Anda di halaman 1dari 4

POLISI PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT

HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Nombor Polisi : AM 010 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 02/2019 Muka Surat : 1/4

1. PENGENALAN
Polisi pengurusan harta benda dan wang tunai pesakit diwujudkan supaya sistem
pengurusan dapat diselaraskan bagi semua jabatan / unit di Hospital Sungai Siput.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Polisi pengurusan harta benda dan wang pesakit berpandu kepada Surat Pekeliling
Kewangan Bilangan 2 Tahun 2000 Garis Panduan menguruskan Harta Benda dan
Wang Tunai Pesakit melalui surat rujukan (42) dalam KKM- 58/AM/017(26)
bertarikh 18 Februari 2000 dan Bil (39) dan KKM 58/900/3 Jld.4 bertarikh 9 April
2013.

3. OBJEKTIF
3.1 Memastikan keselamatan harta benda dan wang tunai pesakit terpelihara.

3.2 Memastikan pengurusan harta benda dan wang pesakit mengikut tatacara yang
telah ditetapkan.

4. PENGURUSAN
4.1 Pengurusan bermula dari penyimpanan harta benda dan wang tunai pesakit yang
tidak dituntut oleh pesakit/waris.
4.2 Pesakit dan waris dimaklumkan supaya tidak membawa harta benda dan wang tunai
apabila dimasukkan ke wad. Sekiranya mereka ada membawa harta benda yang
berharga, mereka hendaklah menguruskan dengan membawa pulang melalui waris
atau saudara mara.
4.3 Papan tanda Pihak Hospital Tidak Bertanggungjawab Di Atas Kehilangan,
Kecurian Atau Kerosakan Harta Benda Orang Awam diletakkan ditempat-tempat
yang strategik.
4.4 Ketua unit perlu memantau penyelenggaraan buku daftar harta benda dan wang
pesakit.
POLISI PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : AM 010 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 02/2019 Muka Surat : 2/4

5. KAEDAH PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT SEMASA


BERADA DI WAD
5.1. Harta benda atau wang tunai diterima daripada pesakit, dikumpul, dikira dicatit
dalam borang dengan seorang saksi. Semua harta benda dan wang tunai di
masukan ke dalam satu sampul yang berdaftar secara dilakrikan (sealed).
5.2. Kemudian sampul tersebut disimpan di dalam peti keselamatan yang berkunci
disetiap unit.
5.3. Selepas 24 jam jika harta dan wang tunai tidak dituntut oleh pesakit/waris hendaklah
di serahkan kepada Pegawai yang dilantik di Unit Kewangan untuk disimpan di
dalam peti besi.
5.4. Pihak hospital berusaha mengembalikan Harta benda dan wang pesaki kepada
pesakit atau waris dengan seberapa segera apabila pesakit meninggalkan wad
hospital.
5.5. Jika harta benda dan wang tunai pesakit tidak dituntut dalam tempoh 30 hari dari
tarikh diterima maka harta benda yang berikut perlu diambil tindakan oleh Unit
Kewangan, Hospital Sungai Siput seperti berikut:-

5.5.1 Sampul khas yang berisi harta benda dan wang pesakit perlu dibuka oleh dua
orang pegawai (seorang pembuka dan seorang saksi).

5.5.2 Harta benda tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak yang berkenaan.
Contoh: Kad pengenalan kepada Jabatan Pendaftaran Negara, buku bank
kepada bank yang terbabit dan sebagainya.

5.5.3 Wang tunai dan harta benda pesakit hendaklah disenaraikan dan di
maklumkan secara pemberitahuan am melalui papan notis hospital yang
mudah dilihat oleh orang awam. Pastikan maklumat dalam format tersebut
adalah betul dan disahkan oleh Pengarah Hospital sebelum dipamerkan.
5.5.4 Sekiranya selepas dimaklumkan melalui papan notis hospital harta benda
pesakit berkenaan dituntut, wang tunai dan harta benda tersebut hendaklah
dikembalikan kepada pesakit/waris dan perlu direkod di dalam buku daftar
berkenaan.
POLISI PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : AM 010 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 02/2019 Muka Surat : 3/4

5.5.5 Sekiranya harta benda pesakit itu tidak dituntut selepas 30 hari dari tarikh
dimaklumkan melalui papan notis hospital, wang tunai itu hendaklah
dikreditkan ke dalam akaun Hasil (kod 81302), manakala harta benda pesakit
diserahkan kepada Baitulmal yang berdekatan.

6. CARTA ALIRAN PENGURUSAN

6.1 Penyimpanan & Pemulangan

6.1.1 Penyimpanan & pemulangan harta benda dan wang tunai pesakit hendaklah
oleh dua orang anggota. Seorang sebagai penyimpan/ pemulangan dan
sebagai saksi.
POLISI PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : AM 010 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 02/2019 Muka Surat : 4/4

CARTA ALIRAN : PENGURUSAN HARTA BENDA DAN WANG TUNAI PESAKIT


HOSPITAL SUNGAI SIPUT

Harta benda atau wang tunai diterima daripada pesakit,


dikumpul dalam satu sampul berdaftar, dilakrikan (sealed)
dengan bersaksi.

Simpan dalam peti keselamatan yang berkunci

Harta benda Dituntut


dan wang tunai
dikembalikan Tidak Dituntut ( selepas 24 jam)
dan direkod
dengan bersaksi Selepas 24 jam jika harta dan wang tunai tidak dituntut oleh
pesakit/waris hendaklah di serahkan kepada Pegawai yang dilantik di
Unit Kewangan untuk disimpan di dalam peti besi.
Pihak hospital berusaha mengembalikan Harta benda dan wang
pesakit kepada pesakit atau waris dengan seberapa segera apabila
pesakit meninggalkan wad hospital.
Dituntut Tidak Dituntut ( selepas 30 hari)

Buka sampul dan serahan dokumen sepeti KP


dan Buku Bank kepada agensi berkaitan

Harta benda dan wang tunai maklumkan secara


pemberitahuan am melalui papan notis hospital
Harta benda dan
wang tunai Dituntut Tidak Dituntut (Selepas 30 hari)
dikembalikan dan
direkodkan dengan
bersaksi Harta benda
Wang tunai dikreditkan ke di serahkan
dalam Akaun Hasil kepada
baitulmal

Anda mungkin juga menyukai