Anda di halaman 1dari 1

SEMINAR ANDRE BAZIN ON ILO ILO

Assalamualaikum, saya Tun Aliff Danial Bin Kamarul Zaidy dari CAFF230.
Saya akan membentangkan tentang teknik cahaya dan bunyi dari film Ilo Ilo menurut
perspective Andre Bazin. Disini saya akan memulakan dengan teori bunyi Andre Bazin.
Andre Bazin menggariskan kepentingan peralihan bunyi untuk menekankan teori realisme
beliau. Beliau menyedari betapa pentingnya bunyi dalam sudut realisme, menghapuskan
keperluan untuk ekspresif dan "denaturalisasi" yang merupakan sebahagian besar wayang
bisu (Donato Totaro, 2003).
Dalam filem Ilo Ilo ini telah dibanjiri dengan buyian. Pada minit yang ke 34, di dalam scene
ini kita dapat lihat bahawa Jiale dan pembantu rumahnya sedang bercakap di atas roof top
rumah flatnya. Jika kita dengar dengan teliti, kita dapat dengar dengan jelas bunyi
background seperti aingin, bunyi kereta tanpa mengunakan apa apa alatan bunyi. Menurut
Andre bazin, beliau tidak suka terhadap sebarang alatan yang boleh digunakan untuk
memanipulasi persepsi penonton (Katherine Blakeney, 2009)
Pada minit ke 35 pula, terdapat upacara india yang sedang berlangsung di luar flat nya.
Disini kita dapat lihat apabila mak Jiale munutup tingkap biliknya, kedengaran bunyi music
upacara tersebut telah berkurang. Jadi dari segi bunyi ini, scene ini dapat di lihat pengunaan
teknik REALISme Andre Bazin.
Andre Bazin merasakan bahawa sebarang manipulasi imej seperti penyuntingan yang tidak
masuk akal yang dibangunkan oleh Eisenstein atau set dramatik dan pencahayaan
Ekspresionisme Jerman menghalang cara untuk melepaskan potensi sebenar filem untuk
realisme (Katherine Blakeney, 2009).
Seterusnya kita akan kearah teknik cahaya yang di gunakan dalam filem Ilo Ilo ini. Kita dapat
lihat dalam minit ke 25 dalam filem Ilo Ilo ini, Jiale, ayah, mak dan pembantu rumahnya
berada di dalam kereta setelah pulang dari rawatan kecederaan Jiale. Di sini kita dapat lihat
bahawa, Ilo Ilo hanya menggunakan cahaya yang tersedia ada contohnya cahaya matahari
yang menerangi di dalam kereta itu.
Selain dari itu, pada minit ke 83, kita dapat lihat ayah jiale sebagai pengawal keselamatan
berlari dari kilang telur ke pos pengawal. Waktu yang digunakan dalam scene ini adalah
waktu malam. Di sini kita dapat melihat bahawa, teknik cahaya yang digunakan hanyalah
melalui lampu jalan dan juga lampu di dalam pos pengawal. Disini kita dapat lihat bayang
bayang yang tidak nampak macam berlebihan.
Pengakhir kata dari saya, teknik cahaya dan bunyi pada waktu ini amatlah jauh sekali
berbanding teknik cahaya dan bunyi Andre Bazin.

Anda mungkin juga menyukai