Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN KERJA KE MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS,

SANDAKAN, SABAH ANJURAN KOPERASI MRSM BENTONG BERHAD

1. TUJUAN :
Tujuan kertas kerja ini dibuat ialah untuk memohon kelulusan Pengetua MRSM Bentong
bagi pelaksanaan program lawatan kerja dua belas (12) orang guru dan staf MRSM
Bentong yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Benchmarking dan MRSM Bentong
Innovative Educators Experts (MBIEE) ke MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens,
Sandakan, Sabah dengan peruntukan wang caruman sebanyak Sebelas Ribu Lima Ratus
dan Enam Puluh Lapan SahajaTiga Ribu Ringgit sahaja (RM 11,568.00) bagi
menampung kos lawatan.

2. PENDAHULUAN

i. MRSM Bentong sedang dalam proses mendapatkan taraf / kelayakan Microsoft


Showcase School (MSS). Projek tersebut telah dinyatakan dalam Pelan Strategik
MRSM Bentong 2019 dan dikendalikan dalam projek MRSM Bentong Innovative
Educators Experts (MBIEE).

ii. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa inisiatif yang akan dan telah
dilaksanakan bagi mencapai taraf MSS. Antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah,
pelaksanaan penghantaran Rancangan pengajaran harian (RPH) secara online
dengan menggunakan apps OneNote, pemantauan kehadiran pelajar ke kelas
secara online dan menjalankan latihan-latihan yang berkaitan dengan kehendak dan
kriteria untuk mendapatkan taraf MSS.

iii. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau, dan menjadikan MRSM TMFS sebagai
benchmark atau contoh kerana MRSM ini telah mendapat taraf MSS pada tahun
2018.

iv. Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat pelaksanaan MRSM TMFS sebagai salah
satu MRSM yang telah mendapat autorisation sebagai IB World School (IBWS).
v. Kami berminat melihat apakah program-program yang dijalankan dalam IBWS dan
mengimplementasikan program yang bersesuaian di maktab kami.
vi. Selain itu, lawatan ini juga ingin meninjau serta menjadikan Koperasi MRSM TMFS
sebagai contoh dalam melaksanakan Program Eko-Pelancongan.

3. OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat untuk lebih
memahami konsep dan kriteria dalam mendapatkan status sebagai MRSM
Showcase School.

ii. Memberi pendedahan berkenaan program yang dijalankan dalam projek IB World
School (IBWS).

iii. Memberi pendedahan kepada warga MRSM Bentong kepada pelaksanaan program
Eco pelancongan yang dijalankan oleh Koperasi MRSM TMFS.

iv. Memberi motivasi dan inspirasi kepada warga Maktab MRSM Bentong dalam
melaksanakan program-program yang perlu dilaksanakan di maktab.

4. PERLAKSANAAN
i. PENGANJUR
Ko0perasi MRSM Bentong Berhad.

ii. AKTIVITI
i. Tarikh Lawatan Kerja : 10 – 13 April 2019.
ii. Tempat Lawatan : MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan,
Sabah.
iii. Cadangan Jadual Lawatan adalah seperti dalam Lampiran 1.

iii. PESERTA
BIL NAMA JAWATAN
1 Dr Noorzalina Bt Mohd Noor PENGETUA
2 Norul Huda Bt Mohd Hassan TPKA
3 Hasnah Binti Jaffar TPPB
4 Marni Bt Musa KJ Matematik
Penyelaras Benchmarking
5 Mohd Shaifuzaman B Ghazali Kaunselor
Setiausaha Benchmarking
6 Mohd Firdaus Bin Abd Munir KJ Bahasa
7 Mohd Zaid Bin Zakaria Ketua Guru Asrama
Pentadbir e-GURU
8 Mohd Adha Bin Kassim PPTK
9 Mohd Sharul Nizam B Zaharin Staf Perpustakaan
10 Salbani Bt Abdul Rahman Setiausaha MBIEE
11 Erwan Hazreen Bin Musa Wakil MBIEE & Jabatan
Matematik
12 Mohd Noor Azmi Bin Razak Wakil Unit ICT

5. IMPLIKASI KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan adalah sperti dalam Lampiran 2.

6. PENUTUP

Sehubungan itu, adalah diharapkan pertimbangan dan kelulusan Pengetua MRSM


Bentong bagi melaksanakan program Lawatan Kerja Ke MRSM Tun Mohammad
Fuad Stephens, Sandakan, Sabah menggunakan peruntukan wang caruman
sebanyak Sebelas Ribu Lima Ratus dan Enam Puluh Lapan SahajaTiga Ribu
Ringgit sahaja (RM 11,568.00) bagi menampung kos lawatan.

Disediakan oleh : Disokong oleh:

(MARNI BINTI MUSA) (NORUL HUDA BINTI MOHAMAD


Penyelaras Jawatankuasa Benchmarking HASSAN)
MRSM Bentong Timbalan Pengetua Kecemerlangan
Akademik
MRSM Bentong

Di luluskan oleh:

(DR. NOORZALINA BINTI MOHD NOOR)


Pengetua
MRSM Bentong, Pahang

Anda mungkin juga menyukai