Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.t dan salam Sejahtera.

Saya………………………. wartawan dari TV SKSU ingin melaporkan


program yang sedang berlangsung pada hari ini bersamaan hari Rabu
7 Februari 2024.

Sekarang anda sedang bersama saya di Dewan Wawasan, Sekolah Kebangsaan


Sungai Udang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah
Kebangsaan Sungai Udang sesi 2023/2024.

Seramai lebih kurang 500 orang penerima anugerah yang akan menerima
pelbagai kategori anugerah akademik pada hari ini. Tidak ketinggalan juga ibu
bapa yang turut hadir memeriahkan majlis untuk menyaksikan anak-anak
mereka naik ke pentas. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima
anugerah serta ibu bapa dan tak lupa guru-guru yang telah mendidik mereka.
Marilah kita sama-sama saksikan acara yang sedang berlangsung.
Assalamualaikum w.b.t dan salam Sejahtera.
Saya………………………. wartawan dari TV SKSU.Kini, saya sedang berada
di tepi Dewan Wawasan, Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Jom saksikan
temubual saya bersama pentadbir, penerima anugerah serta ibu bapa yang turut
hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan
Sungai Udang sesi 2023/2024.

Bersama dengan saya ……………………………………………………………


merupakan ……………………………………… SK Sungai Udang.
Tahniah cikgu, kerana SK Sungai Udang telah berjaya melaksanakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik sesi 2023/2024 dengan jayanya.

1. Apa pendapat cikgu tentang Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik


sesi 2023/2024 ini?
2. Apakah harapan cikgu untuk majlis kita pada hari ini ataupun untuk sesi
yang akan datang?
3. Bolehkah cikgu konsingkan sedikit pesanan buat para penerima anugerah,
murid-murid dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Sungai Udang?

Terima kasih cikgu kerana sudi ditemubual. Semoga majlis ini berjalan
lancar sehingga ke penghujung dengan jayanya.
Assalamualaikum /Selamat pagi . Saya………………………. wartawan dari
TV SKSU. Bersama dengan saya adalah penerima anugerah
……………………………………………………………………. pada hari ini.

*Tahniah atas kejayaan anda.


1. Bolehkah anda kongsikan nama anda dan dari kelas mana?
2. Apakah perasaan anda apabila berjaya menerima anugerah dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik pada tahun ini?
3. Apakah pendapat anda tentang Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik SK Sungai Udang pada tahun ini dan adakah majlis ini perlu
diadakan pada setiap tahun?

Tahniah sekali lagi.


Terima kasih kerana sudi ditemuramah.
Assalamualaikum /Selamat pagi puan / tuan. Saya……………………….
wartawan dari TV SKSU. Izinkan saya menemuramah puan / tuan .

1. Bolehkah puan/ tuan kongsikan nama anak yang menerima anugerah


pada hari ini dan dari kelas mana?
*Tahniah untuk puan / tuan dan juga anak.
2. Jadi, apakah perasaan puan / tuan apabila mendapat jemputan untuk turut
serta hadir dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada tahun
ini?
3. Apakah pendapat puan / tuan tentang Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik SK Sungai Udang pada tahun ini?
4. Ada apa- apa komen atau cadangan penambahbaikan untuk Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik pada masa akan datang?

Terima kasih puan/ tuan kerana sudi ditemuramah.


Kini kita sudah sampai ke penghujung Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sesi 2023/2024.
Sebelum saya mengundur diri, saya………………………. dan
……………..wartawan dari TV SKSU ingin memohon seribu kemaafan andai
ada tersalah tutur bicara.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Wabillahitaufik walhidayah..Assalamualaikum w.b.t


Bye!

Anda mungkin juga menyukai