Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Program Kem Murid Soleh dan Haraki 2.0 ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran
betapa pentingnya adab dan akhlak dalam membina jati diri sebagai seorang huffaz yang cemerlang.
Program ini juga merupakan satu usaha untuk melatih murid-murid agar sentiasa berpegang teguh
dalam mengamalkan asas aqidah dan akhlak islamiah yang sebenar. Ini amat penting untuk generasi
masa kini bagi meningkatkan jati diri sebagai seorang muslim sejati dalam mengharungi cabaran di
dalam kehidupan pada masa hadapan.

MATLAMAT

 Melahirkan generasi huffaz yang soleh, cemerlang akademik seiring dengan sahsiah diri
selari dengan visi sekolah.
 Membentuk keperibadian akhlak mulia di kalangan murid selaras keperibadian Rasulullah
S.A.W sebagai USWAH HASANAH.
 Mengukuhkan dan memantapkan kefahaman Al-Quran samaada membaca, menghafaz atau
menghayati Al-Quran dalam kalangan murid.

OBJEKTIF

 Melahirkan murid-murid yang berakhlak, bertakwa dan beramal soleh.


 Memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk sentiasa membaca, menghafaz dan
menghayati Al-Quran.
 Menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan dan contoh tauladan yang terbaik dalam
mengharungi kehidupan seharian.
 Membentuk murid-murid agar mempunyai pegangan islam yang kuat dan kukuh.

PENGLIBATAN

Semua murid Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Muqamah

TARIKH

5 Februari hingga 8 Februari 2024

TEMPAT

Kompleks Darul Muqamah

TEMA

Generasi Huffaz Cemerlang Dunia Gemilang Akhirat


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1 Semua guru  Merangka dan menyediakan slot pengisian


dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
 Memantau dan memastikan pelaksanaan
slot pengisian dan LDK dijalankan dengan
lancar.
 Mengambil gambar aktiviti yang dijalankan
semasa program.
 Memberi bantuan kepada guru bertugas
bagi memastikan program berjalan lancar.

2 Disiplin  Mengambil kehadiran peserta untuk setiap


aktiviti yang dijalankan.
 Menyediakan peraturan program dan
memberikan taklimat disiplin kepada
peserta.
 Memastikan ketetapan masa agar program
berjalan seperti yang dijadualkan.

PENGISIAN DAN KERJA KUMPULAN

HARI TAJUK SLOT / LDK PENGISIAN OLEH

- KENALI NAMA-NAMA ALLAH S.W.T.


(ASMAUL HUSNA) MURABBIAH NADIA
ISNIN - BUKU SKRAP KREATIF (SUSUNAN
NAMA-NAMA ALLAH YANG MULIA)

- PENGUKUHAN BIAH SOLEH/HAH MURABBIAH FATIMAH


DALAM DIRI

- SEGI EMPAT BER’V’SI MURABBIAH AKMAL


SELASA

- JEJAK DAN MENGUASAI JAWI


- MENYAMBUNG AYAT YANG DIBERI MURABBIAH ZAKIAH
DAN GABUNGKAN MENJADI CERITA

RABU - KECEMERLANGAN MURID ISLAM MUDIR SYAHZAZ EZWAN


TENTATIF PROGRAM
KEM GENERASI HUFFAZ SRII DARUL MUQAMAH

MASA AKTIVITI
7 JANUARI 2024 (RABU)

5.00 - 5.30 petang Persiapan diri

5.30 – 6.30 petang Kawad kaki

6.30 – 7.00 petang Makan malam

7.00 – 8.00 malam - Solat Maghrib berjemaah


- Kuliah Maghrib

8.33 – 9.00 malam - Solat Isyak berjemaah


- Kuliah Isyak

9.00 – 10.30 malam LDK (Team Building)

10.30 – 11.00 malam Minum malam

11.00 malam Tidur

8 JANUARI 2024 (KHAMIS)

5.00 – 6.15 pagi -Bangun dan persiapan diri


-Qiamullail

6.15 – 6.30 pagi Solat Subuh berjemaah

6.30 – 7.30 pagi -Kuliah Subuh


-Majlis penutup

7.30 – 8.15 pagi Persiapan diri

8.15 – 9.00 pagi Sarapan pagi

9.00 – 12.00 tengah hari Program Anugerah Cemerlang


ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KOS


1 Nasi Ayam Sekolah
2 Minum Malam Duit kelas
Rm 150 x 5 kelas

=Rm 750

3 Nasi Lemak Rm 1.00 x 150 peserta

= Rm 150.00

PENUTUP

Diharapkan agar Kem Generasi Huffaz 2024 ini dapat memberikan satu dimensi baru dalam
pembinaan sikap murid-murid untuk lebih berakhlak mulia dalam mencapai kecemerlangan sebagai
seorang huffaz yang berjaya dunia dan akhirat. Selain itu, diharapkan juga dapat menambah dan
mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid tentang ajaran agama islam yang sebenar serta menjadi
satu dorongan dan motivasi dalam meningkatkan keyakinan diri. Semoga penglibatan semua pihak
dalam menjayakan program ini dinilai oleh ALLAH S.W.T sebagai suatu amal jariah. Akhir kata,
semoga program yang akan dijalankan akan memperoleh keberkatan daripada ALLAH S.W.T.
WALLAHU A’LAM.
KERTAS KERJA
KEM MURID SOLEH DAN HARAKI 2.0 (1444H-1445H)

TARIKH :

5 FEBRUARI HINGGA 8 FEBRUARI 2024

TEMPAT :

KOMPLEKS DARUL MUQAMAH

ANJURAN BERSAMA :

PIHAK PENGURUSAN DAN GURU

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI DARUL MUQAMAH

Anda mungkin juga menyukai