Anda di halaman 1dari 2

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA

SUBJEK:
PENGURUSAN SUKAN DAN PERMAINAN

KOD:
DEG 2012

TUGASAN INDIVIDU:
REFLEKSI SUKANEKA

NAMA PENSYARAH:
PN HAJAH MADZNAH BINTI HASSAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI HAWA BINTI ABDUL RAHIM (960416-10-5366)
DPA(KDC)202210(26)007
REFLEKSI SUKANEKA

Pada 29hb Ogos 2023 yang lalu, pelajar Kopeda KDC Kohort 22,23,24,25,26
dan 27 telah berjaya mengadakan acara sukaneka di dataran Kolej Pendidikan
Perdana, Seksyen 8. Program sukaneka tersebut diketuai oleh Muhammad Sazli bin
Zainal Kamaruddin yang bertindak sebagai pengerusi berjaya menjalankan tugas
beliau dengan cemerlang. Program sukaneka ini dibuat kerana mahu mendedahkan
pelajar bayangan berkenaan pengelolaan dalam sukan dan permainan. Selain itu, ia
dapat membina semangat kesukanan dan hubungan sesama pelajar dan pensyarah.

Saya melihat antara kebaikan program ini ialah mereka bekerjasama, saling
bantu-membantu dan mengambil berat terhadap tugas masing-masing. Contohnya
semasa AJK peralatan mengangkat peralatan yang akan digunakan, rakan-rakan lain
turut membantu. Semasa penyediaan tempat juga, banyak rakan-rakan yang
bersama-sama membantu untuk menyiapkan tempat. Jadi, hubungan yang terjalin
sesama kami semakin rapat dengan wujudnya program seumpama ini.

Kekuatan program sukaneka pada kali ini juga adalah program sukaneka
berjalan mengikut tentatif yang telah dirancang. Tidak berlaku lebih masa atau
kekurangan masa ketika menjalankan aktiviti.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Hajah Madznah binti Hassan yang merupakan pensyarah bagi subjek ini yang
sudi datang bersama-sama kami memeriahkan dan merasmikan program sukaneka
tersebut. Puan Hajah Madznah juga telah yang banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar serta nasihat dari awal program sehinggalah terjadinya program sukaneka
dengan jayanya. Tanpa beliau, kami tidak akan berjaya untuk sampai ke tahap ini
sekarang. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berusaha
bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama dari semua
pihak, program ini tidak mungkin berjalan dengan lancar. Mengakhiri ruangan refleksi
pada kali ini, saya akhiri dengan pepatah melayu yang sesuai dengan kejayaan semua
pelajar Kopeda KDC kohort 22, 23, 24, 25, 26 dan 27 iaitu “yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing”.

Anda mungkin juga menyukai