Anda di halaman 1dari 87

TINGGI – TINGGI SI MATAHARI

OLEH MALINA MANJA

9 – 15 MARCH 2015

RUANG ITU RUANG SEBUAH RUMAH BATU. RUMAH ORANG YANG HIDUP
SENANG. PERABOTNYA DARI BAHAN YANG SEDERHANA SAHAJA
PERBUATANNYA.

HADIR SEMASA ITU IALAH PAK LASAM. ORANG TUA UMUR 50 TAHUN. BELUM
BEGITU TUA LAGI WALAUPUN RAMBUTNYA SUDAH BAN YAK YANG PITIH. IA
BERSELUAR DAN BERBAJU BATIK.

MOID ANAK JANTANNYA SEDANG BERDIRI DAN MUNDAR MANDIR GELISAH


TIDAK TENTU FASAL. PUNCANYA KURANG PASTI. TAPI DARI RUPA PARAS
YANG SERBA KEMBANG ITU, ADA TANDA HATINYA SUDAH TERPENUH DENGAN
DURI KERUNSINGAN. IA JUGA BERSELUAR PANJANG DAN BERBAJU KEMAS
SEKALI.

SESEKALI KELIHATAN IA MENGEPALKAN TANGANNYA MINTA DIHURAIKAN


RUSUH HATINYA. IBUNYA YANG DUDUK DI KERUSI TIDAK MENAMPAKKAN
SEBARANG KEGELISAHAN SEDIKIT JUA PUN. IA SEBENARNYA LEKA MEMBELEK
BUKU MASAKAN SAJA. MINATNYA MEMBACA BUKU TERSEBUT NAMPAKNYA
TEBAL SEDIKIT.

1
LASAM: (TIBA-TIBA SAJA). Ha, ‘dah tau begitu, kenapa kau balek kemari??

MOID: Habis ‘nak kemana lagi, ayah?

LASAM: Iyalah. Tapia pa kata bini kau ‘tu nanti? Kalau bini kau ‘tu merajuk,
tak apa juga. Ini laki boleh sampai merajuk, apa ‘ke hal??

MOID: (KELIHATAN KESAL SEDIKIT). Habis ‘nak buat apa lagi, saya
tunggu disana ‘tu? Tercanguk macam pondan tak laku. Hisap rokok
macam hisap pangkal gabus. Duduk dirumah, macam duduk dalam
tong. Kalau begini, memang boleh jadi gila sudahnya saya nanti,
ayah!

LASAM: (CUBA JUGA SEDAYA UPAYANYA UNTUK MEYAKINKAN


ANAKNYA). Hei, Moid! Ini bukannya soal tunggu tak tunggu, tau?

MOID: Saya tau, ayah.

LASAM: Tapi perkara ‘ni perkara tunggu yang kau mesti tunggu. Perkara ni
dah jadi tanggongjawab kau. Tanggongjawab yang mesti kau pikul.
Suka tak suka kau terpaksa pikul. Sebab kau dah jadi suami.

MOID: (CUBA PULA MENEGAKKAN KEBENARANNya). Itu saya tau.


Tapi punca pekara ‘ni bukannya datang dari saya?

SITI: (MELETAKKAN BUKUNYA. IA TERUS DATANG MENDAPATKAN


ANAKNYA. HAMPIRR DEKAT BENAR DIA). Kau ‘ni kalau aku kata
‘dah besar panjamg, sememangnya patut. ‘Nak dikatakan bijak,
masih mintak nasihat orang tua lagi? Pekara kecik macam ‘tu pun
tak boleh kau slesaikan sendiri? Tak guna aku hantar kau
bersekolah tinggi.

LASAM: Ha’a. Berfikirlah sikit. Kepala dibagi Tuhan bukannya disruh junjung
kesana kemari. Tapi disuruh berfikir.

2
MOID: (IA KELIHATAN SEPERTI ORANG YANG BERPUTUS ASA).
Habis apa lagi yang saya ‘nak buat, ‘mak? Dia masih lari-lari. Masih
liar lagi. Macam burung baru kena lepas jerat. Apa yang saya
hendak saya buat sekarang?

SITI: Kau pujuklah dia. Tak ‘kannya tak boleh?? Awak seorang jantan.

LASAM: Hei, Moid. Hati perempuan ‘ni kata orang macam kerak nasi.
Nampak saja keras. Tapi cuba kalau kau titikkan air. Kembang dia,
Moid. Lembut macam kapas.

MOID: (KESAL MENDENGAR SINDIRAN ORANG TUANNYA). ‘Nak pujuk


macam mana lagi, saya memang tak tau, ayah. (SEDIKIT
GELISAH). Kalau dia sebilik dengan saya, lainlah ceritanya. Ini, dia
masih ‘nak tidur dengan emaknya. Tak ‘kan saya ;bak bergelung
dengan bantal pelok dalam bilik saya ‘tu seorang diri? Bini apa
namanya kalau ‘dah tak tau ‘nak jaga hati laki?

LASAM: Orang baru kawin ‘ni memang banyak masaalahnya.Bagilah dia


belajar dulu. Mana tau kursus belum tamat lagi. Peranga macam ‘tu
memangnya baik.

MOID: Baik ‘tu memangnya baik, ayah. Saya pun tak kata bini saya ‘tu
perempuan jahat. Tapi saya rasa, diri saya ‘ni ‘dah dijadikan
macam kera sumbang. Macam orang jual ubat tak laku. Tersenyum
pada ‘mak mertua. Tersengeh dengan bapa mertua. Berapa lama
saya ‘nak buat macam ‘tu, ayah? Kalau ‘dah habis senyum, ‘dah
tak ada ‘nak disengehkan lagi, menyeringailah saya 24 jam
sudahnya nanti.

SITI: Aku fikir begini. (MOID MEMANDANG ARAH EMAKNYA). Pergi


kau balek dulu.

MOID: Balek lagi? (IA MEMBUANG PANDANG).

3
SITI: (TINGGI SUARANYA). Ajaklah dia keluar mithalnya. Tenguk
wayang ‘ke. Makan sateh ‘ke. Bawaklah dia berjalan jalan dulu.
Lepas ‘tu kau bisik - bisik. Pujuk- pujuk. Tak ‘kan kau tak faham

LASAM: (MEMPERLI ISTERINYA). Bijak. Emak kau ni kalau disuruh bagi


nasihat, memangnya bijak.

SITI: (MENCEBIKKAN BIBIRNYA). ‘Dah besar macam ni sepatutnya tak


payah aku ‘nak ajar-ajar lagi

LASAM: (MENGIAKAN DAN SETUJU). Sememangnya tak patut. Dah


melanggar adat biasa namanya. Mengajar itik berenang. Mengajar
ikan meneguk air.

MOID: (MELEPASKAN PANAS HATINYA). Lepas bisik-bisik tu, mak suruh


saya pegang-pegang tangannya pulak? Begitu??

SITI: Ha, tau pun.

MOID: Tak jalan, ‘mak.

LASAM: (TANYA). Kau ‘dah cuba??

MOID: (BOSAN DAN BERPUTUS HARAP). Tak ada peluang, macam


mana ‘nak mencuba, ‘mak.

SITI: (NAIK JENGKEL SIKIT JUGAK DIA). Hai, kalau iya pun,
berlembutlah sikit. Kau masam 24 jam, bukan manusia saja yang
takut. Kucing manja pun mau lari dibuatnya.

MOID: (MELAMUN JAUH). Kala masa bercinta dulu taka pa juga. Ini dia
‘dah jadi bini saya. Tak payah ‘nak dipujuk-pujuk lagi, ‘mak. ‘Dah
tau sendiri. (IA MENGELOH). Ah… saya fade-uplah ‘mak. Saya
fade-up (IA MASOK KEBILIKNYA LALU MENGHILANG. ORANG
TUANYA CUMA BERPANDANGAN SAJA).

4
SITI: (MENDAPATKKAN SUAMINYA). Ha. Macam mana sekarang ‘ni,
‘bang? ‘Dah fade-up katanya tadi?

LASAM: (SELAMBA SAJA). Fade-up, fade-uplah. ‘Nak diapakan lagi.


Bbudak perempuan ‘tu yang tak mau. Tak ‘kan kita boleh paksa
dia. Kalau aku jadi perempuan, jadi bini dia ‘tu, ha, taulah aku apa
yang patut aku buat.

SITI: (MENJELING SUAMINYA DENGAN PERASAAN BENCI). Amboi


sedapnya abang bercakap. Macam tak ada apa-apa yang terjadi.

LASAM: Eh, benda benar. ‘Nak disurokkan macam mana lagi?

SITI: (MENUNJAL BAHU SUAMINYA). Hei, ‘bang. Perkaara ‘ni


sebenarnya ‘dah jadi perang sejuk. Kita mesti panggil mesyuarat
meja bulat.

LASAM: (BUAT BODOH). ‘Nak buat apa??

SITI: (BERIA IYA BENAR DIA). Kita mesti jadi penasihat undang-
undang. Kita mesti carikan ikhtiar Perkara macam ‘ni tak boleh
dibiarkan begitu saja, ‘bang. Bahaya sudahnya nanti. Purak
puranda rumah dia orang ‘tu.

LASAM: (BERTEGAS PULA DIA). Meja pepeh ‘dah roboh, Siti. ‘Nak
dimesyuaratkan apa lagi? Kalau budak-budak ‘tu berbalah, dapat
juga kita campur. Ini hal-hal peribadi. Tak ‘kan kita ‘nak ganggu.
Tak manis. Aku memang tak suka ‘nak campur sangat dalam soal
begini.

SITI: (TEGAS IA BERKATA PULA). Itu saya tak perduli, ‘bang. Saya
mau rumahtangga budak-budak ‘tu aman. Saya mau abang
kerumah Incik Murtad ‘tu. Katakan: dia wajib bagi tau pada
anaknya ‘tu fasal sex. Budak ‘tu boleh jadi buta kayu fasal sex.

5
LASAM: (SEDIKIT TERKEJUT MENDENGARKAN CAKAP BININYA). Sex
apa pulak ‘ni, Siti. Kenapa engkau melalut kesana? Mimpi?

SITI: Sex ‘bang. Sex!

LASAM: (SEMAKIN KEMBANG LUBANG HIDUNGNYA). Sex ‘tu aku tau.


Tapi kenapa sampai merayap kesana ‘tu?

SITI: (MELUAT DENGA TELATAH SUAMINYA). Eh, kenapa abang


tanya? Ini fasal hidup jantan betina, ‘bang. Tak ‘kan abang ‘dah
lupa??

LASAM: (BERKERUT KEENINGNYA. MELONDEH DAGUNYA). Fasal


hidup ‘tu aku tau. Tapi cakap fasal sex, itu bukannya kerja aku.
Tugas aku perlihara anak. Besarkan anak. Kawinkan anak. Ha, itu
kerja aku. Soal sex, aku tak ajar, Siti. Aku tak sanggup. Malu.
Biarkan dia orang ‘tu raba sendiri. Aku tak mau campur.

SITI: (TENONGNYA INCIK LASAM DENGAN MATA SEPET SEBELAH).


Habis tak ‘kan abang ‘nak diamkan saja perkara ‘ni begitu saja??

LASAM: (MENANTANG PANDANGAN ISTERINYA). Habis kau suruh aku


kerumah Incik Murtad ‘tu cakap fasal sex? Kau ingat manis kalau
orang tua macam aku ‘ni bercakap fasal benda ‘tu, Siti??

SITI: (BEREDAR KESUDUT KANAN. PURA PURA MERAJUK). Eh, ‘kan


si Moid rungutkan fasal benda ‘tu jugak, ‘bang??

LASAM: (MEMBETULKAN PAKAIANNYA YANG SEDIA KEMAS). Eh, Siti.


Dia rungutkan fasal bininya tak mau tidur sebilik dengan dia.
Bukannya fasal sex!

SITI: (MENJELING TAJAM LALU MENGHAMPIRI SUAMINYA). Hai


orang tua ‘ni ‘nak dikatakan bodoh, anak ‘dah besar panjang. Tak
usahlah abang ‘nak berpura-pura tak tau ‘bang!

6
MOID: (MUNCUL KETIKA ITU. GELISAH LAGI. WAJAHNYA MURAM
SUNGGUH> IA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK). Kalau macam ‘ni
saya terpaksa ceraikan dia, ayah!

LASAM: (TERPERANJAT. IA TERBANGUN DARI DUDUKNYA. MATANYA


BULAT. MULUTNYA MELOPONG). Hai, perkara kecik macam ‘tu
sampai ;nak bercerai berai? Kenapa?? Cerai ‘ni kerja berat, Moid.
Kalau kau ceraikan Murni ‘tu, aku tak setuju. (IA
MEMBELAKANGKAN ANAKNYA). Perbuatan kau ‘ni macam
sebatang jalan yang lurus yang ‘dah tak ada hujungnya lagi.
(MENOLEH SEMULA). Pada hal perkara ‘ni masih boleh
dirundingkan lagi.

MOID: (BERTEGAS PULA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARANNYA).


Saya ‘dah buat keputusan. Hati saya ‘dah menitahkan. Saya ‘nak
ceraikan jugak. Saya tak perduli. Pada saya jadi gila, lebih baik
saya ceraikan dia. Putus hubungan lebih seles dari serumah tapi
tak sekata. Tak ada mesra akhirnya boleh jadi gila.

SITI: (MENEGH JUGA. IA MERASA KURANG SETUJU). Jangan! Aku


tak setuju! Kalau bercerai fasal perkarra kecik ‘tu, aku
sememangnya tak setuju. Tak adil. Manusia adalah makhluk yang
berakal. Tiap tiap yang berakal tidak akan mengenal kalah.
Menyerah tanpa mencari jalan menyelesikannya bukan kerja orang
bijak.

LASAM: (TERGOPOH – GAPAH IA BERAKSI). Kalau bergitu, biar aku pergi


kerumah Incik Murtad. (DIA BEREDAR KEDALAM BILIKNYA. TAK
JADI MASUK. KEMBALI KETENGAH RUANG MACAM AYAM
HENDAK BERTELUR). Tapia pa yang aku ‘nak cakapkan? Eh,
sumbang betul aku fasal perkara ‘ni. (KEPADA MOID). Kenapa kau
tak rundingkan dulu perkara ‘ni dengan dia, Moid??

7
MOID: (KESAL BERCAMPUR MARAH. BENCI PUN ADA). Macam mana
saya ‘nak rundingkan, ayah. ‘Nak cakap sepatah perkataan
dengannya pun payah. Tak ada peluang langsong. (GELISAH
SENDIRI. IA PULA JADI MUNDAR MANDIR). Eh, saya bingung
betul dibuatnya, ayah. Saya mandi, dia masuk kebilik. Saya kebilik,
dia masuk kedapur. Yang panggil saya suruh makan, suruh minum,
mak mertua saya. Padahal yang kawin dengan saya, dia.

LASAM: (CUBA MENYABARKAN LAGI. IA SEDAYA UPAYA MEMUJUK


ANAKNYA). Begini, Moid. Kau pergi balik dulu.Kalau dia ‘tak mau
bercakap dengan kau ‘tu pun taka apa. Buatlah cara gentleman
sikit. Senyum ‘ke. Tegur ‘ke. Eh, macam – macam lagi yang kau
boleh buat. Asalkan kau tahan bersabar dulu. Kau pun bukannya
tak tau, Moid. Orang perempuan ‘ni memang besar malunya.Kita
mesti kuat bertahan. Mencari jalan, ikhtiar dan menunggu saat
kelemahannya. Waktu ‘tu kita menyerang. Tapi aku fikir dia masih
malu lagi. Ini memang menjadi pakaian orang – orang perempuan.

SITI: (SELAMBA SAJA). Orang jantan memang tak ada malu.


Semuanya ‘nak cepat. ‘Dah da[at cepat bosan pulak.

LASAM: (MARAH – MARAH BEGITU SAJA). Eh, kau ‘tu diamlah, Siti. Aku
bercakap ‘ni secara umum saja. General remarks saja tau!

SITI: (MELUAT BENCI). General remarks apa? Ini ‘dah tenat, ‘bang.
Rumah tangga baru saja di dirikan 7 hari dulu. Ini ‘dah ‘nak bercerai
berai. Baik abang pergi cepat sebelum talak jatoh.

LASAM: (TIBA – TIBA SAJA). Eh.... (IA MEMEGANG KEPALANYA. LALU


BERJALAN MENGUKUR RUANG RUMAH ITU. IA SEPERTI
ORANG YANG SEDANG BERFIKIR. MANAKALA MULUTNYA
BERKUMAT KAMIT).

8
SITI: (MELIHATKAN KEADAAN SUAMINYA, IA MERASA HAIRAN
JUGA. INGIN TAHU). Ha, apa kenanya, ‘bang?

LASAM: (IA SUDAH MENDAPAT JAWAPAN. TERBELIAK BIJI MATANYA).


Nanti dulu. Nanti. Nanti. Aku batalkan niat aku ‘nak kerumah Incik
Murtad.

MOID: (INGIN TAHU BENAR). Kenapa, ayah??

LASAM: (MENDAPATKAN ANAKNYA). Tadi ada kau sebut perkataan cerai


tu bukan??

MOID: (MERASA KURANG FAHAM DENGAN SOALAN ITU. IA SERBA


SALAH). Sebut. Kenapa ayah?

LASAM: (SEMAKIN TEGAS. IA SEBENARNYA INGIN MENDAPAT


KEPASTIAN MACAM MANA HAL ITU BOLEH TERSEBUT). Kau
ada sebut talak, tak??

MOID: (MENGGARU KEPALA). Talak belum lagi, ayah.

LASAM: (BERTANYA PULA). Tapi kau ‘dah cakap cerai, bukan??

MOID: (MASIH MERASA KURANG FAHAM). Cakap.

LASAM: (BERHENTI SEKEJAP. KEMUDIAN IA MENEPUK DAHINYA).


Susah. Sememangnya susah.

MOID: (HAIRAN DAN SEMAKIN BINGUNG). Susah?

SITI: (MELUAT DENGAN PERANGAI SUAMINYA). Hai, tak fasal –


fasal cakap susah ‘ni kenapa? Belum belum ‘dah susah. Apa yang
disusahkan.

LASAM: (TEGAS). Aku ingat tentu talak ‘dah jatoh, siti!

SIT : (TERPERANJAT). Talak ‘dah jatuh??

9
MOID: (BERTANYA PULA). Talak ‘dah jatuh??

LASAM: (MENUDINGKAN JARINYA). Kan kau juga yang sebut perkataan


cerai ‘tu tadi, bukan? (MOID HANYA ANGGUK ANGGUK). Ha,
jatohla dia.

MOID: (CUBA MENERANGKAN KEPADA AYAHNYA). Cerai ‘tu memang


ada saya sebut, ayah. Ini saya mengaku.

LASAM: (MENGIAKAN). Ha, betullah ‘tu.

MOID: Tapi fasal talak, saya belum sebut lagi. Kalau saya belum sebut
macam mana dia boleh jatoh, ayah??

SITI: (CUBA PULA HENDAK MENGERTI). Baiklah. Sekarang cuba kau


ingat baik – baik. Macam mana agaknya kau ‘ni boleh sampai
tersebut kata cerai ‘tu.

MOID: (TERAGAK AGAK). Saya cuma kata, saya ‘nak ceraikan dia. Itu
saja.

LASAM: (MEMANDANG MOID). ‘Nak Tanya? (BERFIKIR SEKEJAP.


ORANG BERDUA TAPI HANYA MELIHAT DENGAN PENUH
SABAR). Jadi kau cuma gunakan perkataan ‘NAK saja? Begitu??

MOID: (SEDIKIT CERAH WAJAHNYA). Iyalah, ayah. ‘Nak cerai, kata saya
tadi. (LASAM SEDIKIT KHUSUK SEPERTI ORANG YANG BENAR
BENAR BERFIKIR).

LASAM: (ANGGUK ANGGUK). Baiklah. Sekarang cuba kau ceritakan


macam mana niat hati kau masa menyebut kata cerai ‘tu tadi. Apa
rasanya? Maksud aku ‘tu, dia punya impact. Kesan jiwa.

MOID: (IA MEARASA SEDIKIT BOSAN). Niat, saya tak ingat.

LASAM: (MENDESAK). Rasa. Rasa jiwa. Tekanan dia, Punca terbitnya kata
cerai ‘tu. Macam mana??

10
MOID: Benci!

SITI: Benci??

LASAM: Benci iya? (SEKETIKA KEMUDIAN). Ayah ingat perkara ‘ni ‘dah
cukup terang. Satu kenyataan sebagai punca terbitnya kemarahan.

SITI: Kau tak sayangkan dia? (IA INGIN MENGOREK RAHSIA DIA).

MOID: (MELUAT DAN BERTERUS TERANG IA). Macam mana saya ‘nak
sayang, ‘mak. ‘Dah semiunggu ni ‘ha. Sepatah kata pun dia tak
pernah bercakap dengan saya. Macam mana dia boleh timbulkan
rasa sayang?? (KENINGNYA BERKEDUT).

LASAM: Ini ‘dah berat. (IA MENGGELENG – GELENG KEPALA). ‘Dah


cukup teruk.

MOID: (BENCI). Kenapa ayah sebut berat? Tadi ‘dahlah susah. Ini berat
pulak. Kalau macam ‘ni buat tambah hati saya ‘ni macam jalan raya
banyak kereta. Bingung!

SITI: (KEPADA SUAMINYA). Abang sebut berat ‘ni saya pun ‘nak tahu
jugak. Berat macam mana yang abang cakapkan ‘ni? Berat talak
‘ke atau berat perasaan??

LASAM: (YAKIN. SEPERTI ORANG YANG BIJAK PANDAI LAGAKNYA).


Dua – dua. Dia ‘dah sebut perkataan cerai. Kita berdua ‘dah jadi
saksinya. Itu cukup. (IA MEMANGGIL ARAH ANAKNYA MOID).
Moid!

MOID: (MENOLEH SAJA). Ada apa ayah?

LASAM: Ayah ingat, talak ‘dah jatoh sekarang ‘ni. ‘Dah jatoh! Aku ‘dah tau.
Ini ‘dah tentu.

MOID: (CUBA MEYAKINKAN AYAHNYA). Tapi saya belum sebut talak


satu. Dua atau tiga lagi, ayah?

11
LASAM: Satu, dua atau tiga tak penting, Moid. Niat ‘tu yang mustahak. Atau
fikir, talak ‘dah jatoh. Kau ‘dah bercerai dengannya.

MOID: (BERTANYA. PANJANG LEHERNYA KEDEPAN). Maksud ayah


‘dah tentulah talak ‘tu jatoh??

LASAM: Iya.

MOID: (BERPUSING SAMBIL MENEPUK DAHINYA). Ya Allah.

SITI: (MERASA HAIRAN DENGAN MOID). Ha, kenapa Moid? ‘Kan


bagus kau ‘dah bercerai dengan dia. Itu yang kau mau.

MOID: (SEPERTI ORANG YANG BINGUNG). Sebenarnyasaya tak berniat


sikit pun ‘nak menceraikan Murni, ‘mak. Tapi disebabkan hati saya
panas, saya hilang fikiran. Saya sebenarnya tersebut perkataan ‘tu.
Tak termasuk sikit pun didalam hati saya ‘ni, ‘mak!

SITI: (MENGALIH KEPADA SUAMINYA). Ha, apa hukumnya, ‘bang??

LASAM: Hukum apa??

SITI: (MELANJUTKAN). Dia kata dia tak berniat sikit pun ‘nak
menceraikan si Murni ‘tu.

LASAM: Jatuh jugak.

MOID: (BERTAMBAH HAIRAN). Jatoh jugak??

LASAM: Hai, kan kau yang menyebutnya??

MOID: Niat pun jatuh. Tak niat pun jatuh. Jadi maknanya sahlah saya ‘dah
bercerai dengan Murni??

LASAM: Sah.

SITI: (MEMOTONG CAKAP). Nanti dulu. (KEPADA SUAMINYA). Saya


‘ni ‘nak tau jugak, ‘bang.

12
LASAM: Apa dia?

SITI: Macam mana talak ‘tu boleh sampai jatoh padahal niat dia tak ada.
Sebut talak pun tak keluar.

LASAM: (MERENUNG ISTERINYA). Dia menyebut cerai, apa aku tak


dengar? Aku dengar. Sekarang saksi ‘dah cukup. Sahlah cerai ‘tu
berlaku.

MOID: Sebut ‘tu memang ada. Tapi macam yang saya katakana tadi, niat
‘tu saja yang tak ada. Cuma saya dirasok oleh perasaan marah
saja.

LASAM: Sekarang toksah kita bercakap panjang – panjang. Talak ‘dah jatuh
tergolek. Kita ‘tak boleh nak buat apa – apa lagi.

SITI: (MELUAT DENGAN TELATAH SUAMINYA). Hai, cakap main –


main macam ‘tu pun boleh sampai jatoh talak?

LASAM: (MENERANGKAN PERKARA ITU DENGAN YAKIN BENAR). Ini


soal besar, Siti. Perkara ugama ‘ni kita tak boleh buat main – main.
Hukum feqah sememangnya berat. Tak betul kita membuatnya,
dikutuk Tuhan sudahnya nanti. Kau suka kena murka Tuhan???

SITI: (INGIN KEPASTIAN). Habis apa yang kita ‘nak buat sekarang ‘ni??

LASAM: Cerai ‘dah sah, ‘nak dibuat macam mana lagi???

SITI: Habis ‘tak ‘kan nak dibiarkan begitu saja???

LASAM : (MEMPERLI ANAKNYA). Itulah aku katakan tadi. Fikirkan baik –


baik. Jangan terburu - buru nafsu. Sebut – sebut tak tentu fasal ‘ni
bukannya baik. Sekarang apa ‘dah jadi? Kau jugak yang
menempah penyakit untut. Ha, tanggonglah sendiri.

SITI: (MENEGASKAN JUGAK). Tapi dia masih sayangkan bini ‘tu,


‘bang?

13
LASAM: Itu kata dia. (IA SUDAH MULA MENUNJUKKAN TANDA
KEBOSANANNYA).

SITI: (MARAH DENGAN SIKAP SELAMBA SUAMINYA). Habis kata


siapa lagi yang ‘nak didengarnya??

LASAM: Kitab.

SITI: (BENCI). Sikit – sikit kitab. Sikit – sikit hukum.

LASAM: Kitab dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ha, itulah yang patut kita
jadikan panduan hidup. (BANGUN. LALU PERGI KEPINTU
DAPUR LALU MELAONG KEDALAM). Minah.....O Minah!

SITI: (HAIRAN). Hai, kenapa Minah Minah ‘tu dipanggil panggil? Apa
abang ‘nak jadikan dia Kadhi??

LASAM: Aku ‘nak tanya dia.

SITI: Tanya fasal apa??

LASAM: (BERKERUT KENINGNYA). Fasal cerailah. Fasal apa lagi?

SITI: Apa si MInah ‘tu tau.

MOID: (GELISAH DAN SERBA SALAH). Kalau macam ‘ni saya ‘nak balik
kerumah bini saya, ‘mak. (TEGAS IA BERKATA BEGITU).

LASAM: (MENEGAH. SUARANYA KASAR). Tak boleh! Itu tak boleh! Nanti!
Kita mesti Tanya Minah dulu. Boleh jadi aku yang silap, mana tau.
Tapi aku yakin penuh talak ‘dah tak dapat dielakkan lagi.
Sekarang ‘ni kita Cuma ‘nak ambil pengesahannya saja.

MOID: (MASIH BERKEADAAN KASAR JUGA). Saya tak ingin mendengar


pengesahan itu ayah. Sebab saya tak berniat ‘nak
menceraikannya. Perkataan saya ‘tu terkeluar saja. Tak sengaja. Saya
mesti balik. Saya anggap penceraian belum terjadi lagi.

14
LASAM: (MELARANG). Kau ‘dah bercerai! Aku rasa kau ‘dah takboleh
kesana ‘tu lagi. Kalau malam karang ni pujuk rayu kau ‘tu menjadi,
dia lemah misalnya, macam mana? Zina jatuhnya. Berat
hukumnya. (PANGGIL SEKALI LAGI). Minah..

MOID: (IA MASIH KURANG FAHAM). Zina apa pulak ‘ni ayah??

LASAM: (IA PUN MERASA BENCI JUGAK). Hai, bukan laki bini lagi, tak
tau? Zinalah namanya ‘tu.

MINAH: (KETIKA ITU MUNCUL DARI DAPUR SAMBIL TERSENGEH). Pak


Incik panggil saya??

LASAM: Iya.

MINAH: (TERSENGEH LAGI). Air ‘dah saya siapkan, Pak Incik. Hari ini
saya buat pengat keladi.

LASAM: Ini bukannya fasal air. Bukan fasal pengat keladi. (IA SEPERTI
SEORANG YANG DILANDA KEBOSANAN).

MINAH: (MASIH TERSENGIH JUGAK). Habis apa pulak ‘ni, Pak Incik?

LASAM: (DATANG. KEMUDIAN TIBA TIBA). Mak Minah tau makna cerai??

MINAH: Cerai tau. (IA TERSENYUM LEBAR).

LASAM: Macam mana?

MINAH: (MASIH SENGEH JUGAK). Bukan laki bukan bini. Cerailah. Satu
jadi mak janda. Yang satu lagi jadi pak duda.

LASAM: Itu saja???

MINAH: Iyalah.

LASAM: (BELUM PUAS). Pada fikiran Minah, macam mana agaknya cerai
itu boleh terjadi?

15
MINAH: Pasal dah tak ada persesuaian lagi. Bercerailah.

LASAM: (MELUAT). Itu aku faham.

MINAH: (KETAWA SEDIKIT). Baguslah.

LASAM: (MENDESAK LAGI). Tapi macam mana talak tu boleh jatoh?

MINAH: (INI IA KURANG FAHAM). Jatuh macam mana, Pak Incik??

LASAM: Gugur talak.

MINAH: (FAHAM). Bercerai, gugurlah talak.

LASAM: (BOSAN DAN MELUAT). Hai, payah pulak bercakap dengan Minah
ni. Aku ni nak tau macam mana kita nak menceraikan bini kita tu
misalnya??

MINAH: (SELAMBA SAJA). Jumpa khadilah, Pak Incik.

LASAM: (MATI AKAL. IA BERLALU). Allah. Itu aku tahu. Tapi aku nak tau
macam mana cerai tu boleh sampai terjadi gugur talaknya sekali.

SITI: (MENERANGKAN LEBIH JELAS LAGI). Makna cakap Cik Lasam


ni, begini, Minah. Macam mana cerai tu boleh sampai terjadi dan
gugur talaknya sekali.

MINAH: (IA FAHAM. IA KETAWA SENDIRI). O yang itu senang saja, Mak
Incik. Sebut sekali saja perkataan cerai tu kemudian ada dua orang
saksi yang dewasa, satu talak jatuh, Mak Incik.

LASAM: (TIBA TIBA SAJA GARANG). Ha, dengar tu, Moid. Kan betul cakap
aku tadi. Sebut sekali kemudian ada dua orang saksi, ha sahlah
penceraian berlaku.

MOID: (SUDAH FADE UP). Kan dah saya katakana tadi. Saya tak berniat
sikit pun nak menceraikan dia. Sikit pun tak ada ayah. Sebenarnya

16
saya memang masih sayangkan Murni. Macam mana saya boleh
sampai menceraikan dia kalau sekadar marah-marah begitu saja??

MINAH: (MERASA HAIRAN SEDIKIT). Incik Moid dah menceraikan Murni?

MOID: (MARAH SUMBANG). Saya tak peduli, ayah. Saya mesti balik ke
rumah isteri saya sekarang. Saya masih cintakan dia lagi.

LASAM: (CUBA MENAHAN MOID). Jangan Moid! Kau jangan balik ke sana.
Kau dah tak halal pada dia. Dia dah tak halal pada kau lagi.

MOID: Itu pun saya tak peduli. (IA CABUT KELUAR)

MINAH: (YANG MERASA KURANG FAHAM DENGAN KEADAAN


SEBENARNYA). Eh, kenapa ni, Pak Incik. (KEDENGARAN BUNYI
KERETA MENDERAM DAN BERJALAN MENINGGALKAN
RUANG ITU)

LASAM: Talak dah jatuh, Minah.

MINAH: (MASIH KURANG FAHAM). Talak dah jatuh? (IA PUN GARU
GARU KEPALANYA LALU BEREDAR SECARA PERLAHAN
LAHAN KE DAPUR SEMULA).

SITI: (DATANG MENDAPATKAN SUAMINYA). Kita mesti bertindak,


bang. Sekat si Moid tu sebelum dia sampai ke sana.

LASAM: Aku mesti tegah dia sebelum hari malam.

SITI: Kenapa tunggu sampai hari malam.

LASAM: Hai, awak tak tahu malam???

SITI: (TAK PEDULI). Saya tak faham, saya mesti tanya. Kalau abang
nak tegah malam kenapa abang tak pergi ikut si Moid ke rumah
Incik Murtad tu sekarang? Kenapa nak ditunggu sampai malam
baru nak ke sana?? Abang tak sedar apa dah jadi? Pergilah cepat.

17
LASAM: Nantilah. Biar aku berehat rehat sekejap.

SITI: (MENDESAK). Saya mau sekarang juga.

LASAM: (MELUAT DAN BERJALAN LONGLAI). Hai, merintah pulak dia.

SITI: (MENGIKUT BELAKANG SUAMINYA). Saya mau abang pergi ke


rumah Incik Murtad sekarang jugak. Pergi sebelum terjadi apa-apa
lagi. (LASAM TAK TUNGGU LAGI. IA TERGOPOH GAPAH LALU
KELUAR. TINGGAL SITI SEORANG DIRI). Minah! (SERUNYA
KASAR SAJA BUNYINYA).

MINAH: (MUNCUL TERKOCOH KOCOH PULA. MANA MEMBETULKAN


KAINNYA. MANA PULA MELIPATKAN LENGAN BAJUNYA). Ada
apa Mak Incik???

SITI: Buatkan aku air sikit. (MAK MINAH BERGEGAS SEMULA KE


DAPUR. INJIN KERETA KEDENGARAN DARI JAUH). Apalah nak
jadi dengan si Moid ni. Tak pandai nak bersabar. Semua kerja
dibuat tak mau difikirkan dulu. (KETIKA ITU MUNCUL MAK
MINAH. SITI TIDAK BEGITU PERASAN). Bodoh! Tak boleh harap.
Tak ada otak. (MAK MINAH MENJADI SERBA SALAH.
SANGKANYA SITI MEMARAHI DIA).

MINAH: (SUNGGUH PUN BEGITU). Air dah siap, Mak Incik.

SITI: (MASIH TAK TERINGATKAN KEHADIRAN MINAH). Lambat


sangat. Pergi macam tu pun lambat macam siput babi. Heiiiii. (IA
MENGEPAL TANGANNYA). Tak sabra betul aku dibuatnya.

MINAH: (MASIH MEMPELAWA JUGA). Air sudah siap, Mak Incik.

18
SITI: (MASIH JUGA TIDAK MEMPEDULIKAN MAK MINAH).
Memangnya bodoh. Memang tak boleh diharapkan. Menyusahkan
orang saja. ( MINAH PUN MELETAKKAN CAWAN YANG
DIPEGANGNYA DI ATAS MEJA. IA BERDIRI TEGAK. MELURUS
LURUSKAN BADANNYA KEMUDIAN BATUK BATUK SEDIKIT).

MINAH: (SESUNGGUHNYA DIA MERASA TERSINGGUNG DENGAN


KATA KATA CIK SITI). Kalau macam ni saya nak minta berhenti
kerja, Mak Incik.

SITI: (BARU SEDAR). O Minah. (IA CUBA TERSENGEH). Apa kau kata
tadi, Minah?

MINAH: (CUBA MENJADI GARANG KONON). Saya nak berhenti kerja.

SITI: (MERASA HAIRAN JUGA). Nak berhenti kerja? Kenapa??

MINAH: (MASAM. IA MEMANDANG KE TEMPAT LAIN). Perasaan saya


dah tersinggung.

SITI: (MASIH TAK MENGERTI). Perasaan tersinggung. Kenapa?

MINAH: (BENCI). Kena bahasa.

SITI: (MASIH BINGUNG LAGI). Kena bahasa? Siapa membahasa?

MINAH: (SEDIKIT MARAH. IA MENGHADAP SEMULA). Tak payahlah Mak


Incik nak bertanya tanya lagi. Kalau pun nak marahkan saya,
kenapa tunjukkan ponggong. Pandang tak boleh? Mentang-
mentanglah saya ni orang gaji, dibuat saya begini.

SITI: (TERSENGEH. IA CUBA MEMUJUK). Minah ni sebenarnya dah


salah sangka.

MINAH: Saya dengar tadi.

SITI: (MASIH TERSENYUM JUGA). O dengar saya cakap tadi iya???

19
MINAH: Saya pun merasa malu juga, Mak Incik.

SITI: (LEMBUT SUNGGUH). Itu aku faham.

MINAH: (MERUNGUT SENDIRI). Dah tua-tua macam ni pun masih kena


marah. Masih ada orang panggil saya macam siput babi. Saya
bukannya budak budak kecik lagi??

SITI: (MENERANGKAN DAN CUBA MEYAKINKAN). Tadi tu aku nak


cakap pasal lain, Minah. Aku bukannya marah Mak Minah.

MINAH: (MENUNJUKKAN SIFAT STUBBORNYA). Kalau saya lambat sikit


bawakkan minuman pun tak kan tak boleh. Ini marah marah nak
buat apa. Kalau tak berkenan dengan saya lagi cakap sajalah.

SITI: (CUBA BERTEGAS DAN MEMAHAMKAN MAK MINAH). Aku


marah tadi tu bukannya pasal, Minah. Ini pasal si Moid. Moid pergi
lambat sangat.

MINAH: Tak apa. Saya nak letakkan jawatan saya sekarang ni jugak.
(MINAH BERLALU KE DAPUR TANPA MENOLEH NOLEH LAGI.
SITI MENJADI SERBA SALAH).

SITI: Minah…. Minah….. (IA MENGIKUTI DARI BELAKANG MAK


MINAH. PADA KETIKA ITU PULA PINTU DEPAN DI KETUK
ORANG DARI LUAR). Mak Minah jangan berhenti dulu.
(BERJALAN PULA MENDAPATKAN PINTU DEPAN. PINTU
TERUS DIKETUK ORANG JUGA). Nanti. Nanti sekejap. Hai tak
menyempat nyempat pulak dia. (IA KE PINTU LALU
MEMBUKANYA. KETIKA ITU PULA MUNCUL INCIK MURTAD
SAMBIL TERSENYUM LEBAR).

20
SITI: (SELEPAS ITU IA BERKEJAR DI DAPUR PULA. IA TERCEGAT
DI SANA BEBERAPA MINIT. KEMUDIAN IA MELAONG KUAT).
Minah….. Minah…. (TIADA JAWAPAN. IA BERLARI SANDING
PINTU. MENUNDUNGKAN KEPALANYA. IA BEREDAR KE PINTU
LUAR. KEDENGARAN INJIN KERETA DATANG. SITI BALIK
SEMULA KE MEJA TENGAH. DITEGUKNYA AIR DARI DALAM
CAWAN. KEMUDIAN PINTU DEPAN DIKETUK ORANG. IA
BERLARI UNTUK MEMBUKAKAN PINTU. MUNCUL MURNI.
GADIS MANIS BERWAJAH RIANG. IA BERKEBAYA PENDEK
DAN KAIN TIGHT FITTING YANG MENARIK. IA TERCEGAT
BEBERAPA KETIKA). Murni…. (SITI SEDIKIT TERPERANJAT.
MURNI LALU BERSALAMAN DAN MENCIUM TANGAN IBU
MERTUANYA).

SITI: (HAIRAN). Eh, kau datang, Murni? Kenapa??

MURNI: (WAJAHNYA BERSERI. SEPERTI AYAM BARU LEPAS


BERTELUR). Nak cari abang Moid, Mak.

SITI: (HAIRANNYA SEMAKIN BERTAMBAH). Nak cari Moid? (IA PURA


PURA MELIHAT KELILING).

MURNI: Iya. (SENYUM). Ada dia di rumah?? (SITI HANYA TERPINGA


PINGA SAJA). Saya tau dia marahkan saya, mak. Tapi saya cuma
nak menguji hatinya saja.

SITI: (MENGGARU KEPALANYA YANG TAK GATAL). Menguji hati,


kata kau, Murni??

MURNI: Iya, Mak. Kenapa?

SITI: (SERBA TAK KENA). Tak ada apa-apa?

MURNI: (SELAMBA SAJA). Saya memang sengaja membiarkan abang


Moid jadi macam kera sumbang.

21
SITI: (HAIRAN). O kau sengaja jadikan dia macam kera sumbang?

MURNI: Tapi niat hati saya tak sampai ke situ, mak. Cuma nak main main
saja.

SITI: (SEMAKIN DIA MENJADI JADI MENGGARU KEPALA). Main


main?

MURNI: Iya.

SITI: (TANYA DAN MENENTUKAN). Ini main mainlah iya??

MURNI: (SENYUM). Sekarang dah tak main lagi, mak. Dah serious sikit.
Sebab itulah saya nak cari abang Moid.

SITI: (CUBA MENYAKAT HATINYA). Jangan jangan kau memang tak


sayangkan dia tak, Murni???

MURNI: (MERASA TERSINGGUNG SEDIKIT). Siapa cakap saya tak


sayangkan dia, mak?

SITI: (MENGUSIK LAGI). Manalah tau. (IA MENJELING).

MURNI: (TEGAS DAN YAKIN). Saya tetap sayangkan abang Moid tu, mak.
Sampai mati pun saya akan ingatkan dia.

SITI: (MEMULANGKAN PAKU BUAH KERASNYA). Dah begitu, kenapa


kau sanggup membiarkan dia seminggu menjadi macam orang
bodoh tu??

MURNI: Maksud Murni tak sampai ke situ, mak.

SITI: Kau tak patut membiarkan jiwanya berkocak kuat, Murni. Kalau kau
nak menguji hati sekali pun, biarkanlah bermesra dulu. Ini belum
apa apa, kau dah main uji-uji.

MURNI: Saya tau ini salah saya, mak. Sebab itulah saya ke mari ni.

22
SITI: Nak jumpa dia.

MURNI: Iya.

SITI: Aku takut mana lah tahu hatinya dah rosak, Murni. Buruk sudahnya
nanti, Murni. Yang rugi kau orang berdua jugak.

MURNI: Saya ni cuma nak menguji saja, mak.

SITI: (MEMBERIKAN NASIHAT). Hai, kalau benar kau nak menguji


sangat, berilah dia peluang menumpahkan kasih sayangnya dulu.
Ini belum ada kasih sayang, dah kau kenakan undang-undang. Hati
siapa yang tak merana?

MURNI: (AIR MUKANYA SEDIKIT BERUBAH). Saya tau, mak. Ini salah
Murni jugak. Murni pun tak sangka abang Moid tu begitu
sentimental sangat. Saya mengharapkan dia datang memujuk
saya. Ini tidak. Dia nampaknya semakin jauh melarikan dirinya dari saya.

SITI: Manakan tidak. Kau uji dia tak kena tempat. Gelisahlah dia.

MURNI: (MURNI TUNDUK DAN BERJALAN DI SEGENAP RUANG. SITI


HANYA MEMERHATIKAN SAJA). Ada dia dirumah, mak?

SITI: Dia dah keluar.

MURNI: Kemana?

SITI: Tak taulah aku. (HENING SEKETIKA). Sekarang ni kau tahu hasil
dari ujian kau tu, Murni???

MURNI: Hasil apa, mak??? (IA BELUM FAHAM).

SITI: Sebenarnya Moid dah merajuk. Dia marah. Aku tak tau apa nak
jadi selepas ni nanti.

MURNI: (JAMIN). Biar Murni pujuk dia nanti. Mak jangan lah susah susah
hati.

23
SITI: (GELISAH SENDIRI NAMPAKNYA). Aku sebenarnya risau
memikirkan hal kau orang berdua ni.

MURNI: (TERSENYUM DAN MERASA YAKIN KEMBALI). Mak tak usahlah


risaukan hal kami, mak. Tak ada apa-apa. Saya pujuk dia nanti.
Mak tak usahlah takut. Abang Moid keluar kemana tadi, mak?

SITI: (LEMBUT DAN MEYAKINKAN). Dia balik ke rumah kau tadi.

MURNI: (KEMBALI RIANG NAMPAKNYA DIA). Sudah lama dia pergi tu,
mak?

SITI: Lama jugak.

MURNI: (SENYUM). Saya dah tau dia masih sayangkan saya.

SITI: Agaknyalah.

MURNI: Barangkali selisih di jalan tadi. (IA SENYUM).

SITI: (MELENGUNG SENDIRI). Tak taulah aku. Tapi aku terfikir balik.

MURNI: Apa dia, mak??

SITI: Kenapalah kau sanggup mendera si Moid tu sampai begitu lama,


Murni?

MURNI: Entahlah mak. Murni sendiri pun tak tahu, kenapa Murni berbuat
begitu. Mungkin kerana ingin mengetahui hati abang Moid. Atau
boleh jadi suka-suka.

SITI: (BULAT BIJI MATANYA MENDENGARKAN PENGAKUAN


MURNI). Kau suka. Tapi dia yang luka.

MURNI: (SEDAR DENGAN SIKAP EMAKNYA YANG AGAK BERLAINAN).


Eh, kenapa mak macam orang susah sangat nampaknya?

24
SITI: (MEMANDANG MURNI DENGAN BALAS SAYU). Macam mana
aku tak susah, Murni. Moid tu sekarang ni bukannya laki kau lagi.

MURNI: (TERDIAM KETIKA. IA MEMANDANG SITI. KENINGNYA


BERKERUT). Bukan laki saya? Apa yang mak cakapkan ni, mak??

SITI: (TENANG SAJA). Dia dah ceraikan kau, Murni.

MURNI: (KALI IA BETUL BETUL TERPERANJAT). Dia dah ceraikan


saya??

SITI: Sebab hatinya gelisah. Fikiran tak tenteram. Itulah sebabnya dia
menceraikan kau.

MURNI: (HAIRAN. TUNDUK SAJA. IA SEBENARNYA KURANG


PERCAYA). Abang Moid menceraikan saya? Saya tak percaya.
Dia tak kan sampai hati nak menceraikan saya. Apa salah saya?
Lagipun dia tak pernah membayangkan niat hatinya pada saya?

SITI: (SANGAT TENANG DIA BERCAKAP). Dia sebenarnya tidaklah


menceraikan kau tu. Tapi waktu dia marah-marah tadi, dia tersebut
perkataan cerai tu. Ayah kau tu kata talak dah jatuh.

MURNI: (SEMAKIN TERPERANJAT). Talak dah jatuh??

SITI: Begitulah kata ayah kau tu tadi.

MURNI: (MERASA TERSANGAT GUGUP DAN CEMAS BENAR). Tapi


saya masih sayangkan dia lagi, mak. (IA SEPERTI SEORANG
YANG SEDANG MENANGGUNG RASA KESAL YANG AMAT
SANGAT).

SITI: Menurut katanya, dia pun masih sayangkan kau jugak.

MURNI: (HAIRAN). Habis macam mana dia sampai hati nak menceraikan
saya, mak?

25
SITI: Ha, inilah yang memusingkan hati aku ni. Bingung betul aku
dibuatnya. Pelik. Tapi benar pulak tu.

MURNI: (SEPERTI HENDAK MENANGIS IA). Saya nak balik. Saya nak
jumpa dengan abang Moid jugak. Saya nak tanya kenapa ia
sanggup menceraikan saya tanpa sebab. (IA BERLARI KELUAR
DENGAN TANGISNYA. SITI HANYA SANGGUP MENGHANTAR
SAMPAI KE MUKA PINTU. INJIN KERETA MENDERU PERGI.
SITI GOPOH TAK TAU APA YANG HENDAK DIBUATNYA. LAMA
ANTARANYA MUNCUL MINAH. IA LAMBAT BERJALAN. MASUK
SECARA PERLAHAN LAHAN).

MINAH: (KEPADA SITI). Saya datang nak ambil pakaian saya, Mak Incik.

SITI: (CUBA MEMUJUK). Minah…… kau ni sebenarnya dah salah


sangka, Minah. Aku tadi bukannya mengata kau.

SITI: Aku bercakap sendiri. Aku marahkan si Moid dengan Cik Lasam tu
lambat sangat. Kenapa pulak kau yang resah hati???.

MINAH: Kena marah, risaulah.

SITI: (CUBA MEMUJUK). Kau bukannya tak tau. Aku tak pernah
marah-marahkan kau, Minah.

MINAH: Itu saya tau.

SITI: Habis kenapa pulak merajuk??

MINAH: Bukan merajuk, Tersinggung.

SITI: Apa yang ‘nak disinggungkan, kalau aku tak marahkan kau?

MINAH: Tak apalah, Mak Incik.

SITI: (NAMPAK SEDIKIT TERSENYUM). Ha, begitulah. Kita ambil


yang jernih dan kita buangkan yang keruh.

26
MINAH: Kalau saya silap tak apalah, Mak Incik. Saya mintak maaf. Tapi
saya tetap mau latak jawatan.

SITI: (KEMBAL HAIRAN). Hai, kenapa??

MINAH: Boleh jadi saya yang silap. Atau boleh jadi Mak Incik yang silap.

SITI: (INGIN TAHU). Apa yang silap??

MINAH: (MENYINDIR). Mana tau. Sekarang Mak Incik cuba ‘nak


memujuk saya balik.

SITI: Hai, Pak Karman ‘ni masih tak faham jugak.

MINAH: (TERPAKSA BERTEGAS JUGA). Saya faham. Tapi tak apalah.


Jadi sebelum berlaku apa-apa yang tak baik, biarlah saya
berhenti. ‘Mak Incik tak rosak, saya pun tak rugi.

SITI: (CUBA MEMUJUK LAGI). Jangan begitu, Minah. Nanti apa


pulak kata, Incik Lasam??

MINAH: (TEGAS). Katakan saya berhenti, sudahlah.

SITI: Kalau dia tanya aku sebab-sebabnya, macam mana??

MINAH: (TAK PEDULI). Mak Incik carilah sendiri jawapannya. (IA PUN
BERLALU KEDAPUR TANPA BERKATA -KATA LAGI. SITI
TERPAKU MACAM ORANG TONGONG).

SITI: (MERUNGUT SENDIRI. IA BERPUTUS ASA ). Pak Karman ‘ni


pun satu penyakit lagi. ‘Nak buang tebiat agaknya. Kita marah
kelain, dia pulak yang resah hati. Kita ada masalah besar,
ditokoknya pulak dengan masalah lain. Si Moid ‘ni entah kemana
hilangnya. Orang tua ‘tu pun lambat sangat. (WAKTU
KEDENGARAN INJIN KERETA DATANG DAN BERHENTI. SITI
MELURU KEDEPAN MUKA PINTU. PINTU DIBUKA. KETIKA
ITU MUNCUL PULA PAK LASAM. LETIH NAMPAKNYA). Ha, apa

27
yang diperam lambat sangat ‘ni. Kalahkan menjemput orang sakit
pulak.

SITI: Moid kemana? Kenapa dia tak balek sama abang?? (TANYA
ISTERINYA).

LASAM: (BERJALAN KETENGAH RUANG RUMAH). Inilah yang


mengherankan aku. Katanya dia ‘nak kesana’.

SITI: (MENGIKUT SUAMINYA). Habis ‘tu??

LASAM: (DUDUK). Aku sampai dia tak ada. Cik Murtad pun entah
kemana. Murni pun tak ada. Yang ada cuma Cik Eton. Dia pun
tak tau kemana dia orang ‘tu pergi’. (BANGUN).

SITI: (INGIN TAHU BENAR DIA). Habis apalah ceritanya??

LASAM: (MENOLEH KEARAH ISTERINYA). Cerita apa??

LASAM: (BENCI DENGAN SIKAP ISTERINYA). Hai, ‘kan kau suruh aku
ceritakan pada Cik Murtad. ‘Nak buat apa pulak aku sebut
dengan bininya. Engkau ingat manis sangat iya??

SITI: (KERANA PERTANYAANNYA TIDAK MENDAPAT JAWAPAN IA


SENDIRI MERASA BOSAN DENGAN SIKAP LAKINYA. IA
KELAIN). Murni kemari tadi, ‘bang.

LASAM: (TAK KISAH). ‘Nak buat apa dia kemari??

SITI: Cari Moid.

LASAM: (CELOTEH SENDIRI). Memang tak senonoh. ‘Dahlah di


jeruknya hati si Moid ‘tu seminggu, baru hari ini dia ‘nak cari. Tak
patut betul dia buat macam ‘tu.

SITI: Tapi saya ‘dah kata fasal Moid menceraikan dia.

28
LASAM: (TERPERANJAT BETUL DIA). MATANYA BULAT MACAM
MATA IKAN BUNTAL. IA BERDIRI BERCEKAK PINGGANG.
SITI MENJADI KAGET JUGA). Apa? Kau cakapkan fasal dia
‘dah kena cerai??

SITI: Kenapa? (IA BELUM SEDAR).

LASAM: (MENEPUK DAHINYA. IA BINGUNG SENDIRI). Ya Allah.


Kenapalah kau ‘ni sewel sangat, Siti. Apalah rasa hati budak ‘tu
nanti?

SITI: (MENCEBIRKAN). Biarkan dia rasa.

LASAM: (SEDIKIT KESAL DENGAN SIKAP BININYA). Kalau iya pun tak
boleh ‘ke kau rahsiakan dulu perkara ‘ni???

SITI: (BENGANG DAN BENCI). Hai salah dia. Dia yang jadi puncanya
sampai perkara ‘ni berlaku.

LASAM: (MENYAKINKAN). Iyalah. Tapi ‘kan elok kalau kita cuba


selesaikan dulu secara orang tua dengan orang tua. Kau tadi
bukan main lagi menyuruh aku kesana. Belum sempat aku buka
mulut dengan cik Murtad ‘tu, ‘dah kau ngangakan pekung ‘tu pada
Murni. Kau ‘ni sememang menyusahkan aku saja nampaknya.
(MENGELOH SENDIRI). Hai, kecoh jadinya nanti. (IA PUN
BANGUN).

SITI: (MELIHAT SUAMINYA). Abang ‘nak kemana pulak ‘tu??

LASAM: (KASAR DAN GARAU SUNGGUH SUARANYA. IA MENENTANG


MATA ISTERINYA). Aku ‘nak ke rumah Incik Murtad.

SITI: Abang ‘nak buat apa??

LASAM: Aku terpaksa berterus-terang dengan dia. Kalau aku lengah-


lengahkan, memang hancur jadi bubur sudahnya nanti.

29
SITI: (TIBA-TIBA). Saya ‘nak ikut abang.

LASAM: Ha, kalau kau ‘nak ikut sangat, pesan pada Minah. Suruh dia
tengok-tengokkan rumah kita ‘ni. Penyamun banyak sekarang.
Penyangak pun ada merata-rata. Tunggu orang lupa saja
kerjanya.

SITI: (SELAMBA). Kita kuncikan saja sudahlah. ‘bang.

LASAM: Minah kemana?

SITI: Dia tak ada.

LASAM: (HAIRAN. MEMANDANG ISTERINYA). Kemana? Balik kerumah


anaknya??

SITI: Tidak.

LASAM: Habis?

SITI: (CUBA MEMBAWA KISAH LAIN TANPA MEMBERIKAN


JAWAPAN PADA SOALAN ORANG TUANYA). Minah ‘dah
berhenti kerja, ‘bang.

LASAM: (TERPERANJAT SEKALI DIA). Apa? Minah berhenti? Kenapa?

SITI: (SELAMBA SAJA. IA CUBA MENUTUP HAL ITU). Dia yang


mintak berhenti ‘bang.

LASAM: (BELUM PUAS HATI DENGAN JAWAPAN ITU). Iyalah. Tapi


pasal apa??

SITI: Dia kata saya marahkan dia.

LASAM: (INGIN TAHU). Apa kau marahkan dia tadi??

SITI: Tidak.

30
LASAM: (MERASA KURANG PUAS). Habis tu kenapa dia nak
berhenti??

SITI: (SELAMBA SAJA). Tak taulah saya.

LASAM: (MENEPUK DAHINYA SEKALI). Ya Allah. Bala lagi. Gamat aku


macam ni dibuatnya. Minah berhenti tak ada sebab. Pelik.
(KEDAPUR). Minah...(SERUNYA).

SITI: Kata tadi abang ‘nak pergi kerumah Incik Murtad??

LASAM: (DATANG DEKAT ISTERINYA). Ini soal Minah ‘ni macam mana
ceritanya yang sebenar? Aku pun ‘nak tau jugak?

SITI: (BERKERUT KENINGNYA MACAM AKAN BERCANTUM). Hai,


kan saya dah katakan tadi. Dia dah berhenti. Tak faham ke
abang ni?

LASAM: (MARAH JENGKEL). Memang aku tak faham. Yang aku tak
faham ni, kenapa dia boleh sampai berhenti. Tak faham ke dia??

SITI: Abang tanyalah dia.

LASAM: (BENCI DAN MELUAT). Habis yang kau ada kat rumah ni nak
buat apa??

SITI: (MENENTANG). Hai, kalau iya pun kenapa abang marah-


marahkan saya pulak ‘ni??

LASAM: (MELUAT. Hai, kau yan ‘kat rumah tak kan tak tau.

SITI: (MENDENGUS). MARAH. IA BERLALU. KEMUDIAN IA


BERCAKAP PERKARA LAIN). Abang nak pergi kerumah Cik
Murtad tu ke tidak?? Soal anak kita tu lebih penting lagi kita
fikirkan.

31
LASAM: (SEMAKIN BERAT RASA BINGUNGNYA. BININYA MEMANG
BEGITU). Ya Rabbi. (MENGUCAP PANJANG DIA). Apalah
kenanya hari ‘ni ha? Bingung aku dibuatnya. Kau ‘ni suka
sangat pecahkan rahasia selonggok selonggok. Murni kemari.
Minah berhenti. Ini dah kau tokok pulak fasal Cik Murtad ‘tu
kemari. Ganjil-ganjil betul berita kau ‘ni. Macam diatur-atur.

SITI: (MENGAJAK SUAMINYA). Jomlah kita kesana. Karang apa


pulak katanya En Murtad nanti.

LASAM: (FADE UP SUNGGUH. Kau sajalah yang pergi. Otak aku ‘dah
rimas betul kau buat. Aku ‘dah tak dapat ‘nak berfikir lagi.
(IA MENGHENTAK PUNGGUNGNYA).

SITI: (TERUS MENDESAK). Abang tak mau pergi ‘ni??

LASAM: (BENCI). Kepala aku ‘dah berserabut. Tau berserabut??

SITI: (MENDENGUS). Kalau begitu, biar saya saja yang pergi. (IA
PUN KELUAR. INJIN KERETA MENDERAM PERGI. TINGGAL
CIK LASAM SEORANG DIRI TERSANDAR. BANGUN.
BERJALAN MUNDAR-MANDIR. PEGANG-PEGANG KEPALA.
PICIT-PICIT KEPALA. SEMUA YANG DIPEGANGNYA TERASA
TAK KENA BELAKA).

LASAM: Pening aku. Pening. (GERAM IA BERKATA BEGITU. IA


BERLALU KEDAPUR). Minah.... (LAONGNYA KASAR UNTUK
MENENTUKAN KALAU MINAH MASIH ADA DISANA). Hei, apa
kenanya tiba-tiba rumah ni jadi kecoh begini? (MENGELOH). Hai,
pelik pulak jadinya. Yang aku terpacak ‘kat sini ‘ni kenapa? Ha,
Si Siti tu pulak yang pergi. Eh, semakin tenat pulak ‘ni. Makin
lama aku berfikir, semakin kusut jadinya. (KETIKA ITU
KEDENGARAN INJIN KERETA BERHENTI SEDIKIT. SERBA
MASAM SAJA).

32
MOID: (TIDAK MEMPEDULIKAN ORANG TUANYA. IA BEREDAR
KETENGAH RUANG RUMAH). Tuan Kadhi pergi menikahkan
orang, ayah.

LASAM: (MERASA HAIRAN). Jadi kau ‘ni dari rumah Tuan Kadhi??

MOID: (DUDUK). Iya, ayah.

LASAM: Kenapa kesana?

MOID: Saya ‘nak tanya pada Kadhi fasal cerai. (MEMBAYANGKAN


KEGELISAHANNYA).

LASAM: Kata tadi ‘nak jumpa dengan Murni??

MOID: Tak jadi. Saya kerumah Kadhi ‘tu sebab ‘nak menentukan sah
tidaknya.

LASAM: Fasal cerai ‘tu??

MOID: (HENDAK TAK HENDAK) Iya.

LASAM: Kau tak percaya cakap aku, iya??

MOID: Ayah cakap berbalik-balik. Saya tak berani pegang.

LASAM: (BERTAMBAH INGIN TAHU). Habis apa kata Tuan Kadhi??

MOID: Dia tak ada dirumah.

LASAM: Habis kau balik??

MOID: Iyalah.

LASAM: Kau tak jumpa dengan Murni??

MOID: Tak ada.

LASAM: Da kemar tadi mencari kau.

33
MOID: Dia ‘nak apa, ayah. (DINGIN SAJA).

LASAM: Mencari engkaula agaknya.

MOID: (HAIRAN). Mencari saya??

LASAM: Kalau tidak kenapa dia kemari??

MOID: Apa hendaknya dengan saya?

LASAM: Manalah aku tau. Kau ni kan laki dia. Barangkali sebab itulah dia
cari kau. (KETIKA ITU KEDENGARAN INJIN KERETA
BERHENTI. MUNCUL SITI). Siapa pulak ‘tu?

SITI: (MASUK KERUANG DENGAN TERGOPOH-GAPAH). Eh, apa


yang nak saya katakan pada dia orang ‘tu ‘bang??

LASAM: (BOSAN). Jadi ku balik kemari ‘ni cuma ‘nak tanya fasal itu saja?

SITI: Saya terlupa.

LASAM: (MARAH DAN MELUAT). Apa yang kau ingat? Kau ‘ni
sebenarnya banyak menyusahkan aku. Kalau dah tak tau apa nak
dicakapkan, kenapa pergi?

SITI: (TERPANDANG MOID). Ha, buat apa kau balik??

LASAM: (MERADANG). Hoi, jawab soalan aku ni dulu.

SITI: (BUAT TIDAK PEDULI DENGAN SUAMINYA. IA TERUS


BERCAKAP DENGAN MOID). Kata tadi nak kerumahnya.

LASAM: (MELEPASKAN MARAHNYA). Ha, itulah, awak. Cakap tak


khusus. Menyimpang ketempat lain. Tanya aku kau tak jawab, ha
menyoal kelain dia.

SITI: (MARAH. IA BERPALING KEPADA SUAMINYA). Saya tanya dia,


kenapa abang yang sibuk??

34
LASAM: (TEGANG URAT LEHERNYA). Aku tanya kau tak menjawab,
sibuklah aku.

MOID: (MENDENGARKAN TENGKARAN ITU IA LEKAS MENCELAH).


Murni kemari tadi iya, ‘mak??

SITI: Dia kemari tadi. Kau kemana?

LASAM: (MENYAMPUK). Dia kerumah Kadhi.

SITI: Kau ceraikan jugak dia, Moid??

LASAM: Cerai dah sudah, Siti. Talak dah jatuh.

MOID: Saya cuma nak tanyakan sah tidaknya saja, mak.

SITI: Murni kata dia masih sayangkan kau lagi. Dia menangis bila ‘mak
cakapkan kau ‘dah ceraikan dia.

MOID: (TEERANJAT SUNGGUH DIA). ‘Mak cakapkan saya ‘dah


ceraikan dia??

SITI: (PERLI SUAMINYA). ‘Kan bapak kau yan cakap cerai ‘dah sah.

MOID: (MARAH DAN MERASA KESAL DENGAN SIKAP EMAKNYA ).


Tapi kenapa mak cakapkan pada dia? Boleh jadi hal ini belum sah
sangat. Sebab itulah saya kerumah tuan Kadhi. Saya belum nak
percaya dengan cakap ayah lagi.

LASAM: Ha, itu tindakan bijak. Jangan lekas percaya cakap orang. Siasat
dulu. Mak kau ni bukannya boleh simpan rahsia. Nak dilambakkan
keman-mana.

SITI: (MERUNGUT KEPADA SUAMINYA). Dah kita pulak dituduhnya


tak pandai simpan rahasia. Abang tu yang tak bijak menjatuhkan
hukum.

35
MOID: (TERGOPOH GAPAH SIKIT). Kalau begitu, saya nak kerumahnya
sekarang juga. (IA BERGEGAS KELUAR. MENINGGALKAN
KEDUA ORANG TUANYA DALAM KEADAAN BERTANYA-
TANYA).

LASAM: (BERJALAN MUNDAR-MANDIR). CUBA BERFIKIR. KERAS


SANGAT NAMPAKNYA DIA BERFIKIR. BIBIRNYA NAMPAK
BERKETAP. MATANYA SEKALI-SEKALA MENDONGAK
MEMANDANG SILING RUMAH. SEKALI LAIN PULA MENGEPAL
TANGAN DAN MENUMBUK-NUMBUK TAPAK TANGANNYA).

SITI: (MENGUSIK). Ha, dah nak masuk boxing??

LASAM: Aku tengah fikir. Jangan ganggu.

SITI: Fikir apa??

LASAM: Fasal cerai?

SITI: Benda ‘dah sudah kenapa nak difikirkan lagi??

LASAM: Ini macam ada silap sikit.

SITI: (TERCENGANG). Silap sikit? Hai, menjatuhkan hukum pun ada


silap jugak??

LASAM: Aku was was.

SITI: Was was apa?

LASAM: (PANDANG ISTERINYA). Betul ke talak dah jatuh??

SITI: (BERKERUT KENINGNYA MENAHAN HAIRAN). O Sekarang


dah timbul was was?? Masa memberi khutbah tadi, tak ingat was
was??

LASAM: Dia baru datang.

36
SITI: (BENCI DENGAN SIKAP SAMA). Abang jangan nak mengada-
ngada lagi. Talak dah jatuh kata abang. Cerai dah sudah. Abang
jangan nak main-main. Kalau abang tak yakin elok bagi tau cepat,
sebelum rumah tangga budak-budak tu kucar-kacir.

LASAM: Bukanla begitu.

SITI: (MERANGSANG). Jadi cakap abang tadi tu tak betullah iya??

LASAM: (BOSAN DAN MERADANG). Siapa cakap tak betul?? Cerai ‘tu
memang aku faham. Tapi baru sekarang ni dia terlintas.

SITI: (INGIN TAHU). Terlintas apa?

LASAM: Barangkali talak belum jatuh lagi.

SITI: (MARAH). Abang ‘ni main-main iya??

LASAM: Tapi aku rasa-rasa ‘dah jatuh.

SITI: (MELUAT DAN MARAH PULA DIA). O abang rasa-rasa saja??


Abang jangan nak buat saya naik angin. Kalau talak dah jatuh,
cakap betul-betul. Kalau belum jatuh lagi, baik cakapkan jugak. Ini
dah tenat namanya.

LASAM: (LAMBAT-LAMBAT SEPERTI ORANG YANG KURANG YAKIN).


Aku fikir tentu talak ‘dah jatuh. Sebab dia ada menyebut
perkataan cerai tu.

SITI: (BENCI). Abang elok fikir baik-baik. Jangan main-main serkap


jarang saja. Buat fatwa ni kerja Mufti. Orang jahil tak boleh dipakai
cakapnya.

LASAM: (SEDIKIT MARAH KERANA DI TUDUH BEGITU). Jadi engkau


ingat aku ni orang jahil, iya?? Tak kenal hukum?? Tak tau
syarak?? Aku hafal sifat 20. Usulluddin pun aku tau. Feqah aku
fasih. Tasauf aku faham.

37
SITI: (BERLEMBUT SIKIT. CUBA MENUNJUKKAN SENYUMNYA).
Saya tak kata abang orang jahil. Saya pun tak kata abang lupa sifat 20.
Saya ni sebenarnya cuba mengingatkan saja. Sebab hukum hanya
Mufti saja yang boleh keluarkan.

LASAM: Aku pun boleh jadi Mufti.

SITI: (MEMPERLI). Iyalah. Kalau abang tak faham fasal hukum cerai
tu, tak usahlah cepat ‘nak buat keputusan. Kalau dah terlampau
kemaruk nak pakai hukum feqah ‘tu, kenapa dulu-dulu lagi tak
mau jadi Kadhi??

LASAM: (BANGGA DAN BONGKAK). Aku tau apa yang aku cakapkan.
Hukum feqah dihujung jari telunjuk aku ni, tau? Keputusan yang
aku cakapkan tadi memang dah jadi hokum. Dah jadi undang-
undang.

SITI: (MENJAWAB JUGA DIA). Itu saya pun tau. Tiap-tiap orang yang
bercerai tentu terima sijil talak. Seminggu duduk termenung.
Sebulan dah gelak ketawa.

LASAM: Ha, tau pun.

SITI: Kalau sekadar itu saja tak belajar hokum pun semua orang faham.

LASAM: (IA BERLAGAK SEPERTI ORANG YANG BIJAK). Bila seorang


lelaki menyebut perkataan cerai didepan isterinya, kemudian
disaksi oleh dua orang saksi yang sudah dewasa, sahlah cerai
berlaku. Jatuhlah talak sebijik. Putuslah zuriat suami isteri. Tunggu
edah kalau nak rujuk semula. Ha, faham tak? Jadi tidaklah salah
apa yang aku sebutkan tadi tu. Sebab dia dah jadi hokum.

SITI: (ISTERINYA MELOPONG SAJA. TERKEBIL-KEBIL MEMIKIRKAN


SESUATU).

38
LASAM: (TERPANDANGKAN KELAKUAN ISTERINYA). Ha, kenapa kau
melopong?

SITI: (MERASA LEGA DAN MENARIK NAFAS PANJANG-PANJANG).


Sekarang barulah terang. Makna cakap abang ni, si Moid dengan si
Murni tu belum lagi bercerai.

LASAM: Aku tak cakap dia orang tu belum bercerai. Kau ni betul-betul
macam burung kakatua. Tau cakap tak tau basa.

SITI: (MERADANG, LALU MENEPUK BAHU SUAMINYA). Hai bang.


Abang dah lupa agaknya iya??

LASAM: Lupa apa??

SITI: Tadi abang sebut. Kalau suami tu keluarkan perkataan cerai di


depan isterinya, ingat tak??

LASAM: (CUBA MENGINGATKAN). Ingat.

SITI: Abang kata didepan isterinya kan?

LASAM: (BARU TERINGAT, IA MENYEBUT SEMULA). Depan isterinya??

SITI: Iya. Abang yang sebut tadi. Habis tu ada dua orang saksi dewasa.
Sahlah dah jadi cerai.

LASAM: Maknanya??

SITI: Si Moid tu cuma bercakap dibelakang isterinya. Dia tak cakap


depan isterinya. Lagi pun dia tak ada niat nak menceraikan. Cuma
cakap. Sebab hati dia panas. Jadi dia orang belumlah bercerai lagi.
(LASAM PUN MENGGARU KEPALANYA). Kenapa??

LASAM: (RAGU-RAGU). Boleh jadi jugak.

SITI: (MELUAT). Boleh jadi apa ni, bang? Memang dia orang tu belum
bercerai lagi. Kan saya dah katakan tadi. Abang saja yang pandai-

39
pandai buat fatwa. Buat susah hati budak tu. Sekarang elok abang
ke rumah Incik Murtad tu. Abang terangkan jugak pada si Moid.
Biar lapang rasa dada budak tu.

LASAM: (BANGUN LALU BERJALAN MUNDAR-MANDIR. ADA BENDA


YANG BARU DATANG MASUK KE OTAKNYA). Tapi aku ingaT
perkara cerai ni dah berlaku jugak, Siti?

SITI: (MENDENGARKAN CAKAP SUAMINYA, HAIRAN BERTAPAK


SEMULA DIKEPALANYA). Eh, apa kenanya dengan orang tua ni
ha? Cakap tak putus. Abang ni memang pandai benar
menyusahkan orang sajalah.

LASAM: (BERANI). Siapa yang menyusahkan orang? Kau tulah yang


banyak buat orang bingung. Betul aku cakap cerai berlaku bila
disebut di depan isterinya.

SITI: (MERANGSANG CEPAT). Tapi si Moid tu bercakap dibelakang


isterinya. Bininya tak dengar. Bininya pun tak tau dia sebut
perkataan cerai tu.

LASAM: (PERGI. SENYUM MENYINDIRNYA SUNGGUH TAJAM SEKALI).


O kau kata bininya tak tau iya??

SITI: (TEGAS DAN YAKIN). Memang si Murni tu belum tau lagi.

LASAM: (MENCEGILKAN BIJI MATANYA). Belum tau iya? Tapi kau yang
pergi sampaikan pada dia tu kau tak ingat?

SITI: (BARU IA TERINGAT. LALU MENARIK NAFAS PANJANG).


Astagfirullah hal azimmmm………..

LASAM: (PERLI. MEMULANGKAN PAKU BUAH KERASNYA). Ha,


mengucap lah panjang-panjang, biar otak kau tu tak bergoyang
lagi. Kau yang bijak sangat menyampaikan berita buruk pada
Murni. Jadi ini serupalah macam si Moid tu jugak yang bercakap

40
dengan bininya tu. (SITI SUDAH MULA MENGGARU-GARU
KEPALANYA YANG TIDAK GATAL). Ha, kenapa menung??

SITI: (MACAM ORANG BODOH). Iya tak iya jugak, bang. (IA
TERSENGEH). Saya terlupa.

LASAM: (MELUAT DAN MENGAJUK CAKAP ISTERINYA). Saya terlupa,


bang. Kalau tak kerana mulut kau tu yang gatal nak bercakap, tak
kan bercerai tu sampai terjadi. Sekarang apa dah jadi? Semuanya
lintang pukang.

SITI: (BERKERUT KENINGNYA). Dah kita pula dituduh gatal mulut.


Awak dah lupa? Moid tu sendiri yang cakap dia nak ceraikan
bininya. Abang pun ada mendengarnya tadi.

LASAM: Iyalah. Kalau kau tak sampaikan mana boleh cerai tu jadi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LASAM: (MEMANDANG ISTERINYA SEKEJAP. KEMUDIAN IA


BERTANYA PULAK KEPADA ISTERINYA). Ha, siapa tu, Siti??

SITI: Abang tanyalah.

LASAM: (MELAUNG). Siapa?

MURTAD: (BERSUARA SAJA DULU DARI LUAR). Saya, Murtad.

SITI: (SEDIKIT TAK TENTU ARAH). Eh, Cik Murtad tu bang. (LASAM
BERJALAN KE PINTU LALU MEMBUKA. MUNCUL MURTAD.
WARNA MUKANYA KURANG CERAH. ADA ARANG HITAM
TERGANTUNG DISANA. MASAM SUNGGUH RUPANYA).

LASAM: (MENYAMBUT SERBA TAK KENA KELAKUANNYA. KEMUDIAN


IA PUN TERSENGEH SEBAGAI MEMULAKAN CAKAP). Saya ke
sana tadi mencari Cik Murtad.

41
MURTAD: (KASAR. MENANTANG MUKA INCIK LASAM. LASAM MENJADI
SERBA SALAH DIBJUATNYA). Habis??

LASAM: (MASIH TERSENGEH LAGI). Belum habis lagi.

MURTAD: (GARANG DAN BERDIRI TEGAK MACAM SOJAR BARU YANG


KENA HUKUM). Sekarang ni kita tak usah cakap banyak-banyak
lagi, Cik Lasam.

LASAM: (TAK FAHAM). Kenapa??

MURTAD: Baru saja saya cuba nak melunjur kaki, baru nak belajar cuba
melurus-luruskan tulang, nak betul-betulkan urat yang tegang, hai
ada pulak benda besar datang mengempap kepala saya ni. (IA
NAMPAKNYA MASAM. TIADA SENYUM).

LASAM: (MASIH KURANG FAHAM). Macam mana ceritanya tu??

MURTAD: (SELAMBA SAJA). Sungguh tak diduga. Terasa kecik betul bijik
mata saya ni menahan sakitnya. Kepala saya ni pulak dah terasa
macam papan lapis. Leper. Balak sebesar langit dah runtuh
sekarang ni.

SITI: Kalau iya pun sabarlah dulu, Cik Murtad. Cerita tepat lebih baik dari
cerita menyindir.

MURTAD: (MERENUNG SITI). Sabar saya ni rasanya dah sampai ke


penghujung jalan. Tak ada tempat nak konar lagi, Cik Lasam.
Jurang menganga menanti perjalanan saya. Saya dah tak takut
pada jurang yang beranjau. Kalau benar jalan salah yang saya
pilih, jurang akan saya harung. Biar patah-patah tulang empat kerat
ni. Namun berpatah balik sudah saya haramkan.

LASAM: (MASIH KURANG FAHAM JUGAK). Eh, apa maksud Cik Murtad??

MURTAD: (BENGKENG). Awak tak faham cakap senang macam tu??

42
SITI: (MENJAWAB). Cakap tu faham. Maknanya kurang faham..

MURTAD: (MEMBETULKAN KEADAAN DIRINYA YANG SUDAH


KELIHATAN AGAK MARAH SEDIKIT). Baiklah. Begini sajalah,
cakap berkias-kias ni memang kadang-kadang susah nak diterima
orang bangang.

SITI: (MEMANDANG SUAMINYA). Siapa yang bangang??

MURTAD: Tapi tak apa. Tuhan dah bagi akal dia orang tu panjang sejengkal.
Sekarang cuba Cik Lasam ceritakan puncanya perkara ni terjadi.

LASAM: (MASIH KURANG FAHAM). Punca apa??

MURTAD: (SEMAKIN FADE UP DENGAN KELAKUAN MEREKA). Hai,


bertanya punca pulak iya? Ini kisah benang kusut. Hati rosak.
Fikiran berserabut.

SITI: (KURANG FAHAM). Dah benang kusut pulak.

MURTAD: (SAMBIL MENEPUK KEPALANYA). Hai, memang betul jugak


cakap pujangga. Susah jugak nak memahamkan orang-orang
bangang dalam dunia ni. Menjadi manusia bangang adalah satu
cara untuk melepaskan tanggungjawab.

SITI: (BERANI). Awak kata saya bengang, Cik Murtad.

MURTAD: (TEGAS). Kalau tak banyak, sikit pun ada jugak terlonggok.

LASAM: Awak tak patut kata begitu.

MURTAD: (LEBIH TEGAS DARI MULA-MULA TADI). Sekarang kita jangan


menyimpang ketempat lain. Ceritakan apa puncanya sampai boleh
jadi cerai berai ni. Saya pun nak tau jugak.

LASAM: (BARU SEKARANG DIA MENGERTI MAKSUD CIK MURTAD).


Jadi awak dah taulah cerita tu, Cik Murtad??

43
SITI: (MENGUSIK). Jadi radanglah sikit ni ha iya???

MURTAD: Sekarang saya datang ni memang ada tergantung awan hitam


diatas kepala saya. Jadi sebelum awan-awan hitam ni berlaga,
sebelum terjadinya petir dan halilintar berdentum dentam, ada
eloknya awak terangkan.

LASAM: (SENGEHNYA MENJADI LEBAR SEJENGKAL). Sekarang saya


baru saja faham. Sebenarnya masalah ini ialah masalah budak-
budak jugak, Cik Mertad.

MUTAD: (MEMBULATKAN BIJI MATANYA). Saya tau ini masalah budak-


budak. Tapi masalah ini dah jadi masalah kita. Sebab budak-budak
tu anak-anak kita. Kalau anak orang lain, saya tak berapa kisah.
Pergi jahanamlah dia. Saya apa peduli.

SITI: (CUBA BERLEMBUT). Benda ni sebenarnya berpunca dari salah


fahm jugak.

MURTAD: Cik Siti.

SITI: Apa??

MURTAD: Saya ni masih ada perasaan malu lagi.

SITI: (TERASA TERSINGGUNG). Eh, kalau iya pun cakaplah lembut-


lembut sikit.

MURTAD: (TENGKENG). Nak lembut-lembut macam mana lagi? Anak saya


diceraikan. Yang menceraikannya tu anak awak. Habis Cik Siti
suruh saya senyum? Sekarang ni bukannya masa tersenyum.

LASAM: (TENANG CAKAPNYA). Kita rundingkanlah dulu.

MURTAD: (TEGAS DAN BENGKENG SAJA SUARANYA).


Kalau nak berunding sekali pun, biarlah sebelum benda terjadi.
Sekarang barang dah terhempas. Gelas dah pecah berderai. Saya

44
sememangnya tak boleh nak tahan sabar lagi. Ini memalukan
namanya. Kahwin baru saja nak mencapai tujuh hari. Inai dijari pun
belum habis terkikis, cerai dah terjadi. Sekarang cuba cakapkan
satu persatu.

SITI: (MELUAT MENENGUKKAN MURTAD). Hai, kalau iya pun dengar


lah dulu cakap suami saya tu.

MURTAD: (MENAHAN MARAHNYA). Memang saya nak dengar. Saya nak


tau juga puncanya datang penyakit. Tak ada punca siapa nak
percaya. Tak ke gila namanya tu?

SITI: (TAK SABAR SUNGGUH. MENYAMBUT DENGAN TIBA-TIBA


SAJA). Puncanya ni dari kisah sex.

MURTAD: (TERBELIAK BIJI MATANYA. HAIRANNYA SEMAKIN TEBAL DI


HATINYA). Fasal sex??

LASAM: (MARAHKAN ISTERINYA. IA CUBA MENAHAN). Eh, kenapa kau


sebut kesana tu, Siti?\

SITI: (BERCEKAK PINGGANG. MEMANDANG SUAMINYA). Kenapa


tidak?

LASAM: (CEPAT MENTENTERAMKAN SUASANA). Ini sebenarnya salah


faham sikit saja, Cik Murtad.

MURTAD: (HAIRAN). Tapi apa sebabnya??

SITI: (MENCELAH LAGI). Sebab anak awak tu mendera anak saya.

LASAM: (MENENGKING ISTERINYA). Eh, biarlah aku yang bercakap. Tak


usah cakapkan hal tu dulu.

SITI: (BENCI). Abang tu terhegeh-hegeh. Bertegaslah sikit.

MURTAD: (MENJADI BEGITU CUTIOUS SEKALI). Mendera macam mana??

45
SITI: Tak kan awak tak faham.

LASAM: (MELARANG ISTERINYA LAGI). Eh, biarlah aku yang bercakap.


Tak usah cakapkan halt u dulu.

SITI: (MERANGSANG SUAMINYA). Kenapa tidak? Abang tu memang


tak pandai nak bertegas. Meleweh 24jam. (KEPADA MURTAD).
Hei, Cik Murtad.

MURTAD: Apa??

SITI: Saya ni dah tua tau.

MURTAD: (PERLI). Siapa cakap awak ni masih muda lagi??

SITI: Dalam usia lanjut begini apa yang saya mau ialah melihat hidup
anak saya terjamin dan aman tenteram.

MURTAD: Memanglah.

SITI: Ini sememangnya menjadi pegangan orang-orang tua macam saya


ni.

MURTAD: Saya tau awak dah tua. Tapi nampaknya cara awak berfikir ni tak
sama macam umur awak tu. Ha, inilah yang menghairankan saya.
Kita yang dah tua lanjut begini sepatutnya menjadi tauladan bagi
yang muda. Tapi saya perhatikan sikap awak ni macam sikap
orang tua yang dah miang nak jadi orang muda.

SITI: (MERASA TERSINGGUNG BETUL DIA). Awak jangan nak


membasa-basa saya, Cik Murtad.

MURTAD: (CAKAPNYA MELEWEH. TAPI MENYAKITKAN HATI). Saya tak


membasa. Saya Cuma menerangkan satu keadaan manusia yang
sekarang berada dihadapan saya. Itu saja. Satu kenyataan yang
ada. Orang tua hidup berpura-pura cuna nak mengada-ngada.

46
SITI: (SEMAKIN MENJADI BUAS IA. MEKLUMLAH ORANG
TERSINGGUNG). Awak jangan cuba nak membesarkan unggun
api yang kecil Cik Murtad. Bahaya. Nanti membakar diri.

LASAM: (MEMOTONG CEPAT). Cik Murtad.

MURTAD: Cakap. Tak payah panggil-panggil.

LASAM: Saya rasa kita elok bertenang dulu. Biar saya terangkan apa
puncanya semua perkara ni.

MURTAD: (BARU MERASA LEGA). Bagus. Saya memang nak mendengar


sangat puncanya tu. Ha, sebutlah. Tapi jaga. Kalau saya kurang
puas, ha meletup pulak gunung berapi saya kat dalam ni ha.
(SAMBIL MENUNJUKKAN KEPADANYA).

LASAM: Ini salah si Murni.

MURTAD: Salah macam mana??

SITI: (MENYAMPUK). Kan saya dah cakpkan tadi. Si Murni tu mendera


si Moid.

MURTAD: (KURANG PUAS). Iyalah. Mendera tu saya faham benar. Mendera


macam mana awak belum lagi menceritakannya pada saya.
(KETIKA ITU PULA MUNCUL MAK MINAH. LASAM
TERPANDANGKAN MINAH. MINAH PULA MENONONG MENUJU
ARAH KE DAPUR).

LASAM: (SEDIKIT GEMBIRA). Ha, Mak Minah.

MINAH: (MASAM SAJA). Saya datang ni nak mintak gaji saya.

LASAM: Belum cukup bulan kenapa nak mintak gaji??

MINAH: (NEKAD). Saya dah letakkan jawatan.

LASAM: Aku tak terima.

47
MINAH: Saya tetap mau berhenti.

LASAM: Kenapa tiba-tiba saja??

MINAH: (MEMOTONG). Kalau tak mau kasi gaji pun taka pa. saya halalkan.
(IA PUN CABUT KELUAR).

LASAM: (MENGEJAR HINGGA KEMUKA PINTU). Pak Karman….. Pak


Karman…..nanti dulu. Nanti dulu. (PUTUS ASA. MAK MINAH
TERUS BERLALU). Ini semua bahana budak-budak tu jugak..

MURTAD: (MENYAMBUNG SEMULA). Soal Mak Minah tu saya tak peduli.

LASAM: (MEMARAHI MURTAD). Hai, dia orang gaji saya.

MURTAD: (MEMARAHI BALIK). Tapi sekarang ni kita mesti putuskan cakap


kita fasal budak-budak tu. Saya nak tau jugak kenapa anak saya tu
sampai diceraikan???

SITI: (MELUAT DENGAN SIKAP CIK MURTAD). Sebab dia tak mau
tidur dengan anak saya.

LASAM: Ha, iyalah tu.

MURTAD: (MEMANJANGKAN LEHERNYA KEDEPAN). Siapa cakap??

SITI: Anak saya tu yang cakap.

LASAM: Iya.

MURTAD: Anak saya tak cakap pun?

LASAM: Itu salah dia. Tapi anak saya tu memang ada mengadu pada saya.

SITI: Murni tak mau tidur dengan dia. Anak saya masuk kebiliknya, Murni
pergi kedapur.

LASAM: Anak saya mandi, Murni masuk kebiliknya.

48
SITI: Apa awak ingat dia boleh tahan ke macam tu??

LASAM: Tentu dia tak tahan.

MURTAD: (SEDIKIT HAIRAN). Ganjil. (MENGGARU-GARU KEPALANYA).

SITI: Tak adaganjilnya. Ini namanya cuba nak merosakkan perasaan hati
anak saya. Ini satu dosa yang tak boleh diampunkan.

LASAM: Isteri yang ingkar boleh diceraikan.

SITI: (MENYEBELAH SUAMINYA). Ha, begitulah. (LASAM CUMA


MENCEBIRKAN BIBIRNYA SAJA).

MURTAD: (TIDAK MAHU MENERIMA KENYATAAN BEGITU SAJA).


Pelek. Awak jauh sebatu, saya jarak sejengkal, awak kata
anak saya tak mau tidur dengan dia? (KEDENGARAN BUNYI
KERETA BERHENTI DIDEPAN RUMAH ITU). Saya lebih tau
hal rumah tangga saya sendiri. Saya fikir anak awak tu yang
tak adil. Dia tak mau pereksa dulu. Manusia yang tergalang
untuk bertindak mengikut kemahuan hatinya, akan merugikan
dirinya sendiri juga. (KETIKA ITU MUNCUL ZAITON. ISTERI
INCIK MURTAD. IA KELIHATAN MENAHAN MARAH.
SUNGGUH HATINYA SUDAH MEMBARA BETUL).

______________________________________________________________________

ZAITON: (MASUK KEDALAM MENDAPATKAN SUAMINYA). Abang


dah tau ceritanya???

MURTAD: Sudah.

ZAITON: (KEPADA SITI). Macam ni memang tak patut sungguh, Cik


Siti.

SITI: (TENANG SAJA). Benda dah terjadi, Cik Eton.

49
ZAITON: Kawin baru saja seminggu dah bercerai pulak dia orang.
Kenapa?

SITI: (SELAMBA SAJA). Dah jodohnya sampai kesitu, nak


diapakan lagi??

MURTAD: (KURANG PUAS. IA SEDIKIT MARAH). Itu cakap orang yang


lekas berputus asa. Cakap orang yang dah mati usahanya.

ZAITON: Tak patut betul. Tak masuk akal. Seminggu saja. Baru
seminggu. Kalau tanam pokok belum tumbuh punat pun.

LASAM: (MALAS). Apa nak dikatakan lagi lagi, Cik Eton.

ZAITON: Awak tak tau macam mana susahnya saya ni. Pinggan pecah
belum lagi berganti. Ini budak budak tu pulak membuat kisah.
Saya tak terima kalau begini.

MURTAD: Kalau setahun dua, sanggup jugak saya telan jadam pahit tu.
Tapi yang ini, saya rasa tak kan tertelan begitu saja.

ZAITON: Nampaknya kalau diikut ikutkan hati panas, gaduh pun saya
sanggup.

LASAM: (BERLEMBUT). Jangan begitu, Cik Eton.

SITI: Gunakanlah hati yang sejuk.

ZAITON: Habis awak nak diamkan begitu saja? (TENGKENGNYA).

SITI: (KEPADA SUAMINYA). Hai, nampaknya kita berlembut, dia


orang berkasar bang.

ZAITON: (TENGKENG). Perbuatan ini saya tak terima. Saya tak mau
terima kejadian ini.

SITI: (MENGEJEK). Kalau awak tak terima pun saya nak buat
apa??

50
LASAM: Cerai dah sah. Talak dah jatuh.

SITI: Tapi kalau awak nak bergaduh, saya tak setuju.

LASAM: Itu menempuh jalan buntu namanya.

ZAITON: Baiklah. Tak apa. Cerai cerailah.

MURTAD: (HAIRAN) Itu saja? Hai simplenya kau buat keputusan?

ZAITON: Tapi saya mau abang bawak perkara ni pergi ke court.

MURTAD: (HAIRAN LAGI). Pergi ke court?

ZAITON: Kita mesti buat saman tuntut malu,bang. Ini jalan keluar yang
paling adil. (MURTAD MENGGARU KEPALA)

LASAM: (TERKEJUT. MEMANDANG ISTERINYA). Saman malu??

MURTAD: Iya. Saman.

SITI: (KEPADA SUAMINYA). Dia orang nak saman bang??

LASAM: Wah, nampaknya dah main kasar sikit tokohnya?

SITI: Perkara biasa sampai nak menuntut saman??

ZAITON: (BERANI). Saya malu. Saya mesti saman. Saya tak peduli.
Biar loyar saya yang lawan kes ni. Kita tunggu menang saja,
bang. (IA TERSENGEH SIKIT)

MURTAD: Dia terpaksa membayar ganti rugi malu kita tu. (IA
TERSENYUM PUAS).

SITI: (MENYABARKAN). Eh, kenapa kita sampai nak saman


menyaman ni??

ZAITON: (MERENUNG ARAH CIK SITI). Hei, Cik Siti.

SITI: Apa??

51
ZAITON: Perkara ni sebenarnya berpunca dari anak awak tu. Anak
awak tu nak menjatuhkan talak tak mau berunding dulu. Anak
saya yang tak bersalah terpaksa menjadi mangsanya. Ini
tentu saya tak terima.

MURTAD: Nanti apa kata jiran-jiran, sahabat handai, saudara mara?

ZAITON: Dimana saya nak sorokkan muka saya ni??

MURTAD: Inilah yang kami tak mau. Malu.

SITI: Pada saya, perkara ni terjadi kerana si Murni.

ZAITON: Kenapa awak cuba nak menangkan anak awak saja??

LASAM: Ini bukannya soal menang kalah, Cik Eton.

MURTAD: Ini soal malu.

SITI: Dia yang tak mau tidur dengan anak saya tu. Dia tidur dengan
awak. Kalau awak masih sayangkan anak awak tu, kenapa
dibiarkan dia kawin dengan anak saya???

LASAM: Sekarang apa dah jadi? Anak saya pulak yang jadi macam
orang gila. Jadi sebelum dia tersungkur menjadi manusia
mamai, ada baiknya dia menceraikan si Murni tu.

ZAITON: (SAKIT BETUL HATINYA. IA MENDAPATKAN SUAMINYA).


Bang. Kita mesti buat saman.

MURTAD: Bolehlah.

ZAITON: (MEMUJUK SUAMINYA). Pergi abang jumpa dengan loyar


Ariffah. Dia tu bagus fasal kes tuntut macam ni. Abang
bentangkan kes kita ni pada dia. Kita tuntut sebanyak
$10,000/=.

SITI: (MACAM HENDAK TERKENCING DIA). $10,000/=???

52
ZAITON: Iya. $10,000/=.

MURTAD: (TANYA PADA BININYA). Buat apa banyak banyak??

ZAITON: Duit tu saya nak buat tampung rugi belanja kawinkan anak
saya tu.

MURTAD: (KEPADA BININYA). Iya. Kita dah berbelanja banyak. Zaman


inflasi ni $10,000/= tu patut.

SITI: (KEPADA SUAMINYA). Ha, kenapa abang diam saja??

LASAM: Dia orang saman banyak sangat.

SITI: Habis abang nak diam? Samanlah dia orang tu balik.

LASAM: (KURANG FAHAM). Nak saman apa??

SITI: (MARAH DAN MELUAT BENAR DIA). Ha, itu sajalah pandai
abang. Orang menyaman kita, abang tersengeh menjual gigi.
Samanlah dia balik.

LASAM: (MENJADI SERBA SALAH). Eh, engkau ingat senang sangat


nak menyaman orang begitu saja??

SITI: (MERADANG DENGAN SIKAP LAKINYA). Dia orang boleh


saman kita, kenapa pulak kita tak boleh saman dia orang??

LASAM: (MENERANGKAN). Kes kita ni kes kalah. Salah si Moid tu


jugak. Dia cerai tak bagi tau dulu.

SITI: (MENENTANG SUAMINYA). Mana boleh kalah. Ini kes


menang. Moid tu memang tak bersalah.

ZAITON: Memang anak awak tu yang bersalah.

53
SITI: Si Murni tu yang tak mau tidur dengan Moid. Si Murni tu yang
ingkar. Mengikut hukum Islam, isteri yang ingkar berdosa
besar. Boleh ditalakkan. (KEPADA SUAMINYA). Betul tak
bang??

LASAM: Betul.

SITI: Samanlah dia.

LASAM: (BERANI). Baiklah. Sekarang begini sajalah, Cik Murtad.

MURTAD: Sorry. Saya tak mau berunding lagi.

LASAM: (MEMBETULKAN MAKSUDNYA). Ini bukan soal runding.

MURTAD: Soal apa?

LASAM: Kalau awak teruskan niat awak nak menyaman saya, saya
rasa, saya dah tak ada pilihan lain.

ZAITON: Ha, mengaku kalah jugak awak iya??

LASAM: Tidak.

MURTAD: Habis?

LASAM: Saya terpaksa menyaman awak pulak Cik Murtad. Kalaulah


kes saya ni menang, awak mesti bayar kepada saya wang
sebanyak $10,000/= dan menanggung semua perbelanjaan
mahkamah.

MURTAD: Kalau saya menang, macam mana??

LASAM: Awak mesti kalah.

ZAITON: Mana boleh kami kalah. Kami mesti menang. Saman malu
ada dengan bukti, tentu menang.

SITI: Macam mana awak kata awak boleh menang?

54
LASAM: Awak barangkali tak sedar. Hak cerai memang berada
ditangan kaum lelaki. Tak kan awak boleh ubah hukum
syarak?

SITI: Lagi pun saya tak ada bercakap kotor, atau memaki hamun
yang boleh menjatuhkan maruah keluarga Cik Murtad.

ZAITON: Awak ingat cerai tu tak memalukan orang namanya??

MURTAD: Malu besar.

SITI: Hai, cerai tu dah jadi perkara biasa.

LASAM: Kalau dah tak ada persesuaian lagi, buat apa diteruskan.

SITI: Cerailah jalan yang seelok eloknya.

LASAM: Jalan yang sebaik baiknya.

ZAITON: (KEPADA SUAMINYA). Ha, macam mana ni bang? Nak


teruskan jugak saman awak tu.

MURTAD: (TEGAS DAN YAKIN BENAR). Mesti. Saman tetap jalan.


Untung untung kita boleh menang. Baru padan mukanya.
(KEDENGARAN INJIN KERETA BERHENTI DIHADAPAN
RUMAH).

SITI: (MENGAPI APIKAN). Ha, pergilah awak saman. Biar masuk


dalam surat khabar. Kalau awak kalah nanty, ha baru padan
pulak muka awak. Saman kalah. Anak kena cerai pulak.

MURNI: (MUNCUL KETIKA ITU. BERTUKAR PAKAIAN DARI YANG


MULA MULA TADI. IA SEDIKIT TERCENGANG MELIHAT
SUASANA DI RUMAH ITU).

MURNI: (CEKAL DAN BERANI. IA BERTANYA KEPADA LASAM).


Abang Moid kemana, ayah??

55
ZAITON: (MENEGUR). Dia bukannya abang kau lagi. Dia dah ceraikan
kau talak satu.

MURNI: (TENANG). Saya tak mau bercerai.

MURTAD: (MENYABARKAN ANAKNYA). Cerai ni bukannya boleh


dimintak mintak, Murni. Kalau dah bercerai tak boleh di tarik
balik lagi. Talak sekarang ni dah jatuh.

MURNI: (TENANG JUGA). Itu saya tak peduli. Biar talak tu bergolek
golek. Abang Moid masih tetap suami Murni.

ZAITON: (TENGKENG). Dia bukannya suami kau lagi, dia duda kau.
Kau janda dia.

MURNI: (SELAMBA SAJA). Saya tak peduli.

ZAITON: (MENASIHATKAN ANAKNYA). Tak boleh begitu, Murni. Kau


dengan dia dah tak sah lagi. Bukan suami isteri lagi. Dah tak
sah. Haram jatuhnya.

MURNI: (SEDIH). Saya tak peduli, mak. Abang Moid masih lagi suami
Murni.

MURTAD: (MELIHATKAN KEADAAN ANAKNYA, IA JADI MARAH).


Macam ni tak boleh jadi, Cik Lasam.

LASAM: Apa yang tak boleh jadi??

MURTAD: (MENUNJUKKAN KEARAH ANAKNYA). Awak tenguklah tu.


Fikiran anak saya dah mula terganggu.

SITI: Fikiran anak saya awak tak kira.

MURTAD: Dia jantan.

SITI: O jantan rosak tak apa??

56
LASAM: Fikiran anak saya tu bukan saja dah terganggu, tapi dah mula
nak tergendala.

MURTAD: (MARAH BETUL DIA). Macam ni tak boleh dibiarkan. Saya


terpaksa saman.

ZAITON: (KEPADA SUAMINYA). Tak usahlah bercakap lagi, bang.


Pergilah saman dia.

MURTAD: (KEPADA ISTERINYA PULA). Kau cuba pujuk si Murni tu


Eton. Biar aku saja yang pergi jumpa loyar Ariffah tu.

MURNI: (TIBA TIBA). Kenapa ayah nak kesana??

MURTAD: (NEKAD). Ayah nak saman dia orang ni.

ZAITON: Mak yang suruh tadi.

MURNI: (YANG TIDAK TAHU MENAHU). Nak saman apa pulak,


ayah?

ZAITON: Aku nak suruh ayah kau pergi saman malu.

MURNI: (SEMAKIN KURANG FAHAM). Saman malu? Saman siapa??

SITI: Mak kau nak saman makcik.

MURNI: (KEPADA SITI). Nak saman makcik??

ZAITON: Aku suruh bapak kau saman dia orang ni sebanyak $10,000/=.
Biarkan dirasanya pulak.

MURNI: (INGIN TAHU). Kenapa sampai nak saman menyaman ni,


mak. Kan elok kalau kita merundingkan dulu perkara ni?

LASAM: Cakap kau tu betul, Murni.

ZAITON: Nak dirundingkan apa lagi? Kau tak ingat. Si Moid tu dah
menceraikan kau.

57
MURTAD: (MELUAHKAN MARAHNYA). Kau nak rundingkan fasal
talak??

MURNI: (BERLEMBUT). Bukanlah begitu, ayah.

ZAITON: Dah tu?

MURNI: (BERLEMBUT LAGI). Tapi Murni tak pedulikan semua tu, mak.
Murni masih sayangkan dia lagi. Lagi pun penceraian ini
berlaku bukannya Murni tau.

ZAITON: (MENEGASKAN KEPADA ANAKNYA). Itulah sebabnya aku


suruh bapak kau saman dia orang tu.

MURTAD: (GOPOH GOPOH SIKIT). Kau pujuk dia, Eton. Aku nak pergi
jumpa loyar.

MURNI: Jadi ayah nak saman jugak??

MURTAD: Iya. (IA PUN KELUAR. KEMUDIAN KEDENGARAN INJIN


KERETA BERJALAN MENINGGALKAN HALAMAN RUMAH
ITU).

SITI: (CUBA MENTENTERAMKAN HATI MURNI). Emak pun sedih


sebab perkara ni dah terjadi, Murni.

MURNI: Saya sendiri pun tak tau apa nak jadi mak.

ZAITON: (MENGAJOK). Alah. Awak tu sedih cuma dimulut. Kalau awak


betul-betul sedih, kenapa tak awak pujuk anak awak tu tarik
balik cerai tu??

SITI: (CUBA MENEGASKAN). Soal cerai ni bukannya boleh


ditarik-tarik, Cik Eton. Saya sungguh sedih sebab si Moid tu
dah terlanjur. Ikutkan panas hatinya.

58
ZAITON: (MENGAJUK PULA). Awak tak ajar dia, tentu dia bertindak
begitu.

MURNI: (KEPADA IBUNYA SENDIRI). Kenapa mak cakap begitu??

ZAITON: (MARAH). Aku cakap, apa yang aku suka.

MURNI: (CUBA MEMUJUK HATI SITI). Tak usahlah mak bersedih


atas hal yang dah terjadi, mak. Memang nasib saya dah jadi
begini.

SITI: (SEDIH DENGAN SUASANA BEGITU). Aku terkilan


sungguh dengan si Moid tu.

ZAITON: (MENGEJEK DAN MENCEBIRKAN BIBIRNYA SEHINGGA


LONDEH). Terkilan konon.

LASAM: Sekarang ni macam mana? Apa yang mesti kita buat.

ZAITON: (MASIH BERKERAS JUGA). Saya dah saman awak. Sedia


sajalah dengan duit $10,000/= tu.

MURNI: Saya macam biasa jugak, ayah. Saya masih jadi isteri abang
Moid. Pada saya cerai tak pernah terjadi. Dan saya tak tau
makna cerai. Saya tau saya masih sayangkan abang Moid.
(IA KETAWA HALUS SEORANG DIRI).

ZAITON: (MELIHATKAN KELAKUAN ANAKNYA YANG KIAN


BERUBAH). Wah, macam ni tak boleh jadi. Nampaknya
fikiran anak saya dah mula terganggu. Dah rosak. Dia dah
gila talak. Awak tak patut sungguh buat saya macam ni, Cik
Siti. (KETIKA ITU KEDENGARAN BUNYI KERETA DATANG
DAN TERUS BERHENTI DIHADAPAN RUMAH).

59
SITI: (CUBA MEMUJUK JUGA). Sabarlah dulu, Cik Eton. Sabar.

ZAITON: (NAIK SEDIKIT RASA MARAHNYA). Macam mana saya


boleh sabar, Cik Siti. Anak saya ni diceraikan tak ada
sebab-sebabnya. Kalau dia orang tu bergaduh, bertengkar
atau ada benda yang tak kena misalnya, tak apa juga. Ini tak
ada sebab musebab, tiba-tiba saja anak saya ni ditalakkan.
Ada ke patut. Mentanglah talak ditangan jantan, tak usahlah
main campak campak begitu saja. Tak ada langsung timbang
rasa.

MOID: (KETIKA ITU IA MUNCUL. KELIHATAN JUGA DIA MASIH


BERKEADAAN MURUNG SEPERTI MULA MULA TADI. IA
BERJALAN MASUK. MURNI TERPANDANGKAN MOID).

MURNI: (MENERPA MOID). Abang Moid. (IA TERPEKEK DAN


MERASA CUKUP GEMBIRA SEKALI).

MOID: (IKUT TERPERANJAT SIKIT TAPI MERASA GEMBIRA


SAMA). Murni. Apa kau buat di sini??

MURNI: (MERASA CUKUP GEMBIRA LALU MEMELOK MOID


DENGAN IRAT SEKALI). Cari abanglah.

LASAM: (TERKEJUT MELIHATKAN KELAKUAN KEDUA ANAK


MUDA ITU SEDANG BERPELOK PELOKAN
DIHADAPANNYA). Eh, jangan kau pelok dia, Moid. Murni tu
bukannya isteri kau lagi. Haram.

MOID: (MASIH MEMELOK MURNI). Haram tak haram saya tak


peduli. Saya sayangkan Murni. Dia masih bini saya lagi.

ZAITON: (SEDIKIT KURANG PASTI). Kau kata kau masih sayangkan


dia lagi??

MOID: (MENOLEH). Iya. Kenapa emak tanya??

60
ZAITON: (TAMBAH TERCENGANG). Kau tak benci?

MOID: (BERKERUT KENINGNYA). Tidak.

ZAITON: (SEMAKIN INGIN TAHU). Tidak gaduh gaduh apa-apa??

MOID: Tidak.

MURNI: (KEPADA CIK ZAITON). Kan betul saya kata abang Moid
masih sayangkan saya lagi, mak.

ZAITON: (MENCEGILKAN BIJI MATANYA SEHINGGA BULAT BETUL).


Habis kenapa kau sampai menceraikan dia??

MOID: (TERSENGEH SEDIKIT KERANA SEDAR KESILAPAN


DIRINYA). Siapa cakap saya menceraikan Murni??

ZAITON: (TEGAS DAN GARANG). Murni yang cakapkan pada aku


tadi.

MURNI: Murni dengar dari mak Siti. (TUNJUK SITI).

SITI: (MENUNJUKKAN KEPADA SUAMINYA). Bapak kau tu yang


kata tadi. Hukum dah jatuh. Talak dah tergolek. Aku pun
ikutlah.

LASAM: (KESAL DAN MELUAT). Dah aku pulak yang dipaksa pikul
dosa kau iya, Moid? Bukan ke engkau yang cakap tadi. Kau
nak menceraikan Murni??

MOID: (CUBA MENCARI HELAH). Saya cuma cakap nak ceraikan


saja, ayah. Tapi belumlah bercerai lagi.

LASAM: (PERLI DAN MERASA DIRINYA DIDALAM KEADAAN


SERBA SALAH). Wah, wah. Dah dapat pelok bini, kau putar
cakap aku iya??

61
SITI: (MERANGSANG). Abang yang cakap talak dah jatuh tadi.

LASAM: (MENYERANG BALAS). Dia cakap nak cerai, jatuhlah


talaknya. Tak betul? Saksi pun dah ada. Aku dengan kau.
Cukuplah.

ZAITON: (MENEGASKAN KEADAAN). Tapi dia cuma cakap nak cerai


saja. Bukannya dia menceraikan Murni?

LASAM: (BENCI DAN MELUAT). Pada aku semuanya sama. Asal


perkataan cerai tu terkeluar, baik sengaja atau pun tidak,
tentu talak dah jatoh. Ini hukum. Bukannya boleh dicakapkan
lepas lepas saja.

MURNI: (BERTANYA KEPADA MOID UNTUK MENDAPATKAN


KEPASTIAN). Kenapa abang sampai hati nak menceraikan
Murni, bang. Apa salah Murni??

MOID: (KEPADA MURNI). Sebab kau jual mahal.

MURNI: (CUBA MEMUJUK DAN MANJA). Siapa cakap Murni jual


mahal?

MOID: (MELEPASKAN PELOKAN ISTERINYA). Murni yang selalu


lari lari. Buat abang macam tak kenal saja. Siapa yang tahan?

MURNI: Murni ada urusan.

MOID: Urusan apa??

SITI: (KEPADA MOID). Hai, dah berbini pun tak tau urusan lagi??
ZAITON: (MELIHAT LIHAT KELILING DAN BERSUARA DENGAN TIBA
TIBA). Sekarang ni macam mana?

LASAM: Apa dia??

ZAITON: (KASAR). Fasal si Murni dengan si Moidlah.

62
LASAM: (SELAMBA SAJA). Aku tak tau.

ZAITON: (KEPADA SITI). Ha, macam mana sekarang ni, Cik Siti?

SITI: Aku pun tak tau.

LASAM: (MENGINGATKAN). Laki awak pun kan pergi menyaman


kami.

ZAITON: Itu boleh kita rundingkan semula. (IA SEDIKIT LEMBUT. TAPI
BUKAN MENGALAH).

LASAM: (TIBA TIBA MEMBAWA KISAH LAIN). Ha, kau tadi pergi
kemana, Moid??

MOID: Saya cari kadhi, ayah.

LASAM: Nak buat apa??

MOID: (SELAMBA SAJA). Nak tau sah tidaknya, ayah.

LASAM: (MENJADI BEGITU TERTARIK). Sah apa?

MOID: Cerai yang ayah cakapkan tulah.

SITI: (INGIN TAHU). Habis apa kata kadhi??

MOID: kadhi tak ada dirumah.

LASAM: dia belum balik dari kawinkan orang??

MOID: Belum.

ZAITON: (TUMPANG SEMANGKOK). Habis kalau kadhi tu tersandar


ketempat orang kawin tu, macam mana??

SITI: Ha, itu barulah tak senonoh.

63
MURNI: (KEPADA MOID). Tapi macam mana ayah kata abang Moid
boleh sampai menceraikan Murni. Padahal dia masih
sayangkan Murni lagi??

LASAM: (PERLI). Sekarang ni baru dia kata sayang. Tapi masa kau
tak ada disini, dia macam kambing randuk. Menyondol
kesana, menyondol kemari. Aku suruh sabar, dia tak mau.
Degil konon.

SITI: (PERLI LAGI). Sekarang nampaknya dia dah jauh berubah. Lupa
semua yang dah dicakapkan. Sebaliknya ayah kau tu pulak yang
kena tuduh sebagai batu api.

ZAITON: (MASIH KURANG FAHAM). Kalau benar si Moid masih sayangkan


Murni ni, kenapa perkara cerai ni boleh sampai timbul? Pelek jugak
aku memikirkannya.

LASAM: Tak ada peleknya, Cik Eton. Benda dah nak jadi, jadi lah dia. Lagi
pun perkara ni dah terapong apong.

SITI: (MENOKOK LAGI). Cakap laki saya ni betul jugak. Kalau dia dah
terapong apong, tidaklah Cik Murtad tu sampai nak jumpa dengan
loyar Ariffah.

LASAM: (MENGAJUK). Nak menyaman malu, konon.

ZAITON: Itu kalau benar si Moid menceraikan si Murni.

LASAM: Memang dah benar. Buat apa ditanya tanya lagi.

ZAITON: Itu cuma fikiran awak saja. Boleh jadi fikiran awak tu ada benarnya.
Tapi boleh jadi fikiran awak tu kosong macam belon.

LASAM: Tapi kadang kadang apa yang saya fikirkan tu benar-benar berlaku.

ZAITON: (MERASA BOSAN). Baiklah. Ini fasal cerai tu, macam mana? Jadi
jugak??

64
LASAM: (MASAM). Jadilah.

ZAITON: (MEMBETULKAN DUDUKNYA). Kalau dah begitu kata awak,


nampaknya saman saya tu masih tetap berjalan jugak.

MOID: (YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL). Saman apa ni, mak??

MURNI: Emak Murni dah menyaman emak abang Moid.

MOID: (TERSENGEH SENGEH). Eh, macam orang main pondok saja


bunyinya.

SITI: (MARAH MELIHAT KELAKUAN MOID). Ini bukannya main main.

LASAM: (MARAH). Kau jangan nak tersengeh sengeh.

SITI: (MARAH). Kalau Pak Mertua kau tu memang benar dia nak
menyaman, $10,000/= duit kita nanti terbang.

MOID: (TERPERANJAT BESAR). $10,000/=???

LASAM: Ha, baru kau terperanjat, iya??

MOID: (BERKERUT KENINGNYA). Ini dah serious nampaknya.

LASAM: Lebih dari serious lagi.

SITI: (MELIHAT MOID YANG MENGANGA). Ha, baru sekarang kau tau
menganga iya??

MOID: (KEPADA ZAITON). Mak serious ke ni, mak??

ZAITON: (TEGAS). Sememangnya aku serious. Sebab kau dah


menceraikan Murni.

MOID: (NAIK RADANG. MARAH SUNGGUH DIA). Siapa cakap saya


menceraikan Murni??

65
ZAITON: (BENGKENG. MARAH KEPADA MOID). Wah, pura-pura tanya
pulak dia.kau dah lupa? Bapak kau tu yang cakapkan tadi.

MOID: (BERPUTUS HARAP SUNGGUH DIA). IA SEDAYA CUBA


MENYAKINKAN KEPADA MEREKA). Ah, kenapa kita mesti sibuk
bercakap fasal cerai. Saya masih sayangkan Murni. Apa ini tak
cukup sebagai bukti yang penceraian itu tak pernah berlaku.
Perkara cerai ni sebenarnya tak pernah timbul langsung.

LASAM: (JUGA NAIK RADANG MELIHAT TELATAH MOID). O tak pernah


timbul iya? Kau tak sedar cerai dan talak tu dah berlegar legar. Ini
semua kau punya fasal. Fasal tak ada sabar. Fasal tak mau fikir.
Fasal miang kau tu dah kuat berkocak. Bini ada urusan pun kau tak
tau. Engkau ingat perkara kecuh ini boleh timbul kalau kau tak
memulakan???

MOID: Kan saya kata saya tak berniat.

LASAM: Tapi macam yang aku katakan tadi, cerai tu tetap berlaku. Talak
dah jatuh. Sekarang lebih baik kita rujukkan perkara ni kerumah
Tok Kadhi. Kalau benar kau masih sah lagi, habis cerita. Tak ada
panjang-panjang lagi. Tak ada saman menyaman. Tapi kalau sah
pulak kau dah bercerai, kau terpaksa menikah sekali lagi selepas
tiga bulan kemudian.

MOID: (TERPERANJAT). Selepas tiga bulan??

SITI: (MENGEJEK PEDAS). Baru kau padan. Seminggu kau tak tahan,
ini ditambah lagi dua bulan tiga minggu. Itulah namanya orang tak
tau nak mengawal sabar. Iman dah bengkok.

MOID: (MASAM DAN MARAH). Ini saya tak terima.

LASAM: (MENENTANG). Tak terima apa??

MOID: (TEGAS). Tak terima tentang penceraian ini.

66
LASAM: (TEGAS). Hukum syarak kau nak campakkan kemana??

MOID: (TEGAS DAN BERANI MATI DIA). Pada saya cerai tak ada. Talap
pun tak ada. Murni masih jadi isteri saya yang sah. Ini saya tau.

LASAM: (MARAH). Isteri iya??

MOID: (MENENTANG AYAHNYA DENGAN HATI BERANI). Iya.

LASAM: (MENENTANG ANAKNYA). Aku kata kau bukannya laki dia lagi.

MOID: (MENENGKENG). Tak benar.

LASAM: (MENENTANG AYAHNYA). Aku tak benarkan kau mengaku laki


bini. Aku tak mau dapat cucu diluar nikah.

MOID: (TERPERANJAT). Luar nikah??

ZAITON: (BENCI). Kasar sangat bahasa awak ni.

SITI: (MARAH). Benda benar. Nak ditadakkan macam mana lagi?

MOID: (SEMAKIN BERANI KEPUTUSAN AYAHNYA SENDIRI). Saya


terpaksa membantah kehendak ayah. Kalau ayah kata saya
menderhaka pun apa boleh buat. Tapi buat yang satu ini, saya
terpaksa membantah.

LASAM: (BERANG SUNGGUH MACAM SINGA LAPAR). Ha, bantahlah.

MOID: (TEGAS MEMBUAT PENGAKUAN). Saya tak bercerai dengan


Murni. Ini saya yakin benar. Dengan ini juga saya mengaku. Murni
masih menjadi isteri saya yang sah.

LASAM: (SEPERTI AKAN MENJERIT). Aku tak terima pengakuan kau.

SITI: (MENCARI JALAN TENGAH). Kalau begitu, kita mesti terima


pengakuan Kadhi.

LASAM: (MERADANG). Kita mesti rujuk kepada Kadhi.

67
MOID: (MENENTANG LAGI). Tidak. Penceraian cuma berlaku apabila dah
tak ada persesuaian laki bini. Hilang kasih dan hilang sayang.
Putus segala ikatan. Penceraian tak boleh berlaku dalam keadaan
aman dan kasih sayang. (KETIKA ITU PULA MUNCUL MINAH. IA
SEGERA BERLALU KEDAPUR TANPA MEMPERDULIKAN SIAPA
YANG ADA DIRUANG ITU).

SITI: (MARAH KEPADA MOID). Sejak bila kau ni dah jadi Mufti. Kasih
sayang ada dengan undang-undangnya. Hukum agama kita
pegang. Adat kita mesti jaga. Kalau kau dah ikut perasaan kasih
sayang saja, tak usahlah berpayah payah berijab kabul dulu. Bila
ada perasaan kasih sayang semuanya boleh jadi. Itu kerja haiwan.
Kerja manusia tak boleh begitu.

LASAM: (TERPANDANGKAN MINAH YANG BERLALU). Minah!

MINAH: (YANG BELUM MASUK KEDAPUR. HAMPIR SANGAT DENGAN


PINTU DAPUR). Saya nak ambek beg pakaian saya, Incik. (IA
TERUS BERJALAN DIIKUTI OLEH CIK LASAM DARI BELAKANG
DAN TERUS HILANG KEDALAM).

MURNI: (MASIH BELUM PUTUS). Macam mana jadinya, mak.

ZAITON: (BOSAN). Aku tak tau. Tapi kalau betul cakap bekas Pak Mertua
kau tu tadi, yang kau bukannya laki bini lagi, aku fikir elok kita
balek. Biarkan bapak kau tu saja yang menguruskan soal saman kita.

LASAM: (MUNCUL SEMULA. DIHADAPANNYA TERDAPAT MAK MINAH.


MEMBIMBIT BEG PAKAIANNYA). Kalau iya pun nak berhenti
sangat, tunggulah sampai cukup sebulan. Sampai aku dapat orang
gaji baru.

SITI : (MELUAT DENGAN TELATAH MINAH). Biarlah dia berhenti,


bang. Dipujuk-pujuk lagi pun nak buat apa??

68
MINAH : (MARAH DAN TERSINGGUNG). Saya tak minta dipujuk rayu lagi,
Cik Siti.

SITI : (MENYINDIR) habis kenapa kau merajuk??

MINAH : (KEPADA SITI). Orang tua macam saya ‘ni memang ‘dah tak ada
harga lagi. ‘Dah tua. Nanti hari matinya saja. Orang boleh buang,
orang boleh ambil pada bila-bila masa saja.

SITI : (MERANGSANG). Dah ‘gitu, kenapa nak berhenti? Bukannya aku


berhentikan kau.

MINAH : (SEDIH). Barang buruk macam saya ‘ni memang tak banyak orang
yang suka. Sungguh pun begitu, saya masih ada harga diri lagi.

SITI : (MENGECIL BIJI MATANYA). Kau ingat aku tak boleh buat kerja
rumah kalau kau tak ada iya??

LASAM : (MENGINGATKAN SUPAYA JANGAN LANCANG SANGAT). Siti.

SITI : (SEMAKIN MENJADI BERTAMBAH GARANG LAGI). Kalau kau


nak pergi, ha pergilah. Kau balik hari ini, 10 orang datang besok
pagi. Aku tak rugi kalau kau berhenti.

MOID : (MENAHAN MAKNYA DARI BERKATA LANCANG BEGITU).


Kenapa nak cakap macam tu dengan Mak Minah, mak?

SITI : (KEPADA MOID). Kau diam. (GARANG. BENGIS. SUARANYA


SEMAKIN DITINGGI TINGGIKAN LAGI). Aku cakap apa yang aku
suka. Kau jangan nak jadi penasihat aku. Dia ‘ni memang tak tau
cakap orang. (SAMBIL MENUNJUKKAN KEPADA MINAH YANG
BERDIRI TERCEGAT).

LASAM : (MENGINGATKAN SEKALI LAGI). Siti.

SITI : (MENGHALAKAN MARAHNYA KEPADA SUAMINYA. IA MENJADI


SEPERTI ORANG YANG SUDAH KEHILANGAN AKAL). Kalau

69
abang nak menangkan dia, gasak. Lantak. Saya tak perduli. Abang
pilih sekarang. Saya atau pun Minah lisot ‘ni?

LASAM : (MARAH JUGA DIA). Nak pilih pilih apa ‘ni?

SITI : (MENANTANG). Pilihlah. (KETIKA ITU MINAH PUN KELUAR


MENINGGALKAN RUANG ITU).

LASAM : (SEMANGAT MARAHNYA MENYALA PULA). Apa kenanya kau


‘ni, Siti. Apa kau ‘dah dirasuk hantu polong??

SITI : (DATANG RAPAT KEPADA SUAMINYA. LASAM UNDUR


bukannya dirasuk hantu polong lagi. Hantu polong ‘dah masuk
bertapa dalam darah daging saya sekarang ‘ni. Tau tak??

MOID : (MENJADI SEDIKIT KHUATIR DENGAN PERUBAHAN SIKAP


MAKNYA). Mak.

ZAITON: (KEPADA MURNI YANG TERCENGANG DAN SEDIKIT). Mari kita


balik, Murni. Tempat ‘ni dah merbahaya.

SITI : (KEPADA ZAITON YANG BARU HENDAK BEREDAR). Pergilah


kau berambus.

MOID : (MENEGUR). Mak.

SITI : (MARAHNYA MENYALA SUNGGUH). Kau ingat cantik sangat


anak kau ‘tu iya? Aku boleh cari menantu yang lebih cantik lagi dari
dia. Menantu yang tak jual mahal macam anak kau ‘tu.

MOID : (MENAHAN). Mak.

ZAITON : Cik Siti ‘ni nampaknya ‘dah mula nak cari jalan bergaduh. (IA
SUDAH MULA MENAMPAKKAN KEJENGKELAN HATINYA).

SITI : (MENGEJEK). Pigilah.

70
LASAM : Mak kau ni tiba-tiba saja ‘dah bertukar fikiran, Moid. (IA MENJADI
SEDIKIT CEMAS).

MOID : (MEMEGANG EMAKNYA SAMBIL MEMUJUK). Mak mengucap,


mak. Toksahlah menjerit-jerit. Jiran dengar malulah kita. Mengucap
mak.

SITI : (MARAH. MENEPIS TANGAN MOID YANG MEMEGANG


BAHUNYA). Mengucap kepala otak kau. Ini semua kau punya
fasal.

MOID : (MASIH TAK PUTUS HARAPAN). Okaylah. Saya punya fasal, saya
terimalah ‘mak.

SITI : (SEMAKIN GALAK BENAR KELAKUANNYA). Kau dah ceraikan


dia, kenapa cakap fasal kasih sayang lagi? Apa kau ni bukan orang
jantan? Jantan tak ada tulang belakang.

MOID : (PUN JADI MARAH SAMA). Kerana saya masih sayangkan dia.

SITI : (MENJERIT). Semalam kau kata kau benci?

MOID : (MENJERIT). Sekarang saya ‘dah tau ceritanya.

SITI : (MARANYA MENYALA SUNGGUH). Kau sememangnya jantan


taka da back bone. Bini kau marah kau pandai pujuk. ‘Nak bercerai
konon. Sekarang bila bini kau ‘tu kata dia masih sayangkan kau,
hati kau lembik macam susu cair. Tak sedar meleleh. Tak guna kau
jadi jantan macam ‘ni. Jantan kau tu macam jantan pondan. Tak
berani ngadap dugaan. Tak berani berpegang kepada keputusan
sendiri.

MOID : (CUBA BERLEMBUT). Itu saya faham. ‘Mak katalah apa yang mak
suka.

71
SITI : (MARAH MENYINDIR). Oh baru sekarang kau sedar. Bila kau dah
faham kau suruh orang lain berperang ‘kan??

LASAM : (MERASA KURANG SABAR). Hai orang tua ‘ni bukan main
menjadi pulak merepeknya.

SITI : (MENANTANG SUAMINYA PULA DENGAN SUARA TINGGI). Oh


saya orang tua. Baru sekarang awak nampak saya tua. Awak ingat
muka awak ‘tu masih muda belia lagi??

LASAM: (MARAH). Wah ‘ni dah melampau ‘ni.

SITI : (MENANTANG). Melampau apa?

ZAITON : (YANG DARI TADI CUMA MEMERHATIKAN SAJA KINI MENARIK


ANAKNYA). Mari kita balik, Murni?

MURNI : (MERAYU). ‘Bang. Macam mana kita ‘ni, ‘bang??

SITI : (MENGHAMUN KUAT). Pergilah kau balik.

LASAM : (MARAH SEMULA KEPADA ISTERINYA). Hai, semakin kencang


pulak penyakit kau ‘ni iya, Siti? Dibiarkan bukan main lagi. Kau tau
tak dengan siapa kau bercakap ‘ni??

SITI : (TAK PEDULI). Abang ‘tu diam.

LASAM : (MARAH BALIK). Kalau begini caranya kau bercakap aku tak boleh
diam.

SITI : (MARAHNYA NAIK SEMULA). Ha, bercakaplah. Jangan berhenti-


henti.

LASAM : (DIGRI MARAHNYA NAIK LAGI). Memang aku bercakap sekarang


ni.

72
SITI : (MARAHNYA SEMAKIN NYARING). Kalau abang dan berkenan
sangat dengan Minah tu, ha, terimalah dia. Tapi saya akan keluar
dari rumah ‘ni.

LASAM : (HAIRAN). Hai, siapa pulak yang nak kan Minah ‘tu??

SITI : (MAKI SERANAHNYA SEKARANG SUDAH TIDAK DAPAT


DIKAWAL LAGI. IA MENJADI SEORANG YANG SUDAH
KEHILANGAN AKAL BETUL). Kau Moid, kalau dah gatal sangat
nak pelok bini kau ‘tu, ha pergi bawak dia balik. Kepit dia sampai
tak bernafas.

MOID : (CUBA BERTENANG JUGA). Kenapa mak cakap macam tu??

SITI : (MARAH). Aku suka aku cakap. Apa kau peduli.

LASAM : (CUBA MEMUJUK). Hei Siti, aku rasa elok kau mengucap. Karang
runtuh langit ni.

SITI : (MENJERIT LANGSING). Biar dia runtuh. Saya tak peduli. Hai, Cik
Eton. Kalau awak nak saman $100,000/= pun pergilah saman.
Suruh laki awak tu saman.

ZAITON : (MENJERIT PULA). Memang saya nak saman. Tak usahlah awak
mengajar saya.

MURNI : (CUBA MENYABARKAN EMAKNYA). Sudahlah tu mak.

SITI : (MEMAKI). Memang awak tiu dah kemaruk duit.

LASAM : (MENJERIT). Hoi, sudahlah tu.

SITI : (MENJERIT LAGI KUAT). Sikit sikit nak duit. Awak dah
bertuhankan duit. Dah awak hadapkan duit duit ringgit tu di depan
mata awak. Mata awak dah rabun memandang perkara lain.
Samanlah.

73
LASAM : (MENJERIT LAGI). Kan aku kata sudah ‘tu sudahlah.

SITI : (MENJERIT KEPADA SUAMINYA). Abang diam.

ZAITON : (MARAH PULA DIA). Cakap awak ni memang macam jadam.

SITI : (MENJERIT). Biar padan dengan muka awak ‘tu.

ZAITON : (MENYINGSING LENGAN BAJUNYA). Awak ni dah melampau.


Karang saya lesing awak baru tahu.

MURNI : (MENARIK LENGAN EMAKNYA). Kenapa ni mak? (ZAITON


SUDAH TIDAK DAPAT DIKAWAL JUGA). Sudahlah tu mak.

SITI : (BERCAKAP SENDIRI). Aku dah muak dengan dengan telatah


hidup manusia pura-pura. (KEPADA MOID). Ha, pergi berambus
dengan bini kau tu. (KEPADA LASAM). Kalau abang nak terima
Minah, ambillah dia. (KEPADA ZAITON). Awak kalau dah laparkan
duit ha ambil barang-barang emas saya tu. (KEPADA MURNI).
Kalau kau dah laparkan laki, ha, peluklah dia 24jam. Jangan
lepaskan lagi.

MURNI : (MENDENGAR KATA ITU IA MENANGIS). Mak. (SERUNYA


DALAM ESAKAN).

MOID : Mak.

LASAM : (PANAS HATI). Mak kau ni betul-betul dah dirasuk hantu


jembalang.

SITI : (TINGGI SUNGGUH SUARANYA). Memang saya dah kena rasuk


hantu bajang. Aku benci. Aku benci semuanya.

MURNI : (MENANGIS). Mak.

74
SITI : (MEMANDANG MURNI LALU DIBENTAKNYA DENGAN KASAR).
Sejak bila aku jadi mak kau? Sejak bila?

MOID : (MENJADI SERBA SALAH SUNGGUH DIA). Ya Allah. Apalah


kenanya mak ni??

MURNI : (DALAM TANGISNYA YANG SUNGGUH SAYU). Mak adalah mak


mertua saya.

ZAITON : (TENGKING). Dia bukanya mak mertua kau. Dia dah gila.

SITI : (MENJERIT). Memang aku bukannya mak mertua dia. Kau pun
bukannya menantu aku lagi. Berambus.

MOID : (MENJADI SERBA SALAH. MENGADU KEPADA AYAHNYA).


Ayah, kenapa mak ni ayah? Jampi jampilah sikit, biar pulih
semangatnya.

LASAM : (MENENGKING MOID). Ini semuanya kau punya fasal.

MOID : (BINGUNG SENDIRI). Fasal saya? Memang saya punya fasal.


Tapi ayah yang memberi petuanya tadi.

LASAM : (MENANTANG). Kau mencabar aku iya, Moid??

MOID : (TEGAS). Tidak.

LASAM : (BENGKENG SUARANYA). Habis kau kata petua aku????

MOID : (BERANI). Kan ayah yang cakap fasal talak dah jatuh. Tak kan
ayah tak ingat???

LASAM : (MEMBULATKAN MATANYA). Memang aku ingat. Aku belum


mamai macam mak kau ni.

75
SITI : (MENJERITKAN SUAMINYA). Memang petua awak tu
membingungkan orang.

ZAITON : (MENARIK MURNI). Mari kita balik, Murni.

MURNI : Mak…… (MEMANGGIL SITI).

MOID : (TENGKING EMAKNYA). Mak buat malu saya.

SITI : (TENGKING BALIK). Oh aku bagi malu kau iya? Anak kurang ajar.
Berani kau mengajar orang tua iya? (DILEMPANGNYA MUKA
MOID).

MOID : (DALAM MENAHAN KESAKITAN). Mak tak patut cakap macam tu.
Kenapa cakap berbasa-basa orang begini. Mak dah hilang
perasaan. Mak tak tau hati saya.

MURNI : (KEPADA MOID. IA MERAYU). Bang. Jangan cakap begitu pada


mak, bang.

ZAITON: (BENTAK). Memang dia dah senget.

MURNI : Mak. (KEPADA EMAKNYA SENDIRI. KEMUDIAN KEPADA


MOID). Mak tak sedar apa yang di cakapkannya.

ZAITON : (MENYINDIR). Dia dah gila macam mana nak sedar.

MURNI : (MENOLEH KEPADA ZAITON). Mak.

SITI : (MENYALA MATANYA). Memang aku dah gila.

LASAM : (MEMUJUK). Mengucap Siti.

SITI : (MARAH). Abang diam. (IA BERLEGAR-LEGAR). Kau orang saja


yang siuman agaknya. Orang siuman yang sanggup menjual
mahal. Orang siuman yang taka da malu menyebut cerai. Orang
siuman yang gilakan duit.

76
ZAITON : (MENYINGSING LENGAN BAJUNYA. MUJUR MURNI
MENAHANNYA). Awak dah melampau.

MURNI : (MENYABARKAN). Sudahlah tu, mak.

ZAITON : (NAIK ANGIN JUGA DIA). Dibiarkan buakn main lagi menjadi jadi.
Saya tak gilakan duit. Duit yang saya tuntut tu cuma nak mengajar
awak saja.

SITI : (MENANTANG. BULAT BIJI MATANYA). Mengajar apa??

ZAITON : (MENJERIT). Mengajar awak biar sedar sikit.

SITI : (SEMAKIN MEMBESARKAN MATANYA). Sedar apa??

ZAITON : (MENGECILKAN BIJI MATANYA PULA). Sedar tentang hati dan


perasaan orang lain.

LASAM: (CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK BERTENANG). Sudahlah


tu.

ZAITON: (KEPADA LASAM). Awak diam, Cik Lasam. Ini semua sebab
anak jantan awak sial tu.

MURNI: (TERPERANJAT DAN TERJERIT). Kenapa mak cakap macam tu?

ZAITON: (MARAHNYA MENYALA SEMULA). Aku cakap apa yang aku suka
cakap. Tak ada orang yang mesti menahan aku sekarang. Dunia
dah sampai nak berlaga dengan matahari.

MOID: (KEPADA ZAITON). Kenapa mak kata saya sial tadi, mak.

ZAITON: (MELEPASKAN GERAM). Memang kau tu jantan sial.

MOID: (MENYINGA PULA KEPADA ZAITON). Mak ni dah melampau


sangat. Mak jangan nak naikkan darah saya.

ZAITON: (MENJERIT). Biarkan dia terpancut. Aku apa peduli.

77
MURNI: (CUBA MENYABARKAN JUGA). Sudahlah tu mak. (KEPADA
MOID). Kenapa abang layan mak, bang?

ZAITON: (BELUM PUAS). Memang kau tu jantan tak ada otak. Jantan tak
guna. Jantan tak ada tulang belakang. Jantan sotong.

MURNI: (MENGINGATKAN MOID). Jangan dilayan mak tu, bang.

MOID: (MEMARAHI MURNI PULA). Kau tak dengar dia memaki maki aku,
Murni? Sampai aku dituduhnya menjadi jantan sotong. Kau suruh
aku diam? Jadi jantan tak ada tulang belakang. Jadi jantan sotong.

MURNI: (KEPADA EMAKNYA SENDIRI). Mak, sudahlah tu, mak. Nanti kita
rundingkan saja sudahlah.

LASAM: (MENYABARKAN LAGI). Sudah. Cukuplah tu. Karang jadi perang


besar sudahnya nanti.

ZAITON: (TEKAD). Perang peranglah. Saya dah sedia. Saya tak takut mati.

SITI: (MENYENGEH). O awak ingat saya takutkan awak iya? 10 macam


awak ni belum lemah masel saya ni.

LASAM: (MELAONG MACAM TARZAN). Oi. Sudahlah tu. Tadi elok dah
reda. Ini kau orang start balek.

SITI: (MENGADU). Hati saya dah tersiat, bang. Perasaan saya dah tak
tenteram lagi. Hati saya ni dah dipukul ribut besar.

MURNI: (CUBA MEMUJUK SITI). Sudahlah tu, mak.

ZAITON: (MEMARAHI ANAKNYA). Kau elok diam saja, Murni. Biarkan dia
ceraikan kau. Kau tak rugi. Banyak jantan-jantan lain dalam dunia
ni lagi. Lebih tampan, lebih segak dari dia. Dunia ni lebar Murni.

78
MOID: (KEPADA MURNI). Abang fikir begini, Murni. Pergilah balek dulu.
Perkara ni nampaknya dah tak dapat dikawal lagi. Kalau dibiarkan
buruk padahnya nanti.

MURNI: (MERASA TERSINGGUNG). Kenapa abang menghalau saya:

MOID: (MENERANGKAN). Abang tak menghalau kau. Abang mintak kita


semua bertenang. Kalau kita bertentang muka begini apa akhirnya.
Itulah sebabnya abang mintak Murni balek dulu.

MURNI: (MASIH TERSINGGUNG). Ini menghalau hormat namanya. Abang


memang nak menghalau saya.

MOID: (MENEGASKAN SUASANA). Kau tak tengok apa dah jadi?


Semuanya dah jadi lintang pukang.

MURNI: (MENENTANG). Ini semua memang salah abang jugak. Abang


yang memulakan semua perkara ini.

MOID: (CEGIL). Kenapa kau tuduh aku Murni.

MURNI: (CEGIL JUGA). Abang tak ingat? Abang yang menceraikan saya
tadi.

MOID: (BENCI). Habis kau anak apa sekarang ni?

MURNI: (BENCI). Suka hati abang.

MOID: Memang kau yang menjadi puncanya. Jual mahal. Kalau aku tau
kau nak buat aku macam ni, mampos pun aku tak kan kahwin
dengan kau.

MURNI: (MENENTANG). Wah, nampaknya abang dah menyinggung


perasaan saya.

MOID: (BUAT SADEN). Apa aku peduli.

79
LASAM: (BARU SEDAR). Wah, perkara ni nampaknya dah semakin tenat.
Lebih dari nazak. Tunggu masa nak meletup.

MURNI: (CUBA BERLEMBUT). Sampai hati abang cakap macamtu pada


Murni.

MOID: Kau yang mula berkasar, aku ikutlah. Revenge is very sweet,
Murni.

ZAITON: (KEPADA MURNI). Aku dah kata dia memang jantan tak guna.
Menyesal aku kahwinkan dia dengan kau. Kalau aku tau nak jadi
begini, mampos aku tak sudi. Mari kita balek. (IA MENGAJAK
MURNI PULANG).

SITI: (MENGHALAU DENGAN KASAR). Pergilah berambus.

LASAM: (MENENGKING). SITI.

SITI: (MENYERGAH). Abang diamlah.

ZAITON: (MENUDINGKAN TELUNJUKNYA). Awak jaga sikit, Cik Siti. Saya


saman awak. Kali ini saya gandakan saman saya tu menjadi
RM20,000. (KETIKA ITU KEDENGARAN INJIN KERETA
BERHENTI DIHADAPAN RUMAH ITU).

SITI: (MERANGSANG KEDEPAN). Kenapa tak saman saja RM200,000?


RM20,000 tu sikit sangat. Tak jadi kudis sikit pun pada saya ni.
Saham saya ada lipat ganda lagi dari itu. (KETIKA ITU MUNCUL
INCIK MURTAD DENGAN LOYAR ARIFAH. MEREKA
BERPANDANGAN). Ha, itu laki awak dah sampai, suruhlah dia
saman banyak-banyak.

80
MURTAD: (KEPADA ISTERINYA). Ha, aku dah bawak loyar aku. Apa apa
yang awak nak tanya, jangan tanya saya lagi. Tanya dengan loyar
saya. Saya dah serahkan kes saya ni pada dia.

LASAM: (TERPANDANGKAN ARIFAH). O Cik Arifah. Apa datang ni nak


menjalankan saman iya??

ARIFAH: (LEMBUT). Cik Lasam. Saya datang ni nak cuba mendamaikan


saja. Bukannya nak bercakap pasal saman.

MURTAD: (RADANG SEDIKIT). Hai, saya bawak Cik Arifah ke mari ni pasal
saya nak suruh lawankan kes saya ni. Saya tak mau jalan damai.

ZAITON: Iya. Kalau nak berdamai, tak payahlah laki saya ni menjemput
awak ke mari.

ARIFAH: Saya fikir perkara ni tak baik dibawak ke tengah.

MURTAD: Tak baik pada dia. Baik pada saya. Itulah sebabnya saya bayar
awak.

ZAITON: Kalau dia tak mahu lawankan kes kita, kita cari loyar lain, bang.

ARIFAH: (BEGINI). Begini. Cik Lasam sahabat saya. Cik Murtad pun kawan
saya jugak.

MURTAD: Habis tu tak boleh lawan.

ARIFAH: Bukanlah begitu. Tapi saya rasa kalau kita rundingkan dulu banyak
faedahnya.

SITI: Kalau betul-betul dia nak saman saya tak takut. Saya boleh bayar
kalau benar dia orang mintak sampai RM20,000.

ARIFAH: (HAIRAN SEDIKIT). Siapa cakap sampai RM20,000?

LASAM: Cik Zaiton dah tambah sebanyak RM10,000 lagi.

81
ZAITON: Memang saya tambah. Dia maki-maki saya.

MURTAD: (MINTAK KEPASTIAN). Dia maki-maki kau?

ZAITON: Maki abang.

MURTAD: (TERPERANJAT). Maki aku.

ZAITON: Memaki si Murni.

MURTAD: Begitu?

ZAITON: Iyalah.

MURTAD: (KEPADA LOYAR ARIFAH). Naikkan RM10,000 lagi, Cik Arifah.

ARIFAH: Kan saya dah katakana tadi, Cik Murtad. Saya ni ke mari bukannya
nak bercakap pasal saman menyaman.

MURTAD: Habis awak ingat saya bawak ke mari untuk makan angin.

ARIFAH: (MARAH). Jangan cakap begitu, Cik Murtad. Tak baik. Nanti tak
jadi menyaman Cik Lasam, saya saman pulak Cik Murtad.

MURTAD: O awak nak menyaman saya?

ARIFAH: Bukan begitu. Kita rundingkan dulu. Biar saya jadi orang
tengahnya. Penasihat pun tak apa.

MURTAD: Saya bawak Cik Arifah kemari bukannya nak suruh jadi penasihat.

ARIFAH: Saya tau.

LASAM: Hai, kalau iya benar dia nak menyaman, samanlah Cik Arifah.

MURTAD: Ha, samanlah bagi pihak saya. Macam yang awak selalu buat tu.

ARIFAH: (MENYABARKAN). Nanti. Nanti.

SITI: Ha, apa lagi Cik Arifah. Samanlah.

82
MOID: Samanlah. Biar saya yang bayar.

SITI: Ha, samanlah Cik Arifah. Anak saya dah sanggup membayarnya.

ARIFAH: Hai, jadi serba salah saya di buatnya.

LASAM: Kalau dah begitu kuat hajat Cik Murtad, ha samanlah kami. Kami
sedih naik mahkamah. Tak apa. Ini satu paksaan pada kami dan
kami terima cabaran ini.

ARIFAH: (BERTENANG. DAN CUKUP SABAR). Sekarang begini sajalah.


Cuba terangkan apa puncanya yang sebenarnya.

MURTAD: Awak nak saman dia?

ARIFAH: Itu soal kedua. Soalnya puncanya. Terangkan dulu.

MOID: (MERADANG). Ah, macam ni memang leceh. Dengar. Soal ini


sebenarnya soal peribadi.

ARIFAH: Kemudian?

MOID: Saya rasa memanjangkan perkara ni pun memang kurang baik.


Saya dah merumuskan. Dengar baik-baik. Saya Moid bin Lasam,
anak lelaki Cik Siti dengan ini mengistiharkan dengan rasminya,
iaitu mulai dari saat dan detik ini, saya dengan hati dan perasaan
yang amat berat sekali, mengumumkan menceraikan isteri saya
Murni binti Murtad, anak perempuan Cik Zaiton, dengan talak tiga
sekali.

RAMAI-RAMAI: Talak tiga???

LASAM: (BUNTANG BIJI MATANYA). Ini berat. Kau elok tarik balik Moid.
Tarik balik.

83
MOID: (NEKAD). Tidak. Saya bagi tiga sekali. Satu sikit sangat. Saya dah
bosan.

MURNI: Bang…….. (IA MENANGIS)

ZAITON: (MENANGIS DAN MEMELUK ANAKNYA). Anakku. Janda betul


jugak sudahnya kau, nak.

MOID: (MENENTANG). Seperti yang pernah saya katakan pada kedua


orang tua saya, perkahwinan saya dengan Murni pada peringkat
awalnya lagi dah mulai retak. Saya cuba menyelamatkan
perkahwinan saya. Tapi gagal. Hari ni biar saya lukakan hati
semuanya. Termasuk hati saya sendiri. (IA CABUT KELUAR
RUMAH. MURNI SEMAKIN KENCANG TANGISNYA).

MURNI: (MENJERIT SUNGGUH NYARING SEKALI). Bangggggg…..

MURTAD: Apa lagi Cik Arifah??

ARIFAH: Kes ini sungguh luar biasa. Saya jadi loyar ni bukan lah semata
mata nak mengharapkan percentage saja. Kadang-kadang saya
terpaksa menentang keputusan saya sendiri. Dalam hal ini tidak
ada kecualinya. Saya tak dapat terima kes seperti ini. Ini kes
sentimental namanya.

MURTAD: (MARAH). Then you are a lousy lawyer.

ARIFAH: (RADANG JUGA). My privilege, Cik Murtad. To me you are one of


the lousy clients I ever came accrosed. Sorry to say that, Cik
Murtad. Tapi didasarkan pada perikemanusiaan dan persahabatan,
saya tak dapat membawa kes ini kemahkamah. (IA PUN KELUAR).

ZAITON: Cari loyar lain, bang.

84
MURTAD: Memang aku nak cari loyar lain.

SITI: Carilah. Saya apa peduli.

MURNI: (SEDIH DAN SAYU). Sekarang saya dah jadi janda. Baru
seminggu dulu saya anak dara yang bebas. Saya riang. Saya
masih sexy. Anak dara yang suci. Tapi hari ini tanpa sebab-sebab
yang terang, saya menerima hukuman yang paling berat dalam
hidup saya yang muda ini.

ZAITON: (KEPADA SUAMINYA). Bang, tengoklah anak kita. Apa nak jadi.

MURTAD: Sudahlah tu, Murni.

ZAITON: Boleh jadi abang cakap begitu saja??

MURTAD: (TENGKING). Habis apa yang aku nak buat?

ZAITON: Samanlah dia.

MURTAD: Kalau iya pun tak boleh kita balik ke rumah dulu?

MURNI: (TERSEDU). Saya dipaksa memikul talak tiga sekaligus. Alangkah


malangnya kaum perempuan, ayah. Hanya kerana ingin
menyatakan sedikit dari kemarah hati yang disebabkan anasir lain,
lalu hukum dengan satu hukuman yang tidak pernah ada
hakimnya.

MURTAD: (MEMUJUK). Jangan diikutkan hati kau tu Murni. Marilah kita balik.

MURNI: (SEMAKIN MENJADI SEDIH). Hati anak ini sudah terasa retak dan
belah, ayah. Pengalaman hidup yang murni dan suci kini membawa
awan hitam yang tergantung di atas ubun ubun ini, ayah.
Hukuman ini tidak adil. Cerai di tangan lelaki. Tali gantung di leher
perempuan.

85
ZAITON: Sudahlah tu, nak. Kau tangiskan sekali pun, talak tiga tak boleh
susut menjadi satu.

MURNI: (SEMAKIN MENJADI PERASAANNYA). Ayah. Emak. Betapa


pedih ayah tumpahkan simpati dengan tanggungan ini, ianya
semakin memberatkan lagi suasana. Ayah, emak. Perasaan saya
terasa melayang diantara bumi dan awan-awan…….kemana saya
akan pergi selepas ini, ayah? Kemana? Ada gunung besar yang
datang sekarang. Ada udara panas bertiup. Lihat. Langit mulai
turun ingin bercantum dengan bumi ayah…apakah itu tandanya
kematian…. Tolong ayah…. Tolong mak…. (IA JATUH
PENGSAN).

ZAITON: (DATANG MENERPA ANAKNYA. IA TERJERIT JUGA


MEMANGGIL NAMA KESAYANGAN HATINYA). Murni……

MURTAD: Rasa nadinya.

ZAITON: (MERASA NADI). Ada.

MURTAD: Pengsan.

LASAM: Simpati saya.

SITI: Saya tak terfikir akan begini jadinya.

MURTAD: Tapi kalau dia sedar semula, tentu perasaanya akan berlainan. Ia
akan sentiasa memandang langit datang ingin menghimpit dirinya.
Dia akan terasa udara panas terus bertiup. Melihat gunung akan
runtuh. Ini sesungguhnya kerja gila. Tanda kemusnahan satu saraf
fikirannya. Kau orang sudah membunuh bibit yang baru
berkembang. Kau orang telah merosakkan fikiran seorang anak
gadis yang meminta kesian.

LASAM: Takdir dah menentukan, Cik Murtad. Asalnya ia Cuma satu


gurauan saja. Igauan sekarang dah menjadi satu kenyataan pahit

86
yang dipaksakan. Bukan salah sesiapa. Cuma kita manusia yang
lemah berfikir dan kurang berfikir. Melihat keadaan dengan sebelah
mata tertutup. Sekarang tengoklah. Hati yang kita sangkakan keras
dan tahan di uji, sekarang karam tiada ubatnya.

MURTAD: Hari ini aku dapat satu pelajaran. Aku sekarang ini disuruh
membalas dendam. Hati aku dah hilang rasa sabar, rasa indah dan
melihat sesuatu dengan warna hijau. Tengok. Satu keindahan
perasaan dari seorang gadis telah remuk oleh satu gurauan. Hati
aku tentu tak akan tahan menerima paksaan ini.

LASAM: Kalau dah begitu cakap Cik Murtad, saya tak ada jalan lain. Saya
rela pada pembalasan walaupun saya tahu itu bukannya terbit dari
kemahuan saya. Tinggi-tinggi si matahari, tinggi lagi kemahuan
hati……….

KADHI: (KETUK PINTU DARI LUAR. KEMUDIAN MASUK). Aku kemari.

……………………………………………………………………………………………………...

(KETIKA ITU LAYAR DITUTUP).

TAMAT!

87

Anda mungkin juga menyukai