Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Pertandingan Sukan Rakyat 2016

1.0 PENGENALAN

Pertandingan sukan rakyat adalah satu aktiviti kokurikulum anjuran unit kokurikulum
SMK Elopura di bawah pengurusan unit sukan & permainan. Penganjuran pertandingan
ini diadakan bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

Pertandingan sukan rakyat adalah satu jenis sukan tradisional yang merupakan sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita masing-masing. Ada diantara
sukan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahu oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja.

Oleh sebab itu pertandingan ini diadakan untuk mengenali dan menyemai semangat
permainan sukan rakyat kepada warga sekolah khususnya murid-murid. Pada masa yang
sama, aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan, merapatkan hubungan atau
siraturrahim dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah untuk mencapai
berkepentingan bersama.

Diharap anjuran Pertandingan Sukan Rakyat ini dapat memberi dedahan dan pegalaman
kepada guru-guru penasihat unit Sukan & Permainan untuk menjadi tenaga pengajar yang
lebih berkaliber, sistematik, bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memartabatkan dan menghidupkan semula sukan tradisional warisan Negara


2.2 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik dalam kalangan warga sekolah
2.3 Merapat dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, kerjasama dan semangat
persaingan sihat dalam kalangan warga sekolah
2.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan guru
penasihat

Unit Sukan & Permainan, SMK Elopura


1
Kertas Kerja Pertandingan Sukan Rakyat 2016

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 23 Ogos 2016
Hari : Selasa
Masa : 1:40 – 3:00 petang
Tempat : SMK Elopura

4.0 JENIS PERMAINAN DIPERTANDINGKAN DAN PENGELOLA


PERTANDINGAN

JENIS SUKAN PENGELOLA TEMPAT


(KELAB SP) PERTANDINGAN
GELANGGANG SEPAK
TARIK UPIH BOLA SEPAK & SEPAK TAKRAW
TAKRAW
GELANGANG BOLA
GALAH PANJANG BOLA KERANJANG & BOLA TAMPAR
KERANJANG
BOWLING KELAPA BOLA BALING & HOKI DATARAN ELOBEST
GELANGGANG BOLA
TUJU KASUT OLAHRAGA & BADMINTON
TAMPAR
INDOOR GAMES
(DAM AJI, CONGKAK,
CATUR, PING PONG & BOLA JARING KANTIN WAJA
BATU SEREMBAN,
PENUTUP BOTOL)

5.0 PESERTA

Peserta adalah terdiri dalam kalangan murid. Setiap permainan yang dipertandingakan hanya
disertai dalam kalangan ahli pengelola sahaja.

Unit Sukan & Permainan, SMK Elopura


2
Kertas Kerja Pertandingan Sukan Rakyat 2016

6.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN KUANTITI ANGGARAN JUMLAH


KOS PERUNIT (RM)
(RM)
1 HAMPER (JOHAN) 5 30 150
2 HAMPER (NAIB JOHAN) 5 20 100
3 HAMPER (KETIGA) 5 15 75
KOS KESELURUHAN 325

7.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharap agar penganjuran pertandingan suka rakyat 2016 diantara unit
Sukan & Permainan akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid dan
guru-guru sekaligus mengangkat martabat khazanah warisan Negara disamping
menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap murid yang menyertai pertandingan ini.
Semoga penganjuran pertandingan ini akan berjalan dengan lancer dan menjadi acara
tahunan yang termaktub dalam kalendar sekolah.

Disediakan oleh :

…………………………………….
(SUDARMIATY KAMARUDDIN)
Penyelaras Sukan & Permainan
SMK Elopura

Disemak dan disahkan Oleh :

……………………………………
(SITI NOR MOHD ARIP)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Elopura

Unit Sukan & Permainan, SMK Elopura


3

Anda mungkin juga menyukai