Anda di halaman 1dari 7

TAJUK/TITLE : PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIKAL UNTUK KERJA

PEMESINAN EDM cnc

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan
Menghasilkan lukisan pemasangan dan terperinci dengan menggunakan peralatan lakaran,
bahan, model, buku piawai dan manual lukisan supaya komponen dapat dipasang, kaitan
di antara komponen dapat dikenalpasti, senarai komponen disediakan, lukisan
pemasangan dan terperinci dilukis mengikut spesifikasi lukisan piawai.
Membolehkan pelajar mengenali serta memahami sesuatu komponen yang dilukis
dalama lukisan perincian disamping itu menerangkan kaedah-kaedah dan prosedur
membuat lukisan perincian.

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TEKNIKAL UNTUK KERJA PEMESINAN


EDM

PENERANGAN:
Suatu lukisan perincian atau butir yang bakal digunakan oleh pekerja dalam proses
pengeluaran mengandungi komponen-komponen bagi suatu mesin (seperti di dalam
lukisan pemasangan) kecuali alat-alat pengikat yang piawai dan lain-lain alat
contohnya spring, yang boleh didapati dari stok.
Setiap lukisan perincian bukan sahaja mengandungi dimensi-dimensi yang penting
dalam setiap komponen, ianya termasuk juga identity setiap komponen, jumlah
komponen yang diperlukan, jenis bahan setiap komponen, nama orang-orang yang
mencipta atau merekabentuk komponen tersebut dan lain-lain fakta yang penting.
Kesemua keterangan di atas diberi dalam bentuk nota tau catitan pada blok tajuk.
Lukisan dalam Gambarajah 4.21 menunjukkan salah satu contoh lukisan perincian.

SIMBOL BAGI UNJURAN SUDUT PERTAMA DAN KETIGA

TUJUAN : Supaya pelatih dapat berfikir dalam 3 dimensi (3D) kepada 2 dimensi (2D),
memperoleh kemahiran teknik unjuran orthografik dan menghasilkan lukisan
kejuruteraan yang terang dan tepat.
PENERANGAN:

Sistem unjuran berikut hendaklah dibezakan daripada simbol yang ditunjukkan pada
lukisan. Piawai British BS 308 : Bahagian 1:1984 memperakukan kegunaan simbol yang
ditunjukkan pada rajah di sebelah. Simbol itu adalah frustrum kon terbalik yang diletakkan
secara mengufuk. Bagi unjuran Sudut Ketiga, pandangan dilukis pada sebelah yang sama
dengan permukaan objek. 123

GAMBARAN

Titik

Satu titik ditakrifkan sebagai tempat tanpa dimensi dalam ruang. Titik diwakili secara
fizik oleh satu titik kecil, bintik atau palang (+) dan dikenalpasti oleh huruf atau angka
tunggal. Satu titik boleh ditempatkan pada pandangan-pandangan utama dengan
mengunjurkannya pada satah-satah utama unjuran. Rajah 1 (a) menunjukkan tiga
pandangan utama bagi titik A. titik dilabel A bagi Pandangan Sisi. Subskrip-subskrip
berpadan dengan satah-satah unjuran hadapan, mengufuk dan susuk.

Perkara-perkara berikut harus diperhatikan:


a) Dimensi-dimensi tinggi (h) dan lebar (w) sentiasa dilihat pada pandangan hadapan

b) Dimensi-dimensi lebar (w) dan dalam (d) sentiasa dilihat pada pandangan atas.

c) Dimensi-dimensi tinggi (h) dan dalam (d) sentiasa dilihat pada pandangan sisi.
Suatu perkaitan tetap antara pandangan-pandangan adalah titik A pada pandangan
atas sentiasa terjajar tegak dengan titik A pada pandangan hadapan dan titik A pada
pandangan sisi sentiasa terjajar secara mengufuk dengan titik A pada pandangan
hadapan.

Garisan-garisan unjuran antara pandangan-pandangan bersebelahan sentiasa


berserenjang dengan garisan lipatan antara dua satah unjuran bersebelahan, seperti
pada rajah 1 (b).

Pandangan pelan

Garisan-garisan lipatan

Pandangan sisi
Pandangan hadapan

Rajah 1 Lukisan sesuatu titik

Garisan
Garisan ialah laluan bagi suatu titik dalam ruang. Garisan ini mungkin lurus atau
melengkung. Garisan lurus ditentukan oleh sebarang dua titik. Garisan itu boleh
dianggap memanjang ketakterhinggaan melampaui titik-titik hujungnya yang
ditetapkan.

Rajah 2 lukisan sesuatu garisan serong

Sekurang-kurangnya dua pandangan orthografik bersebelahan diperlukan bagi


menunjukkan maklumat tertentu berkenaan dengan sesuatu garisan. Sekiranya titik
atau pandangan hujung bagi suatu garisan, panjang sebenar bagi suatu garisan atau
cerun bagi suatu garisan tidak kelihatan pada sebarang pandangan utama, tiap-tiap
satu boleh ditemui pada pandangan tambahan. Rajah 2 (a) menunjukkan satu garisan
condong kepada semua tiga satah utama. Ini disebut garisan serong. Panjang terunjur
bagi garisan serong ini pada satah utama tidak mewakili panjang sebenar (PS) bagi
garisan sebenar. Semua garisan itu kelihatan terpendek seperti pada rajah 2 (b).

Garisan condong adalah selari kepada satu satah utama dan condong kepada dua
satah lain. Sekiranya suatu garis selari kepada satah unjuran, garisan ini akan
kelihatan panjang sebenar (PS) apabila diunjurkan pada satah itu. Garisan-garisan
berikut ditunjukkan pada rajah 3 :

a) Suatu garisan selari kepada satah hadapan disebut garisan hadapan. Garisan
yang serupa itu akan kelihatan panjang sebenar pada pandangan hadapan.
b) Suatu garisan selari kepada satah mengufuk disebut garisan mengufuk dan akan
kelihatan panjang sebenar pada pandangan atas.

c) Suatu garisan selari pada satah susuk disebut garisan susuk dan akan kelihatan
panjang sebenar pada pandangan sisi.

Pandan Pandangan sisi


gan
(a) Garisan hadapan (b) Garisan mengufuk (c) Garisan susuk

Rajah 3 Lukisan garisan condong

Satah

Satah adalah permukaan rata. Suatu garisan lurus menyambung sebarang dua titik
dalam satah akan berkedudukan rata. Suatu garisan lurus menyambung sebarang dua
titik dalam satah akan berkedudukan penuhnya pada permukaan satah itu. Biasanya
permukaan satah difikirkan sebagai suatu permukaan terhingga seperti sisi suatu
kotak. Tetapi bagi penyelesaian masalah berkaitan ruang, satah adalah tak terhingga ,
memanjang melampaui titik atau garisan yang menentukannya.
Satah yang selari kepada satah unjuran hadapan disebut satah hadapan. Satah
hadapan berserenjang dengan satah mengufuk dan satah susuk seperti pada rajah
(a). Ini akan kelihatan bentuk sebenar (TS) pada pandangan hadapan dan pada
pandangan hujung (EV) pada pandangan atas seperti pada rajah 4(b). Satah yang
serenjang dengan satah utama tetapi condong kepada dua yang lain disebut satah
condong. Rajah 5(a) menunjukkan satu satah serenjang dengan satah mengufuk. Satah
ini akan kelihatan sebagai pandangan pinggir pada pandangan atas dan akan kelihatan
dipendekkan pada pandangan hadapan dan pandangan sisi seperti rajah 5(b).

LUKISAN INI MERRUPAKAN

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan
Menghasilkan lukisan pemasangan dan terperinci dengan menggunakan peralatan lakaran,
bahan, model, buku piawai dan manual lukisan supaya komponen dapat dipasang, kaitan
di antara komponen dapat dikenalpasti, senarai komponen disediakan, lukisan
pemasangan dan terperinci dilukis mengikut spesifikasi lukisan piawai.
Membolehkan pelajar mengenali serta memahami sesuatu komponen yang dilukis
dalama lukisan perincian disamping itu menerangkan kaedah-kaedah dan prosedur
membuat lukisan perincian.
SIMBOL BAGI UNJURAN SUDUT PERTAMA DAN KETIGA

TUJUAN : Supaya pelatih dapat berfikir dalam 3 dimensi (3D) kepada 2 dimensi (2D),
memperoleh kemahiran teknik unjuran orthografik dan menghasilkan lukisan
kejuruteraan yang terang dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai