Anda di halaman 1dari 1

IKLAN PENGAMBILAN

INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI


KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri ingin
mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di IDFR:

JAWATAN : PEGAWAI BAHASA GRED 41


KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PEGAWAI KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
GAJI POKOK : MINIMUM RM2,188.00 (TIDAK TERMASUK ELAUN)
TEMPOH : SATU (1) TAHUN (DAN BOLEH DIPERBAHARUI)

DESKRIPSI TUGAS
1. Mengendalikan kursus bahasa asing yang ditawarkan oleh IDFR;
2. Mengajar, menyediakan nota-nota kuliah dan memberi tutorial kepada peserta kursus;
3. Menyediakan modul dan silibus program bahasa asing;
4. Melaksanakan urusan peperiksaan bahasa asing;
5. Memantau tahap pemahaman dan penguasaan bahasa asing oleh para peserta;
6. Menyediakan laporan kursus bahasa asing; dan
7. Membantu menerapkan elemen bahasa dan budaya ke dalam program/ kursus di IDFR.

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Perancis, Bahasa
Mandarin, Bahasa Rusia dan Bahasa Sepanyol atau bidang pengajaran Bahasa
Perancis, Bahasa Mandarin, Bahasa Rusia dan Bahasa Sepanyol, dari dalam atau luar
negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. Bukan dalam kategori penjawat awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.
6. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan
seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
7. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8. Telah lengkap dos vaksinasi COVID-19.

CARA MEMOHON
Sila kemukakan softcopy resume terkini, gambar berukuran pasport terkini, kad pengenalan, sijil
tamat pengajian dan transkrip akademik ke emel berikut:
vacancy@idfr.gov.my
Tel: 603 – 2149 1000
Fax: 603 – 2144 2529

Permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Pegawai Bahasa Gred 41” pada tajuk emel.

Tarikh Tutup Permohonan : 8 April 2022 (Jumaat)


(Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.)

Anda mungkin juga menyukai