Anda di halaman 1dari 1

Dapatan dari Program Stairway To Heaven

1. Tidak ada yang berkekalan


Walaupun sehebat mana pun planning kita untuk masa depan, tiada sesiapa pun dapat
memastikan ia akan terjadi seperti yang kita inginkan. Kerana kita hanya merancang tetapi
Allah yang menentukan.

2. Tiada yang tahu akan masa depan

Seluas mana pun kita berfikir untuk masa hadapan, sejauh mana pun kita kaji kita tak
akan dapat tahu apa yang akan terjadi dan apa yang akan dihadapi, mungkin sekarang kita
mempunyai semuanya, tapi boleh Sahaja semua perkara akan lesap sekelip mata. Jadi
bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

3. Orang sekeliling tidak dapat membantu

Sekiranya masalah itu ada pada kita, kitalah yang perlu berusaha menyelesaikannya, tidak
mengapa meminta tolong tetapi jangan terlalu bergantung.

4. Redha dengan ujian

Dari tuan Ahmad Jalil, pesakit mental hasil dari tekanan melampau dan ahli terlama Rumah
Penjagaan Damai “masalah akan tetap selesai mengikut waktu” Cuma macam mana kita
menerimanya lah yang menjadi penunjuk arah untuk kehidupan yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai