Anda di halaman 1dari 8

Pentaksiran Semester 2 (30/6/2023)

Imbuhan

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif


peN- meN- ter-
peR- beR- se-
Awalan ke- di-
memper-
diper-
-an -i
Akhiran
-kan
peN...an meN-...-i ke-...-an
peR...-an meN-...-kan
ke-...-an di-...-i
di-...-kan
memper-...-i
Apitan memper-...-kan
diper-...-i
diper-...-kan
beR-...-an
beR-...kan
ke-...-an

Awalan peN-
Bentuk Awalan peN-
1 pe l, m, n, ng, ny, r, w
b, (p)
2 pem
kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, p, v
c, d, j, (t), z, sy
3 pen
kata pinjaman yang bermula dengan huruf s, t
a, e, i, o, u, g, h, (k), gh, kh
4 peng
kata pinjaman yang bermula dengan k
5 peny (s)
6 penge kata-kata yang mempunyai satu suku kata
Maksud Awalan peN-
1. Menunjukkan maksud orang yang melakukan sesuatu, orang yang suka akan
sesuatu, orang yang menjawat sesuatu jawatan.
a. penjaja b. perokok c. penghulu

2. Menunjukkan maksud orang yang memiliki sifat kata dasar.


a. pemalas b. pendiam c. pemboros

3. Menunjukkan maksud alat atau bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu.
a. penyangkut b. pewarna c. pembaris

4. Menunjukkan maksud ukuran masa, ukuran saiz dan ukuran jarak.


a. sepenanak (tanak) nasi lamanya (masa)
b. sepemeluk (peluk) besarnya (saiz)
c. sepemanah (panah) jauhnya (jarak)
Awalan peR-
Bentuk dan Maksud Awalan peR-
1 pe pesakit (orang yang sakit) pekamus (orang yang menyusun kamus)
2 pel pelajar (orang yang belajar) pelbagai (berbagai-bagai)
3 per pertapa (orang yang bertapa) perasap (tempat membakar kemenyan)

Awalan ke-
Maksud Awalan ke-
1. Menunjukkan maksud orang atau sesuatu yang abstrak.
a. ketua b. kekasih c. kehendak d. ketagih

Akhiran -an
Maksud Akhiran -an
1. Menunjukkan maksud hasil perbuatan.
a. tanaman b. lukisan c. tendangan

2. Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas.


a. dataran b. lautan c. lapangan

3. Menunjukkan maksud banyak.


a. durian b. rambutan c. deretan

4. Menunjukkan maksud alat.


a. acuan b. kisaran c. tapisan

5. Menunjukkan orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja.


a. jemputan b. tawaran c. tahanan

Apitan ke-an
a. kerajaan b. kedudukan c. kelemahan

Apitan peN-an
a. pembayaran b. pengindahan c. penyatuan

Apitan peR-an
a. peperangan b. pelayaran c. perbahasan

Perbezaan antara peN-an dengan peR-an


1. a) peN-an ada kaitan dengan meN, meN-i, meN-kan
a. pembayaran b. pembaharuan c. pelaksanaan

b) peR-an ada kaitan dengan beR.


a. pekerjaan b. pelajaran c. perpisahan

2. a) peN-an ada kaitan dengan proses.


a. penukaran b. pemisahan c. penemuan

b) peR-an ada kaitan dengan hasil.


a. pertukaran b. perpisahan c. pertemuan
Imbuhan Kata Kerja
Imbuhan Kata Kerja Transitif
1. meN 2. meN-i 3. meN-kan 4. ter 5. memper 6. memper-i 7. memper-kan

Perbezaan antara meN dengan teR


Budak nakal itu memijak kaki saya dengan kuat.
1
Dia meminta maaf kepada saya kerana terpijak kaki saya tadi.
Rosli membeli sebuah telefon bimbit baharu semalam.
2
Saya tidak terbeli kereta yang dipamerkan itu.
Kami akan mendaki gunung itu pada cuti penggal ini.
3
Walaupun sudah tua, dia masih terdaki gunung yang tinggi itu.

Perbezaan antara meN-i dengan meN-kan


meN-i Subjek bergerak
1
meN-kan Objek bergerak

Lina memasuki bilik itu secara senyap.


a
Lina memasukkan buku-buku itu ke dalam kotak.
Mereka menaiki Bukit Bendera dengan kereta kabel.
b
Murid itu menaikkan bendera pada setiap pagi Isnin.
Pak Mat menuruni bukit dengan berhati-hati.
c
Para pekerja sedang menurunkan perabot itu dari lori.

meN-i Objek tepat manusia {meN-i (siapa) (apa) }


2
meN-kan Objek benda {meN-kan kepada (siapa) }

Bapa menghadiahi saya sebuah komputer riba.


a
Bapa menghadiahkan sebuah komputer riba kepada saya.
Saya memberi budak itu beberapa biji gula-gula.
b
Saya memberikan beberapa biji gula-gula kepada budak itu.
Intan mengirimi sahabatnya poskad.
c
Intan mengirimkan poskad kepada sahabatnya.

meN-i Subjek benda


2
meN-kan Subjek manusia

Air matanya yang mengalir membasuhi pipinya.


a
Dia membasahkan pipinya dengan air hujan.
Gincu yang memerahi bibirnya berjenama Silkygirl.
b
Ng memerahkan mukanya dengan gincu untuk menunjukkan kesan darah.
Sampah sarap yang bertaburan mengotori pantai itu.
c
Budak-budak nakal itu mengotorkan taman itu dengan beg-beg plastik.
Perbezaan antara meN dengan meN-kan
Subjek meN apa untuk siapa
1 Emak memasak bubur ikan untuk nenek
2 Encik Lee membuat layang-layang untuk anaknya
3 Mak Timah mencari belalang untuk cucunya

Subjek meN siapa apa


1 Emak memasakkan nenek bubur ikan
2 Encik Lee membuatkan anaknya layang-layang
3 Mak Timah mencarikan cucunya belalang

Awalan memper-
Maksud awalan memper-
1. Menunjukkan maksud menjadikan sebagai yang tersebut pada kata dasar.
a. memperalat b. memperhamba c. mempertuan

2. Menunjukkan maksud menjadikan lebih daripada yang tersebut pada kata dasar.
a. memperbesar b. memperkemas c. memperapat

3. Menunjukkan maksud mendapat sesuatu.


a. memperoleh

4. Menunjukkan maksud membahagi.


a. memperdua b. memperempat c. memperlapan

Perbezaan antara memper- dengan memper-kan


1a) memperhamba memperlakukan orang lain seperti hamba
Puan Asikin memperhamba pembantu rumahnya.
b) memperhambakan menjadikan diri seperti hamba
Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada Sultan.
2a) memperisteri (i) menjadikan seseorang isteri / mengahwini
Anak Encik Leong memperisteri seorang gadis Taiwan.
b) memperisterikan menjadikan seseorang beristeri / mengahwini
Pak Long memperisterikan Abang Damid dengan anak bongsu Pak Mat.
3a) mempersuami menjadikan seseorang suami / mengahwini
Gadis itu enggan mempersuami lelaki yang seusia dengannya.
b) mempersuamikan menjadikan seseorang bersuami / mengahwini
Tok Penghulu akan mempersuamikan anak gadisnya selepas musim menuai.

Imbuhan Kata Kerja Tak Transitif


1. beR (be-, bel-, ber-)
bekerja belayar belajar berpusing

2. meN
mengalir menjerit merokok meludah

3. ter
terjatuh tertidur terjaga tergelincir
Apitan beR-an
Maksud Apitan beR-an
1. Menunjukkan maksud banyak yang berlaku.
a. berhamburan b. berguguran c. bertaburan

2. Menunjukkan perbuatan antara dua pihak atau bersalingan.


a. berkejaran b. bertolakan c. berpelukan

3. Menunjukkan maksud berterusan atau berpanjangan.


a. berkibaran b. berteriakan c. bercucuran

Apitan beR-kan
Maksud Apitan beR-kan
1. Menunjukkan maksud menjadikan sesuatu sebagai maksud yang terdapat pada kata
dasar. Kata Kerja Tak Transitif yang berapitan beR-kan perlu diikuti oleh pelengkap
yang terdiri daripada kata nama / frasa nama.
a. bersenjatakan pistol menjadikan pistol sebagai senjata.
b. berbantalkan lengan menjadikan lengan sebagai bantal.
c. Beralaskan kain menjadikan kain sebagai alas.

Imbuhan Kata Kerja Pasif


a. Pakaiannya masih belum berseterika (diseterika).
1. beR b. Puan Nora menghidangkan segelas jus oren dan dua keping roti bakar
bersapu (disapu) mentega untuk saya.

a. Berita tentang kes pembunuhan itu tersiar (sudah disiarkan) dalam


akhbar tempatan.
2. ter b. Dia berasa terkejut apabila melihat pintu rumahnya terbuka (sudah
dibuka) luas.
c. Pelbagai juadah terhidang (sudah dihidangkan) di atas meja.

a. Jam yang rosak itu masih belum sempat saya baiki. (Ayat Pasif)
3. -i
b. Sayangilah ibu bapa anda. (Ayat Perintah)

a. Menariknya gaya bahasa cerpen yang awak hasilkan. (Ayat Pasif)


4. -kan
b. Bersihkan kawasan itu dengan cepat. (Ayat Perintah)

a. Budak itu demam kerana kehujanan semalam.


5. ke-an b. Dia datang lewat kerana ketinggalan bas.
c. Suaranya masih kedengaran walaupun saya berada di belakang.

6. di- 7. di-i 8. di-kan 9. diper- 10. diper-i 11. diper-kan


Imbuhan Kata Adjektif
1. ter (paling)
termuda terpantas terunggul terutama

2. se (sama, macam)
sekelas sekampung setinggi sepucat

3. ke-an (macam)
kekanak-kanakan kegila-gilaan kemelayuan kebaratan

Keadaan yang Tidak Memerlukan Awalan


1. Kata kerja dalam Ayat Pasif diri pertama dan kedua
a. Novel itu saya pinjam dari perpustakaan.
b. Kereta yang rosak itu masih belum engkau baiki.
c. Biskut kacang dalam bekas itu sudah kami habiskan.

2. Kata kerja dalam Ayat Perintah MELAINKAN kata kerja tak transitif
a. Jangan buang sampah itu di sini.
b. Akhirilah ucapan kamu dengan serangkap pantun.
c. Masukkan gula-gula itu ke dalam botol.
d. Perkenalkanlah isteri kamu kepada kami.
Imbuhan Pinjaman
Awalan Contoh
1. anti antibakteria 抗菌 antibiotik 抗生素 antidadah 反毒
antijenayah 反犯罪 antivirus 防毒 antikarat 防锈
2. auto autobiografi 自传 autograf 纪念册 autokrat 独裁君主
autodial 自动拨号
3. bi bilazim 反常的 biadab 无礼的
4. dasa dasalumba 十项全能竞赛 dasawarsa 十年
5. dwi dwiarah 双向 dwibahasa 双语 dwifokus 双焦点的
dwiguna 双重作用
6. eka ekabahasa 单语 ekafungsi 单一作用的 ekawarna 单色
7. hidro hidroelektrik 水力发电 hidroponik 水耕法 hidroskop 潜水镜
8. hiper hiperaktif 过动儿 hiperpeka 过度敏感
9. homo homofobia 对同性恋的憎恶或恐惧 homoseksual 同性恋
homograf 同形异义字
10. infra infrabunyi 次声(风暴产生的低频音波)inframerah 红外线
infrastruktur 基本设备
11. inter interaksi 交流 interpersonal 人际关系 interpretasi 说明/解释
12. intra intramural 校内的 intrakota 在市内的
13. juru juruacara 主持人 jurubahasa 翻译员 jurucakap 发言人
Juruwang 收银员 jurulatih 教练 jurukamera 摄影师
14. maha mahasiswa 大学生 mahasiswi 女大学生 mahahakim 大法官
maharaja 皇帝 maharana 大战 maharani 皇后 mahakarya 名作
15. multi multidimensi 多度空间的 multimedia 多媒体 multilingual 多种语文的
multivitamin 多种维他命的 multinasional 跨国的/来自多国的
16. panca pancaindera 五官 pancalogam 五金 pancalumba 五项全能竞赛
17. pasca pascamerdeka 独立之后 pascamatang 迟产婴儿
paskasiswazah(大学毕业后的)研究生
18. poli Poliklinik 综合诊疗所 politekni 工艺学院 poligami 一夫多妻
19. pra prabayar 预付 prakata 前言 pramatang 早产儿
prasarana 基本设施 pratonton 试映 prauniversiti 大学前
20. pro proaktif 积极的预先行动 propembangkang 倾向反对党的
probarat 倾向西方的
21. sub subbidang 细分 subeditor 助理编辑 subkontraktor 分包者
22. swa swadaya 本身的力量 swalayan 自助
23. tata tatacara 规则与程序 tatabahasa 语法 tataniaga 商业法 tatatertib 纪律
24. tri triatom 三个原子 tribahasa 三语 trikaki(照相机的)三角架
tribulan 季/三个月
25. tuna tunaaksara 文盲 tunaanggota 身体的缺陷 tunakarya 失业
tunakerna 聋的 tuunawisma 游荡的
26. ultra ultrabunyi 超声波 ultraunggu 紫外线

Akhiran Contoh
1. -i abadi 永恒的 azali 远古的
2. -ah qariah(女)可兰经诵读者 sultanah 苏丹后 ustazah 女宗教师
3. -al intelektual 知识分子 pratikal 实际的 profesional 专业的
teknikal 技术性的
4. -at hadirat 出席者 muslimat (女性)回教徒的复数
5. -grafi fotografi 摄影 kaligrafi 书法
6. -fobia aerofobia 怕坐飞机的 fotofobia 畏光的 hidrofobia 怕水的
akrofobia 畏高的
7. -iah alamiah 自然的 batiniah 内心的 lahiriah 外表的
wataniah 有关国家的 insaniah 有人性的
8. -ik akrobatik 杂技 diplomatik 外交的 grafik 图表的 saitifik 科学的
materialistik 唯物的 optimistik 乐观的 pesimistik 悲观的
9. -in hadirin 出席者 muslimin 男性回教徒的复数
10. -is cerpenis 短篇小说家 novelis 小说家 kartunis 漫画家
jurnalis 新闻工作者
11. -isme patriotisme 爱国主义 feudalisme 封建主义 humanisme 人道主义
hedonisme 享乐主义 individualisme 个人主义
12. logi zoologi 动物学 astrologi 星相术 psiklogi 心理学 meteorologi 气象学
13. -man budiman 君子/贤明的 seniman 男艺人
14. -nita biduanita 女歌手
15. -wan angkasawan 太空人 bangsawan 贵族 cendekiawan 知识分子
sasterawan 文学家 hartawan 富翁 jutawan 百万富翁
16. -wati olahragawati 女运动员 peragawati 女模特儿 seniwati 女艺人
sukarelawati 女自愿者
17. -wi duniawi 世俗的 manusiawi 人类的

Anda mungkin juga menyukai