Anda di halaman 1dari 2

Semut dan Belalang

Semut dan belalang berkawan baik. Mereka tinggal


di dalam sebuah taman.

Mereka bermain bersama-sama. Kadang-kadang


mereka mencari makanan bersama-sama.
Semut sangat rajin. Tiap-tiap hari semut m
encari makanan. Semut juga membawa makanan balik ke
sarangnya. Semut menyimpan makanannya di dalam
sarang.

Belalang pula sangat malas. Dia tidak mahu


menyimpan makanan. Belalang hanya makan makanan
yang dijumpai. Ia akan makan makanan itu hingga
kenyang.

Semut selalu memberi nasihat kepada sahabatnya.


Tetapi belalang degil. Belalang malad bekerja. Dia
lebih suka tidur sahaja.

Pada suatu hari, semut terjumpa banyak makanan.


Semut pun mengajak belalang mengangkut makanan.
Belalang tidak mahu.

Musim hujan telah tiba. Semut dan belalang tidak


dapat keluar mencari makanan.

Semut dan belalang hanya duduk di dalam sarang.


Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Semut makan makanan yang disimpan. Semut


menyimpan banyak makanan di dalam sarangnya.
Belalang pula sangat sedih. Sudah dua hari dia
tidak makan. Badannya juga lemah. Belalang menangis
kerana tidak mendengar nasihat semut.
Apabila hujan berhenti, semut pun keluar dari
sarang. Semut membawa makanan ke sarang belalang.
Semut tahu belalang sedang lapar.
Semut berasa sedih melihat belalang. Semut
memberikan makanan yang dibawanya itu kepada
belalang. Belalang makan makanan itu dengan gembira.

Selepas seminggu, badan belalang sudah kuat.


Sikap belalang telah berubah. Belalang sudah rajin
mencari makanan bersama-sama semut.

Anda mungkin juga menyukai