Anda di halaman 1dari 9

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH


DI MASJID
(TEKS KHUTBAH JUMAAT 8 DISEMBER 2023/

24 JAMADIL AWAL 1445)

1
KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

ُ‫لله ُ َحَن َمدهُ ُ َونَ حستَعهحي نهُ ُ َونَ حستَ حغ هفرهُ ُ َونَعوذُ ُبهالل ُ هم حُن ُشروهُر ُأَنحف هسنَا ُ َوهم حُن ُ َسيِّئَ ه‬
ُ‫ات‬ ُ ُ ُ‫اَ حْلَ حمد‬

ُُ‫ ُأَ حش َهدُ ُأَن ُلُ ُإهلهُهَ ُإهل‬،‫ي ُلَه‬ ُ َ‫ضلهحلهُ ُف‬
َُ ‫لَُ َه هاد‬ ُ َ‫ ُ َم حُن ُيَ حه هدُهه ُاللُ ُف‬،‫أ حَع َمالهنَا‬
‫لَُم ه‬
‫ضلُ ُلَهُ ُ َوَم حُن ُي ح‬

ُ‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ حُم ُ َعلَى‬ َُ ‫اللُ ُ َو حح َدهُ ُ ُلَ ُ َش هريح‬


َ ُ ُ‫ ُاللهم‬.ُ‫ ُ َوأَ حش َهدُ ُأَنُ ُُمَم ًدا ُ َعحبدهُ ُ َوَرس حوله‬،‫ك ُلَه‬
ُ‫ين ُ َآمنوُاح‬ َُ ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم ُبهاه حح َسانُ ُاه‬
َُ ‫ يَأَيّ َها ُالّ هُذ‬.‫ل ُيَ حوهُم ُالدِّيحن‬ ‫هه‬
‫ُمَمدُ ُ َو َعلَى ُآل ُه ُ َوأ ح‬
ُ‫ق ُاْلَ هديح ه‬
ُ‫ث‬ َُ ‫َص َد‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫هه‬
‫ ُفَانُ ُأ ح‬،‫أَما ُبَ حعد‬.‫اتّقوُاح ُاللُّهَ ُ َح ُّق ُت َقات ُه ُ َو ُلَ ََُتوت ُّن ُإه ُلّ ُ َوأَنحت حُم ُ ّم حسلمو َُن‬
ُ،‫ ُ َو َشرُ ُاألم حوهُر ُ حُم َدثَات َها‬،‫صلى ُاللُ ُ َعلَحي هُه ُ َو َسل َم‬ ُ‫ ُ َو َخحي َُر ُا حْلَحد ه‬،‫كهتَابُ ُالل‬
َ ُ ُ‫ي ُ َه حديُ ُُمَمد‬
ُ ‫ض َللَةُُ ه‬
.‫فُالنا هُر‬ َ ُُ‫ُ َوكلُُبه حد َعة‬،ٌ‫َوكلُُ حُم َدثَةُُبه حد َعة‬
َ ُُ‫ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan mentaati segala perintahnya
dan meninggalkan segala larangannya. Kita bersyukur kepada Allah kerana kita dapat
hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan nikmat tersebut kita dapat
melaksanakan ibadat kepada Allah SWT serta menjadi seorang mukmin yang berjaya
di dunia dan di hari akhirat kelak. Tajuk khutbah kita pada hari ini
ialah;“KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Solat lima waktu yang wajib itu sebaik-baiknya hendaklah dilaksanakan secara
berjamaah di masjid. Golongan yang memakmurkan masjid di atas muka bumi ini
diiktiraf oleh Allah SWT sebagai orang-orang yang benar-benar beriman dan
termasuk dalam golongan mereka yang mendapat petunjuk-Nya, sepertimana Allah
SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 18 :

2
            

           

Maksudnya:“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-


masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka
menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.

Selain itu, ganjaran pahala yang berganda diberikan oleh Allah SWT kepada mereka
yang melaksanakan solat secara berjemaah, sepertimana Rasulullah SAW telah
bersabda:

ُ‫ُد َر َج ًُة‬ ‫ه‬ ‫ُاْلماع هةُتَ حفضلُص َل َةُالح َف ِّذُبهسبعُو ه‬


َ ‫ين‬‫ر‬ ‫ش‬
‫ح‬ ‫ع‬
َ َ ‫َح‬ َ َ َ َ‫ص َلة ح‬
َ
Ertinya:"Solat secara berjemaah (ganjarannya) melebihi solat (secara)
berseorangan, dengan (diberi ganjaran sebanyak) dua puluh tujuh darjat". (Hadis
Riwayat Al-Bukhari)

Oleh itu, mengapa kita tinggalkan peluang ganjaran pahala yang besar ini?. Fikirkan
ganjaran yang akan diperolehi bagi sesiapa yang mendirikan solat fardhu secara
berjemaah iaitu sebanyak dua puluh tujuh darjat, melebihi sesiapa yang mendirikan
solat fardhu secara bersendirian.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Ramai di kalangan kita yang tidak hadir untuk solat lima waktu secara berjemaah di
masjid. Mereka hanya hadir ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat hari
raya sahaja atau mereka akan hadir ke masjid setelah jenazah mereka diusung ke
masjid.

Ada juga anak kariah yang tinggal berdekatan atau bersebelahan dengan masjid, tetapi
mereka sengaja tidak hadir untuk solat di masjid secara berjemaah, padahal mereka

3
tiada apa-apa alasan atau keuzuran untuk tidak dapat menghadiri solat secara
berjemaah di masjid.

Tidak pernah terdetik di dalam jantung hati mereka untuk bersiap-siap ke masjid,
ketika mana mereka mendengar dengan jelas seruan azan yang sedang
dikumandangkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang hadir ke masjid hanya untuk
mengambil bantuan yang diberikan di masjid.

Mereka yang bersikap seperti itu sebenarnya tidak memberi perhatian atau melupai
akan ganjaran pahala atau kelebihan yang amat besar, yang akan dikurniakan oleh
Allah SWT kepada mereka yang mengerjakan solat fardhu secara berjamaah di
masjid. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

Yang Pertama; Barangsiapa yang dapat melaksanakan solat secara berjemaah


bersama imam pada takbir yang pertama selama 40 hari maka ditulis baginya
pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat munafik. Rasulullah SAW
bersabda:

‫ت ُلَه ُب راءتَ ه‬
ُ‫ان‬ ‫ب‬‫ول ُكته‬
َ ‫ُاأل‬ ‫ة‬
َ‫ري‬‫اعة ُي حد هرك ُالت حكبه‬ ‫َُج‬
َ ‫ني ُي وًم ه‬
‫اُف‬ ‫من ُصلىُلهل هه ُأَربعه‬
ََ َ ‫ح‬ َ َ َ َ ‫ح‬ َ َ َ‫ح‬ َ ‫َح‬
ُ.‫اق‬ُ‫بََراءَةٌ هُم َنُالنا هر َُوبََراءَةٌ هُم َنُالنِّ َف ه‬
Ertinya:“Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjemaah dan
mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan
daripada neraka, dan pelepasan daripada sifat munafik”.(Hadis Riwayat al-Tirmizi,
Hasan)

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Yang Kedua; Keluar dan melangkah menuju ke masjid untuk solat secara berjama`ah
akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita dan Allah SWT akan meninggikan darjat
kita. Rasulullah SAW bersabda:

َ ‫ُخَر َجُإه َلُالح َم حس هج هد َُلُُيح هرجهُإهلُالص َلةُ ََلح‬


ُ‫ُُيحط‬ ‫إه َذاُتَ َوضأَُفَأ ح‬
َ ‫َح َس َنُالحوضوءَُُث‬
ٌ‫اُخ هطيئَُة‬ ‫خطحوًةُإهلُرفهعتُلَه هُِباُدرجةٌُوحط ه‬
َ َ‫ُعحنهُِب‬ َ َ َ ََ َ ‫َ ح‬ َ َ

4
Ertinya:“Apabila (seseorang itu) mengambil wudhu (dengan) sempurna kemudian
dia keluar (dari rumahnya) untuk ke masjid, tidaklah dia keluar melainkan untuk
solat (berjama'ah di masjid) maka tidaklah dia melangkah (akan suatu) langkah
melainkan ditinggikan untuknya satu darjat dan dihapuskan darinya satu
kesalahan (dosa)”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Yang Ketiga; Barangsiapa yang menunggu untuk menunaikan solat secara berjamaah
di tempat solatnya maka dia dikira sebagai seorang yang sedang berada dalam
keadaan solat dan didoakan keampunan untuknya oleh para malaikat. Rasulullah
SAW bersabda:

ُ‫صله ُيَحنتَ هظر ُالصلََة َُوتَقول ُالح َملَئه َكة‬ َ ‫ُصلَة َُماُ َكا َن هُف ُم‬ َ ‫لَ ُيََزال ُالح َعحبد هُف‬
.‫ث‬َُ ‫ُُي هد‬
‫فُأ حَو ح‬َ ‫ص هر‬ ‫ن‬
‫ح‬ ُ
‫ُي‬
َ َ َ ‫َّت‬‫ح‬ ُ ، ‫ه‬
ُ ‫َح‬
‫ح‬ َ ‫ُار‬
‫ح‬ ‫م‬ ‫ه‬‫ُالل‬ ‫ه‬َ‫ل‬ ُ ‫ر‬
‫ح‬
‫اللهمُا حغ ه‬
‫ف‬
Ertinya:"Sentiasalah hamba (itu dikira berada) dalam (keadaan) solat selama dia
berada di tempat solatnya kerana menunggu (untuk menunaikan) solat dan
berkata para Malaikat: “Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga
dia beredar atau dia berhadas”.(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di tempat solatnya di


masjid sambil menunggu untuk melaksanakan solat fardhu secara berjemaah dikira
seperti seorang yang mengerjakan solat, di samping para malaikat berdoa untuknya.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Yang Keempat; Orang yang solat berjamaah akan diampunkan dosa-dosanya.


Rasulullah SAW bersabda;

‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه ه‬
ُ‫اُم َع‬ َ َ‫َسبَ َغ ُالحوضوءَُُث َُم َشىُإه َل ُالصلَة ُالح َم حكتوبَة ُف‬
َ ‫صل َه‬ ‫َم حن ُتَ َوضأَُللصلَة ُفَأ ح‬
ُ‫اع هةُأ حَو هُفُالح َم حس هج هدُ َغ َفَرُاللهُلَهُذنوبَه‬
َ ‫ُاْلَ َم‬ ‫الن ه‬
‫اسُأ حَوُ َم َع ح‬
Ertinya:“Barangsiapa berwudhu untuk solat, maka lalu dia menyempurnakan
wudhunya, kemudian dia berjalan (ketempat solat, untuk menunaikan) solat yang
fardhu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jama'ah, atau
di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya”.(Hadis Riwayat Muslim)

5
Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa besar memerlukan
kepada taubat nasuha.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Inilah antara beberapa kelebihan solat secara berjemaah di masjid. Golongan yang
mengutamakan solat fardhu secara berjemaah di masjid dan berpegang dengan adab-
adabnya insyaAllah akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan di hari akhirat
kelak. Betapa besarnya kelebihan-kelebihan dan kebaikan yang akan kita perolehi
apabila kita dapat melaksanakan solat secara berjemaah di masjid.

Namun pada hari ini, begitu ramai dalam kalangan kita yang leka dan lalai untuk
menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Keadaan ini ternyata berbeza dengan
orang yang benar-benar beriman, kerana mereka tahu menilai ganjaran serta kelebihan
solat secara berjemaah di masjid, sepertimana yang diberitahu oleh baginda nabi
SAW.

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada ini untuk solat secara
berjemaah di masjid sebelum ajal menjemput kita. Semoga kita sama-sama termasuk
dalam golongan yang mengutamakan solat secara berjemaah di masjid, dan berjaya
memperolehi fadhilat-fadhilatnya dan keredhaan dari sisi Allah serta memperolehi
syurganya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

       

Maksudnya;“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan


rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.

‫آن ُالحع هظي هم ُونَ َفع هِن ُوإهياكم هُِبَا ُفهي هه هُمن ُاآلي ه‬
‫ه‬
ُ‫ات‬َ َ ‫ح‬ ‫ُِف ُالحقحر َ ح َ َ ح َ ح‬ ‫ُِل َُولَك حم ه ح‬
‫بَ َارَك ُالل ه ح‬
ُ.‫ُاْلَ هكحي هُم‬ ِّ ‫و‬
‫الذ حك هر ح‬ َ

6
KHUTBAH KEDUA

َُ َ‫اْلَ حمدُ ُلهل هُه ُال هذي ُأَنح َزَُل ُ َعلَى ُ َعحب هدهُه ُالح هكت‬
َُ‫ُ َوأَ حش َهدُ ُأَ حُن ُ ُل‬.‫اب ُ َوََُلحُ َحَي َع حُل ُلَهُ ُ هع َو ًجا‬ ‫ح‬
َ ُ ُ‫ ُاَللهم‬.ُ‫يك ُلَهُ ُ َوأَ حش َهدُ ُأَنُ ُُمَم ًدا ُ َعحبدهُ ُ َوَرسوله‬
ُ‫ص ُِّل‬ َُ ‫إهلَُهَ ُإهلُ ُاللهُ ُ َو حح َدهُ ُ ُلَُ َش هر‬
ُ‫ ُفَيَا ُأَيُّ َها‬،‫ ُأَما ُبَ حعد‬،‫ني‬ ‫وسلِّ ُم ُوبا هرحُك ُعلَى ُُممدُ ُوعلَى ُآلههُه ُوصحبههُه ُأ ح ه‬
َ ‫ََجَع ح‬ ‫ََح‬ َ َ َ َ ََ ‫َ َ ح‬
.‫اللَُ َحقُُت َقاتههُهُ َوَُلََُت حوتنُُإهلُُ َوأَنحت حُمُم حسلهم حو َُن‬ ُ ُ‫ُاهت ق حوا‬،‫الحم حسلهم حو َن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Solat Subuh secara berjamaah pada hari Jumaat memiliki kelebihannya yang
tersendiri, yang mana kelebihan tersebut tidak terdapat pada solat-solat yang lain.
Sepertimana Rasulullah SAW bersabda:

َ ‫الصحب هح ُيَ حوَم ُاْلم َع هة ُِف‬ ‫ه ه‬


ُ‫اعة‬
َ َ‫َُج‬ ُّ ُ ‫ُصلَة‬ َ ‫أَفح‬
َ ‫ضل ُالصلَوات ُعحن َد ُالل ُتَ َعال‬
Ertinya;“Solat yang paling afdal (terbaik) di sisi Allah SWT ialah solat subuh pada
hari Jumaat secara berjemaah”. (Hadis Sahih, Riwayat Al-Baihaqi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa solat Subuh pada hari Jumaat secara
berjemaah adalah solat yang paling terbaik dan disukai oleh Allah SWT. Justeru,
mereka yang melaksanakan solat ini akan di berikan ganjaran pahala yang begitu
besar oleh Allah SWT.

Oleh itu, hendaklah kita merebut peluang keemasan yang ada ini selagi hayat kita
dikandung badan. Hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT supaya diberi taufik,
hidayah dan kekuatan supaya kita dapat melaksanakan ibadah ini serta memperolehi
kelebihan tersebut.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

7
           ، 

 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬


ُ‫ىُآل‬ ‫ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫اُصلحي‬َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآل ُُمَمد ُ َك َم‬ َ ‫ُص ِّل‬َ ‫اَللّهم‬
‫يمُو َعلَ ه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬
ُ‫ىُآل‬ َ َُ ‫ُعلَىُإبح َراه‬
َ ‫ت‬َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآلُُمَمدُ َك َماُبَ َارحك‬ َ ‫إهبح َراهحي َم َُوبَا هرحك‬
‫ أَللّهم ُا حغ هفر ُلهحلمسله هُمني ُوالحمسلهم ه‬.‫َُمي ٌُد‬
ُ‫ات‬ ‫َُحي ٌد َه‬‫ك َه‬ ‫ن‬‫ني ُإه‬ ‫ُف الحعالَ ه‬
‫م‬ ُ ‫ه‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫إهب ر ه‬
‫اه‬
َ ‫َ ح‬ َ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ َ َ ‫ح‬ َ ‫ح‬
َ َ‫ح‬
‫َُسيع ُقَ هريب ه‬
ُ‫َُمحيب‬ ٌ ‫ك َحٌ ح‬
‫ ُإهن َ ه‬.‫ات‬ُ‫َحيَ هاء هُمحن ه حم َُواأل حَم َو ه‬ ‫ه ه‬
‫ ُاأل ح‬،‫ني َُوالحم حؤمنَات‬
‫هه‬
َ ‫َوالحم حؤمن ح‬
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬ ‫ُاْل‬
‫ح‬
َ َ َ َ َ ‫ى‬ ‫اتُوقَ ه‬
‫اض‬ ‫الد حعو ه‬
Ya Allah!, Ya Ghaffar! Engkau ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada
yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Engkau berikan petunjuk hidayah
serta rahmat-Mu kepada kami sekalian hamba-hamba-Mu dan kepada pemimpin kami
terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra
Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa
beramal dengan kitab-Mu dan sunnah nabi-Mu Muhammad SAW dan Engkau
lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga
dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua,
terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai oleh-Mu.

Ya Allah!, Ya Rahman! Kami memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan


diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah!, Ya Raafi’! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang


berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami
untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat.

8
Ya Allah!, Ya Rahim! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan
keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau
redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu.

Ya Allah!, Ya Raqib! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau
tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

Ya Hayyu!, Ya Qayyum! Engkau selamatkanlah umat Islam yang dizalimi,


ditindas, dijajah dan diperangi di di Palestin.

Ya Allah!, Ya Nasiir! Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada


para pejuang yang berjihad untuk membela agamaMu dan memerangi musuh-musuh-
Mu di Palestin.

Ya Allah!, Ya Qahhar! Engkau kenakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh


saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu
pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah! Engkau cerai-beraikanlah kumpulan
mereka, Ya Allah! Engkau pisahkanlah kesatuan mereka, Ya Allah! Engkau
kurangkanlah jumlah mereka.

‫ه‬ ‫ه‬ ‫رب نَاُآتهنَ ه‬


َ ‫ُ َو‬.‫اب ُالنا هُر‬
ُ‫صلىُالله‬ َ ‫اُع َذ‬ َ ‫اُح َسنَةً َُوهِف ُاآلخَرهة‬
َ َ‫ُح َسنَةً َُوقن‬ َ َ‫اُِف ُالدُّنحي‬ َ
‫ُُإهن ُالل ُيأحمر ُبهالحع حد هل ُوا هإلحس ه‬.‫ني‬ ‫ب ُالحعالَ ه‬ ‫اْلمد ُلهل ه‬
ُ‫ان‬ ‫ح‬
َ َ َ ََ ُ
َ ‫م‬ َ َ ِّ ‫ُر‬ ‫ه‬ ‫َعلَى ُنَبهيُِّنَا ُمَمدُ َُُو حَ ح‬
ُ‫ يَعهظك حم ُلَ َعلك حم‬،‫ُع هن ُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬ ‫ى‬ ‫ه‬ ‫ن‬
‫ح‬
َ َ ََ َ‫ح‬‫ي‬‫ُو‬ ‫َب‬‫ر‬‫ق‬‫ل‬
‫ح‬ ‫ُا‬ ‫ي‬ ‫وإهي ت هاء ه‬
‫ُذ‬ َ‫َ ح‬

.‫تَ َذكرحو َُن‬

Anda mungkin juga menyukai