Anda di halaman 1dari 6

HIKAYAT MALIM DEMAN

Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri


Lindungan Bulan memerintah negeri Bandar Muar. Mereka mempunyai
seorang putera, Tuanku Malim Deman. Pada suatu malam, Tuanku Malim
Deman bermimpi didatangi seorang wali Allah menyuruh baginda pergi ke
hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk beristerikan Puteri
Bongsu dari pada tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke dalam
taman nenek memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam
purnama.
Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang
yang gila bayang. Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si
Kembang Cina.Baginda memohon pekenan ayah dan bundanya untuk pergi
berburu ke hulu negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian
ramai hulu balang dan rakyat jelata. Namun mereka tewas; akibat
kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah balik. Akhirnya tinggallah Tuanku
Malim Deman, Awang Selamat dan anjingnya SiKumbang. Awang Selamat
jatuh sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, SiKumbang pula mati
lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagaibagai kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas
hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri
Bongsu dari kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil
tersebut ialah jodohnya. Sebenarnya puteri ini telah di tunangkan dengan
Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak di sukainya.
Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah
mereka baju layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman.
Akhirnya TuankuMalim Deman membuka rahasia batil emas dan apa tujuan
sebenar kedatangannya. Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah
Nenek Kebayan. Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri
disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu
diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar
mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran dan
Tuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.
Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri mangkat selang
seminggu,taktha kerajaan diserahkan kepada Tuanku Malim Deman.
Malangnya, TuankuMalim Deman tidak cekap memerintah negeri. Baginda
asyik dengan persabungandan berfoya-foya dengan wanita sehingga
melupakan urusan negeri dan permaisurinya. Sehinggalah Puteri Bongsu
berputerakan Tuanku Malim Dewanapun, baginda tidak sudi pulang

menjenguk bayinya itu. Setelah Tuanku Malim Dewana boleh berjalan, jatuh
bangun, Puteri Bongsu terpandang baju layangnya dahulu. Lantas diambil,
sambil mendukung putera kecilnya, ia terbang melayang pulang ke
kayangan. Disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan rasa curiga.
Setelah diketahui kedudukan sebenar, Puteri Bongsu di tunangkan dengan
Mambang Molek seorang raja kayangan juga.
Setelah kehilangan isteri dan anak barulah Tuanku Malim Deman
insaf dan menyesal akan perbuatannya selama ini. Baginda mengembara
semula sehingga sampai semula ke rumah Nenek Kebayan. Baginda
meminta bantuan nenek itu untuk berjumpa dengan keluarganya kembali.
Nenek memberitahu baginda bahawahanya burung borak sahaja yang
mampu membawa baginda ke kayangan. Akantetapi Nenek Kebayan tidak
ketahui di mana burung tersebut berada untuk meminjamkan kepada
baginda.
Tuanku Malim Deman meneruskan perjalanan dan pada suatu
malam, sewaktu terlena di banir pokok, baginda bermimpikan kemunculan
seorang wali Allah menyuruh baginda mengikut hulu sungai sehinggalah
bertemu dengan Puteri Terus Mata anak Raja Jin Islam. Baginda sempat
bertaubat di hadapan wali tersebut. Terjaga atau beradu, baginda menuruti
pesanan wali Allah dalam mimpinya. Tuanku Malim Deman meminjam
burung borak milik Puteri Terus Mata,untuk berlepas ke kayangan setelah
menerima syarat daripada ayahanda PuteriTerus Mata, ia itu Raja Jin Islam
supaya mengahwini puteri apabila pulang ke dunia semula. Baginda juga
sempat berguru kepada Raja Jin Islam tentang segala ilmu dan hikmat
bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri Terus Mata turut member tujuh
kapur sirih hikmat kepada baginda untuk disantap juga mengatasi tujuh
lautanhalangan, lautan gelap, api, sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa.
Kemenyanmandung jati turut dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung
borak apabila baginda hendak pulang ke dunia semula.
Baginda tiba di rumah Nenek Kebayan di kayangan dan dilayan
dengan penuh mesra. Baginda perkenalkan diri sebagai Malim Permainan
kerana berkebolehan luar biasa bermain muzik. Malim Permainan hadir ke
balai perkarangan istana lalu bermain muzik untuk menghiburkan puteranya
Malim Dewana. Walaupun putera itu tidak mengenalinya, namun naluri
hubungan anak-bapa menyebabkan putera sering berada di atas ribaan
sambil berhibur denganpermainan muzik oleh baginda. Dari bau minyak
silompat pagar yang melekat pada tubuh puteranya, tahulah Puteri Bongsu
bahawa Malim Permainan itu suaminyakerana minyak itu ditinggalkan
sewaktu ke kayangan. Malim Permainan (Tengku Malim Deman) menyuruh

Nenek Kebayan jualkan cincinnya kepada Puteri Bongsukerana kesuntukan


belanja. Puteri Bongsu membuka rahasia kepada Nenek Kebayan dan
meminta Malim Permainan(Tengku Malim Deman) merebutnya semula dari
pada tangan Mambang Molek.
Tengku Malim Deman akhirnya dapat membunuh Mambang Molek
digelanggang sabung ayam. Dua orang saudaranya yang coba menuntut
bela juga terbunuh dan negeri menjadi huru-hara kerana rakyat Mambang
Molek bertempur sesama sendiri kerana hikmat wali Allah. Tengku Malim
Deman dikahwinkan sekali lagi dengan Puteri Bongsu di atas kayangan.
Setahun kemudian Tengku Malim Deman membawa Puteri Bongsu
dan puteranya pulang ke Bandar Muar. Berkahwin dengan Puteri Terus Mata,
puteri Raja Jin Islam sebagai menunaikan janji dan Tengku Malim Deman
menjadi raja yang arif bijaksana serta pula gagah berani yang terlalu
saktinya tiadalah berbanding zaman itu.

ANALISIS UNSUR INTRINSIK HIKAYAT


3.1 Tema
3.2 Alur
-

: Kehidupan seorang raja


: Maju

Tahap Perkenalan

Malim deman adalah putera raja dari Bandar Muar yang sangat
bijaksana, lagi sangat elok rupanya
- Tahap Penampilan Masalah
setelah besar, Malim Deman bermimpi seorang wali Allah
menyuruhnya pergi kerumah nenek kebayan untuk mendapatkan
puteri bungsu dari kayangan sebagai istrinya
- Tahap Masalah Memuncak
puteri bungsu sangat masyghul hatinya. Kebetulan pula ia
menemukan kembali baju kayangan. Maka ia pun terbang kembali
kekayangan dengan anaknya Malin Dewana
- Tahap Klimaks
sesampainya di kayangan didapatinya Puteri Bungsu akan
dikawinkan dengan Mambang Molek. Malim Deman mengalahkan
Mambang dalam menyambung ayam. Maka timbullah pertikaman
antara keduanya
- Tahap Ketegangan Menurun
sekali lagi Malim Deman sekeluarga pun turun ke dunia semula
- Tahap Penyelesaian
harta Malim Deman pun menjadi seorang raja yang sangat sayang
kepada puteranya
3.3 Tokoh
- Malim Deman

Malim Deman adalah putera raja dari Bandar Muar yang sangat
bijaksana, lagi sangat elok rupanya
Dari data tersebut Malim Deman digambarkan sebagai tokoh yang
bijaksana.
- Nenek Kebayan
dengan bantuan nenek kebayan juga, ia berasil mencuri ...
Dari data tersebut Nenek Kebayan digambarkan sebagai tokoh yang
penolong
- Puteri Bungsu
Puteri Bungsu sangat masyghul hatinya
Data data tersebut Puteri Bungsu digambarkan sebagai tokoh yang
mudah tersinggung atau mudah marah
- Raja jin
raja jin bersedia meminjamkan burung borak kepada Malin Deman
dengan syarat . . .
Dari data tersebut Raja jin digambarkan sebagai tokoh yang licik
- Malim Dewana
maka ia pun terbang kembali kekayangan dengan anaknya Malim
Dewana
Dari data tersebut Malim Dewana digambarkan sebagai tokoh yang
penurut
- Puteri Terus Mata
- Mambang Molek

3.4 Latar (setting)


- Tempat :

Bandar Muar
selang berapa lama, mereka pun kembali ke Bandar Muar

Rumah Nenek Kebayan


akhirnya, sampailah ia kerumah nenek Kebayan

Kayangan
sesampainya di kayangan didapatinya Puteri Bungsu . . .

- Suasana
Menegangkan :
malim deman mengalahkan mambang molek menyambung ayam,
maka timbullah pertikaman antara keduanya
3.5 Sudut Pandang
Akhirnya, sampailah ia kerumah nenek
kebayan:
Dari data di atas digambarkan bahwa penulis menggunakan sudut
pandangan orang ketiga.
3.6 Amanat
Akhirnya Malim Dewana besarlah, tetapi Malim Deman tetap tidak
mau kembali ke istana melihat puteranya. Puteri bungsu sangat
masyghul hatinya. Maka ia pun terbang kembali ke kayangan .....
Sepeninggal puteri bungsu barulah Malim Deman menyesal.
Dari data di atas dapat kita ambil hikmah bahwa keluarga sangat
penting dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai