Anda di halaman 1dari 2

NAMA: _____________________________________ TAHUN: ________ TARIKH: _______

Latihan Meringkaskan karangan

SOALAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira 100
patah perkataan. Penggunaan kata-kata kamu sendiri dalam susunan maksud yang asal akan
diberi perhatian utama dalam pemarkahan.

Sesuai dengan era teknologi maklumat, kafe siber boleh didapati di mana-mana sahaja,
termasuk kompleks beli-belah, taman perumahan dan deretan kedai. Namun demikian,
peranan kafe siber sebagai medan komunikasi bebas atau tempat pencarian ilmu
pengetahuan dan maklumat dapat dipertikaikan. Bagi golongan remaja di bandar-bandar
besar, melepak di kafe siber pada masa kini seolah-olah menjadi budaya baharu.

Jika diteliti perkembangan kafe siber sekarang tidak jauh bezanya dengan sebuah arked
video. Mungkin pernyataan ini agak keterlaluan kerana terdapat kebimbangan yang timbul
daripada wujudnya kafe siber di negara kita. Ada remaja yang menghabiskan masa mereka
di kafe siber untuk bertukar-tukar e-mel, berborak, bermain permainan siber dan melawat
laman berunsur porno. Sekiranya dakwaan ini benar, maka fungsi kafe siber yang asal telah
menyimpang. Talian berborak (chatting) begitu digilai oleh remaja. Dalam talian berborak
tiada sesiapa pun yang mengenali diri penggunanya dan seseorang itu boleh menipu dengan
menggunakan nama samaran, berlagak muda, menjadi lelaki atau perempuan dan
memberikan maklumat palsu lain seperti umur, pekerjaan dan sebagainya. Perkara yang
membimbangkan ialah kemungkinan teman yang dicari bukan untuk berkongsi pengalaman
tetapi sebaliknya untuk melakukan perkara negatif. Ketika kerajaan mengambil langkah
mengawal operasi pusat permainan video dan membenteras kegiatan permainan video
haram, perkara ini membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha kafe siber yang tidak
bertanggungjawab untuk mengeksploitasi permit yang telah diberikan kepada mereka.

Pada peringkat awal, kafe siber sememangnya menjadi medan untuk masyarakt
menggunakan teknologi maklumat, terutama golongan remaja. Namun, kebanyakan kafe
siber kini lebih gemar menawarkan perkhidmatan permainan berbanding dengan
perkhidmatan lain yang berbentuk ilmiah. Bayaran permainan internet jauh lebih murah
daripada permainan video. Selain itu, kegiatan perjudian secara online sering mendapat
perhatian dalam kalangan remaja. Fenomena ini mudah dilakukan kerana kaki judi tidak
perlu pergi ke meja judi atau tempat seumpamanya.

Jika perkara ini terus dibiarkan, kegiatan kafe siber ini hanya akan mengundang lebih banyak
keburukan daripada kebaikan. Berbeza dengan permainan video, permainan internet
membolehkan pengguna bermain secara rangkaian yang melibatkan beberapa komputer.
Secara tidak langsung pengguna terdedah kepada risiko dijangkiti masalah ketagihan
internet. Sebaliknya, jika pengguna menggunakan medium internet untuk melakukan
perkara yang berfaedah seperti mencari maklumat atau melakukan tugasan yang berkaitan,
masalah ketagihan dapat dikawal.

1
Isi-Isi Penting:

Anda mungkin juga menyukai