Anda di halaman 1dari 6

KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023

DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM


BAHAGIAN A: 36 markah

Arahan: Jawap semua soalan dengan betul.

1. Pilih ciri-ciri yang tidak ada pada seorang lelaki.


a) Suara garau
b) Maskulin
c) Suara nyaring
d) Lasak

2. Golongan yang cenderung dan tertarik dengan hubungan sejenis dikenali sebagai?
a) Homoseksual
b) Heteroseksual
c) Biseksual
d) Miseksual

3. Antara cara menangani cabaran stereotaip dan diskriminasi gender, semua orang perlu
memberi peluang yang sama rata terhadap kedua-dua gender. Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

4. Yang manakah bukan kepentingan menangani cabaran stereotaip dan diskriminasi?


a) Memberi peluang kepada golongan yang tertindas untuk lebih maju.
b) Mewujudkan suasana yang harmoni.
c) Mewujudkan masyarakat yang berpecah-belah.
d) Mewujudkan masyarakat yang prihatin.

5. Kesaksamaan gender tidak perlu dibudayakan untuk memastikan generasi yang positif dan
masyarakat yang progresif dapat diwujudkan pada masa hadapan. Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

6. Apakah contoh bahan terlarang yang menyebabkan sesorang itu ketagihan secara
berlebihan?
i. Dadah
ii. Alkohol
iii. Rokok
iv. Gula

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, iii dan iv

7. Antara kepentingan peraturan dan undang-undang penyalahgunaan bahan ialah untuk


membentuk generasi berakhlak. Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

|1
KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM
8. Yang manakah impliaksi penyalahgunaan bahan kepada diri sendiri?
a) Masyarakat tidak harmoni.
b) Keluarga mendapat malu.
c) Masyarakat berbalah sesama sendiri.
d) Tiada masa hadapan.

9. Punca-punca kemarahan boleh berpunca daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Antara
punca dalaman yang menjadi penyebab kemarahan ialah?
i. Lemah dalam berkomunikasi
ii. Inginkan kasih sayang
iii. Faktor persekitaran seperti cuaca panas
iv. Menunjukkan kuasa

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, iii dan iv

10. Yang manakah bukan kesan kemarahan kepada orang lain?


a) Menjadikan keadaan aman
b) Keselamatan terancam
c) Kemurungan
d) Ketakutan

11. Antara cara positif yang boleh dilakukan untuk mengawal kemarahan ialah?
i. rekreasi
ii. refleksi kendiri
iii. riadah
iv. berdiam diri

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, iii dan iv

12. Sumbang mahram ialah perlakuan zina yang berlaku antara ahli keluarga yang terdekat.
Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

13. Sumbang mahram berlaku diantara kaum sejenis. Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

14. Sumbang mahram boleh menyebabkan sesorang itu hamil. Betul atau tidak?
a) Betul
b) Salah

|2
KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM
15. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan sumbang mahram?
i. Meminta kebenaran sebelum masuk ke bilik
ii. Mamakai pakaian yang sopan semasa di rumah
iii. Mengamalkan konsep sentuhan selamat dan tidak selamat dalam ahli keluarga
iv. Tidur diruang tamu beramai-ramai

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, iii dan iv

16. Penggunaan media sosial yang salah adalah salah satu punca punca sumbang mahram. Betul
atau salah?
a) Betul
b) Salah

17. Cara melaporkan kes sumbang mahram adalah dengan menghubungi?


i. Mengadu kepada orang yang dipercayai
ii. Laporkan kepada polis atau talian kecemasan 999
iii. Menghubungi Talian Kasih 15999
iv. Pergi ke tempat perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, ii, iii dan iv

18. Persahabatan ialah hubungan yang sangat dekat dan rapat. Berikut ialah ciri-ciri
persahabatan yang baik kecuali?
a) Menghargai
b) Penyayang
c) Saling berbalah
d) Saling menghormati

19. Seorang kawan yang sanggup mengorbankan masa atau sumber lain untuk membantu
kawan mereka yang mengalami kesusahan dikenali sebagai?
a) Kenalan
b) Kawan biasa
c) Kawan karib
d) Kawan sejati

20. Kesan tidak menjaga pergaulan ialah?


a) Mendorong ke arah maksiat
b) Menjatuhkan air muka sendiri
c) Hidup dalam keadaan aman
d) Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan

|3
KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM
21. Antara kepentingan menjaga batasan pergaulan ialah menghormati hak peribadi orang lain.
Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

22. Bagaimanakah komunikasi yang berkesan dalam persahabatan?


a) Memilih waktu yang tepat untuk berkomunikasi
b) Perwatakan yang tidak mesra dan peramah
c) Tiada hubungan mata semasa berkomunikasi
d) Kurang menunjukkan minat dalam berkomunikasi

23. HIV merupakan virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Pembawa virus HIV boleh menjadi
pembawa dalam tempoh masa yang sekejap sebelum mendapat AIDS. Betul atau salah?
a) Betul
b) Salah

24. Bagaimanakah HIV berjangkit?


i. Ibu hamil yang dijangkiti HIV
ii. Pemindahan darah yang tidak disaring dan mempunyai HIV
iii. Hubungan seks rambang dengan pembawa HIV
iv. Berkongsi jarum suntikan penagih dadah

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, ii, iii dan iv

25. HIV dan AIDS tidak boleh berjangkit dengan cara?


a) Gigitan nyamuk
b) Berkongsi jarum
c) Hubungan seks rambang
d) Ibu hamil yang dijangkiti HIV

26. Bagaimanakah cara mencegah penularan HIV dan AIDS?


i. Tidak melakukan hubungan seksual yang terlarang
ii. Setia pada pasangan
iii. Menghindari penggunaan jarum suntik secara bergantian dan tidak disteril
iv. Mencari informasi terkini dan betul

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, ii, iii dan iv

27. Apakah kesan jangkitan HIV dan AIDS terhadap diri sendiri?
a) Kesihatan meningkat
b) Hilang selera makan
c) Gembira
d) Keluarga menjadi rapat

|4
KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM
28. Perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang tanpa kerelaan untuk
memperolehi keuntungan diri sendiri dikenali sebagai apa?
a) Ekspedisi
b) Eksploitasi
c) Eksperimen
d) Eksklusif

29. Individu di bawah umur 18 tahun yang dipaksa bekerja merupakan salah satu contoh jenis
eksploitasi. Betul atau tidak?
a) Betul
b) Tidak

30. Antara berikut yang manakan bukan punca orang mengambil kesempatan?
a) Desakan ekonomi
b) Sikap tidak ambil peduli dalam masyarakat
c) Pengambilan bahan terlarang
d) Orang yang bahagia dan berjaya.

31. Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa eksploitasi ialah?
i. Menjauhi ganguan seksual
ii. Berkawan dengan sesiapa sahaja
iii. Menjauhi orang asing
iv. Merapatkan hubungan dengan keluarga

a) i, ii dan iii
b) i, ii dan iv
c) ii, iii dan iv
d) i, iii dan iv

32. Antara kesan eksploitasi terhadap diri sendiri ialah fizikal dan mental menjadi tertekan serta
trauma yang berpanjangan. Betula atau salah?
a) Betul
b) Salah

33. Seseorang individu tidak perlu risau dengan pengambilan kalori apabila mengambil makanan
seharian. Betul atau tidak?
a) Betul
b) Tidak

34. Yang manakah bukan faedah pengambilan kalori yang mencukupi?


a) Membekalkan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian
b) Membantu pertumbuhan dan perkembangan badan yang sihat
c) Melemahkan jantung dan peredaran darah dalam badan
d) Mengekalkan kesihatan badan

|5
KSSMPK PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 | PPT 2023
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NORASHIKIN BINTI ABD KARIM
35. Mengapakah kanak-kanak atau orang dewasa lelaki memerlukan kalori yang lebih banyak
daripada wanita?
a) Kerana kanak-kanak lelaki atau orang dewasa lelaki menggunakan tenaga yang lebih
banyak berbanding wanita
b) Kerana kanak-kanak lelaki atau orang dewasa lelaki lebih kuat makan
c) Kerana kanak-kanak lelaki atau orang dewasa lelaki gemarkan makanan Malaysia
d) Kerana kanak-kanak lelaki atau orang dewasa lelaki melakukan senaman harian

36. Apakah diet seimbang harian yang boleh diambil?


a) Suku nasi, suku ayam dan setengah sayur serta buah-buahan
b) Suku daging, suku buah dan setengah mee
c) Suku mee, suku ayam, suku buah-buahan dan segelas susu
d) Suku nasi, setengah ikan, suku sayur

BAHAGIAN B: 4 markah

Arahan: Padankan prosedur R.I.C.E dengan gambar di bawah. (4 markah)

- SOALAN TAMAT-

|6

Anda mungkin juga menyukai