Anda di halaman 1dari 5

KURSUS

GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

TAJUK

KERTAS CADANGAN

STAIL KEPIMPINAN JURULATIH DIGEMARI MEMPENGARUHI ORIENTASI


MATLAMAT ATLET BOLA TAMPAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENSYARAH

DR. NURWINA AKMAL BINTI ANUAR

NAMA

MUHAMMAD FAREEZ BIN MOHD NASIR (P138133)


NAZRIN AIMAN BIN AZMI (P137908)
KERTAS CADANGAN

STAIL KEPIMPINAN JURULATIH DIGEMARI MEMPENGARUHI ORIENTASI


MATLAMAT ATLET BOLA TAMPAR UKM

PENGENALAN

Kepimpinan membawa erti yang cukup besar dalam era sukan pada masa kini (Sofian, 2003).
Ia merupakan isu yang sering dibincangkan dan menjadi perhatian semua pihak tidak kira
atlet, barisan pengurusan sesebuah organisasi sukan atau peminat sukan. Isu kepimpinan ini
juga memainkan peranan yang penting dan memberi kesan secara langsung kepada prestasi
dan kecemerlangan seseorang atlet. Sejak kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan
dengan pelbagai isu berkaitan kejurulatihan. Salah satu daripadanya adalah isu peletakan
jawatan Rexy Mainaky sebagai ketua jurulatih badminton beregu wanita negara pada 30 April
2012 yang lalu. Pasukan negara pada ketika itu sedang bertungkus-lumus mempersiapkan
barisan terbaik beregu wanita negara ke Sukan Olimpik 2012 di London dan keputusannya,
pasukan beregu wanita negara kalah dalam kejohanan tersebut

Menurut Wildman (2006), kepimpinan yang berkesan adalah satu elemen yang penting dan
perlu ditunjukkan demi meningkatkan prestasi sesebuah pasukan. Secara tidak langsung, ini
menunjukkan bahawa peningkatan prestasi sesebuah pasukan serta kemenangan pasukan
tersebut dalam sesebuah kejohanan atau pertandingan bukan hanya terletak kepada kualiti dan
kehebatan atlet semata-mata, tetapi kerjasama sekumpulan individu yang bekerja secara
berpasukan. Memang tidak dinafikan lagi, sesebuah pasukan yang mantap mestilah terdiri
daripada barisan pengurusan dan tenaga kerja yang berkualiti dan komited terhadap tugas
mereka. Barisan pengurus, jurulatih dan atlet mestilah memahami serta mendalami bidang tugas
dan peranan mereka dalam pasukan tersebut. Kepincangan akan wujud sekiranya tidak wujud
kerjasama dan kesatuan dalam sesebuah organisasi sukan dan secara tidak langsung prestasi
atlet akan merudum.

Motivasi merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan prestasi dalam sukan. Motivasi
didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan
seseorang individu (Shaharudin, 2001). Selain itu, ia juga merupakan satu keadaan dalaman
yang menggerak dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan, dan tingkah laku ke arah
pencapaian matlamat. Di samping itu, motivasi merujuk kepada dorongan untuk memulakan
aktiviti dan mencuba dengan bersungguh-sungguh agar mencapai matlamat dalam sukan.
Menurut Eccles dan Harold (1991) terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai
sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan persekitaran, dan faktor peribadi.

Objektif dan matlamat utama penyertaan individu dalam sukan juga berkait rapat dengan
orientasi matlamat mereka (Williams, 1994). Roberts (1992) melihat orientasi matlamat dalam
dua bentuk iaitu orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego. Orientasi matlamat
tugasan merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam menguasai kemahiran motor
paling tinggi berdasarkan sukan yang diceburinya dan berupaya mempamerkan prestasi yang
cemerlang secara automatik semasa kejohanan dan pertandingan. Orientasi matlamat ego pula
merujuk kepada kebolehan mengalahkan pihak lawan atau pun melakukan sesuatu tugasan
dengan baik (Williams, 1994). Perkaitan antara orientasi matlamat atlet dengan stail
kepimpinan jurulatih yang diingini oleh atlet tersebut adalah penting kepada jurulatih bagi
mengatur dan menyusun pendekatan dan kaedah latihan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri atlet
berkenaan. Hipotesis bagi kajian ini terdapat hubungan signifikan di antara Orientasi Matlamat
dengan Stail Kepimpinan Jurulatih yang digemari Atlet. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk mengkaji hubungan antara Orientasi Matlamat degan Stail Kepimpinan Jurulatih yang
digemari atlet.
METODOLOGI

KAJIAN PESERTA
Peserta kajian adalah atlet Bola tampar dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Peserta kajian
juga terdiri daripada kalangan atlet bola tampar lelaki dan wanita yang menjalani latihan dan
bertanding bagi mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia bagi kejohanan antara Universiti
atau lain-lain kejohanan.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian adalah soal selidik yang diadaptasi kajian lepas mengenai perkhidmatan sukan
dan kepuasan atlet. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A adalah maklumat demografi responden. Bahagian B pula soal
selidik mengenai Orientasi Matlamat Atlet dan Bahagian C soal selidik mengenai Gaya
Kepimpinan Jurulatih. Soal selidik Bahagian A ialah maklumat responden, penyelidik telah
membina dua item soalan iaitu jantina dan peringkat tertinggi.

Orientasi Matlamat Atlet Adaptasi soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan
TEOSQ (The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire) (Duda & Nicholls, 1989)
Versi Bahasa Malaysia oleh Shaharudin (1998) bagi mengkaji orientasi matlamat atlet dimana
responden dikehendaki menyatakan tahap persetujuan mereka terhadap skala 1 iaitu “sangat
tidak setuju” dan skala 5 iaitu “sangat setuju”. Bagi soal selidik untuk bahagian B pula
merangkumi 13 item dan (TEOSQ) bertujuan mengukur dua aspek dalam Orientasi Matlamat
iaitu aspek tugasan dan aspek ego. Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai
Alpha .68 hingga .87 untuk faktor orientasi ego dan .77 hingga .86 bagi faktor orientasi tugasan
(Duda & Nicholls, 1989). Manakala pengujian kebolehpercayaan soal selidik ini dalam versi
Bahasa Malaysia ialah .80 untuk faktor orientasi tugasan dan .76 untuk faktor orientasi ego
(Shaharudin 1998).
Gaya Kepimpinan Jurulatih Adaptasi soal selidik telah digunakan dalam kajian ini
berdasarkan LSS (Leadership Scale for Sport) Chelladurai, P., & Saleh, S. D. (1980) Versi
Bahsasa Malaysia oleh Balkaran (2004) bagi melihat stail kepimpinan jurulatih yang digemari
atlet dengan respons dinilai pada skala Likert 5 mata bermula dengan “sangat tidak benar dan
“sangat benar”. Bagi soal selidik untuk bahagian C pula, penyelidik telah mengadaptasi 40 item
merujuk kepada (LSS) yang mengukur lima aspek iaitu aspek latihan dan maklum balas, aspek
demokratik, aspek autokratik, aspek hubungan sosial dan aspek pemberian ganjaran. Internal
Consistency Estimates (Cronbach’s Alpha) bagi stail kepimpinan jurulatih kegemaran atlet
berdasarkan lima sub skala LSS adalah .83 bagi pendekatan latihan dan maklum balas, .75 bagi
pendekatan demokratik, .45 bagi pendekatan autokratik, .70 bagi pendekatan hubungan sosial
dan .82 bagi pendekatan pemberian ganjaran (Chelladurai & Saleh, 1980)

PROSEDUR KAJIAN
Borang soal selidik akan diedarkan secara atas talian dimana pengkaji menggunakan aplikasi
Google Form untuk mendapatkan maklumat dan borang jawapan. Peserta kajian akan
menyiapkan 3 bahagian instrumen iaitu maklumat responden, TEOSQ dan LSS. Hanya soal
selidik yang lengkap sahaja akan dianalisis. Kefahaman subjek terhadap item-item soal selidik
yang dikemukakan merupakan jaminan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik. Segala
maklumat dan jawapan yang diberikan adalah rahsia dan digunakan semata-mata untuk tujuan
kajian ini sahaja. Akhir sekali, soal selidik yang telah siap akan dianalisis oleh pengkaji secara
atas talian ke dalam sistem Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

Anda mungkin juga menyukai