Anda di halaman 1dari 3

MENUMBOK BADMINTON CLUB

Kampung Menumbok, 89767 Menumbok SABAH.


“Hobi sekawan sekampung”

Datuk Limus Bin Jury No. Rujukan : MBC.07-07


Pembantu Menteri Kerja Raya
ADUN N.33 Kuala Penyu
SABAH.
01 JULAI 2023

Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN UNTUK ANJURAN BADMINTON TERTUTUP MENUMBOK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan, gabungan kelab menumbok dan mempakul akan menganjurkan


pertandingan badminton tertutup menumbok. Di sini saya akan sertakan dalam lampiran 1 untuk
rujukan pihak Datuk.

3. Diharapkan dengan ada pengajuran pertandingan ini akan dapat membentuk kebaikan kepada
semua orang dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

(MOHD RAFAIL BIN ABD RAZAK)


Pengerusi Kelab Badminton Menumbok

s.k. :

Pengerusi Kelab Mempakul


LAMPIRAN 1

1.0 NAMA PERTANDINGAN

TOURNAMENT BADMINTON BERKUMPULAN, RIANG RIA AIDILADHA TERTUTUP MENUMBOK DAN


JEMPUTAN ANJURAN BERSAMA MENUMBOK DAN MEMPAKUL

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Memberi peluang kepada penduduk kampung merasai pengalaman dalam pertandingan
badminton
2.2 Melatih masyarakat untuk memupuk sikap menghargai kesihatan tubuh badan
2.3 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dalam sukan badminton
2.4 Memupuk semangat bekerjasa antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri
2.5 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial

3.0 MATLAMAT

Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silahturahim di antara penduduk kampung yang
terlibat. Justeru itu memperkenalkan Menumbok merupakan salah satu daerah kecil yang aktif dalam
pertandingan badminton seperti di bandar-bandar yang lain.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH : masih dalam perbincangan


MASA : 7.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Dewan Serbaguna Awang Semaun Menumbok

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Satu (1) kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta, 2 orang peserta mestilah berumur 40 tahun ke atas.
Sistem pertandingan digunapakai adalah :-

a) Bergu vetera 40 tahun ke atas


b) Bergu terbuka
c) Bergu 1 orang Veteran 1 orang terbuka (Gabungan)
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


1 Johan RM1200 RM1200
- Wang tunai rm800
- Medal
- Jersi Badminton
- Hamper 4x
2 Naib Johan RM1000 RM1000
- Wang tunai rm600
- Medal
- Jersi Badminton
- Hamper 4x
3 Tempat Ketiga RM800 RM800
- Wang tunai rm400
- Medal
- Jersi Badminton
- Hamper 4x
4 Tempat Keempat RM600 RM600
- Wang tunai rm200
- Medal
- Jersi Badminton
- Hamper 4x
5 Bulu Tangkis RM72 RM432

6 Tabung
JUMLAH PENUH RM4032

Disediakan oleh :- Disahkan oleh:-

MOHD NASROL BIN WAHID MOHD RAFAIL BIN ABD RAZAK


Setiausaha, Pengerusi,
Penganjur Pertandingan Badminton, Pengajur Pertandingan Badminton
MBC Menumbok, [013 884 3340] MBC Menumbok [016 881 8153]

Disokong oleh :-

Malik T SUNDARAM @ PILLAI


Pengurus Pertandingan Badminton,
Pengerusi Kelab Mempakul Badminton,
Daerah Kecil Menumbok:- [016 839 5453]

Anda mungkin juga menyukai