Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN TUTORIAL 10 JULAI 2020

Siti Aisyah Bt Zulkifli


18BI03009

Anda diminta menjawab soalan yang dikemukan dengan merujuk sumber yang shahih di laman
sesawang.

Soalan 1:
Terangkan definisi Tamadun dari segi Bahasa dan Istilah?

Tamadun. Istilah tamadun dalam bahasa melayu dipinjam daripada beberapa perkataan Arab
seperti maddana, madani, madaniyyah, hadharah, hadhariah dan ‘umran. Maddana dan
madani dengan kata dasar ‘din’ yang bermaksud agama atau kehidupan beragama adalah kata
kerja yang merujuk kepada membuka kota atau bandar juga membawa maksud memperhalusi
budi pekerti. Maddaniyah merujuk kepada material atau kebendaan. Hadharah pula merujuk
kepada perbuatan tinggal di bandar dengan perilaku kehidupan dan adab yang tinggi manakala
Hadhariah adalah pencapaian aspek rohaniah. Menurut catatan Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, istilah tamadun merujuk kepada beberapa definisi. Pertamanya, tamadun adalah
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada ketinggian peradabannya,
taraf kemajuannya, kebendaan serta perkembangan dari pelabagai aspek seperti sosial, budaya,
dan politik. Keduanya, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan juga perkembangan pemikiran. Ketiga, budaya atau cara hidup masyarakat setempat
dan yang keempat, keadaan pemikiran, budaya dan moral yang halus.

Tamadun secara Istilah Menurut Ismail Al Faruqi pula adalah tamadun sebagai pencapaian
kesempurnaan syarat-syarat sebagai sebuah organisasi sosial yang maju, bersesuaian dengan
sesebuah Bandar berbanding penduduk desa termasuk keupayaan penduduknya untuk hidup
menjalankan tanggungjawab harian dan sentiasa memperbaiki kehidupan.
Soalan 2:
Berdasarkan Ayat Al Quran, apakah tujuan manusia diciptakan. Nyatakan ayat ayat al Quran
dan huraikan.

ِ ‫اْلنس إََِّّل لِي عب ُد‬ ِْ ‫وما خلَ ْقت‬


‫ون‬ ُ ْ َ َ ِْ ‫اْل َّن َو‬ ُ َ ََ
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat (kepadaKu) (Al-Quran, 51:56).

Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa tujuan atau matlamat manusia diciptakan Allah
SWT adalah tidak lain kecuali untuk beribadah kepadaNya. Manusia seharusnya sedar tentang
tujuan utama kewujudan mereka di dunia ini dan sentiasa berusaha untuk mencapai tujuan
tersebut. Namun, maksud ibadah disini tidaklah semata-mata hanya melaksanakan rukun Islam
tetapi secara mudahnya ia bermaksud menghubungkan segala perbuatan yang dilakukan dalam
kehidupan ini dengan Allah. Dengan menghubungkan segala perbuatan tersebut juga
bermaksud antaranya menjaga hubungan dengan manusia, melakukan segala amalan dengan
ikhlas serta usaha memperbaiki kehidupan sebagai seorang muslim setiap masa. Inilah
matlamat utama dan paling penting untuk difahami oleh semua manusia.

Anda mungkin juga menyukai