Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : PTJT 200 - 4/2/2 (2)


Tarikh :13 Rejab 1445H
25 Januari 2024

Ke Majlis,

YBrs. Wan Roslan Bin Wan Ismail


Pengarah
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 18,
Wisma Hasil,
Jalan Sultanah Zainab,
15600 KOTA BHARU
KELANTAN

Tuan,

LAWATAN MUHIBAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA KE PEJABAT


TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Tuan bertarikh 14 Januari
2023 (No. Ruj : LHDN.KLN.100-16/1/9) mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat ini tiada halangan dan mengalukan pihak
Tuan bagi Lawatan Muhibah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ke Pejabat Tanah dan
Jajahan Tumpat pada 29 Januari 2024 (Isnin) jam 3.30 petang bagi tujuan tanda
penghargaan HASIL kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat sepanjang menjalankan
tugas sebagai Timbalan Pemungut Duti Setem (TPDS) dan perkhidmatan yang diberikan
dalam urusan Duti Setem.

3. Kesudian pihak Tuan akan perkara tersebut diatas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ISLAM MEMIMPIN, RAJA MENAUNGI, NEGERI BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD RASIMI BIN ISMAIL)


Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah dan Pelupusan)
b.p. KETUA JAJAHAN TUMPAT

s.k. 1. YABrs. Ketua Jajahan Tumpat

Anda mungkin juga menyukai