Anda di halaman 1dari 10

Fadilat solat terawih..

Dari Sahl Bin Saad r.a.. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat 1 pintu dinamakan Ar-Rayan. Orang-orang
berpuasa akan masuk melalui pintu itu di hari qiamat kelak. Akan ada pengumuman
kelak.."Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk ke
dalam pintu tersebut.Setelah orang dari terakhir dari meraka masuk, pintu itu pun
tertutup kembali..Tiada lagi orang akan memasukinya."

"Orang bijaksana tidak sesekali meratapi kegagalannya..


Tetapi dengan lapang hati mencari jalan
bagaimana memulihkan kembali kerugian yang di deritainya.."

Wanita Paling ramai masuk neraka..~

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan
miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu
ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka,
ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah juga bersabda:


“Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana
sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara
ahli neraka.”

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah
juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa
menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.."(Abu Hanifah)
KISAH TELADAN ~RASULULLAH S.A.W DENGAN SEBIJI LIMAU~

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda
bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti
terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan
makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW
itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah
kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan
tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang
tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang
kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW...

Subhannallah..mulianya dirimu..semoga kita dapat jadi cam baginda ..^^


Renovate our heart..~

Pandangan mata selalu menipu


Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih


Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah


Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia..

Duhai MATA yang sedang MENANGIS…❤


Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita


ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup.

Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,


“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis
kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)
Ya ALLAH..letakkanlah dunia hanya di tanganku..bukan di qalbuku..amin3x..~

~Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala
Kejahatanku..~♥~

kadang2.. kita rasa macam nak nangis.. nak marah.. nak bersendirian.. rasa sumting
wrong dgn diri kita.. dalam sedar atau tidak, kadang2 kita terlupa yang jauh kat lubuk
hati kita, ada sesuatu yang dipanggil iman yang sedang merintih2.. menangis2 kerna
dipinggirkan..

so, bila mana kita rasa sedih, rasa nak menangis... just let it be.. ambil wudhuk, duduk
kat tikar solat... dan menangislah pada Allah... minta pada Allah beri ketenangan pada
hati kita... mudah2an selepas kita menangis, Allah alirkan rasa tenang yang menyerap
ke seluruh urat saraf dan nadi kita... menangislah pabila sedang bersendirian dengan
Tuhan... ^_~ ~♥~
----

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI,
disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,
kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa
bersih. Hati ini seolah berbisik...

KISAH GOLONGAN YANG SEDIKIT ..~

Pada waktu Amirul Mukminin, Umar bin al Khattab bertawaf, beliau selalu mendengar
doa dari seorang pemuda yang isinya agak aneh.

Pemuda tersebut selalu mengulang-ulang doanya,

" ‫" اللهم اجعلني من القليل‬


(Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dari kalangan yang sedikit)”.

Selesai bertawaf, Umar bin Khattab bertanya padanya,


”Wahai pemuda, kenapa anda berdoa seperti itu?”.

Pemuda itu menjawab,


”Tidakkah Amirul Mukminin mendengar firman Allah,

‘Wa Qolilummin ‘ibadiyasy-syakur’

(Dan sedikit dari kalangan hamba-hambaku yang bersyukur)"

-As.Saba 13,

"Ya Amirul Mukminin, sungguh saya sangat berharap menjadi yang sedikit tersebut.
Karena yang mau bersyukur pada Allah dan yang berkeinginan untuk selalu berbuat
baik sangat sedikit.” Demikian kata pemuda tersebut.

“Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha
Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ (Lukman :12)

Semoga kita semua lebih mensyukuri nikmat Allah.Ameen Ya Rabb ♥


Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T...
Jika aku brsedih tanpa kata..
Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta..
Jika aku lemah tidak berdaya..
Ingatknlah aku dengan kehebatan syurga..
Jika antara kita ada tembok pemisah..
Ajaklah aku meleraiknnya segera..
Jika pernah hatimu trluka disebabkn aku..
Luahknlah agar aku dapat mengubah diriku..
Ukhwah kita untuk selamanya..♥
"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu,
BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,
Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basr

Kisah Peringatan Yang Sempurna..~

Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui
pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu
ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya.
Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu
berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan
wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu
alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba
untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut
wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah
manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada
jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa
kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah
ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana


wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa
dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-
mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke
penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada
jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah
perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir,
tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu
asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke
arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah
kubur tua.Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti
sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni
tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik
bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah,
berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada
dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku
terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara
yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar,
kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar
wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu
untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa
kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu,
bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan
kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu
jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat
purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis
remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah
cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata
wanita itu lagi.

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku,


sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari."
Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu,
dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

ALmar'aah Assolihah..~

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH


TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari,
tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati...^^

Anda mungkin juga menyukai