Anda di halaman 1dari 1

Kata Tanya

11.1 Jenis kata tanya

Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat.

Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.

Jenis kata tanya Fungsi kata tanya

Siapa Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia

Apa Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti

Mana Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat

Bila Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa

Berapa Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga

Mengapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci

Kenapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku

Bagaimana Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu

11.2 Struktur kata tanya

Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu ayat tanya dengan mengunakan kata tanya yang berakhir dengan 'kah' dan ayat tanya tanpa kata
tanya.
Dibawah adalah contoh ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.

Ayat tanya dengan kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya

Siapakah lelaki itu ? Meja itu rosak?

Berapakah jumlah pelajar yang menyertai pertandingan itu ? Awak sudah makan ?

Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah ? Cikgu itu guru kelas kamu?

Di manakah Ali tinggal ? Bila awak hendak membeli buku itu?

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

Anda mungkin juga menyukai