Anda di halaman 1dari 1

SURAT AKU JANJI

MAJLIS PELAJAR TINGKATAN ENAM


KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

Saya………………..………………………………………………………………………………………………

No. Kad Pengenalan…………………………………………………… Kelas :……………………………….


dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah
digariskan oleh pihak kolej, serta akur terhadap sebarang arahan atau perubahan yang dikeluarkan
oleh pihak kolej dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai wakil Majlis
Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam Puchong. Maka dengan ini, saya berjanji taat setia
sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak kolej bahawa saya:

i) akan sentiasa taat kepada Tuhan, Ibu Bapa dan Pensyarah-pensyarah Kolej Tingkatan
Enam Puchong.
ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab
iii) akan bertanggungjawab melaksanakan tugas mengikut prosedur kerja yang telah
digariskan kepada saya sebagai wakil Majlis Pelajar Tingkatan Enam dengan bersungguh-
sungguh.
iv) akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik (PNG setiap
semester melebihi 2.0 dan tiada F bagi setiap matapelajaran)
v) akan sentiasa mempertingkatkan budi pekerti yang mulia.
vi) akan sentiasa mempamerkan sahsiah terpuji agar menjadi ikutan kepada pelajar lain.
vii) akan memberi sokongan penuh terhadap sebarang aktiviti / program anjuran Kolej dengan
memastikan penglibatan diri saya dalam setiap aktiviti/program tersebut.
viii) Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai wakil Majlis Pelajar Tingkatan Enam
bagi faedah saya sendiri.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib dan dilucutkan jawatan sebagai wakil Majlis Pelajar Tingkatan
Enam, Kolej Tingkatan Enam Puchong.

…………………………………………. ……………………………………………….
(Tandatangan Pelajar) (Jawatan Yang Disandang dalam MPTE)

Di hadapan,

………………………………………….
(NOOR EZANA BINTI AWANG)
………………………… Pengetua ………………………………
(Tarikh) Kolej Tingkatan Enam Puchong (Cop Rasmi Jabatan)

Anda mungkin juga menyukai