Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS KPM 2021

1. TAJUK

BAHASA INGGERIS MENENGAH RENDAH BAHASA INGGERIS MENENGAH RENDAH


(TINGKATAN 1 - TINGKATAN 3) (TINGKATAN 4- TINGKATAN 5 DAN KOLEJ TING 6)

Is the widespread increased use of technology Online learning will replace traditional
good for young children or does it harm their classroom in future. What do you think?
progress?
750 HINGGA 1000 PATAH PERKATAAN (TING 4-5)
400 HINGGA 500 PATAH PERKATAAN 1000 HINGGA 1300 PATAH PERKATAAN (TING 6)

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
r Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei untuk satu kategori sahaja sama
ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
r Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani
oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
r Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan
tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
r Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.
r Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa,
agama dan kaum mana-mana pihak.

3. FORMAT PENULISAN ESEI


r Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan maklumat peribadi perlu
dilengkapkan dalam borang penyertaan.
r Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12 dan dalam jarak langkau 1.5
(1.5 spacing).
r Semua esei yang telah ditaip hendaklah dicetak dan diserahkan kepada guru sekolah masing-
masing. Guru memilih dua karya terbaik bagi setiap kategori iaitu kategore menengah atas dan
menengah rendah. (convert dua karya terbaik ini dalam bentuk pdf untuk memudahkan
penyimpanan penyertaan dalam pendrive kelak)
r Pihak sekolah akan menghantar semua esei murid ke PPD untuk dijuri pada peringkat daerah
dan negeri.
r Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat pertandingan setelah
dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di peringkat sekolah akan dihantar tanpa
suntingan ke peringkat daerah dan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
r Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur berhak
untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan ini. Walau
bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.
r Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan
plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
r Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak KPM mengikut peringkat
pertandingan.
r Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:-
i) Isi kandungan - 50 markah
ii) Bahasa - 50 markah
r Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh panel pemeriksa secara
kolektif.
r Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
r Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
4. HADIAH DAN PENGHARGAAN
r Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan murid.
r Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian megikut tahap pencapaian
murid.

5. TARIKH PENGHANTARAN KARYA


r Karya yang telah ditaip dan dicetak diserahkan kepada guru berkenaan sebelum 8 April
2021( guru mata pelajaran BI) serta dikepil bersama borang peryertaan.

Anda mungkin juga menyukai