Anda di halaman 1dari 3

SOALAN KUIZ MAAL HIJRAH

Pra Sekolah

1. Apakah nama Program kita pada hari ini?

- Program Maal Hijrah 14__ tahun 20__.

2. Siapakah nama Nabi kita?

-Nabi Muhammad SAW.

3. Nabi dan Rasul ada berapa orang?

-25 orang.

Tahun 1

1. Peristiwa Hijrah berlaku pada berapa muharram?

- Satu Muharram

2. Nabi Muhammad SAW telah berhijrah pada waktu apa?

- Pada waktu malam.

3. Nabi Muhammad telah berhijrah dari mana ke mana?

-Dari kota Mekah ke kota Madinah.

Tahun 2

1. Sila nyanyikan nasyid lagu bulan-bulan Islam.

- Muharram safar dan seterusnya.

2. Namakan sahabat nabi ikut bersama dalam hijrah tersebut.

- Saidina Abu Bakar.

3. Ketika berhijrah, Nabi Muhammad Saw telah bersembunyi di sebuah tempat.


Namakan tempat tersebut.

- Gua Tsur.
https://t.me/alatdidikpremium
Tahun 3

1. Sebelum Nabi berhijrah, beliau telah meminta seorang sahabat untuk


menggantikan tempat tidur Nabi. Namakan sahabat nabi tersebut.

-Saidina Ali.

2. Nabi Muhammad SAW bersama Saidian Abu Bakar telah bersembunyi di


dalam Gua Tsur selama berapa hari?

- 3 Hari.

3. Sila nyanyikan lagu nasyid 25 rasul.

-Adam Idris Nuh Hud Soleh dan seterusnya.

Tahun 4

1. Orang kafir telah menawarkan hadiah apa kepada orang yang berjaya
menangkap Nabi Muhammad SAW?

- Hadiah 100 ekor unta.

2. Apakah maksud hijrah?

-berpindah dari satu tempat ke tempat lain yang lebih baik.

3. Dalam bulan Islam, bulan Muharram adalah bulan yang ke berapa?

- Bulan yang pertama.

Tahun 5

1. Berikan nama asal bagi Madinah.

-Yathrib.

2. Tahun ini adalah tahun 20__ Masihi. Nyatakan pula tahun ini dalam tahun
Islam.

-14___ Hijrah.

3. Kaum apakah yang telah disatukan oleh Nabi Muhammad SAW setelah tiba
di Kota Madinah?

https://t.me/alatdidikpremium
-Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar.

Tahun 6

1. Dalam perjalanan hijrah nabi ke Madinah, nabi telah singgah di suatu tempat
dan membina Masjid yang pertama di dalam Islam. Namakan Masjid tersebut.

- Masjid Quba’

2. Berapa harikah nabi berhijrah dari Gua Tsur hingga sampai ke Kota Yathrib
@ Madinah?

- 12 hari.

3. Berikan satu pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah Hijrah Nabi
Muhammad SAW.

- Apa-apa pengajaran yang sesuai.

https://t.me/alatdidikpremium

Anda mungkin juga menyukai