Anda di halaman 1dari 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

BERJAYALAH MEREKA YANG


SOLAT
(TEKS KHUTBAH JUMAAT 1 DISEMBER 2023/

17 JAMADIL AWAL 1445)

1
BERJAYALAH MEREKA YANG SOLAT

‫هلل َحَن َم ُدهُ َونَ حستَعِحي نُهُ َونَ حستَ حغ ِفُره َونَ ُعوذُ بِاهلل ِم حن ُشُروِر أَنح ُف ِسنَا َوِم حن‬
ِ ‫اَ حْلم ُد‬
‫َح‬
‫ أَ حش َه ُد‬،ُ‫ي لَه‬ ِ ‫ضلِحله فَالَ ه‬
‫اد‬ ‫ح‬ ‫ي‬ ‫ن‬‫م‬‫و‬ ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ل‬
َّ ِ ‫ من ي ه ِد ِه اهلل فَالَ م‬،‫ات أ حَعمالِنَا‬
‫ض‬ ِ ‫سيِّئ‬
َ َ ُ ُ ‫ُ ََ ح‬ ُ ُ ‫َ َ ح َح‬ ََ
ِ
‫ اللَّ ُه َّم‬.ُ‫َن ُُمَ َّم ًدا َعحب ُدهُ َوَر ُس حولُه‬ َ ‫أَن لَّ إِلهَ إِلَّ اهللُ َو حح َدهُ لَ َش ِريح‬
َّ ‫ َوأَ حش َه ُد أ‬،ُ‫ك لَه‬

‫ان اِ ََل يَ حوِم‬


ٍ ‫ص ِّل وسلِّم علَى ُُم َّم ٍد وعلَى آلِِه وأَصحابِِه ومن تَبِعهم بِِاحس‬
َ ‫َ ح َ ََ ح َُ ح ح‬ ََ َ َ ‫َ َ َ ح‬
‫صلِ حح لَ ُك حم‬‫ي‬
‫ُح‬ ،‫ا‬ ‫يد‬
ً
ِ ‫ ياأَيُّها الَّ ِذين آمنوا اتَّ ُقوا اللَّه وقُولُوا قَول س‬.‫الدِّين‬
‫د‬ َ ‫ح‬ َ َ َُ َ َ َ ‫ح‬
ِ ِ ِ
ً ‫أ حَع َمالَ ُك حم َويَ حغفحر لَ ُك حم ذُنُوبَ ُك حم َوَم حن يُط ِع اللَّهَ َوَر ُسولَهُ فَ َق حد فَ َاز فَ حوًزا َعظ‬
‫يما‬

‫صلَّى‬ ٍ ِ ِ ‫أَص َد َق اْل ِدي‬


ِ‫ث ك‬ ‫ فَِا َّن‬،‫أ ََّما بَ حع ُد‬.
َ ‫ي ُُمَ َّمد‬
ُ ‫د‬
‫ح‬ ‫ه‬
َ ‫ي‬ ‫د‬
‫ح‬ َ‫ْل‬
‫ح‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ي‬
‫ح‬
َ َ ‫خ‬
َ ‫و‬ ،‫اهلل‬ ‫اب‬
ُ َ‫ت‬ ‫َ ح‬ ‫ح‬
ٍ ٍ ِ
َ ‫ َوُك َّل بِ حد َعة‬،ٌ‫ َوُك َّل ُحُم َدثَة بِ حد َعة‬،‫ َو َشَّر األ ُُم حوِر ُحُم َدثَاتُ َها‬،‫اهللُ َعلَحيه َو َسلَّ َم‬
،ٌ‫ض َاللَة‬

.‫ض َاللٍَة ِِف النَّا ِر‬


َ ‫َوُك َّل‬

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah, dengan mentaati segala perintahnya
dan meninggalkan segala larangannya, kita bersyukur kepada Allah kerana kita dapat
hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan nikmat tersebut kita dapat
melaksanakan ibadat kepada Allah serta menjadi seorang mukmin yang berjaya di
dunia dan di akhirat. Sidang jumaat yang dikasihi sekalian, tajuk khutbah kita pada
hari ini ialah;“ BERJAYALAH MEREKA YANG SOLAT”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Solat adalah kunci kejayaan buat mereka yang beriman. Allah SWT telah menyebut
tentang salah satu sifat orang-orang yang beriman yang berjaya dalam hidup mereka

2
adalah mereka yang melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk, sepertimana Allah
SWT berfirman:

         

Maksudnya:“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka


yang khusyuk dalam solatnya”.(Surah Al-Mukminun Ayat 1-2)

Al-Imam Ibnu Kathir menyebut dalam kitab tafsirnya tentang khusyuk (maksudnya):
“Dan khusyuk dalam solat itu tiada lain hanya akan diperolehi oleh orang yang
menumpukan jantung hatinya (hanya) kepada solat, menyibukkan (dirinya)
dengan solat, melupakan perkara yang lain, lebih mengutamakan (tumpuan
dalam) solat melebihi yang lain dan ketika itu (solat yang didirikannya) akan
menjadi (suatu ) ketenangan dan penyejuk mata bagi (diri)nya”.

Solat yang didirikan dengan sempurna dan khusyuk akan menjadikan orang yang
beriman itu berjaya hidupnya di dunia dan di hari akhirat kelak.

Bahkan solat adalah ibadah yang pertama akan dihisab di hari akhirat kelak, jika
sempurna amalan solat kita, maka kita akan berjaya di hari akhirat dengan
memperolehi keredhaan Allah SWT dan syurgaNya. Jika solat yang kita laksanakan
tidak menepati syarak maka kita akan menjadi seorang yang gagal dan rugi di hari
akhirat kelak. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda:

ِِ ِِ ِ ِِ ‫إِ َّن أ ََّوَل ما ُُياس‬


‫ت فَ َق حد‬ َ ‫ص َالتُهُ فَِإ حن‬
‫صلُ َح ح‬ َ ‫ب به الح َعحب ُد يَ حوَم الحقيَ َامة م حن َع َمله‬ ُ َ َ َ
‫اب َو َخ ِسَر‬
َ ‫ت فَ َق حد َخ‬ ‫أَفح لَ َح َوأ حَْنَ َح َوإِ حن فَ َس َد ح‬
Ertinya:"Sesungguhnya (perkara) pertama yang akan dihisab pada seorang hamba
daripada amalannya pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka
sesungguhnya dia telah berjaya dan beruntung, dan jika solatnya rosak, maka
sesungguhnya dia telah gagal dan rugi". (Hadis Sahih, Riwayat al-Tirmizi)

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Solat akan memberi banyak kebaikan kepada seseorang yang benar-benar


melaksanakan solat sepertimana yang diperintahkan oleh Nabi SAW. Antara perkara
yang boleh menjadikan kita insan yang berjaya dan memperolehi banyak kebaikan
disebabkan oleh solat ialah:

Yang Pertama: Melaksanakan solat yang wajib pada awal waktunya. Solat yang
dilaksanakan tepat pada waktunya akan menjadikan diri kita seorang yang berdisiplin
dan menepati masa. Menunaikan solat tepat pada waktunya dapat melatih dan
3
mendisiplinkan diri kita untuk menjaga masa serta menguruskannya dengan baik dan
tepat. Allah SWT berfirman;

        

Maksudnya:“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas


orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”. (Surah an-Nisaa’, Ayat103)

Dan Abdullah Bin Mas'ud RA berkata :

.‫الصالَةُ لَِوقحتِ َها‬


َّ :‫ال‬ ُّ ‫صلَى اهللُ َعلَحي ِه َو َسلَّ َم أ‬
َ ‫َى الح َع َم ِل أَفح‬
َ َ‫ض ُل ق‬ ِ َ ‫سأَلحت رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ ُ َ
Maksudnya:“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW., "Amalan apakah
yang paling utama?" Baginda menjawab, "Mengerjakan solat pada
waktunya".(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, marilah kita berazam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menunaikan solat di awal waktunya. Menjaga ketepatan waktu dalam urusan solat
akan memberi kesan dan kesedaran dalam diri kita tentang kepentingan menepati
masa dalam apa sahaja aktiviti atau gerak kerja yang kita lakukan.

Yang Kedua: Solat akan menjadikan kita seorang yang suka menjaga kebersihan
jasmani dan rohani. Ini kerana perkara yang akan kita lakukan sebelum solat iaitu
membersihkan diri kita dan berwuduk’. Jadi sinonimnya solat dengan kehidupan kita
adalah solat mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran.
Rasulullah SAW bersabda;

‫صالَةٌ بِغَ حِْي طُ ُهوٍر‬


َ ‫لَ تُ حقبَ ُل‬
Maksudnya:“Solat tidak akan diterima (tidak sah) tanpa bersuci”.(Hadis Riwayat
Muslim)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda:

‫ضأَ الح َعحب ُد الح ُم حسلِ ُم أَ ِو الح ُم حؤِم ُن فَغَ َس َل َو حج َههُ َخَر َج ِم حن َو حج ِه ِه ُك ُّل‬
َّ ‫إِ َذا تَ َو‬
‫آخ ِر قَطح ِر الح َم ِاء فَِإ َذا َغ َس َل يَ َديح ِه‬
ِ ‫خ ِطيئ ٍة نَظَر إِلَي ها بِعي نَ ي ِه مع الحم ِاء أَو مع‬
َ َ ‫َ َ َ ح َ َح ح َ َ َ ح‬
‫آخ ِر قَطح ِر‬ ِ ‫خرج ِمن ي َدي ِه ُك ُّل خ ِطيئ ٍة َكا َن بطَ َشحت ها ي َداه مع الحم ِاء أَو مع‬
ََ ‫َ َ َ ُ ََ َ ح‬ َ َ ‫ََ َ ح َ ح‬

4
‫ت ُك ُّل َخ ِطيئَ ٍة َم َشحت َها ِر حجالَهُ َم َع الح َم ِاءأ حَو َم َع‬ ِ ِ
‫الح َماء فَِإ َذا َغ َس َل ِر حجلَحيه َخَر َج ح‬
ُّ ‫آخ ِر قَطح ِر الح َم ِاء َح ََّّت ََيحر َج نَِقيًّا ِمن‬
ِ ُ‫الذن‬
‫وب‬ ِ
َ ُ
Etrtinya:“Apabila seorang hamba yang Muslim atau yang Mukmin berwuduk lalu
ia mencuci wajahnya, maka akan keluarlah dari wajahnya itu semua dosa yang
dilakukan oleh kedua matanya bersama air atau bersama tetesan-tetesan terakhir
dari air wuduk. Apabila dia mencuci kedua tangannya, maka akan keluarlah dari
kedua tangannya semua dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama air
atau bersama tetesan terakhir dari air wuduknya. Dan apabila ia mencuci kedua
kakinya, akan keluarlah semua dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama
air atau bersama tetesan terakhir dari air wuduk sehingga dia selesai dari wuduk
dalam keadaan bersih dari dosa-dosa”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kalau kita tidak membersihkan diri kita dan tempat untuk solat dari segala kekotoran
dan najis maka bagaimana kita hendak menunaikan ibadah solat, sedangkan solat
perlu ditunaikan dalam keadaan bersih secara fizikal.

Begitu juga, dengan rohani atau jantung hati kita, perlu bersih daripada sifat takjub,
ujub dan riak. Solat yang kita lakukan itu hendaklah ikhlas hanya untuk Allah SWT
bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk solat kita kepada orang lain.

Yang Ketiga: Ibadah solat juga mengajar kita untuk bersikap tenang. Lihatlah sahaja
dalam rukun solat, wajib adanya rukun )‫ (طَ َمأْنِ ْينَة‬tomakninah, atau tenang sejenak
sebelum meneruskan gerakan solat yang seterusnya. Janganlah kita solat secara
terburu-buru sehingga meninggalkan rukun solat ini. Nabi SAW bersabda:

‫ُُثَّ حارَك حع َح ََّّت تَطح َمئِ َّن َراكِ ًعا‬


Erinya:“Kemudian ruku’lah kamu sehingga ruku’ (tersebut) dalam (keadaan)
tomakninah”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Solat tanpa tomakninah tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada seorang
lelaki yang solat tanpa tomakninah:

ِِ
‫ص ِّل‬ َ َّ‫ص ِّل فَِإن‬
َ ُ‫ك ََلح ت‬ َ َ‫ا حرج حع ف‬
Ertinya:“Kembalilah dan (ulangi) solat semula, sesungguhnya engkau belum
solat”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hakikatnya, rukun solat ini mengajar kita untuk bersikap tenang dalam solat begitu
juga dalam hidup kita ketika menghadapi sesuatu masalah atau ujian hendaklah kita
bersikap tenang. Iaitu dengan diam seketika untuk menenangkan diri, berfikir sejenak

5
sebelum melangkah mencari kekuatan dan membuat keputusan serta bertindak. Oleh
itu, belajarlah untuk bersikap tenang melalui solat yang kita tunaikan.

Yang Keempat: Ibadah solat akan menjadikan kita bersifat ihsan. Sifat ihsan dalam
ibadah solat ialah di mana kita menunaikan ibadah solat dalam keadaan kita
merasakan diri kita sentiasa dilihat dan diawasi oleh Allah SWT. Rasulullah SAW
bersabda:

‫ك تَ َراهُ فَِإ حن ََلح تَ ُك حن تَ َراهُ فَِإنَّهُ يََر َاك‬


َ َّ‫أَ حن تَ حعبُ َد اللَّهَ َكأَن‬
Ertinya:“Bahawa engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya,
jika engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dengan adanya sifat ihsan ini maka kita akan lebih menjaga adab dan tertib serta
bersikap jujur dan amanah dengan ibadah solat yang kita tunaikan. Jika kita
melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat, maka hanya kita sahaja
yang tahu bahawa solat kita itu terbatal dan kita harus mengulanginya.

Jadi dalam kehidupan kita, solat telah mengajar kita untuk bersikap jujur dan amanah
terhadap diri kita dan orang lain. Ini kerana kita meyakini bahawa segala gerak kerja
yang kita lakukan sentiasa dilihat dan diawasi oleh Allah SWT.

Yang Kelima: Solat secara berjamaah mendidik kita menjadi seorang yang mentaati
pemimpin dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan agama. Ini kerana
solat secara berjemaah akan diketuai oleh seorang imam dan kita sebagai makmum
wajib mengikuti segala pegerakkan imam ketika solat. Solat secara berjemaah boleh
terbatal sekiranya kita mendahului pegerakan imam. Nabi SAW bersabda:

‫اْل َم ُام لِيُ حؤََتَّ بِِه فَ َال ََتحتَلِ ُفوا َعلَحي ِه‬
ِ‫إََِّّنَا ُجعِل ح‬
َ
Ertinya:“Imam (di dalam solat) itu dijadikan untuk diikuti maka jangan kamu
bercanggah dengan imam”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Untuk mengakhiri khutbah yang pertama pada hari yang mulia ini khatib ingin
membuat kesimpulan dari apa yang telah disampaikan sebentar tadi. Betapa Indahnya
solat yang didirikan, ini kerana bukan sahaja Allah menjanjikan syurga buat mereka
yang menunaikannya, bahkan solat memiliki hikmah yang tersirat untuk membentuk
keperibadian muslim yang mulia.

Amalan solat dengan penuh khusyuk menjadi kunci kejayaan kerana orang yang
istiqamah mendirikannya dapat mendisiplinkan dirinya dengan pengurusan waktu
yang berkesan. Orang-orang yang mengutamakan hak Allah dalam urusan hidupnya,

6
pasti akan mendapat rahmat dan hidayah Allah, seterusnya mencapai kejayaan hidup
di dunia dan di akhirat.

Kita juga hendakalah sentiasa mempelajari ilmu tentang ibadah solat supaya kita
dapat memperbaiki dan menyempurnakan ibadah solat kita dengan sebaik mungkin
sepertimana yang disyariatkan. Semoga kita menemui kemanisan iman melalui ibadah
solat yang kita tunaikan dan menjadikan kita muslim yang memperolehi kejayaan
hidup di dunia dan di hari akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

              

 

Maksudnya:“Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada


dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran
dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama
solat) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah Allah yang demikian adalah
menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.(Surah Hud, Ayat 114)

ِ ‫آن الحع ِظي ِم ونَ َفع ِِن وإِيَّا ُكم ِِبَا فِي ِه ِمن اآلي‬
ِ
‫ات‬َ َ ‫ح‬ ‫بَ َارَك اهلل ِ حِل َولَ ُك حم ِ حِف الح ُقحر َ ح َ َ ح َ ح‬
.‫اْلَ ِكحي ِم‬ ِّ ‫و‬
‫الذ حك ِر ح‬ َ

7
KHUTBAH KEDUA

َ‫ َوأَ حش َه ُد أَ حن ل‬.‫اب َوََلح َحَي َع حل لَهُ ِع َو ًجا‬ ِ ِِ ِ ِِ ‫ح‬


َ َ‫اْلَ حم ُد للَّه الَّذي أَنح َزَل َعلَى َعحبده الحكت‬
َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫َن ُُمَ َّم ًدا َعحب ُدهُ َوَر ُسولُه‬
‫ص ِّل‬ َّ ‫يك لَهُ َوأَ حش َه ُد أ‬ َ ‫إِلَهَ إِلَّ اللَّهُ َو حح َدهُ لَ َش ِر‬
‫ فَيَا أَيُّ َها‬،‫ أ ََّما بَ حع ُد‬،‫ْي‬ ِ ‫وسلِّم وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد وعلَى آلِِه وصحبِ ِه أ ح‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫ََح‬ َ َ َ َ ََ ‫َ َ ح‬
.‫ اِتَّ ُق حوا اهللَ َح َّق تُ َقاتِِه َوَل ََتُحوتُ َّن إَِّل َوأَنحتُ حم ُم حسلِ ُم حو َن‬،‫الح ُم حسلِ ُم حو َن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Rasulullah SAW memberi dorongan kepada kita supaya memperbanyakkan doa


ketika sujud dalam solat. Ini kerana ketika kita berada dalam keadaan sujud diri kita
paling hampir dengan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

‫اء‬ ‫ُّع‬
‫الد‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ر‬ ِ ‫أَقح رب ما ي ُكو ُن الحعبد ِمن ربِِّه وهو س‬
ِ‫اج ٌد فَأَ حكث‬
َ َ ُ َ َ ُ َ َ ‫َح ُ ح‬ َ َ َُ

Ertinya:"Seorang hamba paling dekat dengan Tuhan-Nya tatkala dia sedang sujud,
maka perbanyakkanlah doa ketika sujud" .(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang keemasan ini untuk kita berdoa kepada
Allah SWT dalam keadaan sujud ketika solat, mintalah apa sahaja yang kita ingin,
mengadulah segala masalah atau kegusaran yang ada dalam jantung hati kita dan
teruslah berdoa dan berharap hanya kepada-Nya Yang Maha Mendengar. Mudah-
mudahan segala doa kita yang dipohon dalam keadaan sujud akan dikabulkan oleh
Allah SWT.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

           ، 

 

8
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ‫اَللّه َّم صل علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِآل ُُم َّم ٍد َكما صلَّيت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َ‫َ َ ح َ َ ح‬ َ َ َ َ َ ِّ َ ُ
‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ‫إِب ر ِاهيم وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِآل ُُم َّم ٍد َكما بارحكت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َ‫َ َ َ َ َ َ ح‬ َ َ َ َ َ َ َ ‫حَ ح‬
ِ ‫ أَللّه َّم ا حغ ِفر لِحلمسلِ ِمْي والحمسلِم‬.‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
‫ات‬ َِ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ‫ْي‬ ِ َ‫إِب ر ِاهيم ِِف الحعال‬
‫م‬
َ ‫َ ُح‬ َ ‫ح‬ ‫ح ُح‬ ُ ‫ح ح‬ َ َ ‫ح‬ َ َ ‫حَ ح‬
ِ ‫ك ََِسيع قَ ِري‬ ِ ِ ِ ِ ‫ األ‬،‫ات‬ ِ َ‫والحم حؤِمنِْي والحم حؤِمن‬
‫ب‬
ُ ‫ب َُمحي‬ ٌ ‫ إنَّ َ ح ٌ ح‬.‫َحيَاء محن ُه حم َواأل حَم َوات‬ ‫ح‬ ُ َ َ‫َ ُ ح‬
.‫ات‬ِ ‫اْلاج‬ ِ َ‫ات وق‬ِ ‫َّعو‬
َ َ َ َ َ ‫الد ح‬
‫ح‬ ‫ى‬ ‫اض‬
Ya Allah!, Ya Ghaffar! Engkau ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada
yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Engkau berikan petunjuk hidayah
serta rahmat-Mu kepada kami sekalian hamba-hamba-Mu dan kepada pemimpin kami
terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra
Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa
beramal dengan kitab-Mu dan sunnah nabi-Mu Muhammad SAW dan Engkau
lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga
dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua,
terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai oleh-Mu.

Ya Allah!, Ya Rahman! Kami memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan


diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah!, Ya Raafi’! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang


berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami
untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat.

Ya Allah!, Ya Rahim! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan


keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau
redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu.

Ya Allah!, Ya Raqib! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau
tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

9
Ya Hayyu!, Ya Qayyum! Engkau selamatkanlah umat Islam yang dizalimi,
ditindas, dijajah dan diperangi di di Palestin.

Ya Allah!, Ya Nasiir! Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada


para pejuang yang berjihad untuk membela agamaMu dan memerangi musuh-musuh-
Mu di Palestin.

Ya Allah!, Ya Qahhar! Engkau kenakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh


saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu
pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah! Engkau cerai-beraikanlah kumpulan
mereka, Ya Allah! Engkau pisahkanlah kesatuan mereka, Ya Allah! Engkau
kurangkanlah jumlah mereka.

ِ ِ ِ
ُ‫صلَّى اللَّه‬ َ ‫َربَّنَا آتنَا ِِف الدُّنحيَا َح َسنَةً َوِِف اآلخَرِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬.‫اب النَّا ِر‬
ِ ‫ إِ َّن اهلل يأحمر بِالحع حد ِل وا ِْلحس‬.‫ب الحعالَ ِمْي‬
‫ان‬ ِّ ‫ر‬ ِ َّ‫اْلم ُد لِل‬
‫ه‬ ‫ح‬ ‫و‬ ٍ ‫علَى نَبِيِّ نا ُُم َّم‬
‫د‬
‫ح‬
َ َ َ ُُ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َح‬ َ
‫ يَعِظُ ُك حم لَ َعلَّ ُك حم‬،‫َوإِيحتَ ِاء ِذي الح ُقحرََب َويَحن َهى َع ِن الح َف حح َش ِاء َوالح ُمحن َك ِر َوالحبَ حغ ِي‬
.‫تَ َذ َّكُرحو َن‬

10

Anda mungkin juga menyukai