Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM

TAJUK:
PROGRAM
AURA CANTIK, AURA SIHAT

30 OGOS 2013

DISEDIAKAN OLEH :
UMMI KALSUM BINTI SUKIMI
PENGURUS
MINI RTC BUKIT TUKANG JUSOH
PENGENALAN

Program Aura Cantik Aura Sihat (ACAS) ini tercetus dari pengamatan dan pemerhatian
bahawa sudah menjadi adat dunia bahawa kaum hawa sememangnya selalu obsess dengan
kecantikan dan kesihatan. Justeru itu, ruang dan fitrah semulajadi wanita ini menjadi satu ilham untuk
memimpin mereka kea rah sihat dan cantik walaupun hanya tinggal di luar Bandar.

Justeru itu, saya menjemput Dr (H) Azlina bt Abdul Latif untuk membantu saya dalam
menjadikan impian ini satu kenyataan, di samping mempelbagaikan perkhidmatan dan aktiviti Mini RTC
untuk komuniti setempat. Bidang kesihatan tidak semestinya hanya tertumpu kepada perubatan
hospital dan klinik tetapi juga merangkumi perubatan homeopati.

PERJALANAN PROGRAM

Pendaftaran Peserta
Kelas bermula dengan pendaftaran para peserta pada jam 4.00 petang, secara keseluruhannya
peserta hadir mengikut perancangan yang telah ditetapkan, malahan ada yang telah datang lebih awal.
Ini menunjukkan kegigihan dan minat mereka untuk mendalami ilmu kesihatan dan kecantikan

Bahagian 1: Penjagaan Dalaman


Doktor (H) Azlina memulakan kelasnya dengan memberi tips-tips penjagaan dalaman. Sebolehnya
kaum wanita berpantang wajib meninggalkan makanan yang sejuk-sejuk dan berangin. Beliau
berpesan sekiranya ingin tampil lebih menawan hindarkan makan ikan masin, belacan, ikan bilis yang
mana semua makanan ini merangsang resdung. Resdung akan menjadikan seseorang itu lebih tua dari
usia sebenar. Untuk awet muda, amalkan pemakanan secara sihat dan seimbang. Beliau
mencadangkan ibu-ibu supaya mengamalkan Seri Anggun supaya keadaan dalaman diri wanita terjaga
rapi dan dapat memikat suami lebih sayang. Tempat sulit juga tidak berbau.

Bahagian 2: Demo Urutan Melegakan Stress & Menaikkan Seri Wajah


Doktor mengajar para peserta teknik-teknik urutan untuk melegakan stres dan menaikkan seri wajah.
Doktor menggunakan minyak habbatus sauda di dalam setiap urutannya. Beliau menitikkan minyak
tersebut ke tapak tangan dan disapu rata kemudian di raup ke muka dari dagu hingga ke dahi naik ke
atas tanpa menyentuh kulit. Kemudian urut di tepi mata kiri dan kanan secara perlahan..bukan
menenyeh, pesan doktor. Urutan seterusnya ke bahagian bahu dgn menekan pada titik-titik tertentu
secara sederhana. Seterusnya beralih ke tangan. Tangan perlu dicelupkan ke dalam air suam
sebanyak 3x, ini untuk membuka urat darah dan melancarkan perjalanan darah apabila proses urutan
dilakukan.

Peserta diminta untuk melakukan sendiri urutan yang diajar. Dan mereka mengurut badan sesama
sendiri mengikut teknik yang diajarkan oleh doktor.

Penutup:
Kelas tamat pada jam 7.00malam.

LAPORAN KEWANGAN
TIADA

LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai