Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN PERPUSTAKAAN POLIMAS

Perpustakaan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ( POLIMAS )


ditubuhkan pada tahun 1984 dan perpustakaan tersebut telah pun dirasmi oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah, Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah. Perpustakaan tersebut ditubuhkan untuk kemudahan kepada siswa
ataupun siswi POLIMAS untuk membuat rujukan tentang pembelajaran mereka
kerana di perpustakaan tersebut terdapat banyak buku ilmiah untuk dirujuk mengikut
bidang akademik yang diikuti.

Kami sebagai siswa POLIMAS membuat kajian tentang akustik pada


bangunan perpustakaan POLIMAS. Akustik merupakan cabang fizik yang mengkaji
bunyi, iaitu gelombang mekanik dalam gas, cecair dan pepejal. Akustik melibatkan
penghasilan, kawalan, penghantaran, penerimaan, serta kesan-kesan bunyi. Kajian
ini berasal daripada kajian getaran mekanik dan penyinaran getaran ini melalaui
gelombang mekanik. Aspek-aspek proses fizikal asas dalam gelombang dikaji dan
digunakan untuk pelbagai aplikasi dalam kehidupan moden.

Perpustakaan POLIMAS yang kami kaji ini berkeluasan 30m panjang, 15m
lebar dan 11m tinggi. Perpustakaan POLIMAS ini terletak di kawasan yang strategic
serta berdekatan dengan bilik kuliah dan kelas pengajian. Perpustakaan ini juga
berhampiran dengan cafe atau dipanggil nama lainnya adalah kantin untuk siswa
dan siswi makan. Bangunan perpustakaan ini mempunyai 2 tingkat dan dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan serta dapat menampung 500 pengguna pada satu
masa.

Perpustakaan ini mempunyai beberapa bilik antaranya adalah bilik komputer,


bilik bacaan, bilik belajar dan lain-lain. Perpustakaan ini dijaga oleh unit
perpustakaan diketuai oleh perpustakawan serta dibantu oleh 5 orang kakitangan
yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan
sebarang perkhidmatan perpustakaan. Perpustaakan ini dibuka setiap hari
perkuliahan iaitu hari Ahad sehingga Khamis seawall pukul 9 pagi sehingg pukul 5
petang. Akhir sekali, kami berharap mahasiswa dan mahasiswi di POLIMAS dapat
menggunakan perpustakaan POLIMAS dengan maanfaat untuk menimba atau
mencari ilmu baru tentang pelajaran yang diikuti kerana di perpustakaan ini
emmpunyai banyak buku ilmiah sebagai rujukan untuk membuat tugasan yang diberi
dan diperpustakaan juga adalah tempat untuk membincang bersama kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai