Anda di halaman 1dari 4

UM.

P/606/SMKaunseling
16 November 2023

KATA ALUAN KETUA JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN & KAUNSELING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kepada pelajar tahun akhir yang dikasihi sekalian,

Tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya menyempurnakan kesemua kursus di kampus. Kini, anda
semua akan merasai pengalaman sebenar untuk menjadi seorang kaunselor yang profesional dan
cekap. Meskipun tempoh Latihan Professional (internship) adalah sangat singkat, saya percaya anda
semua akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan kaunseling
masing-masing, membina identiti profesional serta mencari ilmu dan kemahiran yang baharu di
institusi atau organisasi yang dipilih. Jangan segan silu untuk bertanya dan timbalah seberapa banyak
pengalaman untuk memantapkan diri secara peribadi dan profesional sebelum memasuki alam
pekerjaan yang serba mencabar kelak.

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya.

DR. AZMAWATY MOHAMAD NOR, Ph.D


Ketua
Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel : 03-79675038/5009
Email : ketua_eduppk@um.edu.my
azy_mn@um.edu.my

PERKAMA International Lifetime Member (ASH00566)


Registered Counsellor with Board of Counsellors (KB03794 PA04886)
UM.P/606/SMKaunseling
16 November 2023

KATA ALUAN PENYELARAS LATIHAN PROFESIONAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan menyempurnakan semua kursus Sarjana Muda Kaunseling yang
ditetapkan untuk melayakkan diri ke kursus terakhir iaitu PIA4010 - Latihan Professional (Internship)
Kaunseling. Latihan Professional Kaunseling ini merupakan komponen terpenting yang diperlukan
bagi memperakukan kelayakan anda untuk bergelar kaunselor berdaftar di bawah Lembaga
Kaunselor Malaysia .

Sepanjang menjalani Latihan Professional Kaunseling sebagai Kaunselor Pelatih dari Universiti
Malaya, anda diharapkan akan sentiasa menjaga nama baik Program Kaunseling khasnya dan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya amnya. Anda perlulah berperanan sebagai bakal-bakal kaunselor yang
professional dan beretika dalam menjalankan tugas di organisasi tersebut. Diharapkan anda akan
memanfaatkan segala ilmu dan praktis yang telah anda perolehi sepanjang tempoh pengajian untuk
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan semasa mengendalikan klien serta menyumbang
secara positif kepada organisasi yang terbabit.

Saya dan para pensyarah Program Sarjana Muda Kaunseling mengucapkan selamat maju jaya dan
semoga pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Professional Kaunseling ini membentuk
peribadi anda sebagai seorang kaunselor professional yang berpotensi besar dalam bidang
kaunseling di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

DR. AHMAD SHAMSURI MUHAMAD


Penyelaras
Kursus PIA4010 – Latihan Profesional (Internship)

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel: +603 7967 5126
Email: shamsuri.muhamad@um.edu.my
UM.P/606/SMKaunseling
16 November 2023

KATA ALUAN PENYELARAS PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pelajar kaunselor pelatih sekalian,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah berjaya sampai ke peringkat ini. Anda akan
menjalankan Latihan Professional (internship) di setiap organisasi yang anda pilih dan ini merupakan
langkah yang amat signifikan untuk menjadi seorang kaunselor professional suatu hari nanti.
Diharapkan anda akan mengaplikasikan semua pengetahuan yang telah anda perolehi dari program
Sarjana Muda Kaunseling di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya ini dengan sebaik-baiknya. Kursus
internship ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda meningkatkan kecekapan serta
membuktikan kemampuan anda sebagai seorang bakal kaunselor yang berwibawa disamping
menyumbang kepada organisasi internship anda.

Saya yakin segala usaha yang anda jalankan dalam menjayakan internship ini akan membuahkan hasil
yang membanggakan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian

DR. NORSAFATUL AZNIN A.RAZAK


Penyelaras
Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling

Senior Lecturer
Department of Educational Psychology & Counselling
Faculty of Education, University of Malaya
Tel: +603 7967 3895
Email: safatul@um.edu.my
CARTA ALIR PENEMPATAN
PIA4010 - LATIHAN PROFESIONAL (INTERNSHIP)

AKTIVITI

MULA
Taklimat dari Penyelaras Latihan
(Maklumat diedarkan) Tindakan : Penyelaras LP

Pelajar meninjau tempat Latihan Profesional


Tindakan : Pelajar
yang sesuai secara berpasangan (2 orang shj.)

Semakan Penyempurnaan Kursus

Ya Tidak

Kelulusan tempat Penangguhan Latihan


dari Universiti Profesional ke
semester seterusnya

Permohonan Rasmi ke
Organisasi yang diluluskan
(Rujukan : Surat
Permohonan)

Lulus Melalui Surat Rasmi Tidak diluluskan

Agihan Penempatan disahkan


(Borang Agihan)

Perlantikan Penyelia Akademik


dan Penyelia Lapang
(Contoh Surat Pelantikan

Pelajar Melaporkan Diri di Tempat Seminar Refleksi :


Memaparkan Maklumat Tempoh LP Pengalaman Internship
Latihan Profesional Masing-Masing
Penempatan dan Penyelia berlangsung Tentatif :
(Melalui Telefon : Disusuli Dengan
dalam Spectrum (15 minggu) akan dimaklumkan
Upload Surat Dalam Spectrum)
kemudian

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai