Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KERJA PENYELENGGARAAN LAMPU


DAN KIPAS
ASRAMA SMK NYALAS

DISEDIAKAN OLEH,
NUR FARIHA BINTI MOHD YUSOF
1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan peruntukan kewangan untuk
menyelenggara lampu dan kipas yang telah uzur dan rosak di setiap bangunan di Asrama SMK
Nyalas agar para pelajar berasa selesa ketika berada di asrama.

2.0 RASIONAL
Pelajar akan berasa lebih selesa dengan keadaan lampu dan kipas yang baik sekaligus
memudahkan urusan harian pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Aktiviti-aktivti ini secara keseluruhannya diadakan bagi mencapai objektif-objektif berikut.
i. Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga,
mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services)
bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa.
ii. Penyelenggaraan adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan mengikut satu tempoh
tertentu bagi memastikan setiap peralatan yang dibekalkan berada dalam kedaaan baik dan
optimum. Ia merangkumi aspek fizikal di mana peralatan diselengarakan secara menyeluruh dan
hasilnya peralatan tersebut akan beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai jangka hayat lebih
lama berbanding peralatan yang tiada aktivti penyelenggaraan

4.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan LPBT Asrama
5.0 ANGGARAN KOS
Bil Senarai barang Kuantiti Harga/unit (RM) Jumlah (RM)
1. Panasonic Ceiling Fan 2 182.00 364.00
2. KDK Ceiling Fan 4 193.00 772.00
3. KDK 16’ Wall Fan 2 238.00 476.00
4. KDK 16” Auto Fan 4 298.00 1,192.00
5. UMS S/S 13A 10 4.50 45.00
6. IWACHI 22W LED Tube 30 9.00 270.00
JUMLAH BESAR (RM) 3,119.00

6.0 PENUTUP
Diharapkan dengan kelulusan permohonan ini dapat menambahkan lagi suasana kondusif
di asrama pada tahap yang paling maksimum.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ _________________________
(NUR FARIHA BINTI MOHD YUSOF) (PN HABIBAH BINTI ABDULLAH)
WARDEN GPK HEM
SMK NYALAS SMK NYALAS

Disahkan oleh:

_________________________
DR HJH ASFALAILA BINTI AJIS)
PENGETUA
SMK NYALAS

Anda mungkin juga menyukai