Anda di halaman 1dari 3

Definisi pangkalan data

Koleksi data yang disimpan dan diurus yang membolehkan akses, capaian dan penggunaan data. Data
yang dihimpunkan berkait antara satu sama lain. Koleksi data logikal yang saling berkaitan.

Definisi pengaturcaraan pangkalan data

Pengaturcaraan pangkalan data merujuk kepada proses


mencipta, mengurus, dan berinteraksi dengan
pangkalan data menggunakan bahasa pengaturcaraan.
Ia melibatkan penulisan kod untuk melaksanakan tugas
seperti mereka bentuk struktur pangkalan data,
memasukkan, mengemas kini dan memadam data,
menanya pangkalan data untuk maklumat tertentu, dan
mengurus transaksi dan keselamatan. Pengaturcaraan
pangkalan data adalah penting untuk membangunkan
aplikasi yang perlu menyimpan, mendapatkan semula
dan memanipulasi data berstruktur dengan cekap.
Pengaturcara menggunakan bahasa seperti SQL
(Bahasa Pertanyaan Berstruktur) atau bahasa
pengaturcaraan lain dengan perpustakaan pangkalan
data untuk berinteraksi dengan sistem pengurusan
pangkalan data dan membina aplikasi yang boleh
memanfaatkan kuasa penyimpanan data yang teratur
dan boleh diakses.
Sejarah pangkalan data
1.0 Generasi Pertama
 Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal
angkasa Apollo di bulan.
 Produk berasaskan struktur hierarki dikenali sebagai IMS (Information
Management System) oleh IBM. Kini digunakan di Mainframe.
 Pertengahan 1960-an General Electric perkenalkan IDS (Integrated Data
Generasi Pertama DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 5
 Pertengahan 1960 an, General Electric perkenalkan IDS (Integrated Data
Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pangkalan data
berstruktur rangkaian.
 Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan
perhubungan pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat
dimodelkan menggunakan struktur hierarki.
 Ekoran dari itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu
badan yang dikenali sebagai
 CODASYL seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang
dikenali sebagai DBTG (Data Base Task Group).
 DBTG telah mengumumkan piawaian pangkalan data pada tahun 1971
yang mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition
Language) (DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation
DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 6 Language) (DML)
 DDL digunakan untuk menakrif struktur pangkalan data manakala DML
digunakan untuk mengolah data dalam pangkalan data
 Masalah pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan
dan perisian yang lemah. Perlu dibangunkan menggunakan bahasa
COBOL dan PL/1
 Aturcara yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran
tiada bahasa pertanyaan berstruktur pada ketika itu.
2.0 Generasi Kedua
 Berkembang pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa
Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language) (SQL) sebagai
bahasa pertanyaan piawai.
 Kemunculan pangkalan data komersil seperti DB2, ADABAS, INGRES,
Informix, ORACLE, dan Sybase. DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan
Data 7
 Kebanyakan DB ini digunakan di kerangka utama dan komputer mini.
 DB hubungan menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana
memerlukan sumber komponen yang lebih besar.
 Struktur model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat
dimanfaatkan disebabkan keterbatasan kuasa komputer.
 Keadaan ini dapat diatasi bila komponen berkuasa tinggi diperkenalkan.
 Perkembangan memberangsangkan apabila DB berasaskan komputer
mikro diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh sykt
Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan pada 1979.
 F Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi
produk yang lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan lain-lain
DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 8 adalah DBMS hubungan.
 Kemasyhuran DBMS komponen Mikro menyebabkan beberapa produk
yang dikhususkan untuk kerangka utama seperti ORACLE dan INGRES
di keluarkan dalam versi komputer Mikro.
 Dengan adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS
kini lebih ramah pengguna. Jadi ianya dapat memenuhi keperluan
pengguna yang bukan terdiri dari pakar pangkalan data. Contoh DBMS
seperti ini ialah Visual Foxpro, PowerBuilder, Microsoft Acces.
3.0 Generasi Ketiga
 Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi telah
menyumbang kepada rangkaian setempat dan pemprosesan teragih
secara meluas.
 Pangkalan data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang
penting dan berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).
 Pemodelan data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan
Entiti (Model E-R) yang diperkenalkan oleh Chen pada 1976.
 Satu lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan
data berasaskan objek (ODBMS) yang digunakan untuk menyimpan dan
menyenggara struktur data daripada Pengaturcaraan Beorientasikan
Objek.
 Teknologi terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan
sistem pangkalan data multimedia dan pangkalan pengetahuan.
 Lewat 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula
digunakan.

Anda mungkin juga menyukai