Anda di halaman 1dari 6

UJIAN BULANAN MEI

TAHUN 2023
BAHASA MELAYU 3
( I JAM 10 MINIT)

NAMA:__________________ KELAS: _________________MARKAH:____________


___________________________________________________________________________

BAHAGIAN A
[ 10 MARKAH ]

Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pisau yang________ itu telah diasah oleh ibu saya semalam.

A bisa
B licin
C kasar
D tumpul

2 Siti Zaleha menangis______ apabila mendapat berita itu.

A teresak-esak
B teragak-agak
C terhincut-hincut
D tersengguk-sengguk

3 Aminah_______ kain yang telah dilipat oleh ibunya ke dalam almari.

A meletak
B menayang
C menyimpan
D memunggah

4 Pertandingan esei itu______ diadakan mencungkil bakat murid dalam bidang penulisan.

A untuk
B hingga
C daripada
D sehingga

5 Puan Fatin terpaksa kerja kerana perlu mengikut suaminya ke luar negara.

A beralih
B berhenti
C bertahan
D berpindah
6 murid perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

A Setiap
B Seluruh
C Setengah
D Sebahagian

7 “Hamba telah membawa seorang tabib untuk mengubati Sultan Ahmad yang ,” kata
Bendahara.

A gering
B santai
C santap
D semayam

Soalan 8 hingga 10
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Tanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah teknologi cucuk tanam yang
menggunakan air, nutrien dan oksigen.

Kelebihan tanaman ini adalah boleh dilakukan secara kecil-kecilan di rumah ataupun
secara besar-besaran untuk tujuan komersial. Selain itu, tanaman hidroponik juga dapat
menjimatkan air kerana kaedah tanaman ini hanya menggunakan 1/20 jumlah air berbanding
dengan tanaman biasa.

Selain itu, tanaman hidroponik juga mengurangkan gas karbon dioksida kerana tanaman
ini tidak memerlukan penggunaan kenderaan atau mesin. Seterusnya, tanaman ini tidak
merosakkan tanah kerana tidak menggunakan tanah dan juga tidak memerlukan tempat yang
luas.

Di samping itu, tenaga juga dapat dijimatkan kerana kita tidak perlu menyiram air
setiap hari. Pertumbuhan tanaman juga akan berlaku lebih cepat dan kualiti hasil tanaman
dapat dijaga dengan baik.

8 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A Tanaman hidroponik ditanam mengikut musim.


B Hidroponik tidak digalakkan ditanam secara besar-besaran.
C Tanaman ini memerlukan penggunaan kenderaan atau mesin.
D Hidroponik merupakan satu kaedah teknologi cucuk tanam yang menggunakan air, nutrien
dan oksigen.
9 Mengapakah tanaman hidroponik juga dikatakan tanaman yang jimat air?

A Tanaman hidroponik memerlukan hanya 1/20 air berbanding dengan tanaman biasa
B Tanaman hidroponik ditanam dalam tempat yang bertakung
C Tanaman hidroponik tidak memerlukan air untuk hidup
D Tanaman hidroponik memerlukan hanya 5/20 air daripada tanaman biasa

10 Maksud rangkai kata nutrien dalam petikan ialah

A zat udara.
B zat oksigen.
C zat minuman.
D zat makanan
BAHAGIAN A TAMAT
________________________________________________________________

BAHAGIAN B
[ 24 MARKAH ]

Soalan 11
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

batu loncatan bulat hati tawar hati telinga lintah

(i) Haf izi berasa________________ untuk terus bekerja di syarikat itu kerana majikannya
tidak bertimbang rasa.

(ii) Amanda Farhana__________________ untuk menyambung kerjayanya dalam bidang


perubatan.
[2 markah]

Soalan 12
Pilih dan tandakan ✓ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

(i) “Jangan bermain di tepi sungai itu,” kata Puan Munirah kepada anaknya.

Puan Munirah melarang anaknya bermain di tepi sungai itu.

Mereka tidak dibenarkan bermain di tepi sungai oleh Puan Munirah.


(ii) “Saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana demam panas,” kata Nabil kepada
Nana.

Nabil memberitahu Nana bahawa dia tidak hadir ke sekolah semalam


kerana demam panas.
Nabil tidak hadir semalam kerana dia tidak sihat dan demam panas.

[4 markah]
Soalan 13 Hingga 16
Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang betul.

dikongsi menerima dilahirkan ceria girang

Daripada: azman@gmail.com Kepada: daren@gmail.com


Perkara: Adik Baharu
Saudara Daren, Saya ada berita gembira untuk 13 _________________ bersama. Pada hari

Isnin, pukul 7.30 pagi, kami telah 14 _________________ seorang ahli baharu dalam keluarga.

Adik bongsu saya seberat tiga kilogram telah selamat dilahirkan. Adik saya telah dilahirkan di

Hospital Ampang Puteri. Ibu menamakan adik Puteri Emilia. Kami sekeluarga berasa

15 _______________ menerima kehadiran adik Hidup kami bartambah 16 _____________

dengan kehadiran ahli baharu dalam keluarga. Sampai di sini dahulu. Semoga berjumpa lagi.

[4 markah]
Soalan 17
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan di padang sekolah.
Contoh: berlari

(i)_________________________

(ii)________________________
[2 markah]

(b) Pada pendapat anda,apakah kebaikan bersukan kepada manusia.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 13 hingga 14
Baca petikan. Kemudian, isi maklumat dalam peta pelbagai alir.

13 Bagaimanakah fonomena ini berlaku ?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
[2 markah]

14 Keadaan yang jerebu mengakibatkan penyakit apa ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 15
Baca surat kiriman di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Zakiah binti Anas,


21, Kampung Asam Jawa,
Pendang,
06700 Kedah.

16 Jun 2019.

Menemui Kakanda Norlia yang berada di Seremban. Semoga kakanda sentiasa sihat dan
gembira di samping keluarga tercinta. Kami di kampung amat merindui kakanda. Bagaimana
dengan pekerjaan kakanda yang baharu? Adinda berharap agar kakanda dapat menyesuaikan
diri di tempat tersebut.

Kakanda,
Di kampung kita, musim durian baru sahaja bermula. Oleh itu, adinda dan Faridah
akan pergi ke rumah kakanda pada cuti sekolah minggu depan untuk menghantar buah
durian. Adinda berharap agar kakanda tidak pergi ke mana-mana pada musim cuti sekolah
nanti. Adinda juga berharap agar kakanda tidak keberatan untuk menunggu kami di
perhentian teksi.

Akhir kata, sambutlah salam kasih mesra daripada adinda dan seisi keluarga di
kampung. Sekian, terima kasih.

Adindamu
Zakiah

(a) Zakiah dan Faridah akan pergi ke Seremban dengan menaiki ______________
[1 markah ]

(b)Nyatakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.

Zakiah dan Fatimah akan bercuti ke Kedah.


Norlia menunggu adiknya di perhentian teksi.
Tujuan Zakiah menulis surat adalah untuk bertanya khabar.

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat menjalinkan hubungan yang erat dan
mesra dengan saudara-mara?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai