Anda di halaman 1dari 3

Kerajaan mahu lebih banyak sekolah aplikasikan teknologi hijau, kata Chin

MIRI: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ingin melihat lebih banyak sekolah-sekolah di Sarawak diberi
peluang untuk mengaplikasikan teknologi hijau pada struktur bangunan masing-masing.

Menterinya, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata ia adalah usaha untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelajar
Malaysia menghayati teknologi hijau, seterusnya menjadi penyelesaian kepada keperluan guna tenaga.

“Cabaran utama dalam mentransformasikan Malaysia sebagai hab Teknologi Hijau di rantau ini tidak hanya terhad
dengan penyediaan prasarana dan infrastruktur yang terbaik, tetapi usaha mendidik pengguna terutamanya kanak-
kanak,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Sekolah Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong
semalam.

Kempen itu dilaksanakan bersama oleh Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas Malaysia (Penjanabebas) dan Malaysia
Building Integrated Photovoltaic (MBIPV), dengan mengguna pakai sistem solar bersepadu photovoltaic (PV).

Chin menambah, adalah penting untuk amalan-amalan hijau dipraktikkan pada usia yang muda kerana ia merupakan
satu langkah yang bijak dan inisiatif sedemikian dapat membantu memelihara sumber tenaga semula jadi yang
semakin berkurangan.

“Namun isu-isu alam sekitar dan keselamatan tenaga memaksa negara untuk menimbang bukan sahaja sumber bahan
api fosil tetapi juga sumber tenaga yang lain untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik yang semakin meningkat,”
katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan telah mengetengahkan agenda Teknologi Hijau sebagai sebahagian daripada
pelan transformasi ekonomi negara, selain menjadi penyelesaian kepada keperluan tenaga.

Tambahnya, perkara utama yang ingin dicapai adalah untuk mengurangkan kesan negatif bahan api fosil terhadap
alam sekitar di samping menjadikan Teknologi Hijau sebagai sebuah industri yang dapat menjana pendapatan negara.

“Saya amat menyokong idea penaja projek, Penjanabebas dan MBIPV untuk menganjurkan kempen Sekolah Hijau
untuk SMK Lutong di mana sistem PV dengan kapasiti 5 kiloWatt peak (kWp) yang dilihat boleh menjana
pendapatan,” katanya.

Beliau menyarankan kepada pihak penaja projek untuk memastikan agihan sekolah tidak tertumpu pada sesebuah
negeri sahaja bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan tenaga hijau di seluruh negara.

Selain SMK Lutong, empat sekolah lain di dalam program ini terdiri daripada SMK St John’s di Kuala Lumpur, SMK
Bukit Baru di Melaka, SJK (C) San Min di Teluk Intan, Perak dan SJK (T) Sg Renggam di Shah Alam, Selangor.

Kementeriannya juga telah membentangkan Rang Undang-Undang bagi Akta Tenaga Boleh Diperbaharui di Parlimen
pada 15 Disember tahun lepas.

“Rang undang-undang ini akan menjadi elemen utama bagi menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui di
Malaysia apabila mekanisme (Feed-in Tariff) FiT diperkenalkan,” ujarnya.

Katanya, di bawah mekanisme ini, bangunan yang mempunyai sistem solar PV yang disambungkan ke grid seperti di
sekolah ini, akan dapat menjual tenaga yang dihasilkan oleh panel PV tersebut kepada sistem utiliti.

“Langkah ini sudah tentu akan memberi faedah kepada sekolah-sekolah dalam jangka masa panjang dan ia turut
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penyertaan seluruh rakyat Malaysia untuk menjana tenaga
daripada sumber yang boleh diperbaharui,” jelasnya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam; Pemangku Presiden Penjanabebas,
Dr Ong Peng Su, Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin; Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut, Andy Chia
dan Pengetua SMK Lutong Marcus Hugo.

Anda mungkin juga menyukai