Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN DAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA


NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS DEB4043_SYSTEM INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

KOMPETENSI K6 - TROUBLESHOOT HARDWARE SYSTEM

6.1 Identify problem and faults

6.2 Analyse the problem and faults

6.3 Determine causes


KOMPETENSI UNIT
6.4 Perform corrective action

6.5 Analyse monitor result

6.6 Conclude document report

Trainee must be able to:

1. Demonstrate the installation and troubleshooting of system


based on specific requirement or problem. (C3,PLO3)

KOMPETENSI 2. Conduct the installation and troubleshooting of system


PEMBELAJARAN
according to standard operating procedures. (P4,PLO2).

3. Prepare pre-installation check requirement according to


standard operating procedures. (A4,PLO8)

DEB 4043/K06/NK06-08 MUKA : 01 DARIPADA 21


NO KOD

NAMA PELAJAR

1
6.0 MENGESAN KEROSAKAN PERKAKASAN / TROUBLESHOOT HARDWARE
SYSTEM

Pengenalan PC (Personal Computer)

Komputer Peribadi adalah lebih dikenali sebagai hasil perkembangan


komputer konsep yang diperkenalkan IBM. PC ini sesuai untuk kegunaan
orang awam bagi memudahkan tugas seharian. Terdapat 2 komponen PC
iaitu Hardware dan Software.

 Hardware
- Perkakasan
 Software
- Program / perisian
- 2 jenis utama
 OS – Operating System / Sistem Pengoperasian
 Application / Aplikasi

Hardware

PC perlu hardware / perkakasan ini untuk berfungsi

2
Gambar-gambar Hardware PC

3
TEKNIK PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

Pengenalan

Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang


lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebut dipastikan berada
dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula,
langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang
dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar
dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku.

4
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG DILAKUKAN

Semua orang perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan


dalam setiap kerja teknikal yang dilakukan. Langkah-langkah keselamatan perlu
diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan
elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.
Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

1. Memakai gelang pembumi sebagai alat anti-statik untuk menyahcaskan


elektrostatik yang ada pada tangan yang berfungsi bagi mengelakkan
sebarang kerosakan pada komponen elektronik yang digunakan.

2. Pena ujian (test pen) digunakan sekiranya perlu untuk menguji alat-alat
elektrik setelah dipasang.

3. Kad-kad litar diawasi dari kerosakan elektrostatik (static electricity).

5
SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Sebelum pemasangan dilakukan, peralatan yang mencukupi dan lengkap


perlu disediakan. Peralatan yang digunakan dalam pemasangan perkakasan
komputer antaranya, ialah :

i. Screw dan screw driver


 Alat ini digunakan memasang papan litar utama, pemacu
cakera CD-ROM, pemacu cakera liut, dan cakera keras (hard
disk) pada kotak komputer ( casing ).

ii. Sponge
 Alat ini digunakan untuk meletakkan papan litar utama semasa
pemasangan komponen (Heat sink, Processor, dan Ram)
padanya.

6
iii. Gelung Wayar
 Alat ini digunakan untuk mengemaskan wayar-wayar yang
terdapat di dalam kotak komputer ( casing ).
 Digunakan dengan memasukkan wayar di dalamnya dengan
cara meliltkannya sahaja pada wayar-wayar yang perlu
dikemaskan.

PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

Pemasangan perkakasan komputer dilakukan dengan tertib agar proses kerja


berjalan dengan baik dan sempurna. Berikut merupakan proses kerja yang dilakukan
dalam pemasangan perkakasan komputer :

a) Semua peralatan dan perkakasan disediakan.


b) Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-statik.

c) Penutup kotak komputer (casing) dibuka dan semua skru yang


terdapat di dalamnya dikeluarkan.

7
d) Wayar yang terdapat di dalam kotak komputer (casing) tersebut
dikemaskan dengan melilitkan gelung wayar padanya.

e) Penutup soket 7 dibuka dan prosesser dimasukkan.

f) Papan litar utama ( motherboard ) diletakkan di atas sponge dan


heat sink serta cooler dipasangkan di atas prosesser tersebut.

Heat Sink dan Cooler Motherboard

8
g) RAM dipasangkan pada slot DDR-DRAM dengan cara menekan
sahaja RAM tersebut pada slot sehingga holder RAM benar-benar
menyokong RAM tersebut. Wayar heat sink diikat dengan kemas
mengikut standard ISO agar kipas pada cooler tidak terkena pada
wayar tesebut semasa ia berfungsi.

h) Petak alas pada bahagian belakang dibuka dan digantikan dengan


penutup panel belakang yang dikhaskan.

Petak alas dibuka Penutup panel belakang


khas dipasangkan

i) Papan litar utama (motherboard) dimasukkan ke dalam kotak


komputer (casing) dan kedudukan port COM 1 dipastikan berada pada
tempat yang betul. Motherboard diskrukan pada casing.

Motherboard Port COM1

9
j) Kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan
LPT 1 disambungkan pada bekalan kuasa dan motherboard.
Penyambungan COM 1 dan LPT 1 adalah berdasarkan buku manual.

k) Kabel-kabel kecil yang dilabelkan sebagai komponen HDD, LED,


RESET dan POWER disambungkan ke motherboard berpandukan
buku manual.

Buku Manual Kabel disambungkan


l) Modem dipasangkan pada slot ISA dan diskrukan pada casing.

Modem dipasangkan pada slot ISA Modem diskrukan pada casing

10
m) Pemasangan pemacu CD-ROM / DVD-ROM:
a. Penutup panel depan dibuka untuk menempatkan pemacu
CD-ROM dan pemacu dipasangkan ke dalam slot.

b. Pemacu CD-ROM diskrukan dengan kemas.

c. Kabel riben 40 pin di disambungkan pada pemacu dan


kedudukan pin 1 dipastikan. Bekalan kuasa disambungkan.

n) Pemasangan pemacu cakera liut ( floppy disk ) :


a. Pemacu cakera liut dipasangkan pada slot depan komputer
dan skru dengan kemas.

11
b. Kabel riben 34 pin disambungkan pada pemacu cakera liut
tersebut serta kedudukan pin 1 dipastikan. Hujung kabel riben
sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.

c. Bekalan kuasa disambungkan.

o) Pemasangan pemacu cakera keras ( hard disk ) :


a. Hard disk dimasukkan ke dalam casing dan diskrukan dengan
kemas.

12
b. Kabel riben 40 pin disambungkan dan kedudukan pada pin 1
diberikan perhatian. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah
tersedia dipasang pada slot IDE 0. Bekalan kuasa
disambungkan.

p) Cooler disambungkan ke bekalan kuasa.

q) Casing ditutup dengan penutupnya dan diskru dengan kemas.

13
r) Monitor / LCD, papan kekunci ( keyboard ), dan tetikus ( mouse)
disambungkan.

14
TEKNIK MENGESAN KEROSAKAN

Langkah-langkah mengesan kerosakan

Penggunaan langkah yang sistematik dapat menjimatkan masa sewaktu menjalankan


baik pulih komputer. Terdapat 2 masalah utama yang menyumbang kepada
kerosakan sistem :
- Perisian
- Perkakasan
Lazimnya, pengujian terhadap kefungsian akan dilakukan terlebih dahulu dan
kemudian sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan, barulah ujian dilakukan
terhadap perkakasan sistem. Antara tindakan yang boleh dilakukan sewaktu
pengesanan kerosakan ialah :
15
1. Analisa gejala / tanda-tanda kerosakan
a. Apakah kerosakan yang ditunjukkan oleh komputer semasa kerosakan
b. Apakah yang sedang dilakukan oleh komputer sebelum bermasalah
c. Apakah aturcara yang digunakan sebelum kerosakan

2. Periksa / kenalpasti punca masalah (hardware/software)


a. Periksa semua pemasangan sistem, kabel, penyambungan
(connector), ‘CMOS-SETUP’, fail autoexec.bat, fail config.sys, serta
kedudukan jumper perkakasan. Untuk itu, adalah penting bagi
menyimpan segala buku manual dan panduan bagi perkakasan sistem
tesebut.
b. Selain pemeriksaan di atas, penyenggara juga harus melakukan
pemeriksaan seperti bau terbakar, keluar asap, dan kepanasan
lampau pada komponen komputer

3. Uji / buktikan kerosakan


a. Setelah tempat kerosakan dikenalpasti, pengubahsuaian perlu
dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mulakan pengujian
seperti pengubahsuaian fial autoexec.bat, fail config.sys, pendaftar
(registry) Windows dan sebagainya sehingga berjaya.
b. Bagi pemeriksaan kesalahan penyambungan, kabel dan jumper,
pembetulan boleh dilakukan dengan berpandukan buku manual
perkakasan komputer tersebut.
c. Sekiranya terdapat kesan asap (terbakar), lakukan pengujian pada
komponen tersebut dengan menggunakan multimeter. Ini akan
menguji kefungsian komponen tersebut. Jika berlaku kepanasan
lampau pada komponen, sembur komponen dengan penyembur
penyejuk (jika ada) / biarkan ia sejuk terlebih dahulu dan lihat kembali
kefungsian sistem. Sekiranya baik, perhatikan kipas bekalan kuasa
dan komponen lain dalam sistem berpusing dengan baik dan
bersihkan sistem daripada sebarang habuk yang telah terbentuk.
Letakkan sistem di tempat yang sesuai.

4. Sediakan keperluan untuk baik pulih kerosakan


a. Setelah selesai pemeriksaan dan punca kerosakan ditemui, sediakan
kelengkapan dan tempat yang sesuai untuk baik pulih.

16
Dapatkan buku panduan ‘CMOS-SETUP’, buku panduan
pengubahsuaian fail autoexec.bat, fail config.sys, dan buku panduan
installasi aturcara yang digunakan (aturcara / program yang rosak).
Jika kerosakan tersebut berlaku pada komponen atau perkakasan
seperti pemacu cakera ataupun kad-kad pilihan, dapatkan alat ganti
yang sesuai untuknya.

5. Lakukan penggantian dan pemulihan


a. Setelah diketahui tempat yang bermasalah dan segala keperluan
untuk baik pulih disediakan, kerja-kerja baik pulih boleh dimulakan.
Masalah yang melibatkan perisian boleh dipulihkan melalui
pengubahsuaian ataupun installasi (reinstall) semula. Bagi masalah
perkakasan ataupun komponen sistem (hardware), proses
penggantian komponen rosak boleh dilakukan

Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-Alat Pengujian

Terdapat pelbagai alat pengujian yang boleh digunakan untuk menguji


operasi komponen dan keterusan arus. Berikut disenaraikan sebahagian
daripadanya:

Untuk membuat pengesanan kerosakan pada sistem komputer, pengetahuan


yang menyeluruh mengenai alat – alat pengujian dan prosedur pengujian adalah
diperlukan. Pengetahuan ini dapat mengelakkan kemalangan seperti kejutan
elektrik, kerosakan pada sistem komputer yang diuji dan kerosakan yang
mungkin akan terjadi pada alat – alat pengujian. Pengetahuan mengenai
kesesuaian alat – alat pengujian dapat menjimatkan masa dalam mengesan
kerosakan.

17
 Meter pelbagai Analog

Untuk mengukur dan menyukat voltan AC, DC, arus dan rintangan.
Menguji transistor dan kapasitor.

 Meter pelbagai Digital

Untuk mengukur dan menyukat voltan AC, DC, arus dan rintangan.
Menunjukkan bacaan secara digital pada paparan. Meter pelbagai digital
mempunyai bacaan ujiannya lebih tepat jika disbanding dengan meter
pelbagai analog

 Klip Logik

Untuk menunjukkan paras logik bagi kesemua pin – pin litar bersepadu.
Dengan itu, perubahan keluaran dan masukan dapat diperhatikan dengan
serentak

 Kuar Logik

Untuk menunjukkan paras logik pada satu titik dengan rangkaian denyut.
Berguna untuk mengesan kerosakan pada sistem berdigit. Semasa
membuat pengujian adalah penting untuk memastikan bahawa kuar
mestilah dibumikan pada bumi yang sama dengan komponen yang diuji.

 Penjana Denyut

Untuk mengeluarkan rangkaian denyutan di mana amplitud tempoh lebar


denyut dan lewat masa dapat dikawal.

 Osiloskop

Untuk menunjukkan isyarat elektronik serta perubahannya. Menunjukkan


perubahan nilai sesuatu isyarat elektronik untuk jangkamasa tertentu.
Osiloskop sangat berguna dalam kerja – kerja servis dan membaiki
komputer kerana ianya dapat menunjukkan keadaan digital tinggi dan
rendah. Untuk melihat bentuk isyarat elektronik.

18
 Bekalan Kuasa DC

Semasa menjalankan kerja – kerja servis, kadangkala anda mungkin


perlu menggunakan kuasa pada bahagian tertentu pada litar atau papan
induk dengan tidak menggunakan bekalan kuasa yang terdapat pada
komputer. Untuk tujuan ini satu bekalan kuasa arus terus adalah sangat
sesuai disediakan. Unit bekalan kuasa ini seharusnya dapat
menghasilkan arus sbanyak satu atau dua ampere pada +5 volt untuk IC
dan +12 volt untuk peralatan seperti pemacu cakera.

 Pengubah Berubah

Berguna dalam kerja – kerja membaiki monitor. Boleh mengurangkan


voltan untuk digunakan oleh monitor. Monitor beroperasi dengan
menggunakan 240 volt arus ulang alik. Dengan menggunakan pengubah
berubah dapat dengan perlahan menurunkan kepada 120 volt atau
kurang. Pada voltan 120 volt ini, litar sekatan diri pada monitor akan
membenarkan komputer beroperasi dan bolehlah membuat ujiannya.

 Alat memasang IC

Sebelum menggunakan alat ini anda terlebih dahulu meluruskan semua


pin pada IC, sebelum anda menolak atau memasang IC pada soket atau
papan litar.

 Playar Jenis Muncung Tirus

Digunakan di tempat yang sempit dalam komputer.

Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)

1. Peralatan : Monitor
Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin
Penyelesaian :
 Periksa komponen pada vertical area
 Periksa kaki transistor
 Tukar monitor lain

Masalah : Gambar / tulisan tidak jelas (skrin kabur)


Penyelesaian :
 Laras brightness di panel kawalan

19
 Laras focus botton pada “high voltage”
kapasitor
 Tukar monitor

2. Peralatan : Hard disk (HDD)


Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c;
Penyelesaian :
 Periksa boot sector / virus
 Pastikan hard disk utility telah dibuat
 Periksa cable connection
Masalah : Tidak boleh buat fdisk/files to create
Penyelesaian :
 Periksa hard disk ok/ detected ok
 Periksa DOS disket/ BIOS
 Periksa hard disk setup

3. Peralatan : Keyboard / Papan Kekunci


Masalah : Satu huruf tak berfungsi / timbul banyak
Penyelesaian :
 Cabut / bersihkan huruf tersebut
 Uji kelancaran butang huruf
 Tukar keyboard

4. Peralatan : Mouse / tetikus


Masalah : Arrow bergerak tidak lancar
Penyelesaian :
 Bersihkan roller dan bebola
 Periksa mouse configure / control
 Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi


Penyelesaian :
 Periksa mouse connection
 Tukar mouse
Langkah – Langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih

3 peringkat :

1. Sebelum membaikpulih
a. Keadaan tempat membaikpulih
i. Luas, selesa, bercahaya, suhu sesuai, lantai berpenebat,
jauh dari gegaran, peralatan tersusun, bekalan kuasa
mencukupi
b. Meja senggaraan
i. Cukup lebar, tinggi sesuai
c. Alat – alat senggaraan

20
i. Peralatan cukup, ada penstabil voltan, manual litar
skematik dan data komponen.

2. Semasa membaikpulih
a. Elakkan / kurangkan cas static
i. Gunakan ‘wrist-strap’
ii. Guna alat sesuai
b. Pemateri sesuai (15-18 Watt)
c. Penarik (extractor) untuk keluarkan cip
d. Gunakan penyedut (sucker) untuk buang timah pateri
e. Guna manual / rujukan yang betul

3. Selepas membaikpulih
a. Pastikan semua sambungan betul / kemas
b. Pastikan tiada lebihan pateri
c. Guna / pasangkan casing dengan betul untuk elak litar pintas
semasa menguji
d. Kemaskan peralatan dan meja senggaraan

21

Anda mungkin juga menyukai