Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT BAKTI


BADAN PENGAWAS
SMK MAJIDI BARU 2

Kepada
50 ORANG PENGAWAS
SMK MAJIDI BARU 2

Tempat
HOTEL SERI MALAYSIA,JOHOR BAHRU

Pada

03 FEBRUARI 2024

1.0 PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Pengawas Sekolah SMK
Majidi Baru 2 yang menjadi program tahunan.Program ini melibatkan semua pengawas dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Program ini disertai seramai 50 orang murid sahaja bagi meraikan
tugas yang telah dijalankan sepanjang tahun dan terutama pengawas tingkatan 5 yang bakal
menghadapi SPM dan meninggalkan sekolah.Oleh demikian,program ini khususnya dirancang
untuk meningkatkan kemahiran,pengetahuan dan menambah pengalaman dan seterusnya,dapat
melatih pengawas-pengawas tingkatan 4 untuk menjalankan sesuatu program.

Program ini dirancang untuk memberi Anugerah Khidmat Bakti sepanjang 5 tahun di SMK Majidi
Baru 2 dan ia juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman
sesama tenaga pengajar dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi tahap pengurusan
mereka.Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi pengiktirafan kepada pengawas yang terpilih.
2.2 Mengembangkan potensi pengawas dari aspek kepimpinan,keyakinan diri dan
bertanggungjawab.
2.3 Menjadi contoh kepada semua murid.
2.4 Mengeratkan hubungan antara Pengawas Sekolah dan Guru.

3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
TARIKH : 3 FEBRUARI 2024 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA JOHOR BAHRU
4.0 SASARAN
50 orang pengawas SMK Majidi Baru 2

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi pengurusan disiplin
pelajar.
5.2 Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan atur
cara yang pelbagai.
5.3 Memupuk emosi murid agar berazam ingin maju,keinginan bersaing secara sihat menuju
kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.

6.0 JAWATANKUASA
PENGERUSI :EN.KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN (PENGETUA)
TIMB.PENGERUSI :PN.KHALIZA BINTI ARBAA (GPK HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI :-EN.MAHPUZ BIN TEH(GPK PENTADBIRAN)
PN.AZIZAN BINTI ABDUL RAHMAN(GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS INDUK :EN.MUHAMMAD SYAKIR BIN SABARUDIN (KETUA)


PN.NUR EMARINA BINTI OTHMAN (PENOLONG)

SETIAUSAHA :PN.NOR HAIRANI BINTI ABU HANIPAH


BENDAHARI :PN.LIM LEE WEN

AHLI JAWATANKUASA -PELAJAR-

AHLI JAWATANKUASA TUGASAN


 Merancang fornat dan konsep majlis.
 Mengurus atur cara majlis.
 Memberikan taklimat dan penerangan tentang
peraturan dan perjalanan majlis.
PENYELARAS  Memberikan penerangan berkaitan tugasan
1. MUHAMMAD SHAHRUL RIZAL (4 setiap jawatankuasa.
SAINS)  Memastikan semua AJK bertugas mengikut
2. MUHAMMAD ZAIM ZULFAQAR (4 senarai tugas sebelum,semasa dan selepas majlis
SAINS) bermula daripada perancangan,pelaksanaan dan
3. MOHAMAD SYAHIN (4 SLDN) post mortem majlis.
 Menyediakan atur cara pentadbiran.

 Menyediakan kertas kerja majlis.


SETIAUSAHA  Menyediakan surat jemputan kepada perasmi
NURHAFIZAH BINTI HAIRUZA (4 SAINS) dan murid serta memastikan kehadiran atau
maklum balas.
 Menguruskan surat menyurat lain yang
berkaitan.
BENDAHARI
BATRISYA SHAFFIYA (4 SAINS)  Menguruskan kewangan berkaitan majlis.

SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS


PENGACARA MAJLIS  Berhubung dengan Penyelaras Majlis untuk
1. SITI SUMAYYAH (2 AMETIS) memastikan atur cara yang terkini
2. QAYRIESHA NURSUCI BINTI  Menyediakan teks pengacara majlis
HISHAM (1 AMBAR)  Mengacarakan majlis
PEMBACA DOA
MUHAMMAD IMAN IKHWAN (4 SAINS)  Menyediakan teks doa yang sesuai.
 Membaca doa pembuka majlis
TEKS UCAPAN  Membuat teks ucapan Pengetua
1. NURHAFIZAH BINTI HAIRUZA  Membuat teks ucapan Guru Badan Pengawas
2. BATRISYA SHAFFIYA (Cikgu Syakir)
 Membuat teks ucapan Ketua Pengawas
PENYAMBUT TETAMU DAN VIP
MOHAMAD SYAHIN (4 SLDN)  Menyambut tetamu dan VIP yang hadir.

 Menyediakan meja pendaftaran yang


mencukupi.
 Menyediakn meja dan alas meja untuk
pendaftaran.
 Mengambil kedatangan guru,VIP dan pelajar.
PENDAFTARAN  Memastikan VIP menandatangani buku pelawat
NURHAFIZAH BINTI HAIRUZA (4 SAINS) buku.
 Menyerahkan senarai kehadiran kepada AJK
Dokumentasi.

Bekerjasama dengan AJK Sambutan dan AJK Buku


Atur Cara bagi mengedarkan Buku Atur Cara.
PENGANGKUTAN  Memastikan tetamu yang hadir menempatkan
MUHAMAD AFFI IRFAN BIN MUHD kenderaan di tempat yang sepatutnya.
FIZZUDDIN
PENYEDIA SENARAI NAMA  Menyediakan senarai nama murid yang
PENERIMA ANUGERAH menerima hadiah.
PN.NUR EMARINA BINTI OTHMAN  Menyediakan senarai lengkap penerima hadiah
berserta No.Kad Pengenalan untuk AJK Buku
Atur Cara dan AJK Sijil & Hadiah.
 Berhubung dengan AJK Penyedia Senarai Nama
Penerima Anugerah untuk mendapatkan
senarai nama penerima berserta No.Kad
Pengenalan.
PENYEDIA SIJIL DAN HADIAH  Menyediakan sijil dan hadiah kepada penerima
PENERIMA ANUGERAH anugerah.
AFIQAH BALQIS BINTI AZRIKHAIRANEY  Menyediakan dulang dan alas dulang untuk
(4 SRT) majlis penyampaian sijil dan hadiah.
 Menyediakan sijil dan hadiah kepada penerima
di pentas.
 Berhubung dengan AJK Penyedia Senarai Nama
Penerima Anugerah.
PENGURUS PENERIMA  Memastikan kehadiran semua penerima hadiah
ANUGERAH atau wakilnya.
AFIQAH BALQIS BINTI AZRI KHAIRANEY  Menyusun atur kedudukan penerima hadiah.
(4 SRT)  Memastikan semua penerima anugerah
bersedia mengikut giliran.
 Memastikan kebajikan penerima hadiah.
 Mengumpul maklumat untuk buku atur cara.
 Memastikan semua isi kandungan buku
aturcara yang lengkap.
BUKU ATUR CARA/PROGRAM
 Membuat draf dan menyerahkan kepada
MUHAMMAD ALIFF HASSAN (4 PA)
Penyelaras Program untuk disemak.
 Mencetak Buku Atur Cara yang telah disemak.
 Membantu AJK Sambutan dengan AJK
Pendaftaran mengedarkan Buku Atur Cara
semasa hari majlis.
TEKNIKAL DAN SIARAYA  Memastikan peralatan teknikal yang diperlukan
1. M.AFFIQ DEENIEL (3 AMETIS) adalah lengkap dan berfungsi sebelum dan
2. MOHAMAD SYAZWAN DANISH (3 pada hari majlis berlangsung.
DELIMA)  Memastikan peralatan PA system berfungsi
dengan baik sepanjang majlis berlangsung.
 Memastikan peralatan PA system disimpan
semula selepas berlangsungnya majlis.
DISIPLIN DAN KEBERSIHAN  Memastikan keadaan di tempat majlis
NUR KHAIRUNNISA AQILAH (4 SAINS) berlangsung sentiasa dalam keadaan yang
bersih dan teratur.
 Menyediakan plastik hitam yang mencukupi.
DOKUMENTASI & FOTOGRAFI  Mengumpul dan menyediakan bahan
1. MUHAMMAD ALIFF HASSAN (4 PA) dokumentasi yang lengkap.
2. MUHAMMAD ZAIM ZULFAQAR (4  Menyediakan dokumentasi untuk simpanan
SAINS) unit dokumentasi Lembaga Pengawas Sekolah
dan Guru Pengawas.
 Menghantar dokumentasi selewat-lewatnya
dua minggu selepas majlis kepada Guru
Pengawas.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 SUMBER KEWANGAN
Bil Sumber Kewangan RM
1 YURAN PELAJAR RM60 x 50 = RM3000
2 PIBG RM300
3 SUMBANGAN PENGAWAS RM300
4 SUMBANGAN GURU RM60 x 15 = RM900
JUMLAH (RM) RM4500.00

7.2 PERBELANJAAN
BIL JENIS PERBELANJAAN KUANTITI ANGGARAN JUMLAH (RM)
HARGA SEUNIT
(RM)
1. CENDERAMATA ANUGERAH 10 ORANG RM30.00 RM300.00
10 KATEGORI
2. GOODIES 65 ORANG RM14.02 RM911.30
3. HADIAH PN.AMMANI 1 ORANG RM30.00 RM30.00
4. CABUTAN BERTUAH 10 ORANG RM30.37 RM303.70
5. BANNER 1 UNIT (5 KAKI x RM30.00 RM30.00
6 KAKI)
6. JAMUAN 65 ORANG RM45.00 RM2925.00
JUMLAH (RM) RM4500.00

8.0 CADANGAN ATUR CARA MAJLIS


MASA AKTIVITI
8.30 PETANG - 9.00 PAGI Pendaftaran VIP,guru dan pengawas
9.00 PETANG - 9.15 PAGI Ketibaan masuk VIP
9.15 PETANG - 10.05 PAGI Pengumuman pengacara
Bacaan doa
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Johor
Lagu Sekolah
Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan Wakil Guru Badan Pengawas
Ucapan Pn.Ammani a/p Jeya Pirathaba
Ucapan Pengetua (Perasmi)
10.05 PAGI - 11.00 PAGI Jamuan
-Penyampaian sijjl penghargaan
-Penyampaian anugerah Pengawas
-Cabutan bertuah
11.00 PAGI - 11.30 PAGI Sesi bergambar
12.00 TENGAH HARI Majlis bersurai

10.0 PENUTUP
Majlis Anugerah Khidmat Bakti ini diharapkan akan berjaya dilaksanakan dengan
sempurna.Semoga segala usaha murni oleh pihak sekolah ini akan mendapat kerjasama dan
sokongan sepenuhnya daripada semua pihak agar matlamat serta objektif yang disasarkan akan
tercapai.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURHAFIZAH BINTI HAIRUZA) (MUHAMMAD SYAKIR BIN SABARUDIN)


Setiausaha Penyelaras Induk
Majlis Anugerah Khidmat Bakti Majlis Anugerah Khidmat Bakti
SMK Majidi Baru 2,Johor. SMK Majidi Baru 2,Johor

ULASAN :

Diluluskan / Tidak diluluskan

(KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN)


Pengetua,
SMK Majidi Baru 2,
Johor

Anda mungkin juga menyukai