Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN LARIAN MERDEKA

TATACARA

 Acara larian secara maya dan separa maya melibatkan pengujian tahap fizikal murid SK
Ganda Temengor.
 Ujian Individu berdasarkan beberapa kriteria
 Jarak larian (Minimum 3KM)
 Kepantasan (Ujian masa)
 Larian secara individu tanpa melibatkan perlumbaan
 Larian di atas treadmill tidak diterima.

SYARAT SYARAT PENYERTAAN

 Terbuka kepada semua murid SK Ganda Temengor tapa had penyertaan.


 Wajib mengemukakan 2 versi rekod secara maya.
 Rekod catatan aplikasi digital
 Gambar larian (1 keping).
 Serahkan rekod secara maya kepada penyelaras SK Ganda Temengor.
 Penyelaras program akan menyerahkan senarai peserta yang menyempurnakan aktiviti
sahaja kepada pihak penganjur.

PENILAIAN PERMARKAHAN

 Tanggungjawab penyelaras untuk menilai kesahihan penyertaan.


 Penyelaras akan menyerahkan 10 penyertaan terbaik kepada pihak penganjur.

PENENTUAN PEMENANG

 Tiada pemenang utama peringkat sekolah diputuskan.


 Semua peserta layak menerima sijil penyertaan dan hadiah iringan.
 Pemenang pertandingan peringkat Sekolah boleh dilaksanakan mengikut SOP.
 Kaedah ujian masa melalui track yang sama boleh dikira sebagai pemenang.
(Peringkat Sekolah)

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK

KATEGORI

 Penyertaan adalah terbuka. Setiap peserta boleh masuk pada 1 (SATU) kategori sahaja.
 Kategori Sekolah Rendah
 Tahap 2 (lelaki dan perempuan)

FORMAT RAKAMAN

 Rakaman video persembahan (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan) dalam format
MP4 di ambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi minimum 2 minit dan
maksimum 5 minit tanpa disunting (tidak edit).
 Video hendaklah dimuat naik melalui pautan google form yang disediakan oleh penganjur.
 Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.
TEMA

 Tema nyanyian solo adalah PATRIOTIK

PAKAIAN PESERTA

 Pakaian yang bersesuaian dan sopan mengikut tema yang ditetapkan.

SUARA

 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic, sebutan, dinamik,
keseimbangan dan harmoni.

LAGU

 Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu SAHAJA.


 Lagu/lirik tersebut BUKAN ciptaan baharu di mana peserta BOLEH menyanyikan lagu yang
sedia ada di pasaran.
 Lagu yang dipersembahkan mestilah yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.
 Lirik lagu hanya menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris SAHAJA.
 Lagu pilihan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan berunsur negatif.

PERSEMBAHAN

 Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik
 Pergerakan mestilah bersesuaian dengan pemilihan lagu dan lirik.
 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan
adalah dilarang sama sekali.

MUZIK IRINGAN

 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.

MASA

 Setiap penyanyi solo diberi masa 2 hingga 5 minit sahaja untuk mempersembahkan lagu.
 Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik
 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah ditetapkan.

PENILAIAN JURI

 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:


 Suara : 50 markah
 Persembahan : 30 markah
 Kreativiti : 20 markah
 Aspek Suara (70 markah)
 Ketepatan pic, nada dan frasa - 30 markah
 Keseimbangan/harmoni - 10 markah
 Dinamik - 10 markah
 Kualiti ton - 10 markah
 Kejelasan sebutan - 10 markah
 Aspek Persembahan (30 markah):
 Koreografi - 10 markah
 Ketepatan gaya - 8 markah
 Ekspresi - 5 markah
 Pakaian dan Aksesori - 5 markah
 Bonus - 2 markah

 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

OBJEKTIF PERTANDINGAN
 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa Melayu.
 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggunakan
bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni dan kreatif.
Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan sajak bahasa Melayu.

KATEGORI PERTANDINGAN
 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah:-
 Sekolah Rendah Murid Tahun 4 -6

TEMA
 Tema bagi kategori SK akan diberikan Oleh pihak penganjur.
Sekolah Rendah KEMERDEKAAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah.
Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) sajak sahaja.
 Setiap sajak mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dengan mengisi
maklumat secara 'Google Form' (GF).
 Sajak mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh manamana penerbitan dan
tidak diplagiat daripada sum ber-sum ber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan
dibatalkan penyertaan dengan serta merta.
 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa,
agama dan kaum mana-mana pihak.
Format penulisan sajak:
 Sajak mestilah dilengkapi dengan tajuk. Sebarang penyataan maklumat peribadi perlu
dilengkapkan dalam borang penyertaan atas talian.
 Sajak mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz dua belas (12) dan
dalam jarak langkau 1.5 sahaja.
 Sajak yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF kepada guru sekolah
masingqmasing.
 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang akan dimaklumkan
Oleh pihak penjurian peringkat.
 Had baris sajak adalah mengikut kategori pertandingan:
 Sekolah rendah 12 hingga 16 baris
 Penyuntingan sajak adalah tidak dibenarkan.
 Setiap sajak yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis
dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan
sajak-sajak yang memenangi pertandingan ini. Walau
bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.
 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
 Sajak akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak KPM peringkat daerah.
 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan
 isi Kandungan =50 markah ii. Bahasa= 50 markah
 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh panel hakim
secara kolektif.
 Markah individü adalah sulit dan tidak akan didedahkan
 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat
 selepas keputusan diumumkan, urus setiap berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

HADIAH DAN PENGHARGAAN


 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan murid.
 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian mengikut tahap pencapaian
murid.

HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai
pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran
akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad

Anda mungkin juga menyukai