Anda di halaman 1dari 1

NAMA SEKOLAH : SMK PUTRAJAYA PRESINT 18 (1) KOD SEK : WEA 2009

ZARINA BINTI ADNAIN


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Motivasi


Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
4. Tarikh Pembacaan 4.2.2024 5. Masa:11.00 pagi

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana
anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata
“Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan
faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ZARINA BINTI ADNAIN) ( )

Anda mungkin juga menyukai