sehingga mampu membentuk sebuah tamadun?

F1 Kegiatan pertanian dan perdagangan

F2 Sistem pemerintahan

F3 pembentukan bandar

F4 Pengkhususan pekerjaan

H1 Teknologi Organisasi sosial

H2 Agama dan kepercayaan

H3 Tulisan dan penyimpanan rekod

H4 Kesenian dan kesusasteraan

5. Apakah yang menjadi faktor perkembangan kegiatan pertanian?

F1 Penciptaan peralatan pertanian

F2 Pembinaan saliran

F3 Pembinaan teres di tanah tinggi

F4 Penciptaan kincir angin


6. Terangkan kegiatan perdagangan.

F1 Perdagangan tempatan

H1 Masyarakat kota mendapat makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan kraf tangan dan
perkhidmatan termasuklah kegiatan keagamaan

F2 Perdagangan jarak jauh

H2 Masyarakat dari kawasan tamadun yang berbeza bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai
bahan mentah, seperti logam, emas dan besi

F3 Kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer dengan Mesir dan Mohenjo-Daro

7. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kegiatan pertanian kepada masyarakat tamadun awal?

F1 Pembentukan bandar

F2 Penghasilan teknologi

F3 Mewujudkan pengkhususan pekerjaan

F4 Perkembangan perdagangan

F5 Kewujudan organisasi sosial

8. Nyatakan tiga aspek yang membentuk kelas sosial pada zaman Tamadun Mesir Purba.

F1 Jenis Pekerjaan

F2 Kekayaan

F3 Pengaruh

9. Siapakah yang berada pada kedudukan tertinggi dalam susunan masyarakat Mesir Purba?

F1 Firaun

F2 Golongan Agama

F3 Golongan Bangsawan

10. Apakah kepentingan organisasi sosial dalam sebuah tamadun?

F1 Melicinkan pentadbiran

F2 Mewujudkan pentadbiran sistematik

F3 Mencapai matlamat organisasi

Anda mungkin juga menyukai