Anda di halaman 1dari 10

29 IDEA

MARKETING
KEDAI

AINON MOHD
29 IDEA MARKETING KEDAI

Banyak bisnes adalah jenis yang pasaran


utamanya adalah penduduk di dalam kawasan
setempat, iaitu dalam radius 5 hingga 10
kilometer. Contohnya, kedai runcit, kedai
makan, kedai kek, kedai jahit, kedai rambut,
kedai dobi, kedai tayar, kedai kek, tadika,
klinik, klinik gigi dll. Tujuan local marketing
adalah:

i. Menghantar info terbaru tentang bisnes kita.

ii. Membangunkan kepercayaan.

iii. Menaikkan kredibiliti.

iv. Menarik lebih banyak customers datang.


29 IDEA MARKETING KEDAI

1. Persediaan sebelum melancarkan kempen


marketing untuk bisnes yang akan dibuka:

i. Mula-mula sekali asing-asingkan customers ke


dalam beberapa kumpulan.

ii. Tiap-tiap kumpulan itu berdasarkan ciri-ciri


tingkah laku mereka dan aktiviti mereka.

iii. Fikirkan strategi yang sesuai bagi


memperkenalkan bisnes kita kepada setiap
kumpulan itu. Ingat, lain kumpulan lain
strateginya.

2. Dapatkan maklumat andainya sudah ada


pihak-pihak lain yang menjalankan bisnes
seakan-akan bisnes kita. Dapatkan maklumat apa
strategi marketing yang mereka itu gunakan.
Contohi mana-mana yang sesuai dicontohi.
29 IDEA MARKETING KEDAI

3. Sokong dan berikan kerjasama kepada


jemaah, kelab, dan persatuan yang
menjalankan kerja-kerja kebajikan di kawasan
kita. Ini penting bagi membangunkan
kepercayaan dan nama baik. Nama bisnes kita
akan dicatatkan di site mereka.

4. Sebagai pemilik bisnes, sangat penting kita


melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
masyarakat setempat. Ini adalah strategi
marketing yang berkesan. Apabila kita aktif
dalam kegiatan masyarakat setempat, nama
kita akan dimasukkan dan diperkenalkan
dalam pelbagai grup dan platform media
sosial mereka.
29 IDEA MARKETING KEDAI

5. Beri tajaan kepada aktiviti-aktiviti yang


dianjurkan oleh pelbagai kumpulan.
Contohnya, sumbangkan hadiah untuk hari
sukan sekolah setempat. Sumbangan juga
bagus dibuat untuk aktiviti yang dianjurkan
oleh pengurusan masjid dan surau. Nama
bisnes kita akan disebut dan dicatatkan dalam
buku cenderamata.

6. Kita sendiri ikut sama-sama turun padang


dalam kegiatan kebajikan, seperti dalam acara
gotong-royong dll.

7. Galakkan staff kita supaya mereka masuk


kumpulan aktiviti masyarakat setempat.

8. Beri kupon diskaun istimewa kepada


anggota mana-mana kumpulan yang popular
dan aktif dalam kegiatan masyarakat
setempat.
29 IDEA MARKETING KEDAI

9. Kita tentu mempunyai pembekal. Kita


sokong bisnes mereka yang menjadi suppliers
kepada bisnes kita. Cara yang mudah adalah
kita tulis testimoni untuk diterbitkan di site
mereka.

10. Kita tulis testimoni di website kedai-kedai


yang kita selalu kunjungi. Contohnya, kita tulis
testimoni di website kedai kopi di mana kita
selalu minum kopi di situ, ataupun di website
klinik doktor keluarga kita.

11. Gunakan mana-mana syarikat servis


penghantaran di kawasan kita, kemudian kita
tulis testimoni di website mereka.

12. Tulis testimoni di website perkhidmatan


yang kita gunakan. Contohnya, di FB Page
ataupun di website kedai repair kereta,
kontraktor renovasi rumah, tukang potong
rumput, tukang kemas rumah dll.
29 IDEA MARKETING KEDAI

13. Tulis testimoni di website tadika anak kita,


ataupun di website kelas tuisyen dan guru
mengaji anak kita.

14. Andainya kita pernah hadir mana-mana sesi


training, tulis testimoni di website penganjur
sesi itu.

15. Andainya kita selalu pergi ke kedai


komputer untuk dapatkan servis repair dan
aksesori, tulis testimoni di website kedai itu.

16. Ambil bahagian dalam forum-forum online


yang dianjurkan oleh grup-grup penduduk
kasawan kita di mana isu-isu setempat
dibincangkan.
29 IDEA MARKETING KEDAI

17. Buka akaun Facebook Page. Terbitkan


reviu-reviu pelanggan kita di situ.

18. Follow Facebook Page individu-individu


yang tinggal di kawasan kita. Lakukan
engagement di Page mereka.

19. Buka akaun Instagram, galakkan penduduk


setempat follow akaun kita.

20. Buka akaun Twitter, galakkan penduduk


setempat follow akaun kita.

21. Buka akaun TikTok khusus untuk tarik minat


customers muda.
29 IDEA MARKETING KEDAI

22. Bagi kita yang menjalankan bisnes


profesional, buka akaun LinkedIn. Masuk
dalam grup-grup orang bisnes setempat dan
ambil bahagian dalam diskusi.

23. Masuk dalam kelab, persatuan, dan grup-


grup orang-orang bisnes setempat. Ambil
bahagian dalam diskusi online. Kongsikan
maklumat yang berguna kepada mereka dalam
kumpulan.

24. Cuba dapatkan peluang menjadi tetamu


dan ditemuramah oleh bloggers dan vloggers
setempat.

25. Daftarkan alamat bisnes kita di platform


iklan mobile supaya mudah dicari dan dijumpai
oleh sesiapa yang kebetulan berada di sekitar
kawasan kita.
29 IDEA MARKETING KEDAI

26. Kita ambil inisitif buka FB Page, website,


ataupun grup-grup online bagi memaklumkan
berita-berita dan cerita-cerita penduduk
setempat yang menarik.

27. Apabila ada jawatan kosong, iklankan di


media sosial grup-grup tempatan.

28. Apabila kita memerlukan pembekal,


iklankan di media sosial grup-grup penduduk
tempatan. Contohnya, kita membuka kedai
makan dan kita perlukan pembekal kuih-muih
untuk sarapan dan minum petang.

29. Dalam kalangan penduduk kawasan kita,


tentu ada seorang ataupun dua orang yang
popular dan terkenal, istilahnya local celebrity.
Kita boleh berkolaborasi dengan selebriti lokal
itu. Contohnya, kita lantik dia menjadi duta
bisnes kita.

Anda mungkin juga menyukai