Anda di halaman 1dari 10

‫‪   ‬‬

‫‪KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI 1439H‬‬


‫)‪(PERTAMA‬‬

‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ‬
‫ّلِل َكثِي را ‪ ،‬وسبحا َن ِ‬
‫هللا ب ْكرًة وأ ِ‬ ‫اْلم ُد ِهِ‬
‫َص ًيل ‪ ،‬آل‬ ‫ُ َ َ‬ ‫ْ ً َ ُْ َ‬ ‫أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر َكبِْي ًرا ‪َ ،‬و َْ ْ‬
‫اْلَ ْم ُد‪.‬‬ ‫إِلَو إِهَّل هللا وهللا أَ ْكب ر وِهِ‬
‫ّلِل ْ‬ ‫ُ َ ُ َُ َ‬ ‫َ‬

‫السُرور ‪ََْ ،‬ن َم ُد ‪ُ ،‬سْب َحانَوُ َوتَ َع َاَل َونَ ْستَعِينُوُ َعلَى الْ ِقيَ ِام‬ ‫يد ُّ‬ ‫معيد ِع َ‬
‫ّلِل ُ‬ ‫اَ ْْلم ُد ِهِ‬
‫َْ‬
‫هللا‬ ‫ه‬
‫َّل‬‫يق وا ْْلِ َدايةَ لِْل ِقي ِام ِِب َْم ِرِه ونَ ْهيِ ِو‪ .‬ونَ ْش َه ُد أَ هن آلإِلَوَ إِ‬ ‫بَِفرائضو وسننو ‪ ،‬ونَسأ َُل التهوفِ‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َُ َ ْ‬ ‫َ‬
‫يك لَوُ إِ ْعظَ ًاما لَِق ْد ِرِه َوإِْر َغ ًاما لِ َم ْن َح َادهُ بِ ُك ْف ِرِه‪َ .‬ونَ ْش َه ُد أَ هن َسيِّ َد ََن ُُمَ هم ًدا‬
‫َو ْح َدهُ ََّل َش ِر َ‬
‫ص ْحبِ ِو‬ ‫ِِ‬ ‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ص ِّل َو َسلّ ْم َعلَى َسيِّد ََن ُُمَ همد َو َعلَى آلو َو َ‬ ‫َعْب ُدهُ َوَر ُسولُوُ النهاط ُق بَِو ْحيِو‪ .‬اَلله ُه هم فَ َ‬
‫ي بِتَ ْق َوى هللا ‪ ،‬قَ َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫أْ ِ‬
‫اَل ‪ :‬‬ ‫ال هللاُ تَ َع َ‬ ‫ْي‪ .‬أَهما بَ ْع ُد‪ .‬فَيَا عبَ َاد هللا ‪ ،‬أُْوصْي ُك ْم َوإ هَّي َ‬ ‫َْجَع ْ َ‬
‫‪.          ‬‬

‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر ‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪.‬‬


‫!‪Saudara-saudara seagama yang dirahmati Allah‬‬

‫‪Kita baru sahaja keluar dari bulan Ramadhan. Di dalam Ramadhan, kita‬‬
‫‪adalah jadi orang-orang baik / orang-orang shalih belaka. Kita berpuasa penuh,‬‬
‫‪Alhamdulillah.‬‬ ‫‪Kita juga bertadarus al-Qur‟an, banyak membaca al-Qur‟an‬‬

‫‪1‬‬
sehingga khatam. Bersembahyang Terawih, Qiamullail – bangun tengah malam
bertahajjud dan banyak bersedekah. Inilah yang berlaku disepanjang Ramadhan
itu. Ramadhan Karim, Ramadhan yang mulia, adalah benar-benar mencorakkan
kita menjadi orang shalih.

Dan sekarang, kita berada pula dalam bulan Syawal, bulan selepas
Ramadhan. Dalam bulan ini, umat Islam dikurniakan dengan nikmat Hari Raya,
dengan kebebasan dari beberapa sekatan tertentu ketika berpuasa.

Namun, kita perlu juga ingat, bahawa dengan berakhirnya Ramadhan,


maka belanggu-belenggu syaithan pun terbuka dan pecah, lalu keluarlah mereka
semula mencari dan memburu mangsa-mangsanya. Siapakah mangsa para
syaithan? Iaitulah tidak lain, adalah kita, anak cucu Nabi Adam „Alaihissalam.

Jadi sewajarnya kita mesti berawas, berawas dari makhluk durjana ini.
Kita berawas, terutama di saat-saat, semua orang sibuk, disibukkan oleh suasana
berhari raya. Dari pagi sampai ke malam, suasana itu berterusan dibungkus oleh
senda-gurau dan kesukaan, seperti tiada limitnya.

Adalah tidak salah untuk bersukaria, tetapi awas! Janganlah sampai


sehingga ketahap lalai dan lupa. Kerana lalai dan lupa itu 100% “keduniaan”,
sementara sedar dan ingat pula adalah lambang “keakhiratan”. Dua-dua adalah
tidak sama, dunia dan akhirat amat jauh berbeza. Berfirman Allah Subahanahu
wa Ta`ala, di dalam surah al-An`am ayat 32:

            

2
Tafsirnya: “Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan semata-mata
permainan dan gurau senda belaka. Sesungguhnya negeri Akhirat juga yang
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Jadi kita wajar khuatir, jangan sampai Hari Raya memesongkan kita dari
amal taqwa. Jangan sampai Hari Raya menghumbankan kita ke dalam perangkap
keduniaan yang namanya adalah permainan dan gurau senda semata-mata.
Salah satu tanda orang terperangkap itu, misalnya, kerana terlalu asyik dan
sibuk dengan Hari Raya, maka orang, mungkin saja sampai terlepas waktu
sembahyang, sampai tidak lagi menghiraukan sembahyang.

Ah ini adalah musibah, bukan musibah kecil, tetapi musibah besar. Hari
Raya bukanlah “tiket” untuk kita mengabaikan kewajipan terhadap Allah. Hari
Raya adalah hari suci, hari mulia, hari untuk membesarkan Allah, bukan hari
untuk lari daripada Allah. Hari Raya adalah wadah untuk menambahkan
pahala, bukan untuk menghakis pahala.

Seseorang pernah bertanya kepada Hassan al-Bashri Rahimahullah,


seorang ulama besar: “Wahai Hassan, apakah Hari Raya itu bagi tuan?”
Menjawab Hassan: “Hari Raya bagi saya ialah, apabila pada hari itu saya tidak
melakukan sebarang dosa atau kedurhakaan terhadap Allah.”

Ah, ini Hari Raya bagi Hassan. Adapun Hari Raya, sehingga sampai
meninggalkan sembahyang atau terlepas waktu sembahyang, itu bukan Hari
Raya bagi Hassan, tetapi hari musibbah, hari bencana, hari mendapat murka
Allah, hari mengundang azab Allah Ta`ala.

Bencana jangan dicari, azab Allah jangan diundang. Kita umat Nabi
Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam ini perlu sedar, bahawa bencana atau

3
azab itu, sebenarnya adalah sentiasa hampir kepada kita, tetapi Allah dengan
segala sifat kasih sayangNya, telah menyediakan untuk kita dua “penjamin”,
yang menjamin kita ini tidak akan ditimpa oleh azab atau bencana. Apakah
penjamin itu?

Penjamin pertama Allah berfirman di dalam surah al-Anfal ayat 33:

     

Tafsirnya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menyeksa atau membinasakan


mereka (umat engkau, wahai Muhammad), selama mana engkau ada bersama-
sama dengan mereka.”

Ya, inilah jaminan pertama, iaitu Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi


Wasallam. Selama mana baginda itu masih hidup, maka selama itulah umat
baginda tidak akan dibinasakan. Tidak akan disentuh oleh bencana.

Jaminan kedua, Allah berfirman seterusnya di dalam surah al-Anfal ayat 33:

     

Tafsirnya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menyeksa atau membinasakan


mereka (umat Nabi Muhammad), selama mana mereka itu beristighfar (berzikir
memohon ampun) kepada Allah.”

Nah! Sila perhati kedudukan ayat ini. Penjamin pertama kita iaitu Nabi
Muhammad Shallallhu „Alaihi Wasallam, baginda telahpun tiada. Baginda sudah
wafat, bererti penjamin atau jaminan pertama ini telahpun ditarik oleh Allah.
4
Maka yang tinggal cuma Istighfar satu-satunya. Guarantor pertama telah ditarik,
tidak lagi berfungsi salaku Guarantor itu. Hanya yang masih terus diizinkan oleh
Allah untuk jadi Guarantor ialah Istighfar sahaja satu-satunya. Inilah saja yang
tinggal itu untuk jadi penyelamat kita. Makanya kita janganlah cuai, janganlah
lupa ini. Jangan jauhkan diri dari Istighfar, dari zikir, dari ingat kepada Allah.

Dengan wafatnya Nabi, nasib umat Islam tidak ubah seperti telur di
hujung tanduk, bila-bila sahaja boleh hancur berantakan. Hanya Istighfar jua,
hanya zikir jua dan hanya sembahyang jua satu-satunya yang masih tinggal
untuk menyelamatkan kita.

Kerana itu ada riwayat menyebut, bahawa Sayyidina `Ali Karramaallahu


wajhah, sebaik-baik sahaja Nabi Shallallahu „Alaihi Wasallam wafat, maka beliau
itu dilihat orang, sentiasa melebihkan ibadatnya, sentiasa melebihkan
Istighfarnya, sentiasa melebihkan amal taqwanya. Kalau dalam masa hayat Nabi
Shallallahu „Alaihi Wassalam, beliau sembahyang malam hanya 8 rakaat, tetapi
setelah wafat Nabi, ditambahnya sembahyang itu menjadi 12 rakaat. Begitu
juga, kalau biasanya beliau bersedekah 1 dirham, tetapi apabila wafat Nabi,
ditambahnya sedekah itu menjadi 2 dirham. Demikian itulah dengan yang lain-
lain. Bacaan Qur‟annya, Istighfarnya, puasa sunatnya, semua ditambah dan
ditambah.

Ini, menarik perhatian orang ramai, lalu mereka pun bertanya:

ِ ‫ ب ْع َد وفَاةِ رس‬...‫الستِ ْغ َفا ِر‬


ُ‫ول هللا صََّلى اهلل‬ ِْ ‫و‬ ِ ‫ مالَنا نَر َاك قَ ْد ِزدت ِف الْعِباد‬، ‫"َّي عل‬
‫ة‬
َُ َ َ ْ َ ََ َ ْ َ َ َ َ
"‫عَلَِيهِ وَسََّلم؟‬

5
Maksudnya: “Wahai Ali, kami melihat tuan melebihkan ibadat dan Istighfar
setelah wafat Rasulullah Shallallahu „Alaihi Wasallam?”

Menjelaskan Sayyidina Ali:

ِ ِْ ‫ول و‬ ِ ‫اَن ِن ِمن الْع َذ‬


ْ‫ ََل‬، ‫ول‬ ُ ‫ات الهر ُس‬َ ‫ فَلَ هما َم‬.‫ال ْست ْغ َف ُار‬ َ ُ ُ ‫س‬ ‫ر‬‫ه‬ ‫ال‬ : ‫اب‬ َ َ َ ‫ض َم‬ َ ‫"لََق ْد َكا َن لَنَا‬
‫ فَأ َََن أَ ِزيْ ُد ِِف الْعِبَ َاد ِة َح هَّت يَ ْرفَع هللاُ َعنها‬.‫ال ْستِ ْغ َف ُار‬ ِ ‫ضما ٌن و‬
ِْ ‫اح ٌد وُىو‬
َ َ َ ََ ‫صبَ ْح لَنَا إِهَّل‬
ْ َ‫ي‬
".‫الْبَ َلء‬

Maksudnya: “Asalnya kita ini dikuriakan (oleh Allah) dua penjamin untuk
melepaskan kita daripada azab atau bencana (iaitu) Rasulullah dan Istighfar.
Tetapi setelah wafat baginda Rasulullah, maka penjamin itu hanya tinggal satu-
satunya sahaja lagi iaitu Istighfar, kerana itulah saya melebihkan ibadat,
sehingga dengan itu (semoga) Allah mengangkat atau menyelisihkan bala
bencana daripada kita.”

‫الرجِيم‬
َّ ِ‫أَعُوذُ بِاهللِ مِنَ الشَّيِطَان‬
            

.)33 : ‫(األنفال‬

‫ول قَ ْوِل َى َذا َوأَ ْستَ ْغ ِفُر هللاَ الْ َع ِظْي َم ِل َولَ ُك ْم َولِ َسائِِر‬
ُ ُ‫ أَق‬.‫ص َد َق هللاُ الْ َع ِظيم‬ َ
‫استَ ْغ ِفُروهُ فَيَا فَ ْوَز الْ ُم ْستَ ْغ ِف ِريْ َن‬
ْ َ‫ف‬ ِ َ‫ات والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬
‫ات‬ ْ ُ َ َ ْ ْ
ِ ‫الْمسلِ ِمْي والْمسلِم‬
ُ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
ِ
َ ْ ِ‫َوََّي َََا َة التهآئب‬
.‫ْي‬

6
KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
(KEDUA)

ُ‫ اَهلل‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
.‫أَ ْكبَ ُر‬

ِ ِ ِِ ِ ِ ‫ّلِل اله ِذي جعل ِع‬ ِ‫اَ ْْلم ُد ِه‬


ُ‫ َوأَ ْش َه ُد أَ ْن َآلإلَوَ إهَّل هللا‬.‫ْي‬ َ ‫يد الْفطْ ِر فَ ْر َحةً لْل ُم ْسلم‬ َ َ ََ َْ
، ‫ َوأَ ْش َه ُد أَ هن َسيِّ َد ََن ُُمَ هم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُسولُو‬.‫ك َوإِلَْي ِو تُْر َج ُعو َن‬
ُ ‫ لَوُ الْ ُمْل‬، ‫يك لَو‬َ ‫َو ْح َدهُ ََّل َش ِر‬
‫ص ْحبِ ِو‬‫و‬ ‫و‬ِِ‫ صلهى هللا علَي ِو وعلَى آل‬، ‫اْلِْي‬ ِ‫ص‬ ‫ه‬ ‫ال‬ ‫ة‬
َ‫و‬ ‫د‬ْ ُ‫ق‬‫و‬ ‫ْي‬ ِ ‫سيِد الْمرسلِْي وإِمام الْمت‬
‫هق‬
ََ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َّ
‫ فَيَا‬، ‫ أَهما بَ ْع ُد‬.‫ْي َو َسله َم تَ ْسلِ ًيما َكثِ ًريا ِم ْن يَ ْوِمنَا َى َذا إِ ََل يَ ِوم ال ِّدين‬ ِ ِِ
َ ‫َوََتبِعيو َوََتبِ ِع التهابِع‬
.‫ اِته ُقوا هللاَ فَ َق ْد فَ َاز الْ ُمته ُقون‬، ‫ِعبَ َاد هللا‬

‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬، ‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬

Wahai kaum Muslimin,

Merujuk balik riwayat Sayyidina `Ali Karramallahu Wajhah di atas tadi,


nyatalah, bahawa keselamatan kita umat Nabi Muhammad ini, cuma bergantung
bulat-bulat kepada Istighhfar semata-mata, kepada banyak memohon ampun
kepada Allah, kepada banyak berzikir mengingat Allah, kepada banyak
melakukan amal-amal taqwa, bukannya bergantung kepada banyak harta, atau
banyak hiburan, atau banyak berseronok dan gurau senda, bukan! Bahkan
bukan juga bergantung kepada ramainya bilangan kita dan seumpamanya. Ini
semua bukan prasyarat untuk menyelamatkan umat, malah sebaliknya, menjadi
punca atau sebab kepada kebinasaan dan kehinaan.

7
Ini, dibenarkan lagi oleh satu riwayat yang sahih: Di zaman Khalifah
Osman bin „Affan Radhiallahu `Anhu, telah berlaku satu kejadian yang cukup
membanggakan, di mana pada ketika itu umat Islam untuk julung-julung
kalinya memiliki kapal perang. Lalu kapal ini pun bergerak mengharungi lautan
Mediterranean untuk membuka beberapa buah pulau di sekitarnya. Ada 3 buah
pulau yang berjaya dibuka: Pulau Tikrit, Pulau Rodos dan Pulau Kibris. Ini tidak
syak lagi adalah satu kemenangan yang wajar disambut dengan perasaan penuh
bangga dan gembira. Tetapi tanpa disangka-sangka, pada ketika umat Islam
sedang menerima kemenangan ini, sahabat Abdul Rahman bin Jubair telah
terserampak dengan sahabat Abu ad-Darda sedang menangis. Ya, Abu ad-Darda
menangis. Abdul Rahman bertanya: "‫"َأتَبِكِي وَقَدِ َنصَ َرنَا اهلل؟‬ “ Mengapakah
engkau menangis, wahai Abu ad-Darda, sedang Allah telah mengurniakan
kepada kita kemenangan?”

Menjawab Abu ad-Darda: “Ya benar, saya menangis, wahai Abdul


Rahman! Bukankah penduduk 3 buah pulau ini adalah bangsa yang terkenal
sangat kuat lagi gagah? Tetapi setelah mereka itu banyak lalai dan banyak lupa
kepada Allah, maka kita pun ditakdirkan dapat menguasai mereka. Dan inilah
yang saya takutkan yang menyebabkan saya menangis, wahai Abdul Rahman, di
mana nanti setelah lama kita berkuasa, kita juga akan dijangkiti oleh penyakit
lupa, sebagaimana mereka itu lupa. Maka pada ketika itulah, akan tiba pula
giliran kita untuk kehilangan atau dikuasai oleh orang lain.”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Abu ad-Darda bukan bercakap kosong, tetapi kata-katanya adalah benar.


Ya, setelah berlalunya era sahabat ini, umat Islam, bukan sahaja kehilangan 3
buah pulau: Tikrit, Rodos dan Kibris atau Qobros, tetapi kehilangan lebih banyak

8
lagi: Hilang Kaukasus, hilang Ural, hilang As-Sarkhal, hilang Siberia, hilang
Turkestan, hilang Azerbaijan dan paling menyayat lagi, hilangnya Andalus, satu
kawasan yang meliputi Asbania (Sepanyol) dan Portugal, yang dibuka oleh
orang-orang Islam pada tahun 96 Hijrah dan kemudian dirampas oleh musuh
pada tahun 898 Hijrah, bermakna, negeri atau bumi yang pernah bernama
“Bumi Islam” ini sebelum dirampas oleh musuh, adalah ia berada dalam tangan
orang-orang Islam selama 800 tahun lebih. Ya, 800 tahun lebih menjadi milik
orang Islam, tetapi setelah dirampas, bumi ini, Andalus, telah menjadi tanah
perkuburan bagi warga Muslimnya, sehingga tidak lagi ada didapati walau satu
lidahpun yang mengucapkan kalimah "‫"آل إِلَوَ إِهَّل هللا‬. Ya, sampai begitu sekali
malapetaka menimpa umat Islam di bumi Andalus ini.

Apakah gerangan dosa umat Islam di Andalus, sehingga sejarah hitam ini
berlaku? Mari, mari kita mengingat-ingat balik tangisan sahabat Abu ad-Darda
yang menangis kerana takut, takut negeri atau negara yang dibuka dan
diperintah oleh orang Islam akan tergadai atau dirampas oleh orang lain,
manakala orang-orang Islam bersikap lalai dan cuai, ditambah miskin Istighfar,
miskin zikir, miskin amal taqwa, malah sebaliknya kaya dengan main-main,
dengan berfoya-foya dan kaya dengan dosa terhadap Allah, di mana natijahnya,
nikmat kemenangan, nikmat kekuasaan memiliki negeri atau negara itu akan
ditarik balik atau ditukar menjadi malapetaka sebagaimana berlaku kepada umat
Islam di Andalus dan bumi Andalus sendiri. Ini tidak diragukan lagi adalah satu
pengajaran yang amat berharga untuk direnungkan.

‫ان الهرِجيم‬ ِ
ِ َ‫هلل ِمن الشهيط‬
ْ َ ‫أَعُو َذ ِِب‬
             

)85 :‫(الفرقان‬
9
‫ات ْاألَ ْحيَ ِاء ِمْن ُه ْم‬
‫ات والْم ْؤِمنِْي والْم ْؤِمنَ ِ‬
‫َ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ ُ‬
‫اَللهه هم ا ْغ ِفر لِْلمسلِ ِمْي والْمسلِم ِ‬
‫ْ ُْ َ َ َُْ‬ ‫ُ‬
‫الص هح َة وال هسلَمةَ لِْلواثِ ِق ِِب هِ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬
‫ّلِل‬ ‫يق َوالْعنَايَةَ َو ّ َ َ َ‬ ‫َو ْاألَ ْم َوات‪ .‬اَلله ُه هم أَدم الْ َع ْو َن َوا ْْل َدايَةَ َوالته ْوف َ‬
‫كباوه دول يغمها مليا فادك سري بضندا سلطان حاج حسن البلقية معز الدين‬
‫والدولة إبن املرحوم سلطان حاج عمر عل سيف الدين سعد اخلري والدين‪ ،‬سلطان‬
‫ال هللاُ عُ ْمَرهُ َو َخله َد ُمْل َكوُ‪.‬‬
‫دان يغدفرتوان نضارا بروين دارالسلم‪ ،‬أَطَ َ‬

‫ِ‬ ‫اَللهه هم أ َِدِم ال هشرع ال هش ِريف لَو ولِوزرآئِِو وِرج ِال ح ُك ِ ِ‬


‫ومتو َسبِيلً هومْن َه ً‬
‫اجا هو ْارُزقْ ُه ُم‬ ‫َ ُ َ َُ َ َ َ ُ َ‬ ‫َْ‬ ‫ُ‬
‫ِ‬ ‫الته وفِ ِ‬
‫اجا‪.‬‬
‫اجا هوهى ً‬ ‫يق ل ُك ِّل َخ ٍْري هو ْ‬
‫اج َعْل ُه ْم سَر ً‬ ‫ْ َ‬

‫ْي‪ .‬اَلله ُه هم‬ ‫اَللهه هم اح َفظْو ِِف نَ ْف ِس ِو وأَىلِ ِو وأَوَّلَ ِد ِه وإِخوتِِو وأَخواتِِو ور ِعيهتِ ِو أ ْ ِ‬
‫َْجَع َ‬ ‫َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ََ‬ ‫ُ ْ ُ‬
‫ِ ِ ِِ‬ ‫ِ ِِ ِ‬ ‫ك ال ه ِ ِ‬
‫صًرا‬ ‫نصْرهُ ِِف ُك ِّل ج َهاده ل ِل ْسلَِم َوالْبِلَد َوَرعيهتو نَ ْ‬ ‫ص َم َدانيهة َواْ ُ‬ ‫اح َفظْوُ ِِب ْف ِظ ِوقَايَتِ َ‬ ‫ْ‬
‫ِ‬
‫ك َر ْحَةً هوَىيِّ ْئ‬ ‫اج َع ِل اْ ِل ْسلَ َم بِ َسبَبِ ِو َكل َمةً عُْليًا‪َ .‬ربهنَا ءَاتِنَا ِم ْن لَ ُدنْ َ‬
‫َع ِز ًيزا‪َ ،‬وأَيِّ ْدهُ َتْيِْي ًدا‪َ ،‬و ْ‬
‫ْي‪  .‬‬ ‫لَناَ ِمن أَم ِرََن ر َش ًدا‪ .‬ربهنَا افْ تَح ب ي نَ نَا وب ْي قَوِمنَا ِِب ْْل ِق وأَنْت خي ر اْل َف ِِ‬
‫ات‬
‫َ‬ ‫َ ّ َ َ َُْ‬ ‫ْ َْ َ َ ْ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ ْ َ‬
‫‪َ ،           ‬وأ َْد ِخْل ِن‬
‫اطَرََن‬ ‫صلِ ِحْي‪ .‬اَللهه هم أَصلِح لَنَا ضمائِرََن ونَِزه ع ِن الته علُّ ِق ب غَ ِري َك خو ِ‬ ‫ه‬ ‫ال‬ ‫ك‬ ‫َ‬ ‫ب ر ْحتِك ِِف عب ِ‬
‫اد‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ّ‬ ‫َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ ََ‬
‫ب‬ ‫ات‪ .‬آمْي ََّي َر ه‬ ‫ات والْم ْؤِمنِْي والْم ْؤِمنَ ِ‬ ‫وا ْغ ِفرلنَاَ ولِوالِ ِدينَا و ِل ِمي ِع الْمسلِ ِمْي والْمسلِم ِ‬
‫َ ُ‬ ‫َ‬ ‫ََْ ُْ َ َ َُْ َ ُ‬ ‫َ ْ ََ‬
‫اْلم ُد ِهّلِل ر ِّ‬ ‫ص ُفو َن وسلَم علَى الْمرسلِ‬ ‫ك ر ِب الْعِهزِة ع هما ي ِ‬ ‫ِ‬
‫ب‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫و‬ ‫ْي‬
‫َ َ ٌ َ ُ َ َ َ َْ‬ ‫َ َ‬ ‫ْي‪ُ .‬سْب َحا َن َربِّ َ َ ّ‬ ‫الْ َعالَم ْ َ‬
‫ْي‪.‬‬ ‫ِ‬
‫الْ َعالَم َ‬

‫‪10‬‬

Anda mungkin juga menyukai