Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami:
Tarikh : 08 Februari 2017

Kepada:
Yang Berhormat Dato’ Seri Hj Ikmal Hisham Bin Abd Aziz
Ahli Parlimen Tanah Merah
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN ‘ROBOTIK SPACE CHALLENGE’


SEMPENA HARI WILAYAH 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak JPN Kelantan akan menghantar peserta pertandingan
robotik dari seluruh negeri Kelantan yang dijangkakan berlangsung pada 21 Februari 2017
bertempat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Penyertaan ini akan melayakkan semua peserta
mendapat sijil kebangsaan dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records serta merebut
peluang mendapat hadiah yang ditawarkan.

3. Untuk makluman, sebanyak 14 pasukan (9 peserta dan 1 guru pengiring untuk setiap
pasukan) telah mendaftar dan mereka terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah. Sebanyak 4 buah bas diperlukan untuk mengangkut semua peserta. Oleh itu,
besarlah harapan kami untuk mendapatkan bantuan dari segi kewangan bagi menampung kos
pengangkutan dan penginapan dianggarkan berjumlah RM12,400.00. Butirannya adalah
seperti berikut:
i) Jumlah peserta dan guru : 10 x 14 pasukan = 140 orang
ii) Kos pengangkutan : RM1000 x 4 bas = RM 4,000.00
iii) Kos penginapan : RM60 x 140 orang = RM 8,400.00
Jumlah yang diperlukan = RM12,400.00

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pn.Hayati Salim (019-9939949) selaku …....
Kami hargai jasa baik pihak tuan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
-----------------------------------------------------
(DRS.AHMAD YANI BIN MUHAMMAD)
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan, Pembangunan dan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
b/p Pengarah Pendidikan Kelantan

Anda mungkin juga menyukai