Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


AMBILAN OKTOBER 2022
SEMESTER 1

TUGASAN – REFLEKSI

NAMA PELAJAR : NUR SHAFIKA BINTI ABDUL LATIF


ANGKA GILIRAN : 2022092420009
NO KAD PENGENALAN : 961223-08-5666
KUMPULAN/UNIT : PDPP PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH 1
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP PENGURUSAN KOKURIKULUM
NAMA PENSYARAH : ENCIK YUNUS BIN YUSOF
TARIKH HANTAR : 24 DISEMBER 2022

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


14.0 REFLEKSI

Pada hari Selasa bersamaan 20 Disember 2022 yang lalu, SMK Petra Jaya
telah menganjurkan satu pertandingan penulisan khat di kelas Mikro 4, Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail. Terdapat banyak pengalaman yang saya
perolehi dari program tersebut antaranya ialah pengalaman menguruskan satu
program yang agak besar bagi saya dengan penyertaan kira-kira 30 orang pelajar.

Pengalaman ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana saya merupakan
seorang yang pasif terutamanya untuk menyertai program-program sebegini. Jadi, apabila
saya sendiri harus meguruskan program ini untuk tugasan, semestinya saya
memberikan yang terbaik dan saya akui, saya tidak menyesal untuk berada sepanjang
program tersebut. Hal tersebut adalah kerana saya dapat bekerjasama
dengan warga sekolah dalam menjayakan program ini malah saya juga dapat berinteraksi
dengan wajah-wajah baru iaitu para peserta program ini beserta waris-waris mereka.

Sepanjang program ini dijalankan, saya dapat lihat komitmen dan kerjasama yang
tinggi yang diberikan oleh kesemua yang terlibat. Setiap jawatankuasa sentiasa komited
dan menjalankan peranan masing-masing dengan berkesan, para ahli jawatankuasa
yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar dan pensyarah kami yang sering
memberi galakan dan dorongan terhadap kami demi menjayakan program ini.
Sesungguhnya, perkara-perkara demikian sangat membantu dalam meningkatkan motivasi
kami demi menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, tidak syak lagi, penglibatan murid secara
aktif, menunjukkan minat yang mendalam serta kerjasama yang erat antara mereka
memudahkan lagi perjalanan program ini.

Sepanjang program ini berlangsung, saya juga dapat lebih mendalami pentingnya
tulisan khat. Bahkan, hasil penulisan khat yang cantik itu dapat dipamerkan di papan
pameran di sekolah. Secara tidak langsung, murid sekolah melihatnya dapat mengetahui
tentang kecantikan seni khat.

Demikian sahaja refleksi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai