Anda di halaman 1dari 4

PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIJRAH (SA0551237-D)

No. 3A, Lorong Bahagia 2, Jalan Sungai Kajang Lama,


45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 3269 5605 / 011 2639 8003
Tarikh: 05 SEPTEMBER 2023
No. Rujukan: CSR002/01/0003

Kepada:
Tuan Ramdani Kasim
Pengerusi Surau An-Nur
Tali Air Tiga, Jalan Pantai Rasa Sayang, Sg.Burong,
Sekinchan ,Selangor.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tuan,
PER: HASRAT KERJASAMA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Didoakan semoga pihak Tuan sentiasa berada didalam naungan Allah SWT hendaknya.
2. Merujuk kepada perkara diatas, bahawa saya dari Pusat Rawatan Islam Al Hijrah ingin
memohon kerjasama dan keizinan daripada pihak tuan bagi menggunakan ruang surau untuk
program kami kali ini.
3. Saya juga mengharapkan kesudian pihak tuan untuk kita mengadakan pertemuan bagi
membincangkan program ini secara bersemuka.
4. Saya yakin dengan kerjasama ini dapat memberi impak positif dan membantu lebih
ramai lagi komuniti di tempat Tuan khususnya melalui perkongsian ilmu dan khidmat rawatan
terapi yang diberikan serta mendapat manfaat bersama dari program ini.
5. Bersama permohonan ini, turut dilampirkan butiran lanjut untuk makluman pihak tuan.
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Tuan boleh terus hubungi saya di talian
01126398003.
Akhir kata, semoga kerjasama ini mendapat pertimbangan dan perhatian dari pihak tuan dan
saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,

Nor Salina Hairan


Pengurus, Pusat Rawatan Islam Al Hijrah, Tg Karang.
PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIJRAH (SA0551237-D)
No. 3A, Lorong Bahagia 2, Jalan Sungai Kajang Lama,
45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 3269 5605 / 011 2639 8003

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIJRAH


(PRAWISH)

PENGENALAN

Pusat Rawatan Islam Al Hijrah telah ditubuhkan secara rasmi sejak 24 Ogos 2020. Ia diasaskan oleh Al
Fadhil Ustaz Kamal Din yang berguru dan mendapat ijazah pengubatan islam dari Al Marhum Tuan Guru
Dato’ Dr. Harun Din di Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Bangi. Ustaz Kamal Din juga merupakan perawat
utama di PRAWISH yang berpengalaman merawat dan membantu lebih dari 1300 orang pesakit yang
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang penyakit termasuk penyakit fizikal dan gangguan makluk
halus khususnya.

Program Khidmat Masyarakat (CSR) ini adalah merupakan sebahagian dari khidmat bakti kami yang
dapat dicurahkan kepada komuniti setempat khususnya melalui perkongsian ilmu, konsultasi dan
khidmat rawatan percuma.

OBJEKTIF

1. memberi kefahaman kepada komuniti kepentingan Al Quran dan Hadis bagi mengatasi bahaya syirik.

2. memberi kesedaran kepada komuniti agar menghindari pengaruh sihir dan jin dalam kehidupan.

3. menawarkan khidmat konsultasi dan rawatan percuma.

CADANGAN BUTIRAN PROGRAM:

Tarikh: 14 OKTOBER 2023 ( Sabtu )

Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari.

Tempat: Surau An Nur, Taliair 3 Sungai Burong.


PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIJRAH (SA0551237-D)
No. 3A, Lorong Bahagia 2, Jalan Sungai Kajang Lama,
45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 3269 5605 / 011 2639 8003

LATAR BELAKANG PENCERAMAH UTAMA:

Alfadhil Ustaz Kamal Din merupakan perawat bertauliah dan memiliki tauliah mengajar dari Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau juga merupakan mantan pensyarah Universiti Islam Selangor (UIS)
dan kini aktif menyumbang bakti kepada masyarakat melalui medium kuliah dan pengajian khususnya
pendidikan al Quran dan pengubatan Islam disekitar Tg. Karang.

Tentatif Program:

9.00 pagi: Pendaftaran

9.30 pagi: Kuliah

Disampaikan oleh Al Fadhil Ust Kamal Din

Tajuk: Bahaya Sihir dan cara mengatasinya

10.30 pagi: Terapi Ruqyah Jama'ie dan Konsultasi

11.30 pagi: Terapi Rendaman Kaki dan Terapi Frekuensi

12.00 tghri: Pameran dan Jualan

12.30 tghri: Bersurai


PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIJRAH (SA0551237-D)
No. 3A, Lorong Bahagia 2, Jalan Sungai Kajang Lama,
45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 3269 5605 / 011 2639 8003

MANFAAT TERAPI RUQYAH DAN TERAPI RENDAMAN

TERAPI RUQYAH RENDAMAN ini, Insha Allah mampu merawat sesiapa yang mempunyai masalah
berikut:

✔️Sistem Saraf yang tidak lancar

✔️Terdapat Asid Urik yang tinggi Dalam Badan

✔️Tekanan Darah yang tidak seimbang

✔️Tumit Kaki Merekah

✔️Aura dan Potensi Diri Rendah

✔️Angin Dari Badan

✔️Masalah Haid TidaK Teratur

✔️Peredaran Darah Seluruh Badan Tidak Lancar

✔️Kolestrol, kencing manis, darah tinggi dan Sakit² sendi / Lutut.

✔️Sering mendengar bisikan tertentu.

✔️Kesan lebam pada badan.

✔️Mimpi menerima @ menyusukan bayi.

✔️Badan terasa bisa-bisa dan kebas - kebas.

✔️Hilang selera makan.

✔️Benci dan malas melakukan ibadah.

✔️Rumahtangga bermasalah.

✔️Penyakit yang tidak dapat di kesan oleh doktor.

✔️Menderita Penyakit yang sukar disembuhkan.

✔️Jantung sering berdegup secara tiba-tiba.

✔️Tidur dalam keadaan Resah, rimas dan cemas

✔️Benci dan marah dengan seseorang tanpa sebab / panas baran

✔️Demam Panas, batuk dan Selsema

✔️Dan lain² lagi.

Anda mungkin juga menyukai