Anda di halaman 1dari 5

REVOLUSI BASIKAL

Sejarah Ringkas Basikal


Celerifere merupakan ciptaan basikal awal yang dicipta pada tahun 1790 oleh orang Perancis
Comte Mede de Sivrac. Ciri ciri Celerifere ini pada asalnya diperbuat daripada kayu dan tidak
mempunyai kemudi dan juga tiada pedal tetapi Celerifere berikut sekurang-kurangnya
kelihatan seperti basikal. Namun, basikal ini memiliki dua roda, dan tempat duduk. Seorang
penunggang akan maju ke depan dengan menggunakan kaki mereka untuk push-off berjalan
mahupun berlari dan kemudian meluncur di celerifere. Walaubagaimanapun perkembangan
dalam mencipta basikal ini semakin di ke tahun berikutnya iaitu pada tahun 1885, penemu
Britain John Kemp Starley merancang "basikal keselamatan" pertama dengan roda depan
yang dapat dikendalikan, dua roda bersaiz sama dan pemacu rantai ke roda belakang.

Manfaat Basikal Kepada Manusia


 Mampu Mengurangkan Risiko Penyakit
Dengan berbasikal manusia dapat mencegah daripada sebarang penyakit kerana
berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Hal ini kerana peningkatan aliran darah
membuatkan jantung kita untuk mempunyai oksigen yang mencukupi dan membantu
untuk jantung berdegup dengan lebih baik. Selain itu juga berbasikal juga dapat
mengeluarkan peluh daripada badan dan dapat membantu sistem perkumuhan kita
berjalan lancar.

 Merupakan Perkhidmatan Kiriman Cepat


Basikal ini amat mudah untuk dikendalikan oleh manusia untuk menghantar barangan
yang perlu dihantar dengan masa yang lebih cepat pada zaman dahulu. Ini kerana
jumlah kenderaan pada waktu itu amatlah terhad dan menggunakan kenderaan haiwan
sahaja.

 Dapat Mengelakkan Kesesakan Lalulintas


Kebiasaanya kesesakan lalulintas di lebuh raya melibatkan kenderaan yang besar.Basikal
digunakan oleh masyarakat pada hari ini untuk mengelakkan sebarang kesibukan
lalulintas kerana saiznya yang amat sederhana dan mudah untuk di kendalikan oleh
penggunanya.
 Dapat Menjimatkan Kos Perbelanjaan Kenderaan
Basikal merupakan kenderaan yang jimat digunakan masyarakat kerana pengunaannya
yang tidak memerlukan minyak petrol mahupun diesel malahan ia amat membantu bagi
manusia yang kurang berkemampuan untuk menuju destinasi yang mereka inginkan.

Pergerakan Era Revolusi Basikal


 Abad Ke-19
Pada sekitar tahun 1817, basikal yang dikira pertama diciptakan ialah merupakan ciptaan
daripada seorang pengawai sivil Jerman yang bernama Baron Karl von Drais yang
bernama “Laufmaschine” ataupun “Mesin Berlari”. Pada tahun 1818, antara yang
pertama dikomersialkan bertayar dua, yang dipanggil sebagai velocipede dan dinamakan
sebagai “hobby-horse”. Kemudian pada lewat tahun 1816, konsep ini kemudiannya
dikutip oleh beberapa orang british, tapi yang amat dikenali ialah Denis Johnson Of
London dimana beliau mengistiharkan akan menjual versi yang diperbaiki. Versi Johnson
merupakan perbaikan daripada versi Drais dimana ia lebih elegan, rangka kayu
mempunyai bentuk serpentine yang dibandingkan dengan versi Drais yang lurus. Ia
membenarkan penggunaan tayar yang lebih besar tanpa menaikkan kedudukan
penunggang.

Antara tahun 1820an hingga 1850an merupakan tahun dimana ciptanya basikal beroda
tiga dan beroda empat yang datang dengan pelbagai rupa samaada menggunakan pedal,
tapak kaki dan geroda tangan. Namun reka bentuk ini mempunyai masalah berat dan
rintangan bergolek yang tinggi. Tetapi, Willard Sawyer dari Dover berjaya untuk mereka
pelbagai empat tayar mesin beroperasi tapak kaki dan eksportkan nya pada tahun
1850an.
Pada tahun 1839, kenderaan beroda dua yang
secara mekanikal pertama dipercayai dicipta oleh
Kirkpatrick Macmillian, iaitu seorang tukang besi
Scottish. Ia dikatakan bahawa yang rekabentuk
dua roda tersebut menggunakan pertengahan
tapak kaki yang bersambung oleh batang besi
kepada angsal belakang, seumpama transmisi
kenderaan stim.

Pada tahun 1853, Phillip Moritz Fischer, telah


menciptakan basikal pertama yang dilengkapi
dengan pedal. Kemudiannya, pada sekitar tahun 1870an, terciptanya basikal yang
mempunyai tayar yang besar yang dikenali sebagai “boneshaker” dimana tayar besar
dihadapan membenarkan kelajuan tinggi dan membuat tayar belakang kecil serta rangka
ringan. Seringkali basikal begini laju tapi tidak selamat untuk pengguna. Ini kerana
penunggang berada di kedudukan yang tinggi dan berada dalam kelajuan yang tinggi.
Sekiranya dia terlanggar sesuatu di jalan raya, dia boleh tercampak daripada basikal
tersebut.

Oleh itu, pada sekitar tahun 1880an dan 1890an, terciptanya sebuah basikal yang
dinamakan “basikal keselamatan”. Ia merupakan satu perubahan dalam sejarah basikal
dimana ia menukarkan kegunaan dan persepsi orang awam daripada menjadi permainan
merbahaya tukar kepada transportasi harian untuk lelaki dan wanita dari pelbagai umur.
Antara masalah keselamatan yang ketara, basikal bertayar besar hadapan hadkan kelajuannya.
Antara cara untuk selesaikan masalah ini ialah dengan basikal berkuasa rantai. Pada tahun 1885,
John Kemp Starley telah berjaya mencipta basikal keselamatan pertama yang bernama “Rover’. Ia
mempunyai tayar depan yang boleh dikemudi, tayar yang bersaiz sama dan mempunyai rantai
pada tayar belakang. Pada tahun 1888, John Dunlop mencipta semula tayar basikal yang dimana
ia membenar operasi lancar di jalan tar dibandingkan dengan versi lama dimana hanya lancar
pada jalan tanah.
 Abad Ke-20
Pada sekitar tahun 1900 dan 1910, basikal mula-mulanya menjadi transportasi penting
di Eropah tetapi dia menjadi kurang oleh kerana kendaraan bermotor menjadi pilihan.
Oleh itu, pada masa itu basikal dianggap sebagai permainan untuk kanak-kanak.
Pada tempoh Perang Dunia ke-2, basikal sering digunakan oleh prajudis untuk
membantu dengan pergerakan, seringkali
dipanggil sebagai basikal bom yang
diturunkan oleh kapal terbang US. Di Jerman,
unit Volksgrenadier mempunyai batalion
dilekatkan. Ketika Perang Kedua Sino-Jepun,
Jepun telah menggunakan sekitar 50000
basikal. Kempen Malaya telah melihat banyak
basikal digunakan. Jepun juga sering merampas basikal daripada penduduk. Ia dikatakan
bahawa basikan sangat efisyen dalam segi kelajuan dan kemampuan membawa barang
seperti mana ia boleh membawa alatan seberat 36 kilogram berbanding dengan askar
British yang mampu membawa 18 kilogram.

Manfaat Revolusi Basikal Kepada Manusia


mengurangkan
risiko penyakit

menjimatkan
kos kepentingan perkhidmatan
perbelanjaan Basikal kiriman cepat
kenderaan

mengelakkan
kesesakan
lalulintas

Anda mungkin juga menyukai