Anda di halaman 1dari 5

Nama : Sholivah Nur Nadlirah (33)

Kelas : X TPTL

HIKAYAT MALIM DEMAN


Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan memerintah negeri Bandar
Muar. Mereka mempunyai seorang putera, Tuanku Malim Deman. Pada suatu malam, Tuanku Malim Deman
bermimpi didatangi seorang wali Allah menyuruh baginda pergi ke hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayan
untuk beristerikan Puteri Bongsu dari pada tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke dalam taman nenek
memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam purnama.

Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gila bayang. Seisi istananya
kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina.Baginda memohon pekenan ayah dan bundanya untuk pergi
berburu ke hulu negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai hulu balang dan rakyat jelata.
Namun mereka tewas; akibat kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah balik. Akhirnya tinggallah Tuanku Malim
Deman, Awang Selamat dan anjingnya SiKumbang. Awang Selamat jatuh sakit dan meninggal dunia dalam
perjalanan, SiKumbang pula mati lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagai-bagai
kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut.
Semua ini milik Puteri Bongsu dari kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah
jodohnya. Sebenarnya puteri ini telah di tunangkan dengan Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak di sukainya.

Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah mereka baju layang Puteri Bongsu
diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya TuankuMalim Deman membuka rahasia batil emas dan apa tujuan
sebenar kedatangannya. Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan. Kepulangan Tuanku
Malim Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan kenduri
kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran
dan Tuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.

Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri mangkat selang seminggu,taktha kerajaan diserahkan kepada
Tuanku Malim Deman. Malangnya, TuankuMalim Deman tidak cekap memerintah negeri. Baginda asyik dengan
persabungandan berfoya-foya dengan wanita sehingga melupakan urusan negeri dan permaisurinya. Sehinggalah
Puteri Bongsu berputerakan Tuanku Malim Dewanapun, baginda tidak sudi pulang menjenguk bayinya itu. Setelah
Tuanku Malim Dewana boleh berjalan, jatuh bangun, Puteri Bongsu terpandang baju layangnya dahulu. Lantas
diambil, sambil mendukung putera kecilnya, ia terbang melayang pulang ke kayangan. Disambut oleh kedua-dua
orang tuanya dengan rasa curiga. Setelah diketahui kedudukan sebenar, Puteri Bongsu di tunangkan dengan Mambang
Molek seorang raja kayangan juga.

Setelah kehilangan isteri dan anak barulah Tuanku Malim Deman insaf dan menyesal akan
perbuatannya selama ini. Baginda mengembara semula sehingga sampai semula ke rumah Nenek
Kebayan. Baginda meminta bantuan nenek itu untuk berjumpa dengan keluarganya kembali.
Nenek memberitahu baginda bahawahanya burung borak sahaja yang mampu membawa baginda
ke kayangan. Akantetapi Nenek Kebayan tidak ketahui di mana burung tersebut berada untuk
meminjamkan kepada baginda.

Tuanku Malim Deman meneruskan perjalanan dan pada suatu malam, sewaktu terlena di
banir pokok, baginda bermimpikan kemunculan seorang wali Allah menyuruh baginda mengikut
hulu sungai sehinggalah bertemu dengan Puteri Terus Mata anak Raja Jin Islam. Baginda sempat
bertaubat di hadapan wali tersebut. Terjaga atau beradu, baginda menuruti pesanan wali Allah
dalam mimpinya. Tuanku Malim Deman meminjam burung borak milik Puteri Terus Mata,untuk
berlepas ke kayangan setelah menerima syarat daripada ayahanda PuteriTerus Mata, ia itu Raja Jin
Islam supaya mengahwini puteri apabila pulang ke dunia semula. Baginda juga sempat berguru
kepada Raja Jin Islam tentang segala ilmu dan hikmat bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri
Terus Mata turut member tujuh kapur sirih hikmat kepada baginda untuk disantap juga mengatasi
tujuh lautanhalangan, lautan gelap, api, sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa. Kemenyanmandung
jati turut dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung borak apabila baginda hendak pulang ke
dunia semula.

Baginda tiba di rumah Nenek Kebayan di kayangan dan dilayan dengan penuh mesra.
Baginda perkenalkan diri sebagai Malim Permainan kerana berkebolehan luar biasa bermain
muzik. Malim Permainan hadir ke balai perkarangan istana lalu bermain muzik untuk
menghiburkan puteranya Malim Dewana. Walaupun putera itu tidak mengenalinya, namun naluri
hubungan ‘anak-bapa’ menyebabkan putera sering berada di atas ribaan sambil berhibur
denganpermainan muzik oleh baginda. Dari bau minyak silompat pagar yang melekat pada tubuh
puteranya, tahulah Puteri Bongsu bahawa Malim Permainan itu suaminyakerana minyak itu
ditinggalkan sewaktu ke kayangan. Malim Permainan (Tengku Malim Deman) menyuruh Nenek
Kebayan jualkan cincinnya kepada Puteri Bongsukerana kesuntukan belanja. Puteri Bongsu
membuka rahasia kepada Nenek Kebayan dan meminta Malim Permainan(Tengku Malim
Deman) merebutnya semula dari pada tangan Mambang Molek.

Tengku Malim Deman akhirnya dapat membunuh Mambang Molek digelanggang


sabung ayam. Dua orang saudaranya yang coba menuntut bela juga terbunuh dan negeri menjadi
huru-hara kerana rakyat Mambang Molek bertempur sesama sendiri kerana hikmat wali Allah.
Tengku Malim Deman dikahwinkan sekali lagi dengan Puteri Bongsu di atas kayangan.

Setahun kemudian Tengku Malim Deman membawa Puteri Bongsu dan puteranya pulang
ke Bandar Muar. Berkahwin dengan Puteri Terus Mata, puteri Raja Jin Islam sebagai menunaikan
janji dan Tengku Malim Deman menjadi raja yang arif bijaksana serta pula gagah berani yang
terlalu saktinya tiadalah berbanding zaman itu.
ANALISIS UNSUR INTRINSIK HIKAYAT
3.1 Tema : Kehidupan seorang raja
3.2 Alur : Maju
- Tahap Perkenalan
“Malim deman adalah putera raja dari Bandar Muar yang sangat bijaksana, lagi
sangat elok rupanya”
- Tahap Penampilan Masalah
“setelah besar, Malim Deman bermimpi seorang wali Allah menyuruhnya pergi
kerumah nenek kebayan untuk mendapatkan puteri bungsu dari kayangan
sebagai istrinya”
- Tahap Masalah Memuncak
“puteri bungsu sangat masyghul hatinya. Kebetulan pula ia menemukan kembali
baju kayangan. Maka ia pun terbang kembali kekayangan dengan anaknya Malin
Dewana”
- Tahap Klimaks
“sesampainya di kayangan didapatinya Puteri Bungsu akan dikawinkan dengan
Mambang Molek. Malim Deman mengalahkan Mambang dalam menyambung
ayam. Maka timbullah pertikaman antara keduanya”

- Tahap Ketegangan Menurun


“sekali lagi Malim Deman sekeluarga pun turun ke dunia semula”
- Tahap Penyelesaian
“harta Malim Deman pun menjadi seorang raja yang sangat sayang kepada
puteranya”

3.3 Tokoh
- Malim Deman
“Malim Deman adalah putera raja dari Bandar Muar yang sangat bijaksana, lagi
sangat elok rupanya”
Dari data tersebut Malim Deman digambarkan sebagai tokoh yang bijaksana.
- Nenek Kebayan
“dengan bantuan nenek kebayan juga, ia berasil mencuri ...”

Dari data tersebut Nenek Kebayan digambarkan sebagai tokoh yang penolong
- Puteri Bungsu
“Puteri Bungsu sangat masyghul hatinya”
Data data tersebut Puteri Bungsu digambarkan sebagai tokoh yang mudah
tersinggung atau mudah marah

- Raja jin
“raja jin bersedia meminjamkan burung borak kepada Malin Deman dengan
syarat . . .”
Dari data tersebut Raja jin digambarkan sebagai tokoh yang licik
- Malim Dewana
“maka ia pun terbang kembali kekayangan dengan anaknya Malim Dewana”
Dari data tersebut Malim Dewana digambarkan sebagai tokoh yang penurut
- Puteri Terus Mata
- Mambang Molek

3.4 Latar (setting)


- Tempat :
 Bandar Muar
“selang berapa lama, mereka pun kembali ke Bandar Muar”
 Rumah Nenek Kebayan
“akhirnya, sampailah ia kerumah nenek Kebayan”
 Kayangan
“sesampainya di kayangan didapatinya Puteri Bungsu . . .”

- Suasana
Menegangkan :
“malim deman mengalahkan mambang molek menyambung ayam, maka
timbullah pertikaman antara keduanya”

3.5 Sudut Pandang


“Akhirnya, sampailah ia kerumah nenek kebayan:
Dari data di atas digambarkan bahwa penulis menggunakan sudut pandangan
orang ketiga.

3.6 Amanat
“Akhirnya Malim Dewana besarlah, tetapi Malim Deman tetap tidak mau kembali
ke istana melihat puteranya. Puteri bungsu sangat masyghul hatinya. Maka ia pun
terbang kembali ke kayangan .....
Sepeninggal puteri bungsu barulah Malim Deman menyesal.”
Dari data di atas dapat kita ambil hikmah bahwa keluarga sangat penting dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai